Selasa, 8 Februari 2011

Era Pasca

Era Pasca


MIC wakili BN di MERLIMAU!?

Posted: 08 Feb 2011 02:22 AM PST

Berani ke MIC nak mintak? kahkahkah macam kat HULU SELANGOR terpaksa UMNO kasik kat MIC... kahkahkah kerna kene ugut... kahkah LANTAKkan depa.. meh baca pasal PR di MERLIMAU!

Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

"Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan," katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Mungkin wanita, mungkin lelaki

Ditanya jika PAS akan meletakkan calon wanita seperti yang dilakukan mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang bulan lalu, Abdul Hadi berkata: "Tunggu dan lihat".

Katanya parti itu akan menggerakan jentera pilihan raya dan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan.


"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah.

"Lazimnya calon adalah orang tempatan," kata Abdul Hadi.

Turut serta pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Pemuda PAS serah dua nama

Sementara itu, seorang pemimpin pemuda PAS kawasan Jasin berkata mereka telah memajukan kepada PAS Melaka, dua orang calon pemuda PAS kawasan berkenaan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau 6 Mac ini.

Kedua-dua calon tersebut telah dimajukan ke PAS Melaka, seminggu selepas kematian wakil rakyat BN.

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon tersebut, tetapi berkata kedua-dua mereka adalah ahli jawatankuasa PAS kawasan Jasin dan anak tempatan.

Katanya, seorang daripada mereka adalah exco pemuda kawasan tersebut.

Tambahnya, ada kemungkinan bilangan calon bertambah mengikut pertimbangan PAS negeri sebelum dimajukan kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat.

BUANG TABIAT NAK MAMPUS APE?

Posted: 08 Feb 2011 01:29 AM PST

kata bangang kang melenting.. tapi aku dah berpuloh kali bagitau.. kalau dah bangang tu toksah harap aku nak kata tak bangang... pangai macam orang buang tebiat nak mampus..

Citer die camnih, Ada la sorang mamat tu aku kenai, dia kata nak buat bisnis ngan aku... kalau tengok rupe die nih mmg buleh terpedaya korang, tak ensem pun tapi... bibir pink, rambut tinggal sikit (dah tua), pastu paling penting bini die lawo... kahkahkah meyakinkanlah kalau die tak bukak mulut...

Aku kalau bab carik duit mmg takda masalah, so dia pun bincang la idea die kat aku... dengan penuh semangat die citer, mengalahkan orang jumpe aku sembang pasal MLM... die kate ini bukan MLM, OK aku percaya! Mula2 aku tenung je muke die (nak nengok die nipu ke betui), tapi die still buat muke tak bersalah, so aku buat2 yakinlah ngan idea die... 

Tapi idea nih macam orang takde akal, tapi kalau laksanakan idea dia dan berjaya memang pokcik kayo oi! aku cemas kejap, tapi masih buat2 cool...

Korang tau, nape aku cakap die nih buang tebiat nak mampus? Korang misti taktau ape idea die untuk wat bisnis nih? dia kate nak kuar modal seringgit untuk beli pen kendian dia nak jual pen tu dengan herge Seribu hengget sebatang kat gomen... aku tenung lagi muke die lagi... tapi die masih wat muke tak bersalah... 

Macam mana aku nak counter? memang menguntungkan... tapi cam tak munasabah... macamana pen herge singgit die nak jual balik dgn herge seribu sebatang kat gomen... memang untung untung dan untung... Kendian aku tanya nak ke Gomen beli pen hang nih? pen singgit jer pun bukan spesel mane pun, len lah jual kapal selam terapung ada gak speselnye...


sambil terkebil-kebil mata aku, aku terpikir sape yang buang tebiat nak mampus sebenarnye nih? pening2....

MULIANYA BINI RAIS YATIM

Posted: 07 Feb 2011 09:06 PM PST

ingat mesjid nih kuil ke? kahkahkahkah

KENALI PETI UNDI DUN MERLIMAU

Posted: 07 Feb 2011 11:55 AM PST

Salam semua!

1st kita kenali PETI UNDI MERLIMAU

Terdapat 7 peti Undi di dalam Dun Merlimau diantaranya ialah:

1. 139/27/01 – AYER MERBAU
2. 139/27/02 – CHINCIN
3. 139/27/03 – JASIN LALANG
4. 139/27/04 – MERLIMAU UTARA
5. 139/27/05 – MERLIMAU PASIR
6. 139/27/06 – PERMATANG SERAI
7. 139/27/07 – PENGKALAN SAMAK

26/2/11 dijangka penamaan Calon, dan Anwar mengumumkan DUN MERLIMAU akan dipertanding oleh Wakil PR dari PAS


sumber Buletin Hairan

Tiada ulasan: