Jumaat, 4 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sokongan Padu Untuk ADUN Sri Muda

Posted: 04 Feb 2011 01:18 AM PST

Kerajaan Selangor akan bantu Shuhaimi Shafie

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafie semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.

Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan Perlembagaan Negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri.

Sebaliknya, kesemua ADUN UMNO/BN pula menolak pindaan ini yang sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka.

Rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

Dalam kes Shuhaimi, Kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

*Kenyataan media dari sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.

Najib Tak Berani Kutuk Hosni Mubarak?

Posted: 03 Feb 2011 11:45 PM PST

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya. -harakahdaily

Ulasan GB

Setakat ini belum da apa-apa kenyataan rasmi PM, DS Mohd Najib Tun Razak mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir.

Sikap berdiam-diri beliau seperti menyetujui langkah Israel yang menghuluran bantuan kepada rejim Hosni Mubarak.

Malah beliau sebelum ini terhegeh-hegeh di dalam membuat keputusan untuk membawa keluar pelajar Malaysia yang sedang di dalam kecemasan dari bumi Mesir.

Hanya baru malam tadi 356 orang dipindah, iaitu tidak sampai 1% jumlah 14,000 pelajar Malaysia disana, tetapi gempaknya seolah-olah dah pindahkan semua.



Giliran Moroko Pula: Tanggal 20 Feb, Mari Kita Demo!

Posted: 03 Feb 2011 11:05 PM PST

Satu kelompok pemuda Moroko (Maghribi) telah menyerukan demonstrasi pro-pembaruan akhir bulan ini melalui jejaring sosial Facebook, sebagai contoh terakhir dari demonstrasi anti-pemerintah yang digerakkan oleh internet di dunia Arab.

"Kami mengundang semua warga Maroko berunjuk rasa pada 20 Februari bagi martabat rakyat dan bagi pembaruan demokrasi," kata kelompok itu, yang mendakwa memiliki sekitar 3,400 pengikut, dalam satu pernyataan.

Tuntutan mereka termasuk pindaan perlembagaan Moroko bersama dengan pembubaran pemerintah dan parlimen.

"Kami merasakan ini dengan ketenangan yang sangat besar," kata juru bicara pemerintah dan Menteri Komunikasi Moroko Khalid Naciri dalam sidang akhbar.

"Moroko ... telah mengajak untuk waktu lama dalam proses demokrasi dan keterbukaan yang tak dapat diubah," ia menambah.

Internet telah memainkan peranan besar dalam gerakan-gerakan anti-pemerintah yang muncul menjadi revolusi besar di Tunisia dan Mesir.

Sementara Moroko belum tersentuh oleh protes disertai kekerasan yang sama, negara itu menyaksikan dengan dekat negara tetangganya di Afrika Utara tersebut, dengan peringatan bahkan dari dalam keluarga kerajaan bahwa protes itu mungkin tak akan dapat dihindarkan.

Segera sesudah kekacauan di Algeria dan Tunisia, Pemerintah Moroko mengumumkan akan mempertahankan subsidi pada keperluan, seperti terigu, gula, minyak untuk memasak, dan gas hidrokarbon, untuk mencegah kenaikan harga.

Sedikitnya empat kes pengorbanan diri juga telah dilaporkan di Moroko dalam puluhan hari terakhir. Hal itu tampaknya diilhami oleh kes yang sama di Tunisia yang telah meledakkan saru revolusi di negara tersebut.

Pergolakan di Tunisia yang akhirnya menjatuhkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, seperti dilaporkan media, disebabkan oleh keadaan sosial dan ekonomi ketika harga-harga barangan naik dan jumlah penganggur meningkat. Rakyat pun meradang ketika seorang lulusan universiti yang sulit mencari pekerjaan membakar dirinya saat petugas keselamatan menyita gerai buah-buahan miliknya.


Morocco next? Protesters start organising

A growing number of Moroccan civil society groups are calling for large scale protest marches in the Kingdom. As the first protests are already being organised in Tangier and Rabat, the army is regrouping.

Following the developments in Tunisia and Egypt, Moroccan youth groups have started organising the first protest marches in the country to demand political reform and greater human rights in Morocco.

The first mass protests have already been organised in Morocco. On Sunday, the group ATTAC Morocco staged a larger demonstration in the northern city of Tangiers, with protesters focusing on "the deterioration of social conditions and high basic food prices."

The Tangier protest however was brutally stopped by security forces, according to eyewitnesses. Batons and tear gas were used to disperse demonstrators who had gathered in the Square of Nations in central Tangier. Protesters had chanted slogans of solidarity with the people of Tunisia and Egypt, demanding a "right to employment, housing and a decent life."

But Moroccan protesters have not given up, despite the brutal response by security forces. Today, there are reports from the capital, Rabat, about demonstrations in front of the Egyptian Embassy, with hundreds of protesters chanting slogans in solidarity of their counterparts in Egypt.

Further protests are now being prepared by a magnitude of groups in Morocco.

A group of young Moroccans is currently spreading the protest call through the social network Facebook, calling for demonstrations on 27 February "in front of the prefectures and the wilayas in all regions and central authorities in cities and villages, to demand the freedom of political organisation, the alternation of power and human rights."

The so-called "Movement for Freedom and Democracy Now" in a statement specifies that this protest is "part of a spontaneous global transformation that aims at giving people their rightful place in society," further calling for democracy, freedom and the adherence to popular will.

According to the statement, there is a list of demands including "the abolition of the current constitution, dissolve parliament and government, parties who have contributed to the consolidation of political corruption and take immediate real action for a political transition."

The organisers further refer to "the terrible conditions of poverty, unemployment and human rights violations and restrictions on freedom of press" in Morocco. Morocco is known to be the poorest and least developed state in North Africa, facing enormous social problems.

Also other organisations are calling for protests. A grouping of the political opposition, trade unions, human rights organisations and an association of the unemployed has issued a statement calling for rallies and demonstrations to be held next Saturday, 5 February.

Also, the Labor Council of the Democratic Labour Confederation of Morocco has called for Sunday 6 February to be a day of protest. Marches are planned for in the south-eastern town of Ouarzazate "to protest the inhumane living conditions in Morocco."

As the calls for protests are widening in Morocco, the regime is increasingly insecure. King Mohammed VI has met with French government officials and his most trusted military leaders in his private chateau outside Paris to discuss the security situation.

Several unconfirmed reports from Morocco and occupied Western Sahara agree that security forces now are being pulled out from the occupied territory to be deployed in Morocco-proper in preparation of a possible popular revolt.

The reported regrouping of Moroccan troops may leave Western Sahara - a territory whose indigenous Saharawi population is always ready to revolt - open to rebellion. Security forces stationed in Western Sahara are famed for great brutality against civilians, which could bode unwell for protesters trying to organise marches in Morocco. © afrol News


[Video] 100,000 Ekor Ikan Jerung Serbu Florida.

Posted: 03 Feb 2011 09:00 PM PST

Miami - Kira-kira lebih 100,000 ekor ikan jerung berenang 91.44 meter dari pantai negeri Florida di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar kelmarin.

LEBIH 100,000 ekor ikan jerung Spinner berenang dekat pantai di negeri Florida baru-baru ini.

Gambar 100,000 ekor ikan jerung itu berenang berjaya dirakamkan oleh seorang juruterbang, Steve Irwin menerusi telefon bimbit berkamera.

Ikan jerung itu dipercayai spesies Spinner sepanjang 0.91 meter hingga 2.13 meter berenang ke utara di antara Fort Lauderdale dan Pulau Jupiter.

Irwin yang mengendalikan perkhidmatan helikopter di Fort Pierce berasa bingung kerana melihat sejumlah besar ikan jerung berkumpul di kawasan perairan cetek itu.

"Ia merupakan penglihatan yang amat menakjubkan. Terdapat puluhan ribu ikan itu kemungkinan 100,000," kata Irwin.

Ikan jerung tersebut dikatakan sedang berpindah ke kawasan Utara Carolina.








This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mubarak Pergi Atau Kita Yang Syahid

Posted: 03 Feb 2011 08:20 PM PST

Kaherah - Pada hari ini, para pemerhati menjangkakan protes menuntut Presiden Mesir Husni Mubarak untuk letak jawatan akan terus berlangsung sengit. Dengan lantang para penunjuk perasaan menyiapkan slogan bersama, "kita tetap bertahan. Mubarak pergi atau kita yang syahid."

Jelas sekali bila tidak ada niat dari para penunjuk perasaan untuk mundur dari tindakan mereka yang sudah berlangsung lebih dari seminggu itu, onekezone dipetik.

Berdasarkan beberapa laporan menyentuh pegolakan di Mesir, para penunjuk perasaan sepertinya tidak ingin mengundurkan diri dari tindakan demonstrasi sebelum Presiden Mubarak turun.

Seorang mahasiswa jurusan Bahasa Arab Al Azhar, motto "kita tetap bertahan. Mubarak pergi atau kita yang syahid," ini didengungkan oleh para penunjuk perasaan menjelang ultimatum yang diberikan kepada Mubarak, untuk letak jawatan hari Jumaat.

Erdian juga mengaku masih mendengar suara tembakan yang entah berasal dari kelompok pendukung Mubarak atau anti-Mubarak.

Hingga kini keadaan di Mesir memang terus bergolak. Massa anti-pemerintah terus bertahan di Tahrir Square, mereka dipisahkan oleh pihak tentera yang menjaga dari serangan massa pro-pemerintah. Tercatat enam orang massa anti-pemerintah dilaporkan terkorban dalam aksi penembakan yang terjadi pagi hari ini.

Sebelumnya tiga orang lainnya dikabarkan terkorban dalam aksi penembakan yang terjadi pada hari Rabu 2 Februari malam waktu tempatan.


Ucapan Mubarak dicemuh rakyat

Pengumuman Presiden Mesir 'disambut' dengan batu, kasut penunjuk perasaan

KAHERAH: "Berani dia membuat kenyataan seolah-olah kami ini budak-budak," kata seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir di Kaherah selepas mendengar ucapan presiden Hosni Mubarak yang disiarkan secara langsung oleh televisyen awal pagi semalam.

"Jika dia mahu kekal sehingga September kami juga akan kekal membuat tunjuk perasaan sehingga itu," kata penunjuk perasaan itu.

Hampir sejuta penunjuk perasaan yang membanjiri dataran di pusat bandar Kaherah itu mengikuti secara langsung ucapan Mubarak melalui laporan rangkaian televisyen al-Jazeera yang ditayangkan di skrin besar.

Ketika presiden yang dituntut rakyat berundur segera itu mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding melanjutkan tempoh jawatan pada pemilihan presiden September ini, penunjuk perasaan menjerit kemarahan.

Skrin besar yang memaparkan wajah Mubarak itu dibaling dengan batu, diiringi laungan berkali-kali "Irhal, irhal" (berambus, berambus).

Pada satu ketika penunjuk perasaan menunjukkan kasut ke arah skrin berkenaan- satu penghinaan dalam budaya Arab.

Rata-rata penunjuk perasaan tidak puas hati dengan pengumuman Mubarak itu. Malah mereka bukan saja menuntut Mubarak berundur segera tetapi keseluruhan rejim parti Demokratik Kebangsaan pimpinannya.

"Mungkin pengumuman itu memadai untuk menyejukkan hati kami beberapa hari lalu, tetapi sekarang ia sudah terlambat," kata Amr Gharbeia, seorang aktivis yang memasang khemah di dataran itu.

"Ia hanya membuat kami marah," kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ibraheem Kabeel, seorang doktor berusia 26 tahun.

Seorang tokoh aktivis terkenal, Gamila Ismail, menolak tawaran presiden itu.
"Dia langsung tidak faham. macam mana boleh diadakan pilihan raya umum yang bebas dan adil jika sistem politik yang dicemari undang-undang darurat masih kekal," katanya.

"Bagaimana boleh ada keadilan politik jika kerajaan menguasai semua institusi politik," katanya. – Agensi


Pengasas Wikileaks, Julian Assange Dicalonkan Penerima Hadiah Nobel 2011

Posted: 03 Feb 2011 06:27 PM PST

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, telah diusulkan menjadi calon penerima Nobel Perdamaian 2011 oleh anggota Parlimen Norwegia. Alasannya, penerbitan dokumen-dokumen rahsia yang dilakukan dianggap membawa angin segar bagi iklim demokrasi, penegakan hak asasi manusia, dan kebebasan berpendapat.

"WikiLeaks telah melakukan sumbangan di dalam perjuangan nilai-nilai global dengan cara mendedahkan korupsi, kejahatan perang, dan penganiayaan—sesuatu yang mungkin pernah dilakukan oleh sekutu Norwegia," kata Snorre Valen (24), anggota Parti Sosialis Kiri, dalam blog peribadinya, Rabu (2/2/2011).

Kontroversi paling hangat yang diungkap WikiLeaks adalah pengungkapan ratusan ribu kawat diplomatik AS.

Dia memberi contoh pengaruh WikiLeaks bagi perjuangan demokrasi. Contoh terakhir, ujar Valen, pengungkapan praktik korupsi keluarga Presiden Zine al-Abidine Ben Ali di Tunisia. Hal tersebut, dia menilai, turut menjadi titik awal untuk menjatuhkan diktator yang telah berkuasa selama 24 tahun itu.

Valen mengaku menyedari adanya kontroversi di balik tindakan membuka tabir data rahsia tersebut. Namun, dia meyakini bahwa kegiatan "whistle blower" yang dilakukan Julian Assange melalui WikiLeaks penting bagi kepentingan publik.

Jawatankuasa Nobel Norwegia menolak memberikan komennya soal pengusulan agar Julian Assange menjadi calon penerima Nobel Perdamaian 2011. Dalam webnya, lembaga tersebut hanya menyebutkan telah menerima 200 usulan tanpa meperinci satu per satu. Sesuai dengan kebiasaan, pencalonan Nobel tidak pernah diumumkan.

[Bergambar] Sambutan Tahun Baru Cina

Posted: 03 Feb 2011 05:30 PM PST

Seorang perempuan menunjukkan kebolehan mengeluarkan api dari mulutnya semasa perayaan Tahun Baru Cina di Chinatown, Binondo, di Manila semalam.


Satu hiasan lampu berbentuk arnab dipamerkan di Sungai Hongbao semasa festival di Marina Bay di Singapura.

Masyarakat tionghua menunjukkan tarian naga di perayaan Tahun Baru Cina di jalanraya Chinatown Binondo, Manila. Tahun Baru Lunar Cina bermula pada Februari 3 dan menandakan permulaan tahun Arnab, mengikut zodiak Cina.

Seorang kanak-kanak leka memerhatikan penari-penari tarian naga yang mempersembahkan tarian mereka di hadapan sebuah kedai di Chinatown Manila.


[Bergambar] Protes Mesir: 6 Maut & Ratusan Cedera

Posted: 03 Feb 2011 04:30 PM PST

Enam orang maut dan hampir 1,000 lagi cedera dalam rusuhan di antara kumpulan penentang dan penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Tahrir Square, Kaherah semalam.

Gambar: SEORANG penunjuk perasaan anti-Presiden Hosni Mubarak yang berdarah diheret di Tahrir Square, Kaherah kelmarin.

Hari berdarah itu berlaku pada perhimpunan penyokong penentang Hosni yang memasuki hari kesepuluh semalam bagi menuntut peletakan jawatannya.

Sejumlah besar penunjuk perasaan mahu Hosni yang telah memerintah selama 30 tahun meletakkan jawatan kerana kegagalannya mentadbir dengan cekap sehingga mengakibatkan kadar pengangguran tinggi dan ekonomi tidak berkembang selain masalah korupsi dan kebebasan bersuara.

Bunyi mesingan kedengaran lebih sejam di Tahrir Suqare manakala kebakaran berlaku di beberapa buah bangunan dekat kawasan tersebut.

"Apa yang berlaku akan menjadikan kami lebih berazam untuk menyingkirkan Presiden," kata sebuah pergerakan penunjuk perasaan itu yang dikenali sebagai Kefaya.

Dalam kejadian semalam, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang sedang bertempur.

Menurut seorang doktor, Mohammed Ismail, empat daripada enam orang yang terbunuh itu terkena tembakan di kepala.

Menurut seorang lagi kakitangan perubatan, Dr. Amr Bahaa, sejumlah besar penunjuk perasaan datang ke klinik sementara di Abdulmenem Riad Square dekat dengan Tharir Square untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan.

Beliau berkata, kebanyakan penunjuk perasaan yang cedera terkena tembakan.

Lelaki-lelaki bersenjata itu muncul selepas para penyokong Presiden Mesir menyerbu Kaherah kelmarin sekali gus mencetuskan pertempuran dengan kumpulan penentang Presiden.

Kedua-dua belah pihak menggunakan batu dan bom petrol semasa melakukan serangan yang bermula pada malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Seorang budak berusia 11 tahun yang cedera, dalam pertempuran tersebut, Mohammed Ghozlan diminta jangan menangis oleh bapanya, Khaled.

"Jangan menangis, jangan menangis, kamu adalah hero," kata Khaled kepada anaknya itu.

Para penunjuk perasaan telah membuat sekatan di jalan raya menuju ke Tahrir Square dengan menggunakan besi dan sampah.

Menurut seorang koresponden agensi berita AFP, seorang daripada setiap 10 orang mengalami kecederaan pada penglihatan.

Sejumlah sukarelawan mengedarkan makanan dan pakaian kepada sejumlah penunjuk perasaan.

Sepanjang pertempuran itu, anggota-anggota tentera tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kedua-dua kumpulan tersebut.

Tunjuk perasaan bagi menuntut peletakan jawatan Hosni itu dibuat selepas rakyat di negara itu mendapat ilham daripada kebangkitan penduduk di Tunisia yang berhimpun bagi mendesak Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan pada bulan lalu. - Agensi











[Bergambar] Bukti Polis Dalangi Serangan Ke Atas Rakyat Mesir

Posted: 03 Feb 2011 04:07 PM PST

Kekacauan yang berlaku yang menyebabkan beberapa kematian di dalam tunjuk perasaan di Mesir adalah berpunca dari provokasi dan serangan dari anggota polis berpakaian preman.

Rakyat yang anti-Mubarak berjaya menemui dan merampas beberapa kad pengenalan diri daripada mereka yang pro-Mubarak yang berjaya mereka tewaskan. Pertempuran diantara kelompok pendukung Presiden Husni Mubarak dengan anti-Mubarak berlanjutan dan golongan rakyat yang anti-Mubarak telah mengusir golongan yang mencetuskan kekacauan dari beberapa jalan di sekitar Lapangan Tahrir yang telah mereka kuasai.

Mereka saling melempari batu dan terdengar pula tembakan. Pihak tentera, yang berusaha memisahkan kedua kelompok, tampak tidk berupaya untuk menyekat massa.

Para penyokong Presiden Mesir Husni Mubarak dalam di dalam demonstrasi mereka di Kairo telah menyerang wartawan asing.

Beberapa wartawan dipukul dan peralatan mereka dirosakkan, sedangkan beberapa lainnya ditangkap. Kelompok pendukung Mubarak juga menghalang penyaluran makanan dan minuman kepada kelompok anti pemerintah yang bertahan di Lapangan Tahrir, pusat kota Kahirah.

Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan lapan orang diketahui terkorban akibat protes sejak Rabu kelmarin.

Di tempat yang berlainan, para penceroboh merosakkan pusat perbelanjaan di kota Iskandariah, salah satu pusat perbelanjaan terbesar di Mesir.

Wakil Presiden, Omar Suleiman (gambar) mengumumkan bahwa putera Mubarak, Gamal, tidak akan mencalonkan diri sebagai Presiden. Inilah pernyataan rasmi pertama bahawa Gamal tidak akan meneruskan kekuasaan ayahnya.

Sebelumnya Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.

Para penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.

Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.

Menyentuh insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.

Dalam pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.

Tunjuk perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.









Bas Expres Terbabas, 40 Penumpang Terselamat

Posted: 03 Feb 2011 02:01 PM PST

Seremban - Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.

Gambar: BAS ekspress Transnasional terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi mengakibatkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu. Bagaimanapun, 40 penumpang bas berkenaan terselamat dalam kemalangan itu. - Foto BERNAMA

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.

Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.

Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.

Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu. -- BERNAMA

[Video & Bergambar] Rakyat Yaman Tunjuk Perasaan Desak Presiden Letak Jawatan

Posted: 03 Feb 2011 09:26 AM PST

Lebih dari 20.000 penunjuk perasaan anti pemerintah Yaman berkumpul di ibukota Sana'a, untuk menghadiri "hari kemarahan" terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh.

Para demonstran meminta pergantian pemerintah dan menolak tawaran Presiden Saleh untuk berundur pada tahun 2013 setelah lebih dari 30 tahun berkuasa.

Sementara itu, ribuan pendukung presiden melakukan aksi serupa di satu lapangan terbesar kota ini.

Dua kegiatan ini merupakan aksi terbesar dalam aksi protes selama dua minggu terakhir yang diinspirasi oleh kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Dalam sidang darurat parlimen hari Rabu (02/02), Presiden Saleh yang berusia 64 tahun, menyatakan rencananya untuk berundur dengan mengakui tidak akan memanjangkan tempoh jawatannya sebagai presiden dan menegaskan tidak akan memberikan jawatan itu kepada anaknya.

Presiden juga meminta para penunjuk perasaan untuk membatalkan tindakan mereka, namun kedua kubu tetap berkumpul di tempat yang berbeza di Sana'a.

'Pergantian rejim'

"Rakyat menginginkan pergantian rejim," teriak para penunjuk perasaan anti pemerintah yang berkumpul di depan Universiti Sana'a. "Tolak korupsi, tolak diktator."

Kegiatan yang disebut "hari amarah" ini diselenggarakan oleh kelompok-kelompok masyarakat madani dan para pemimpin pembangkang yang mengeluhkan soal peningkatan kemiskinan di kalangan rakyat berusia produktif yang terus bertambah, dan rasa kecewa dengan kurangnya kebebasan berpolitik.

Angka pengangguran di Yaman mencecah 40%, sementara harga makanan terus meningkat dan tingkat kurang gizi mencapai titik parah.

Negara ini juga dibebani dengan berbagai masalah keamanan seperti gerakan pemisah di selatan dan perlawanan para pemberontak Shia Houthi di wilayah utara.

Reformasi politik

Para penyokong Presiden Saleh pula berkumpul di Lapangan Tahris Sana'a.

Wartawan BBC di Sana'a mengatakan mereka juga turut meminta reformasi politik dan ekonomi.

Mereka mengatakan akan terus berdemonstrasi sampai Presiden Saleh mewujudkan janji untuk melakukan reformasi.

Pada awalnya dikhuatirkan akan pertempuran di antara dia kubu, namun tindakan penunjuk perasaan tersebut berjalan damai.

Presiden Saleh, seorang sekutu barat, menjadi pemimpin Yaman Utara tahun 1978 dan berkuasa di Republik Yaman sejak wilayah barat dan utara bersatu tahun 1990.

Dia terpilih kembali tahun 2006.

Pada bulan Januari, dia mengusulkan perubahan Undang-Undang Dasar yang boleh membuatnya kembali mencalonkan diri dalam pemilihan presiden dua tahun akan datang.

Namun setelah revolusi di Tunisia, dimana presidennya terpaksa melarikan ke luar negeri, para pemerhati mengatakan Presiden Saleh telah berubah fikiran.

Presiden Saleh juga menawarkan sejumlah konsesi: menurunkan cukai pendapatan hingga 50%, meminta pemerintah mengendalikan harga dan berjanji menaikkan gaji pegawai negeri dan anggota tentera hingga US$47 sebulan.









S/U Agong PBB Kecam Kumpulan Pro-Mubarak Yang Diupah Guna Kekerasan Ke Atas Penunjuk Perasaan

Posted: 03 Feb 2011 07:06 AM PST

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengutuk keras serangan yang dilakukan oleh pro-Presiden Hosni Mubarak ke arah para demonstran di Lapangan Tahrir, Keherah.

Menurutnya serangan dalam bentuk apapun kepada demonstran seharusnya tidak dilakukan.

"Serangan dalam bentuk apapun ke arah demonstran yang melakukannya secara damai tidak dapat diterima dan saya sangat mengutuk hal tersebut," kata Ban Ki-moon selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Britain David Cameron, di London.

Beliau menyatakan kekhuatirannya tentang kekerasan yang terus terjadi di Mesir dan menyerukan kedua belah pihak untuk menghentikan semua bentuk kekerasan.

Aksi penunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak berlangsung dengan damai sejak sembilan hari yang lalu. Jumlah massa terus bertambah dari ribuan hingga ratusan ribu orang dan ditargetkan mencapai satu juta orang.

Tetapi, protes berkenaan menjadi tercemar dengan para pendukung Presiden Hosni Mubarak mulai memasuki ke lokasi tersebut.

Beberapa laporan menyebut kumpulan pro-Mubarak tersebut adalah terdiri dari kelompok gangster yang diupah untuk mengkucar-kacirkan protes anti-Mubarak.

Laporan BBC sebelum ini menyebut sesetengah daripada kumpulan prokerajaan itu adalah polis yang berpakaian preman.



6 maut dalam pertempuran di Dataran Tahrir

KAHERAH: Lelaki bersenjata menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pertempuran di Kaherah di mana enam orang terbunuh manakala lebih 800 cedera, menyebabkan kuasa Barat sekali lagi menggesa Presiden Hosni Mubarak segera melepaskan kuasa.

Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir berkata, mereka yang melepaskan tembakan itu adalah anggota polis rahsia.

Marah dengan kenyataan Mubarak kelmarin untuk hanya melepaskan jawatan pada September depan, mereka bertekad akan meneruskan demonstrasi sehingga pemimpin berusia 82 tahun itu berundur.
Pemimpin pembangkang termasuk tokoh liberal, Mohamed ElBaradei, dan pergerakan Islam Mesir menolak gesaan rundingan dengan Perdana Mnteri, Ahmed Shafiq, yang baru dilantik Mubarak.

Mereka menegaskan hanya pemergian presiden itu akan menamatkan demonstrasi dan membuka jalan untuk rundingan. - Reuters




[Video & Bergambar] Selepas Banjir, Queensland Dilanda Siklon Yasi

Posted: 03 Feb 2011 06:08 AM PST

Belum pun reda selepas dilanda banjir, Queensland kali ini dihentam pula dengan siklon Yasi. Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh berkata, mereka sedang berhadapan dengan bencana alam yang dikategorikan taufan peringkat kelima iaitu selepas banjir besar melanda di negeri itu.

Badai Yasi dilaporkan telah menerjang Queensland, Australia, Rabu (2/2). Badai kategori lima ini memporak-porandakan ratusan rumah warga dan pepohonan. Belum ada laporan korban jiwa akibatnya setakat ini.

Badai dengan kecepatan 300 kilometer per jam itu menusuk daratan hingga radius ratusan kilometer dari Pantai Timur Laut Australia. Sektor-sektor penting, seperti pertambangan, jalur kereta api, dan pelabuhan ditutup. Suara badai sangat dahsyat.

Dentumannya menyerupai suara kereta api. Konon, kekuatannya setara dengan badai katrina yang menghancurkan New Orleans, Amerika Serikat, 2005 silam.


Badai Yasi Landa Queensland

Pusat penempatan sementara penduduk di timur laut Australia kini semakin sesak, semalam berikutan ancaman taufan siklon Yasi dan terbesar dalam sejarah negara itu .

Tiupan angin kencang pertama melanda pesisir Queensland menyebabkan penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu beberapa jam sebelum Siklon Yasi melanda negara itu.

Jurutera turut mengeluarkan amaran kelajuan angin boleh mencapai sehingga 300 kilometer sejam, sekali gus akan menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk.

Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh berkata, mereka sedang berhadapan dengan bencana alam yang dikategorikan taufan peringkat kelima iaitu selepas banjir besar melanda di negeri itu.

Seramai 400,000 penduduk tinggal di sekitar bandar pelancongan terkenal seperti di Cairns, Townsville dan Mackay yang menjadi laluan taufan Siklon Yasi tersebut.
























Nazeera Ceritakan Pengalaman Ngeri Sekembali Dari Mesir

Posted: 03 Feb 2011 05:11 AM PST

Kami tidur bertemankan pisau"

Gambar: Pelajar perubatan tahun ketiga Universiti Mansoura, Mesir Nazeera Mohd Nasir, 21, (tengah) diiringi ibunya, Zaimah Abu Bakar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan bapanya, Mohd Nasir Abdullah.

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya. - Bernama

Pelajar perubatan tahun ketiga Universiti Mansoura, Mesir, Nurul Shafiqah, 21, (tengah) diberi ciuman oleh bapanya, Mohd Tajudin Harun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan ibunya, Noridah Abu Samah.

Pelajar perubatan tahun pertama Universiti Tanta Mesir, Nor Akhbariah Md Najas, 20, (tengah) disambut oleh ibunya, Jamaliah Mohd Salleh sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Turut kelihatan bapanya, Md Najas Baharom.



Bengkel Potong Besi, Logam Terbakar

Posted: 03 Feb 2011 03:30 AM PST

Alor Setar – Sebuah bengkel potong besi dan logam di Tandop dekat sini terbakar, menyebabkan kesesakan jalan raya hampir dua kilometer kerana jalan raya diselubungi asap tebal.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu dikatakan berpunca akibat percikan api daripada besi kereta yang dipotong oleh pekerja bengkel tersebut.

Pemilik bengkel, M Sundrapandi, 47, berkata, ketika kejadian, seorang pekerjanya sedang memotong sebuah kereta lama dan percikan api yang keluar daripada mesin itu telah menyambar kusyen dan tayar kereta menyebabkan api mula marak.

"Semasa kejadian, angin juga kencang menyebabkan api marak dengan cepat," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata, api yang marak itu telah membakar longgokan besi dan logam yang terdapat di bengkel berkenaan.

Sundrapandi berkata, ini kali pertama kebakaran berlaku selepas dia mengusahakan bengkel tersebut hampir 10 tahun. – Bernama

ADUN Sri Muda Didakwa Di Mahkamah Isnin

Posted: 03 Feb 2011 03:03 AM PST

Adun Sri Muda bakal didakwa di mahkamah

Pagi ini beliau telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dibebaskan atas jaminan polis.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Isnin depan, berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pagi tadi, beliau telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Shuhaimi tiba kira-kira 11.10 pagi, ditemani peguam Lateefa Koya, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Sri Andalas Xavier Jayakumar.

Menurut Shuhaimi, beliau dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis dengan seorang penjamin.

"Pihak polis menghubungi saya petang semalam untuk hadir ke balai. Saya dipanggil untuk ditangkap namun dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis," katanya yang ditemui media di luar perkarangan balai polis.

Lateefa menjelaskan pertuduhan masih belum jelas namun pihaknya diberitahu bahawa wakil rakyat itu akan didakwa dibawah Sesyen 4 (1) C.

"Kami diberitahu beliau (Shuhami) dituduh dibawah Seksyen 4(1)C. Kita kata pertuduhan 'oppresive' iaitu tiada objektif dan subjektif.

"Jika fikir punya ciri menghasut itu cukup untuk membawa pertuduhan di bawah Akta Hasutan," jelas Lateefa.

Lateefa berkata pihaknya akan menunggu perkembangan pertuduhan pada Isnin ini.

Katanya jaminan lisan diberi polis bagi memastikan Shuhaimi hadir ke mahkamah Isnin ini dan jika gagal penjamin beliau iaitu Abdul Razak Ismail akan dikenakan denda RM2 ribu.

"Kita tunggu 7 Februari ini bagaimana pertuduhan dan lihat berapa jaminan.
"Bagi kami tindakan ini tidak patut dibuat dan akan protes terhadap apa-apa siasatan.

"Jaminan lisan pada hari ini bagi memastikan Shuhaimi hadir. Jika tidak tindakan akan dikenakan ke atas penjamin," jelasnya.

Shuhaimi bakal didakwa Isnin ini jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ketika ditanya sama ada akan hadir ke mahkamah Isnin ini beliau berkata "Insyallah akan hadir".

Pendakwaan terpilih

Berhubung surat mengadap ke atas Sultan, beliau berkata masih tiada perkembangan lanjut berhubung hal itu.

"Setakat ini tiada maklumat terkini memandangkan Sultan tiada. Kita tunggu maklum balas Tuanku terlebih dahulu kerana buat masa ini tiada surat lain yang saya akan hantar," katanya.

Dalam pada itu, Khalid pula mendakwa tindakan ke atas Shuhaimi disifatkan sebagai berat sebelah.

"Tindakan ke atas beliau seolah-olah pendakwaan yang terpilih. Kenapa beliau menulis ringkas iaitu secara 'subjective interpretation' dikenakan tindakan tegas.

"Sedangkan Azmin Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri menjelaskan sejarah sejarah institusi raja diperlekehkan pemimpin Barisan Nasional.

"Disebabkan itu kita minta Tan Sri Abdul Gani Patail sepatutnya bertanggungjawab ke atas parlimen bukan arahan perdana menteri," katanya. -FMT


ADUN Sri Muda hadapi pertuduhan Isnin

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam beliau telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi ditahan.

Kira-kira 11.15 pagi ini, beliau dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan meninggalkan IPD tersebut lima minit kemudian.

"Saya menerima panggilan daripada polis kira-kira 7 malam semalam untuk hadir ke IPD Shah Alam untuk ditahan," katanya kepada pemberita setelah keluar daripada IPD itu.

Shuhaimi turut memberitahu bahawa beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen
Shah Alam pada 9 pagi Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan.

Peguam beliau, Latheefa Koya berkata jaminan dengan seorang penjamin itu diberikan agar anak guamnya dapat hadir untuk menghadapi pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, Isnin ini.

"Jaminan ini ialah sebagai jaminan mulut iaitu sekiranya Shuhaimi gagal hadir ke mahkamah Isnin ini, maka penjaminnya harus membayar RM2,000," katanya.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja
mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember tahun lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Zahedi Ayob, mengesahkan Shuhaimi dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA


Tiada ulasan: