Jumaat, 4 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ratusan Demo Kecam Hosni Mubarak Di KLCC

Posted: 04 Feb 2011 01:26 AM PST

Ratusan orang berkumpul hari ini di Kuala Lumpur, memprotes tindakan ganas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi pro-demokrasi di Mesir.

anti mubarak protest klcc mosque 040211 crowdshotSelepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Benarkah PAS Hasut Pelajar Jangan Naik Pesawat Ke Jeddah?

Posted: 03 Feb 2011 08:51 PM PST

Panas Dari Cairo..!! PAS Cuba Hasut Pelajar Pelajar Malaysia Jangan Naik Penerbangan Ke Jeddah..??

Angkara siapa..?? Pinjam kata kata Nabil.., "lu pikir laa sendiri..!! "

Untuk dikongsi bersama, tatkala delegasi sukarelawan bersama blogger dan rakan rakan media sedang bertungkus lumus mahu segera selesaikan proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk diterbangkan ke Jeddah selepas itu akan dibawa pulang ketanahair, tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Waduuhh..!!! Kami sudahlah keletihan mengharungi 11 jam penerbangan,.. sebaik sahaja mendarat di Cairo International Airport terus bertugas membantu anak anak kelahiran Malaysia, tiba tiba ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha murni yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri kita!


Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax....

Tujuan sebenar mereka perlu dibawa ke Jeddah sebagai transit untuk mendapat rehat yang secukupnya, mendapat sajian makanan yang berzat, kerana sudah hampir seminggu keadaan mereka tidak terurus, maklumlah melalui kesukaran dalam situasi darurat...

Sumbangan murni pihak Lembaga Urusan Tabung Haji menyediakan tempat persinggahan di Madinatul Hijjaz Jeddah, harus kita sanjung tinggi.., malah CEO LUTH, Datuk Ismee Ismail turut sertai delegasi ini.

Marilah kita sama sama memanjatkan doa kehadrat Allah swt agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Kita mahu pastikan kesemua pelajar pelajar anak Malaysia berjaya di bawa keluar sebelum waktu solat Jumaat kerana petang nanti dijadualkan kumpulan Anti Hosni Mubarak mengadakan Demonstrasi besar besaran dikhuatiri keadaan akan bertambah buruk..!

Sehingga saat laporan ini disediakan, proses membawa pelajar pelajar Malaysia keluar sedang berjalan dengan baik. Sekali lagi Blogmaster Medan Info Kita mohon sahabat sahabat blogger maklumkan kepada ibu bapa pelajar pelajar yang berada ditanahair agar bersabar dan jangan mempercayai fitnah PAS kerana sudah ada pelajar pelajar yang enggan keluar dari tempat tinggal mereka bimbang nanti tidak punyai wang untuk terbang pulang dari Jeddah...

Sumber di sini

Komando Israel & tentera upahan Baduwi di kerahkan ke Mesir

Posted: 03 Feb 2011 07:52 PM PST


Pemerhati Timur Tengah, Hadi Majidi, menyatakan bahwa 1500 pasukan komando Israel dan 5 ribu tentera upahan keturunan Baduwi dikerahkan untuk menghadapi para pendemo yg menentang Hosni Mubarak.

Tambah Hadi Majidi lagi, ramai dari anggota komando Israel itu pandai berbahsa Arab. Pejuang upahan berbangsa Baduwi itu pula dilengkapi dengan senjata tajam pisau ataupun pedang.


Dalam wawancara dengan pemberita Farsnews, Majidi berkata yg pergolakan di Mesir sudah masuk hari ke 10 dan semakin serius dimana Israel dan Amerika mula merancang bagi mengelak gangguan kepada kepentingan nya.

Menyusul tindakan demosecara besar-besaran di Mesir, Zionis telah pun menghantar tiga pesawat khas pengangkut senjata pertahanan ke Kaherah. The International Network for Rights and Development melaporkan , tiga pesawat pejuang Zionis Israeltelah mendarat di Bandar Antarabangsa Mina di Kaherah pada hari Sabtu lalu (29/1).

Dimaklumkan juga beberapa jenis senjata itu termasuk yg berisi granite yg diharamkan dalam perang selain senjata senjata konvensional yg lain. - irib/men.cahaya

UMNO Pindahkan 645 Pelajar Malaysia Di Kaherah Ke Jeddah

Posted: 03 Feb 2011 07:27 PM PST

AirAsia, MAS pindah 645 pelajar di Kaherah ke Jeddah

Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat AirAsia dan Penerbangan Malaysia (MAS) semalam, kata Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay.

Seramai 345 pelajar telah pun dipindahkan dengan pesawat MAS pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Bagi kumpulan kedua, sebanyak 300 orang pelajar dipindahkan menggunakan pesawat AirAsia.

"Kami akan menghantar mereka ke asrama Tabung Haji di Jeddah," katanya kepada Bernama di sini semalam.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan agensinya ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.

Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah. — Bernama

Lambat Bertindak Bawa Pulang Rakyat, Bermewah Untuk Lawatan Rosmah

Posted: 03 Feb 2011 04:38 AM PST

SHAH ALAM 3 FEB: Ketua Sri Kandi PKR menyindir Datuk Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang cepat mengatur perjalanan ke luar negara Datin Sri Rosmah Mansor yang menelan belanja ratusan ribu ringgit dengan begitu mudah, namum apabila melibatkan rakyat ia seolah-olah diketepikan.

Namun setelah didesak dan dikritik lantang beberapa pihak kerana lambat membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir barulah ada tindakan daripada kerajaan.

Perkara ini jelas Siti Aisyah Shaik Ismail menunjukkan kerajaan tidak prihatin dan mengambil berat dengan keadaan para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

"Perjalanan Rosmah Mansor ke luar negara itu lebih tersusun dan lebih disegerakan tetapi bila bercakap soal rakyat yang kononnya menggunakan slogan rakyat didahulukan tapi kita tak lihat dalam konteks ini, rakyat kita di Mesir diutamakan terlebih dahulu," katanya lagi.


Beliau menambah Perdana Menteri harus peka dan juga menjawab isu ini kerana bukan isu yang melibatkan pelajar-pelajar sahaja tapi melibatkan nyawa dan masa depan mereka di sana.

"Kerajaan Malaysia pada peringkat awal tidak mengeluarkan kenyataan permulaan, kemudian pada peringkat setelah didesak dan dikritik baru mengeluarkan kenyataan bahawa belum lagi berada dalam keadaan genting dan selepas Selangor mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di Mesir, kerajaan baru mengeluarkan kenyataan akan membawa pulang pelajar di Mesir tapi hanya menggunakan kapal tentera laut dan bukan pengangkutan yang lebih cepat dan efektif," katanya kepada Tv Selangor.

Aisyah juga mempertikaikan tugas duta kerajaan Malaysia di sana yang langsung tidak menunjukkan kredibiliti sebagai wakil kerajaan sedangkan Malaysia sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam proses memindahkan mereka dengan kadar segera.

"Kita mempersoalkan Kerajaan Malaysia mengambil tegas isu ini kerana kita tahu bahawa sesebuah kerajaan itu dia mempunyai duta yang dihantar ke sesebuah negara dan kerana itu kita merasakan bahawa kerajaan itu mempunyai kabel yang kuat untuk melakukan transaksi pelajar-pelajar dari Mesir ke tanah air begitu cepat dengan mengikut prosedur lebih baik," katanya.

Sebelum ini, pelbagai negara mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air awal-awal lagi menjadualkan penerbangan membawa keluar rakyatnya dari Mesir.

Jepun pula, menyewa pesawat yang yang membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom.

Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah. - tvs

Rusuhan Mesir Merebak Ke Yaman

Posted: 03 Feb 2011 04:34 AM PST

Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini – menamakan himpunan sebagai "hari berang" sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.

Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini – mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir.

Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.

Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang.


Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.

Bagaimanapun sejak awal pagi tadi, penunjuk perasaan antikerajaan Yemen sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak protes tercetus di negara Semenanjung Arab itu dua minggu lalu – tindakan yang turut didorong oleh protes politik Tunisia.

"Rakyat mahukan perubahan rejim," laung penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Universiti Sanaa di sini.

"Tiada rasuah, tidak kepada pemerintahan diktator," kata penunjuk-penunjuk perasaan dipetik laporan msnbc hari ini.

Melihat pada pemberontakan yang semakin membara di dunia Arab, Ali Abdullah semalam berkata, beliau akan berundur apabila mandat kepimpinannya berakhir dalam dua tahun lagi.

Beliau juga berjanji anaknya tidak akan mengambil alih jawatan daripada beliau kelak.

"Tiada lanjutan kuasa, tidak diwarisi, tidak akan mengubah kedudukan jam," kata beliau.

Jurucakap pembangkang Mohammed al-Sabri bagaimanapun telah menolak untuk berunding dengan Ali Abdullah sambil melahirkan kesangsian mengenai tawaran presiden itu.

Mohammed berkata Ali Abdullah pernah membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan bertanding semula.

Ali Abdullah memerintah Yemen sejak 32 tahun lalu.

Ia dilihat sebagai protes terbesar di Yemen, satu lagi negara rakan Amerika Syarikat dalam memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Wael Mansour, jurucakap penganjur demonstrasi berkata hari ini, rakyat Yemen tidak berpuas hati dengan pengakuan dibuat oleh presiden mereka semalam.

"Hari ini akan ada tekanan yang lebih besar, segar ke atas Presiden Ali Abdullah, yang perlu adakan lebih banyak kompromi dengan pembangkang," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kemungkinan kompromi yang dimaksudkan.

Yemen merupakan negara paling miskin di dunia Arab dan menjadi syurga rangkaian Al-Qaeda.

Hampir separuh penduduk Yemen tinggal di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari.

Perkembangan Terkini Protes Rakyat Mesir

Posted: 03 Feb 2011 01:37 AM PST

Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com

Beribu-ribu penyokong dan anti-Presiden Hosni Mubarak(gambar atas) bertempur di dataran utama ibu negara Mesir di sini yang berlarutan beberapa jam semalam menyebabkan tiga orang terbunuh manakala sekitar 1,000 orang tercedera.

Dilihat sebagai serangan yang disusun rapi, didakwa mendapat sokongan kerajaan, puak yang menyokong Hosni memasuki Dataran Tahrir menggunakan kuda dan unta manakala sekumpulan yang lain membaling bom petrol dari kawasan bumbung bangunan.


Kumpulan anti-Hosni menuduh rejim presiden itu menggunakan kumpulan samseng dan anggota polis berpakaian preman bertempur dengan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi buat hari kesembilan semalam, meminta Hosni meletakkan jawatan dengan segera.

"Selepas revolusi kami, mereka menghantar orang-orang mereka ke sini untuk bertempur dengan kami," kata seorang peguam Ahmed Abdullah, 47, yang turut menyertai demonstrasi di Dataran Tahrir.

"Mengapa mereka mahu kami bergaduh sesama sendiri, dengan satu dunia menyaksikan apa yang berlaku di sini?" katanya.

Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Farid berkata sekurang-kurangnya 600 orang cedera dalam keganasan semalam.

Salah seorang yang terbunuh merupakan askar yang terjatuh dari jambatan, kata menteri itu.

Dr. Mona Mina, pakar perubatan di klinik kecemasan di kawasan kejadian memberitahu Reuters bahawa lebih 1,500 orang cedera.

Dalam pada itu, Dr. Hatem Aly dari Hospital Gamaet Ein al-Shams di sini memberitahu bahawa kebanyakan yang cedera merupakan kumpulan anti-Hosni.

Tentera yang mengambil sikap tunggu dan lihat sejak demonstrasi seminggu lalu, yang diadakan secara aman, terus menyiarkan mesej menerusi televisyen semalam meminta orang ramai meninggalkan kawasan demonstrasi atas alasan "kumpulan ganas" mahu membakar dataran itu.

Tiada ulasan: