Isnin, 21 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Akhbar Utusan Rakyat - kami nantikan kemunculan mu

Posted: 21 Feb 2011 02:34 AM PST

Nampaknya akhbar perdana - Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menghadapi saingan yang sangat mencabar bila Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

Menurutnya , akhbar tersebut adalah bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

Akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia. Bersaiz tabloid 14 halaman akhbar tersebut akan memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak

Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan. sumber

Rusuhan merebak ke Tripoli, ramai tentera belot bergabung dengan demonstran

Posted: 20 Feb 2011 08:31 PM PST

Rusuhan ganas terhadap Muammar Gaddafi telah merebak ke ibukota Tripoli pada hari Ahad dan anaknya bersumpah untuk berperang sampai "orang terakhir" setelah puluhan penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Anak Gaddafi, Saif al-Islam berkata dalam di televisyen kerajaan bahawa tentera berdiri di belakang ayahnya sebagai "pemimpin pertempuran di Tripoli" dan akan menegakkan keamanan dengan apa harga sekalipun.

Kenyataannya itu adalah reaksi rasmi pertama dari kerajaan Libya sejak rusuhan itu bermula.

Polis menggunakan gas mata untuk membubarkan ribuan penunjuk perasaan di Tripoli, di mana tembakan kedengaran, kenderaan terbakar dan demonstran melemparkan batu pada billboard Gaddafi, yang menghadapi cabaran yang paling serius pemerintahan empat dekadnya.

Revolusi yang menggulingkan Presiden Tunisia dan Mesir telah menggoncang dunia Arab dan menaikan semangat di Timur Tengah dan Afrika Utara, mengancam cengkaman pemimpin lama autokratik.

Di Bahrain, ribuan demonstran berkumpul di sebuah lapangan di Manama, menyeru perubahan politik dan menunggu perbincangan dengan penguasa Sunni di situ.

Setelah beberapa hari keganasan, suasana di antara demonstran terutama Syiah nampak lebih bertolak ansur.

Namun, Libya menyaksikan episod paling berdarah dalam dua bulan rusuhan menggoncang dunia Arab.

Seorang pekerja ekspatriat berkata: "Beberapa demonstran anti-kerajaan berkumpul di kompleks perumahan .Polis sedng berusaha membubarkan mereka, saya juga boleh melihat beberapa kereta terbakar ..."

Televisyen Al-Jazeera mengatakan ribuan demonstran bertempur dengan penyokong Gaddafi di Dataran Hijau Tripoli

Keganasan merebak ke Tripoli selepas beberapa hari protes di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya, di mana sekurang-kurangnya 233 orang telah terbunuh, menurut Pemerhati Hak Kemanusiaan.

Komunikasi yang dikawal secara ketat dan Benghazi tidak boleh diakses untuk wartawan antarabangsa, namun gambar yang telah muncul adalah sebuah bandar tergelincir dari cengkaman pihak berkuasa keamanan , cabaran terbesar Gaddafi sejak "pemimpin persaudaraan" merebut kuasa dalam rampasan kuasa tentera 1969.

Habib al-Obaidi, kepala unit rawatan intensif di rumah sakit utama Al-Jalae di Benghazi, mengatakan mayat 50 orang, sebahagian besar mati akibat tembakan, telah dibawa ke sana pada petang Ahad .

Dua ratus orang cedera telah, 100 di antaranya dalam keadaan serius, katanya. Beberapa anggota unit tentera yang dikenali sebagai pasukan "Thunderbolt" telah datang ke rumah sakit membawa rakan-rakan mereka yang cedera, katanya.

Para askar tersebut mengatakan mereka telah belot dan memihak ke ratusan ribu demonstran di jalan-jalan dan telah berjuang dan mengalahkan penjaga elit Gaddafi.

"Mereka sekarang mengatakan bahawa mereka telah mengalahkan Pengawal Praetoria dan bahawa mereka telah bergabung dengan pemberontakan rakyat," kata lelaki lain di rumah sakit yang mendengar para tentera, peguam Mohamed al-Mana, melalui telefon.

Sampai bila rakyat Malaysia mahu bersabar dengan penipuan Umno/BN?

Posted: 20 Feb 2011 05:03 PM PST

Kejatuhan rejim laknat Hosni Mubarak di Mesir kini mula mempengaruhi beberapa negara Arab melalui kawasan Teluk dan Afrika Utara. Ribuan demonstran anti-kerajaan telah merebak ke jalan-jalan di Libya, Jordan, Yemen,Tunisia, Algeria , Djibouti , Morocco dan Bahrain.

Apakah kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah itu tidak akan merebak hingga ke Malaysia? Apakah kerajaan UMNO/BN tidak akan menerima nasib malang sebagaimana regim Hosni Mubarak di Mesir? Masing-masing boleh buat telahan.Secepat mana atau selama mana, pastinya semangat yang dipelopori rakyat Mesir itu akan tiba juga ke Malaysia ini!

Rakyat Mesir bangkit setelah hak sebenar rakyat dalam proses pilihanraya dinafikan pihak pemerintah yang sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa.

Di Malaysia, pelbagai salah laku dan penyelewengan berulang kali dilakukan oleh pemerintah dan atas faktor inilah yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat selama ini.

Isu "pengundi hantu bukan perkara baru.Nama-nama mereka yang sudah mati pun masih ada dalam daftar pengundi SPR!

Pelbagai agensi kerajaan diperalat bagi memihak kepada calon parti kerajaan.Penggunaan wang rakyat melalui egensi-agensi tersebut sebenarnya adalah satu penganiayaan dan salah guna kuasa untuk mengekalkan kuasa pemerintah.Ini belum lagi pelbagai sogokan dalam gelap yang dilakukan.

Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus bersabar dan terus diperbodohkan dengan sistem pilihanraya yang ada di Malaysia ini?

Kesabaran rakyat Mesir akhirnya sampai kebatasnya.Kesedaran rakyat Mesir akhirnya telah menaikan api kemarahan rakyat lalu menumbangkan kezaliman yang telah sekian lama bermaharaja lela menindas hak demokrasi mereka di bumi mereka sendiri. Apakah perkara sedemikian tidak akan berlaku di Malaysia?

Tiada ulasan: