Selasa, 8 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ketua UMNO Puchong berzina dengan bini orang

Posted: 07 Feb 2011 05:22 PM PST

Email yang dihantar seseorang ke salah seorang ketua jabatan di UM ini dipetik dari blog sahabat blogger bujang susah.

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com

Apa pandangan anda tentang email di atas? Anda rasa ragu-ragu dengan kesahihannya? Anda boleh pilih sama ada mahu menyiasat sendiri kes ini berdasarkan maklumat yang ada, termasuk menelefon sendiri no telefon yang tertera di dalam email di atas atau memeriksa sendiri butir-butir lain yang diberikan di atas.

Apa pun untuk pengetahuan pembaca semua, berita tentang penangkapan ini ada tersiar di Harian Metro, di bawah tajuk anak saksi maksiat ibu [Harian Metro]. Seperti biasa, akhbar pencacai kerajaan ini telah memadam perkataan UMNO di dalam laporannya kah kah kah.

Di bawah ini screenshot laporan berita yang diambil dari laman web Harian Metro online, sila klik untuk membesarkan image.

Berita di atas ada menyebut bahawa kes penangkapan ini berlaku pada jam 2 pagi 2 Febuari 2011 lalu, ini bermakna laporan berita di harian metro ini disiarkan selepas 2 Febuari 2011. Manakala email ini disiarkan di blog Bujang Susah pada pukul 8.30 pm 2 febuari 2011 sila rujuk link ini [bujang susah]. Ini bermakna email ini telah tersebar sebelum akhbar harian metro menyiarkan berita ini.

Dalam sibuk-sibuk blogger dan facebooker upahan UMNO memfitnah kononnya ADUN PAS Selingsing berzina, tanpa bukti mereka terus menerus melempar fitnah, kini ternyata Ketua UMNO cawangan Puchong terbukti melakukan zina dengan bini orang. "Paku dulang paku serpih mengata orang sendiri lebih". UMNO is Dead!



ReJaM© "Pinjam ayat blogger dan facebooker upahan UMNO, ingat UMNO ingat zina! Ingat UMNO ingat zina! Ingat UMNO ingat zina! UMNO is DEAD"

Mengapa Tun Mahathir beriya-iya mahukan Jambatan Bengkok?

Posted: 07 Feb 2011 08:25 AM PST


Bekas Perdana menteri, Tun Mahathir bertegas malah menggesa sokongan akar umbi memberi tekanan kepada kerajaan pusat agar meneruskan idea beliau membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodland di Singapura bagi menggantikan jambatan usang Tambak Johor [Mahathir minta sokongan akar umbi].

Idea pembinaan jambatan bengkok ini dilihat akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor. Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu sudah terlalu lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari.

Pembinaan jambatan bengkok ini juga dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia apabila rakyat Singapura tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk berbelanja di Negeri Johor setiap hari. Ini akan menguntungkan ekonomi rakyat Johor sekaligus memberi kebaikkan kepada Malaysia apabila puluhan ribu rakyat Singapura keluar berbelanja di Malaysia setiap hari.

Memberikan saingan ekonomi kepada Singapura

Satu lagi sebab yang menjadi faktor utama Tun Mahathir bertegas mahu kerajaan pusat meneruskan pembinaan jambatan bengkok adalah untuk memadam keangkuhan Singapura dan seteru perang sarafnya Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew sebelum ini sering kali mengkritik pentadbiran Tun Mahathir.

Pembinaan jambatan bengkok dengan ketinggian 25 meter dari aras tanah dilihat akan menarik kapal-kapal dagang kecil untuk ke perlabuahn Pasir Gudang Johor, tanpa perlu melakukan perjalanan yang lebih jauh melewati Republik Singapura.

Tambak Johor dengan struktur binaan yang rendah pada aras laut dilihat menjadi halangan kapal-kapal dagang untuk ke Pelabuhan Malaysia. Kapal-kapal ini terpaksa melewati republik Singapura dan singgah di perlabuhan negara tersebut. Dengan pembinaan jambatan bengkok ini, negara kita dapat menarik sebilangan besar kapal-kapal dagang ke pelabuhan Malaysia, dan memberikan keuntungan kepada Malaysia sekaligus memberikan tekanan atau saingan ekonomi kepada Singapura.

Rakyat Johor juga sangat menyokong usaha Tun Mahathir mewujudkan jambatan bengkok ini. Bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna, malah memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Johor pernah menggesa kerajaan meneruskan idea ini [Utusan]

Sekiranya Najib Tun Razak benar-benar mendahulukan rakyat, inilah projek yang sepatutnya diteruskan, bukan menara warisan merdeka yang merapu malah ditentang oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.


Tentu sekali sangat menghairankan bila projek yang mendapat tentangan rakyat mahu dilakukan sebaliknya projek yang mendapat sokongan rakyat tidak mahu diteruskan. Adakah Najib tetap tidak mahu meneruskan Jambatan Bengkok kerana takutkan Singapura? Pembinaan jambatan bengkok langsung tidak memerlukan persetujuan dari singapura, kerana projek ini hanya melibatkan wilayah di kawasan Malaysia sahaja, persetan sama itu Singapura!




ReJaM© "ReJaM© secara peribadi mewakili penulis-penulis lain di MiLo SuaM menyokong pembinaan Jambatan Bengkok idea Tun Mahathir demi kebaikkan rakyat!"

Lagi projek perabis wang negara

Posted: 07 Feb 2011 07:03 AM PST


Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama [Utusan].

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) untuk setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu. [Malaysiakini]




ReJaM© "Bila tolong rakyat Najib kata tak boleh nanti negara bankrap, bila tolong kroni Najib kata demi manfaat negara..."

Pakatan sebulat suara letak calon PAS di DUN Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:27 AM PST

Desas desus yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat, PR tidak mahu meletakkan calon untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional, BN ternyata tidak benar sama sekali. Sebaliknya Pakatan Rakyat telah sebulat suara untuk meletakkan calon dari PAS untuk bertanding di DUN itu pada 6 Mac ini. [M'sia Insider]

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Adakah Tun Mahathir akan jatuhkan Najib?

Posted: 07 Feb 2011 03:53 AM PST

Semasa pemerintahan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah melakukan road show ke seluruh negara semata-mata untuk memburukkan kepimpinan Pak Lah yang enggan meneruskan projek jambatan bengkoknya bagi menggantikan tambak johor yang menghubungkan Johor Bharu dan Woodland di Singapura.

Pada masa itu Mahathir dilihat benar-benar marah apabila Pak Lah membatalkan idea agong projek jambatan bengkoknya itu. Malah Tun Mahathir sanggup keluar dari parti UMNO baru yang diasaskan olehnya sendiri, semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

Nampaknya cengkaman Tun Mahathir berlanjutan sehingga ke zaman Najib. Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan bantahannya terhadap cadangan projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang dibentangkan oleh Najib di dalam bajet 2011 [Mahathir bantah Warisan Merdeka]

Di dalam kenyataan terbaru beliau, Tun Mahathir menggesa akar umbi agar memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan projek agongnya Jambatan Bengkok. Mahathir juga menunjukkan rasa tidak senang kepada kepimpinan Najib yang dilihat mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura, kerana ini akan mengakibatkan projek tersebut gagal diteruskan [M'sian Insider].



Tun Mahathir sebelum ini telah melakukan serangan pertama kepada kepimpinan Najib apabila menyatakan bahawa Parti UMNO kini tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya sekadar menguntungkan pemimpin atasan [Tun Mahathir].

Tun Mahathir menghantarkan satu mesej jelas kepada Najib agar meneruskan projek jambatan bengkok atau berdepan dengan road shownya seperti di zaman Pak Lah. Senario ini jelas akan membuatkan Najib serba salah. Meskipun beliau seorang Perdana Menteri, namun pengaruh Tun Mahathir yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama 20 tahun akan menggugat kedudukannya.

Nampaknya Najib harus tunduk dengan kehendak Mahathir untuk meneruskan projek jambatan bengkok atau Mahathir akan mengistiharkan perang ke atasnya.




ReJaM© "Najib sedang menunggu arahan dari Big Mama"

Tiada ulasan: