Selasa, 8 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Luna Temu Panel Hak Asasi Adu Dianiaya

Posted: 08 Feb 2011 12:40 AM PST

Jakarta: Kekasih vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham, Luna Maya, menemui jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi Indonesia (Komnas HAM) Sabtu lalu bagi mendapatkan bantuan dalam menghadapi sistem kehakiman negara itu berhubung skandal video lucah yang didakwa dilakukannya bersama Ariel.

Ariel telah dihukum penjara tiga setengah tahun penjara dan denda 250 juta rupiah ($35,000) bagi kesalahan itu.

Luna, seorang model dan pengacara, mengadakan pertemuan dengan Komnas HAM bagi menyatakan bagaimana beliau berasa dianiaya dan menjadi mangsa sistem perundangan Indonesia.

'Saya mahu mencari keadilan kerana apa yang terpaksa dilalui Ariel setakat ini adalah suatu ketidakadilan,' katanya.

Luna ditemani peguamnya, Encik Taufik Basari, dan beberapa aktivis hak asasi wanita yang menentang undang-undang antipornografi kerana dikatakan menjadikan mangsa sebagai penjenayah.

'Ke mana lagi kami patut pergi dengan kes ini? Pelaku hanya dikenakan hukuman penjara dua tahun sedangkan Ariel terpaksa menjalani hukuman tiga setengah tahun penjara. Apakah asas bagi semua ini. Adakah ia kerana tekanan masyarakat? Saya hanya mahukan perbicaraan yang adil,' kata Luna.

Ariel minggu lalu didapati bersalah di bawah Undang-Undang Antipornografi dan Kanun Acara Jenayah membabitkan tiga pita video yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dikatakan Luna dan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari.

Lelaki yang didapati bersalah menyebarkan video itu, Reza Rizaldy (gambar), dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Pendakwa berkata tidak seperti Ariel, Reza mengaku dan menunjukkan rasa kesal.

Hakim yang menjatuhkan hukuman dalam kes Ariel, Encik Singgih Budi Prakoso, juga berkata taraf selebriti penyanyi itu diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.

Luna dan Cut turut dinamakan sebagai suspek dalam kes itu tetapi polis berkata mereka akan menangguhkan kes mereka sehingga proses rayuan Ariel diselesaikan. -- Agensi.

Dipukul, Dirogol Dan Dicampak Di Tepi Jalan

Posted: 07 Feb 2011 11:31 PM PST

Seremban: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu. Gambar fail

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital. Gambar fail

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya," katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

"Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.-HM

Najib Sedar ADUN-ADUN BN Sarawak Ada Yang Menipu

Posted: 07 Feb 2011 10:00 PM PST

Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menganggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu," katanya yang juga ADUN Tupong. -mk

Ulasan GB

Jika ADUN-ADUN BN ini dengan Najib sendiri pun ditipunya, apatah lagi dengan rakyat di kawasan mereka.

Wanita Menderita Kerana Hospital Didakwa Salah Beri Ubat

Posted: 07 Feb 2011 09:25 PM PST

Wanita dakwa sakit kulit angkara ubat hospital

NORMAH menunjukkan kulitnya yang mengelupas serta gatal selain mukanya yang bengkak selepas mendakwa memakan ubat diberi Hospital Raja Perempuan Zinab II, Kota Bharu. Kejadian berlaku selepas dapat rawatan cuci buah pinggang

KOTA BHARU: Seorang suri rumah terpaksa menanggung penderitaan penyakit kulit kronik, setelah memakan ubat yang didakwa tersalah diberikan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Akibat kejadian itu, kulit wanita itu menggelupas serta gatal selain bengkak keseluruhan muka sehingga sukar untuk membuka mata, bercakap dan berjalan, menyebabkan suaminya bertindak membuat laporan polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam.

Dzulkifli Roffeen, 57, berkata pada 18 Januari lalu, isterinya, Normah Husin, 47, yang menghidap penyakit buah pinggang menjalani rawatan mencuci buah pinggang di hospital berkenaan dan dua hari kemudian dibenarkan keluar dengan dibekalkan pelbagai jenis ubat.

Katanya, seminggu kemudian, kulit isterinya tiba-tiba menggelupas teruk serta gatal di seluruh badan dan terpaksa dihantar ke hospital terbabit Rabu lalu untuk mendapat rawatan lanjut daripada doktor pakar kulit.

"Saya terkejut apabila mendapati kulit di seluruh badan isteri menggelupas dengan keadaan muka kelihatan bengkak sehingga menyukarkannya untuk membuka mata, mulut dan bergerak.

"Apabila berjumpa dengan doktor, ia lebih memeranjatkan setelah diberitahu isteri sudah tersalah makan ubat kerana ubat itu salah diberikan hospital dan meminta supaya menghentikan makan ubat berkenaan," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Chempaka, Panji, dekat sini, semalam.

Dzulkifli yang menghidap penyakit jantung berkata, isterinya tidak pernah mengalami sebarang penyakit kulit sebelum ini dan akibat kejadian itu, terpaksa menanggung penderitaan.

"Saya tidak mahu mengambil tindakan terhadap hospital terbabit, cuma inginkan pihak terbabit supaya merawat penyakit dialami isteri sehingga pulih," katanya.

Beliau yang berniaga air tebu berkata, akibat penderitaan isterinya itu, beliau terpaksa berhenti berniaga untuk menjaga isterinya yang sentiasa memerlukan penjagaan kerana sukar bergerak.

"Hasil berniaga air tebu, saya memperoleh antara RM200 hingga RM300 sebulan dan kini sumber pendapatan itu sudah tiada kerana terpaksa menjaga isteri selain terpaksa menanggung tujuh daripada sembilan anak.

"Kesusahan dialami ini diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah miskin dengan pendapatan tidak seberapa, kini terpaksa berhenti berniaga dengan keadaan isteri menderita penyakit kulit.

"Saya memohon supaya hospital terbabit dapat memulihkan penyakit isteri dan bantuan orang ramai untuk meringankan penderitaan yang dialami ini," katanya.

[Bergambar] Selepas Banjir & Taufan Yasi, Australia Terbakar Pula

Posted: 07 Feb 2011 08:44 PM PST

Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan akibat kebakaran di pinggir kota Perth.

Kebakaran hutan melanda kawasan pinggiran ibukota Australia Barat, Perth dan mengakibatkan ratusan orang mengosongkan kawasan setelah rumah mereka ikut terbakar.

Akibat kebakaran ini setidaknya ada 40 rumah yang hancur dan mengakibatkan 20 rumah lainnya rosak terbakar.

Hembusan angin yang berhembus hingga mencapai 70 km/jam disekitar pusat kebakaran membuat petugas pemadam sulit untuk memadamkan api yang menyemarak di sekitar kawasan pinggiran kota dan lingkungan pertanian.

Kebakaran besar ini terjadi dua tahun setelah peristiwa serupa menimpa kawasan bahagian selatan negara bahagian Victoria yang mengakibatkan 173 orang meninggal dunia dan menyebabkan kerosakan yang sangat luas.

Wartawan BBC, Nick Bryant yang berada di Sydney mengatakan seolah-olah bencana yang menimpa Australia sepanjang musim panas ini terus berlaku satu demi satu dan belum menemui titik akhir.

Periswtiwa kebakaran di Perth ini misalnya terjadi setelah sebelumnya Australia mengalami banjir besar di Queensland dan Victoria.

Warga yang berdiam di Kota-kota disepanjang kawasan timur laut saat ini juga masih terus berupaya membersihkan kawasan pemukiman mereka setelah sebelumnya porak-poranda dipukul badai Yasi akhir minggu lalu.









Tiada UG Dengan Mubarak - Ikhwanul Muslimin

Posted: 07 Feb 2011 07:28 PM PST

Kaherah: Pertubuhan paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin, menafikan mereka berunding dengan rejim Hosni Mubarak seperti dilaporkan media antarabangsa.

Sebaliknya, pertubuhan itu berkata, mereka bertemu wakil kerajaan sekadar menyampaikan tuntutan pembangkang terhadap Presiden Mesir itu.

Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammad Ghanem, berkata tuntutan revolusi rakyat itu berjaya disampaikan dalam pertemuan dengan Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman.

"Saya menegaskan tuntutan majoriti rakyat dan selagi ia tidak dipenuhi, tiada apa yang boleh dilakukan sehinggalah Hosni berundur daripada kekuasaannya," katanya kepada Press TV, semalam.

Kerajaan Mesir pimpinan Hosni kini berdepan tuntutan untuk dibubarkan sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, diktator Mesir itu setakat ini masih enggan mengalah dan bertegas mahu menamatkan mandatnya pada September ini, sempena pilihan raya umum presiden.

Ikhwanul Muslimin menghantar wakilnya bertemu Omar dalam usaha awal menyelesaikan kemelut yang melanda Mesir.

Sebelum ini pun, Ikhwanul Muslimin menolak pelan pembaharuan dicadangkan kerajaan kerana terbukti Kaherah gagal memenuhi banyak tuntutan dibuat rakyat.

Tuntutan asas pembangkang sejak awal adalah pengunduran Hosni daripada jawatannya.

Berjuta-juta warga Mesir turun ke jalan raya mengadakan protes sejak 25 Januari lalu bagi mendesak Hosni berundur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dalam pelbagai kejadian keganasan setakat ini, manakala beribu-ribu lagi cedera. - Press TV


Bidas Kerajaan Pulau Pinang Yang Dulu, Bukan Sekarang

Posted: 07 Feb 2011 06:42 PM PST

Pulau Pinang dibidas gagal kawal aktiviti sukan air

GEORGETOWN: Polis membidas kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa gagal mewujudkan undang-undang tempatan bagi mengawal aktiviti sukan air di kawasan tumpuan pelancong terkenal di negeri ini, terutama di Batu Feringgi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kerajaan negeri seharusnya bertindak proaktif dengan mewujudkan peraturan sejak dulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri sepatutnya bertanggungjawab menangani isu berhubung keselamatan pengunjung apabila ia membabitkan aktiviti sukan air di sini, dan bukannya meletakkan tanggungjawab itu kepada polis semata-mata.

"Saya tak faham kenapa pihak polis pula yang dikaitkan apabila berlakunya kemalangan yang membabitkan aktiviti sukan air. Polis hanya bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ayub diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang mendakwa kerajaan negeri menerima aduan bahawa wujudnya aktiviti penagihan dadah di kalangan budak pantai yang mengendalikan jet ski dan aktiviti sukan air di Batu Feringgi.

Guan Eng membuat kenyataan itu pada sidang media sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini, semalam.

Ketua Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan polis dan kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bersama agensi penguatkuasaan lain untuk membincangkan perkara berkenaan.

"Saya sudah menghubungi Ketua Polis Negeri (Ayub) dan mengesyaki wujudnya aktiviti penagihan dadah di kalangan pekerja yang mengendalikan perniagaan jet ski.

"Saya akan mempengerusikan mesyuarat bersama polis bagi membincangkan aktiviti sukan air di Pulau Pinang dan berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pengusaha yang melanggar undang-undang," katanya.

Ulasan GB

Kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kerajaan negeri seharusnya bertindak proaktif dengan mewujudkan peraturan sejak dulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan sepastinya merujuk kepada kerajaan sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang iaitu di era BN dibawah Koh Tsu Koon?

Kenapa Polis mesti bidas kerajaan Pulau Pinang yang ada hari ini?

Protes Mesir Berjangkit Ke Kuwait - Pemuda Kuwait Gesa Protes Di Luar Parlimen

Posted: 07 Feb 2011 05:25 PM PST

Sebuah pertubuhan belia di Kuwait menggesa satu tunjuk perasaan diadakan di luar bangunan parlimen negara itu bagi membantah 'amalan tidak demokratik' kerajaan dan meningkatkan tekanan agar ia disingkirkan.

Kumpulan itu dikenali sebagai Fifth Fence itu berkata, ia menggunakan Twitter bagi mengirimkan pesanan menggesa orang ramai mengadakan perhimpnan besar-besaran bagi bantahan itu.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Jaber Khaled al-Sabah dijadual hadir di parlimen Selasa ini bagi menjawab soalan membabitkan kematian seorang warga negara itu akibat didera di sebuah balai polis.

Bagaimanapun penyiasatan lambat dilakukan selepas kerajaan dan penyokongnya di parlimen mengambil keputusan menangguhkan sidang selama enam minggu.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan pembangkang yang mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan.

"Kami di Fifth Fence menggesa rakyat Kuwait untuk berhimpun di parlimen Selasa ini bermula jam 11 pagi waktu tempatan bagi menuntut hak yang sah bagi mengadakan perhimpunan dan menolak kesinambungan kerajaan sekarang serta tindakan tidak demokratik yang diamalkannya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Fifth Fence menegaskan, tunjuk perasaan yang dicadangkan tidak mempunyai kaitan dengan perkembangan semasa di luar Kuwait, merujuk kepada tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di Mesir.

Kumpulan berkenaan turut mempelawa, ahli parlimen pembangkang untuk menyertai perhimpunan itu. – AFP

Khalwat Dengan Lelaki Lain, Kahwin Dengan Orang Lain

Posted: 07 Feb 2011 04:40 PM PST

Wanita dalam pantang didenda

Seorang suri rumah yang masih dalam tempoh berpantang dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau lima bulan penjara, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat dengan pasangannya yang kini merupakan bekas kekasihnya, pada 7 September 2007.

Tertuduh, Salwa Rahayu Sharril, 23, dari Jerteh, Besut dituduh mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 7 September 2007 jam 12.15 tengah malam.

Hakim, Kamarul Azmi Ismail menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira rayuan tertuduh agar meringankan bayaran denda kerana suaminya tidak memiliki pekerjaan tetap dan pendapatan tidak menentu.

Selain itu, tertuduh, ibu kepada dua anak ini turut merayu agar mahkamah meringankan hukuman disebabkan dia masih dalam tempoh berpantang.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamarul Azmi menasihati tertuduh agar bertaubat dengan segala dosa yang dilakukan itu dan mengingatkan tertuduh supaya menjadikan hukuman ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Menurutnya, kes seperti yang dihadapi tertuduh iaitu ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tetapi berkahwin dengan orang lain, bukanlah satu kes baru buat generasi hari ini.

"Situasi ini jelas menunjukkan anak-anak gadis hari ini terlalu mudah membuat keputusan sedangkan tidak semestinya dia akan berkahwin dengan pasangannya itu, walaupun mungkin sudah menggadaikan maruahnya sendiri," katanya.

Dalam hujah pendakwaan yang dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mahkamah Syariah Terengganu, Azmi Tengah, mahkamah sewajarnya memberi hukuman setimpal dan memandang serius berhubung kes seumpama ini kerana individu-individu ini adalah antara penyumbang 'koleksi' peningkatan anak luar nikah di negeri ini.

"Bagi pihak pendakwaan, kes seumpama ini tidak wajar dipandang remeh kerana ia adalah penyumbang utama pertambahan koleksi anak luar nikah di negeri ini untuk masa akan datang.

"Hukuman setimpal wajar diberikan kepada tertuduh kerana ia juga boleh dijadikan pengajaran kepada anak-anak gadis di luar sana yang sentiasa terdedah dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan kini," katanya.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan Azmi, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan dan mendapati pintu bilik berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang berbaju T dan berseluar jeans manakala hasil pemeriksaan turut mendapati ada seorang perem­puan­ berbaju T, berseluar jeans dan tidak memakai tudung sedang duduk pada bahagian kaki katil bujang.

Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan muhrim atau suami isteri.

Bagaimanapun, pasangannya, Nur Hazwan Mazli, 23, dari kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu gagal menghadirkan diri semasa hari perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 13 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang terakhir kepada tertuduh. -SH

Motivasi Ke Merlimau: Dia Pegang Panji Islam Dgn Dua Puntung Tangannya

Posted: 07 Feb 2011 02:00 PM PST

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'tampan' di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki 'malaikat' ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada'

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia"

Ya, itulah namanya. Mus'ab bin Umair RA.

Kisah Mus'ab bin Umair amat unik. Dia digelar 'putera Makkah' kerana semua orang mengidamkannya, kerana ketampanannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus'ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus'ab dipulau.

Namun Mus'ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus'ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:

"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali"

Nota: Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus'ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus'ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus'ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus'ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal mengambil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus'ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus'ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus'ab bin Umair.

Sa'ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus'ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus'ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus'ab. Dia menyuruh Mus'ab menghentikan usaha dakwah.

Mus'ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus'ab:

"Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi"

Kelembutan Mus'ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa'ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus'ab, ceramah Mus'ab dan Islam yang Mus'ab sampaikan, Sa'ad bangun. Dia berkata kepada Mus'ab:

"Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?"

MasyaAllah. Begitulah dia Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua puntung tangannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.


Saat syuhada' Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada' Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus'ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus'ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada', 'putera Makkah' yang telah berkorban.

Ulasan GB

Jangan datang ke Merlimau sekadar bawa anak isteri bawa kamera bawa laptop, pamer kereta cantek, pamer baju baru atau datang nak melancong ke hilir dan ke hulu. :)

Tapi datanglah dengan semangat waja ingin berjuang memenangkan PAS di DUN Merlimau seperti kisah Mus'ab di atas.

PRK Merlimau: PAS Melaka Sudah Bersedia Terima Petugas

Posted: 07 Feb 2011 07:32 AM PST

Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka, Bahiki Ismail berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menerima kontinjen dari seluruh negara yang akan berkampung di Merlimau bagi membantu gerak kerja pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

"Pihak kami telahpun menyediakan penginapan dan kelengkapan logistik untuk semua kontinjen negeri-negeri di mana semua negeri telah diberikan tugas berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing.

"Semuanya sudah siap sedia dan pihak kami hanya menunggu kedatangan tetamu untuk membantu kami," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah.

Ditanya tentang persiapan jentera, Bahiki (gambar) berkata bahawa JPN memang sudah lama bersedia dan tidak ada masalah yang dihadapi oleh pihaknya bagi menggerakkan jentera di Dun Merlimau.

"Program Jom Turun Padang Mesra Rakyat telah dimulakan sejak awal 2010 lagi di mana ianya telah memberikan kesan yang amat baik kepada petugas-petugas di mana mereka telah mendapat latihan yang sistematik dan cukup untuk berhadapan dengan kerja-kerja pilihanraya.

"Negeri-negeri akan digabungkan dengan jentera tempatan dan gabungan ini sudah tentu akan bertambah mantap dengan kepakaran yang ada pada jentera masing-masing," tambahnya.

Menurutnya, JPN telah mengenalpasti beberapa strategi yang sedang dan akan dimainkan oleh Umno BN untuk mengelirukan rakyat di Merlimau di mana sebahagian besarnya adalah isu lama yang sudah muak dan tidak diterima oleh rakyat.

PAS, kata Bahiki yakin bahawa pengundi Merlimau bijak untuk membuat pilihan, di mana Dewan Undangan Negeri Melaka memerlukan pembangkang dari PAS bagi menegur dan menasihati kerajaan negeri dalam isu-isu berkaitan agama, sosial dan korupsi.

Bahiki juga mengharapkan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat berlaku adil kepada semua parti yang bertanding demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

"Tidak ada guna kita adakan pilihan raya jika padang permainan tidak rata yang akhirnya menyebabkan imej negara tercalar kerana sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus," ujar Bahiki ketika ditemui di Bilik Operasi PAS di Merlimau pagi ini.

SPR menetapkan 26 Februari ini hari penamaan calon PRK Merlimau dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 6 Mac. -harakahdaily

RUJUKAN

Terdapat 7 peti Undi di dalam Dun Merlimau diantaranya ialah:

1. 139/27/01 – AYER MERBAU
2. 139/27/02 – CHINCIN
3. 139/27/03 – JASIN LALANG
4. 139/27/04 – MERLIMAU UTARA
5. 139/27/05 – MERLIMAU PASIR
6. 139/27/06 – PERMATANG SERAI
7. 139/27/07 – PENGKALAN SAMAK




[Video] GEMPAR: 6 Terbunuh, Penduduk Serang Pengikut Ahmadiah

Posted: 07 Feb 2011 06:34 AM PST

Jakarta: Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh yang lain cedera apabila kira-kira 1,000 penduduk Islam bertempur dengan sekumpulan pengikut ajaran Ahmadiah di Jawa Barat, semalam.

Agensi berita Antara melaporkan, penduduk Islam sebelum itu mengepung sebuah rumah di daerah Pandeglang di Jawa Barat bagi menghalang pengikut Ahmadiah daripada bersembahyang di situ.

Antara berkata, enam orang terbunuh dalam pertempuran yang tercetus apabila pengikut Ahmadiah menikam seorang penduduk tempatan. Polis bagaimanapun hanya dapat mengesahkan tiga kematian.

"Setakat ini kami dapat mengesahkan tiga kematian dan mereka adalah pengikut Ahmadiah dari Jakarta.

"Kami masih perlu mengesahkan identiti mereka, manakala empat orang lagi cedera parah. Pengikut ajaran Ahmadiah bersenjatakan parang dan lembing dalam pertempuran itu," kata ketua polis daerah, Alex Fauzi Rasyad kepada stesen televisyen tempatan MetroTV.

Satu perintah kerajaan yang dikuatkuasakan pada 2008 selepas menerima tekanan pemimpin Islam, melarang kumpulan Ahmadiah daripada menyebarkan ajaran mereka di Indonesia yang antaranya mempercayai Mirza Ghulam Ahmad adalah rasul terakhir.

Ajaran Islam sebenar menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah rasul terakhir manakala kepercayaan Ahmadiah dianggap sesat dan mencemarkan kesucian Islam. Mengikut undang-undang 1965, mereka yang terbabit boleh dihukum hingga lima tahun penjara.

Kumpulan Ahmadiah mendakwa mempunyai 500,000 pengikut di Indonesia, manakala pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama 30 juta ahli. – AFP







Lim Guan Eng Bidas Bernama Buat Laporan Bohong

Posted: 07 Feb 2011 05:31 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar yang memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa beliau agar membenarkan orang Melayu untuk berniaga di negeri itu.

Lim berkata untuk berlaku adil kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak menamakan mana-mana kaum dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka BN di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Lim berkata ia menunjukkan seolah-olah ada pihak yang cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman sedangkan Muhyiddin tidak meminggir mana-mana kaum pada ucapannya.

"Beliau tidak namakan mana-mana satu kau... malah kenyataan timbalan perdana menteri juga boleh diputar belit... ini amat bahaya," kata Lim pada sidang akhbar hari ini.

"Saya di sana... kita tidak boleh tangkis apa yang tiada di sana... jangan letak kata-kata ke mulutnya (Muhyiddin)," katanya memberi amaran.

Lim kemudiannya meminta beberapa wartawan yang menghadiri sidang akhbar semalam untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah seperti yang dilaporkan dan semua yang hadir setuju Muhyiddin tidak berkata demikian.

Main politik

Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: "(Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan".

Sehubungan itu, menurut Lim jika pihak-pihak tertentu ingin main politik mereka harus berpegang kepada prinsip dan bukannya dengan cara yang tidak bermaruah. -mk

BERITA BERNAMA SEMALAM


TPM Mahu Lim Guan Eng Berlaku Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berlaku adil kepada rakyat negeri ini, tanpa mengira kaum, dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan, demi pembangunan ekonomi penduduk negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat semua kaum di negeri ini berhak mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

"Layanlah rakyat Pulau Pinang, Melayu atau Cina atau India. (Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Katanya kerajaan negeri sepatutnya memberi peluang dan galakan kepada peniaga untuk mencari nafkah dan bukannya menghalang mereka.

"Saya tahu Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, tapi tidak apa. Yang penting pakatan pembangkang ada komitmen untuk membantu (rakyat) sama seperti BN yang ada komitmen untuk bangunkan rakyat tanpa sebarang perbezaan," katanya.

Muhyiddin berkata sikap adil itu akan membuatkan rakyat berasa lebih selesa dan berpuas hati dan ia akan membantu usaha untuk memajukan negara.

Beliau juga menafikan dakwaan Lim bahawa Pulau Pinang tidak mendapat faedah daripada program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan pusat.

"Pulau Pinang dapat faedah dari dulu lagi. Kerajaan pusat buat untuk semua negeri dan tidak terkecuali juga negeri Pulau Pinang.

"BN membangunkan Pulau Pinang bukan kerana Lim jadi Ketua Menteri tetapi untuk rakyat negeri ini," katanya.

Muhyiddin berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat penting untuk pembangunan ekonomi negeri.

"Saya tahu Ketua Menteri juga tahu tenteng perkara ini (kerjasama)," katanya.

Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang tidak mahu mendengar janji kosong kerajaan negeri sebaliknya mahu melihat kesan daripada apa yang dilaksanakan.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin BN negeri.

Lim dan beberapa exco kerajaan negeri juga hadir pada majlis itu.-- BERNAMA


SAH: Calon PAS Bertanding Di Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:33 AM PST

Calon PAS tanding DUN Merlimau: Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti DAP di sini, sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS akan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan Pakatan Rakyat bagi DUN Merlimau. -BH

Ulasan GB

GB sudah ulas lebih awal di SINI

SAH Safee Sali Sertai Kelab Indonesia

Posted: 07 Feb 2011 03:30 AM PST

Jakarta — Penyerang gempal yang memperkuat pasukan nasional Malaysia semasa kejayaan merangkul gelaran juara dalam pertandingan bolasepak AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, dengan rasmi menyertai kelab Pelita Jaya, Karawang Indonesia, demikian lapor kompas.com.

Safee yang juga merupakan penjaring gol terbanyak pada AFF 2010 tersebut telah mengikat kontrak dengan Pelita selama satu tahun. "Safee rasmi tanggal 2 Februari lalu. Namun, dia belum dapat bergabung kerana masih perlu bermain untuk kelabnya, Selangor FC, pada 12 nanti. Dua hari kemudian, dia baru ke Jakarta," ujar Pengarah Kelab Teknik Pelita Rahim Soekasah ketika dihubungi wartawan, Isnin (7/2/2011).

Rahim mengungkapkan, Safee dibeli guna meningkatkan prestasi pasukannya. "Pemain Pelita muda-muda. Yang berusia 25 tahun cuma dua orang. Selain itu, kami juga memerlukan penyerang. Kami sudah main bagus, tetapi tidak ada yang boleh menjaringkan gol," kata Rahim.

Rahim (gambar) enggan memdedahkan nilai nominal pembelian penyerang kelahiran Selangor, 29 Januari 1984, itu. "Kami sudah sepakat tidak mendedahkan harga Safee. Kalau terlalu murah harganya, Safee boleh dilarang ke Jakarta. Kalau terlalu tinggi, dia dibilang mata duitan pula," tuturnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengingatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawaran yang dapat meningkatkan kecemerlangan mereka.

Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih, lapor Bernama sebelum ini.

"Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini," katanya

Tiada ulasan: