Isnin, 7 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Panel pita Lingam 'dibenar cabar' keputusan

Posted: 06 Feb 2011 10:37 PM PST

Mahkamah Persekutuan hari ini meluluskan permohonan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, tahun lalu yang membenarkan dua bekas hakim negara dan peguam Datuk VK Lingam mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Panel tiga anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff membenarkan permohonan yang dibuat oleh suruhanjaya berkenaan yang diwakili oleh pendakwaraya kanan persekutuan, Azizah Nawawi.

Anggota lain adalah hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Abdull Hamid Embong.


Ketiga-tiga halim itu bersetuju membenarkan persoalan: 'Sama ada penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan mengikut Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950 boleh disemak mengikut Peraturan 53, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980...'

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan dua lawan satu, memutuskan Lingam mempunyai hak untuk mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan.

Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan yang dibuat oleh Lingam dan dua bekas ketua hakim negara - Tun Eusoff Chin dan Tun Sheikh Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan AktaProfesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Suruhanjaya itu, yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam cara Puan Sri Zaitun
Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu dan menyelesaikan siasatan pada 15 Feb 2008. - mkini

Terkini, ikat jamin RM8K keatas Shuhaimi Shafie !!

Posted: 06 Feb 2011 10:26 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan satu artikel menghasut berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri selangor di laman blog www.srimuda.blogspot.com pada pada 30 Disember tahun lalu.

Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar, dikenakan ikat jamin RM22,000.00..... dapat kurang kepada RM8,000.00. Perbicaraan akan bersambung pada 28 Mac 2011

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen tiba kira-kira jam 9.20pagi di Bangunan Mahkamah Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.


Sebelum itu ramai pemimpin PKR, DAP dan PAS yang hadir dan berada di Lobi Mahkamah. Antara yang paling awal sampai ialah Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud.

Sementara dari PKR dan DAP yang saya terpandang ialah YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Manikavasagam, YB HJ Yaacob SapariYB Teresa Kok, YB Ronnie Liu dan lain-lain (maaf tak dapat nak tulis)


Align Center
Sumber - Zakri Ali

Terkini Dari Mahkamah - Adun Seri Muda Mengaku Tidak Bersalah Hina Raja

Posted: 06 Feb 2011 07:10 PM PST


SHAH ALAM, 7 Feb — Adun Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang dibawa terhadapnya pagi ini.

MENYUSUL LAGI

Nik Aziz Bukan Macam Pemimpin Umno Yang Menggigil Diajak Berdebat

Posted: 06 Feb 2011 05:25 PM PST

Debat dengan Nik Aziz: PAS minta Umno kumpul ulama

PAS berharap cadangan dialog antara mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menjadi kenyataan, bahkan disiarkan secara langsung supaya orang ramai boleh menghakimi dan menilainya.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, kesediaan Nik Aziz itu menepati amalam dalam sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah. Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

"Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik," kata Idris Ahmad.

Dalam satu kenyataan semalam, Idris juga menyindir parti lawannya Umno supaya "mengumpul ulama yang ada dalam parti Umno untuk turut serta".

Beliau berharap, selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Harga Petrol Tak Akan Naik - Janji Ismail Sabri Sempena Majlis Harijadi Anaknya

Posted: 06 Feb 2011 10:13 AM PST

Sabri dan anaknya Dafi dikelilingi oleh "muslimah" semasa parti menyambut hari kelahiran Dafi. Kerana kesusahannya menjadi menteri yang adil dan mementingkan kesusahan rakyat jelata, dia hanya menyambut "kenduri" ini secara kecil-kecilan.. Kah..kah..kah..kah.. (Sumber gambar - Bujang Susah)

Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong.
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini, Ahad.


Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.

"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia, secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.

"Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," katanya.

Katanya sepanjang tahun lepas, memperuntukkan subsidi berjumlah RM6.3 bilion tahun lepas untuk petrol dan diesel.

"Sebanyak RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON 95 dan bakinya subsidi diesel," katanya.

Umno Kafir - Inilah Orang Yang Cakap Tu..

Posted: 06 Feb 2011 09:53 AM PST

No Deghih Ni Dulu Pernah Kafir Kan Umno

Ketua ulama veteren umno Kelantan, Prof ? No Deghih guling2 nak berdebat ngan TGNA…..kah kah kah……………nak cari glamour…….harga tengah merudum, skang sedang menganggur tak jadi pensyarah dah…………kah kah kah profesor kangkong…., Oiiit Rozali ISO hak………tak ade orang lain ke nak letak ketua ulama……………prof ? abdullah samah mane ?…………kalau dia ada class sikit, dalam mulut dia banyak perkataan GILA.


tuh ! No deghih berketayap belakang madey……


No deghih ni dulu KAFIR kan umno……….umno ULUR RM umno tak kafir dan makan gaji ngan umno, aku kenal No deghih ni masa dalam umno, mulut mak ai celupar sakan, sama2 umno pun tak suka dia, cuma dia di guna kan masa2 tertentu saja, masa nak memaki hamun PAS, umno bawak lah keluar dia, begitu juga masa bghehimm ali berhimpun di P.Mas, bghehimm ali ambik dia naik pentas, maka menyalak nyalak lah dia macam orang hilang akal memaki hamun TGNA, lepas tu puak2 umno dan perkasa simpan balik dia dalam peti BESI, baru sekaang lah pulak umno Kelantan bawa keluar, kot2 ada untung…………..

Sebenar nya dia ada masalah PERIBADI dengan TGNA, dia cemburu TGNA menjadi MB Kelantan sudah 20 tahun lebih, masa dia dalam PAS dulu tak berpeluang, itu lah sampai hari ini pun dia masih marah pada TGNA.

Ini lah satu2 nya harapan umno kelantan, No deghih ni pernah bertanding PRU dan KALAH, pengundi tak pilih dia, aku cadang kan pada umno kelantan letak di mana ada pengundi melayu umno felda, biar puak ni pilih dia, kalau menang boleh berangan nak berdebat ngan TGNA, Oiiii ! Umno…….TGNA tu MB tau……….tak kan orang yang PUNAH GHANAH camgini nak berdebat dengan nya, walau pun TGNA tak kata, tapi aku yang kata, low class setaraf ??????????, tak ada penderian dalam perjuangan, sekali pas lepas tu umno pulak, skang umno pun menyampah.

No deghih ni……….. tengok muka pun……………………………tak layak, tak layak, tak layak lah dia nak berdebat tentang Islam dengan TGNA, TGNA dulu dan kini bersama PAS, No deghih dia skaang dalam parti yang pernah dia sendiri KAFIRkan, jadi taraf ketua ulama veteren parti yang dia KAFIRkan pun tahap Kelantan jah, TGNA MB, Mursyidul Am Pas peringkat pusat, dalam Sinar Harian bercetak edisi Kelantan pun No deghih kata bghehim ali tak gheti islam, rujuk sinar harian 6 feb 2011 ahad tak silap muka 2…………..menunjukan dia sendiri pun gagal memaham kan bghehim ali tentang islam…….kah kah kah.

Sumber di sini

GAPS Sakit Hati Kerajaan Selangor Biaya Kos Guaman Adun Seri Muda

Posted: 06 Feb 2011 06:11 AM PST

Tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah esok ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat".

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin mendakwa, perkara itu tentunya satu lagi "salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang di mahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.


"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya," kata Hamidzun (kiri).

Kelmarin, kerajaan negeri negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".

Dalam satu kenyataan hari ini, Hamidzun mendakwa, rakyat berpandangan pembiayaan itu juga adalah bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid bersubahat menderhaka kepada Sultan Selangor dengan "bersekongkol" bersama Shuhaimi yang disifatkannya sebagai "ADUN derhaka".

Semalam, Shuhaimi memberitahu Malaysiakini, beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin (esok) berhubung tulisan dalam blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Katanya, beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi dimaklumkan ia mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan.

Gobala.. Melayu Sudah Tak Percaya Sama Lu..

Posted: 06 Feb 2011 05:03 AM PST

Pengundi desak Gobala letak jawatan


Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.


"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

Raja Yang Kaya Raya Tetapi Rakyat Miskin

Posted: 06 Feb 2011 03:56 AM PST


Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun 'tarnaktaib' sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.


Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai 'Chief Minister & Sons' dipapar melalui montaj imej dan didakwa 'menyapu' semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

arus perjuangan

Tiada ulasan: