| [Gambar] Keluarga TERBESAR di Dunia: 1Suami, 39Isteri, 94Anak, 33Cucu Posted: 20 Feb 2011 05:00 AM PST  | | Chana bersama-sama dengan isteri, anak, dan cucunya. |
Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. Dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara."  | | Di mana Baktwang, Mizoram, India? Sila lihat peta di atas! |
 | | "Mahligai" Keluarga Chana. |
Keluarga dengan ahli hampir 200 orang ini tinggal di sebuah "mahligai" besar. Mahligai empat tingkat ini mempunyai 100 bilik.  | | Bilik tidur keluarga besar ini. |
 | | Chana bersama-sama dengan 39 isrerinya. |
Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya.
Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya. Isteri Chana, Huntharnghanki pula menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga hidup dengan aman dan damai kerana mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu dengan yang lain.
Untuk memastikan isterinya memperoleh nafkah batin yang sepatutnya, Chana mempunyai sistem rotasi untuk tidur dengan kesemua isterinya. Seperti biasa, isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengan biliknya. Berapa banyakkah makanan yang perlu dimasak untuk dijadikan hidangan keluarga besar ini? Menurut Chana, untuk makan malam keluarganya memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras.
Biarpun menyedari kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya besar, namun Chana menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan perempuan yang sesuai. Fuh!
Selain ketua kepada keluarga yang paling besar di dunia, Chana ialah ketua agama di kawasannya dan merupakan tukang kayu.
Saya kutip cerita ini di The Sun yang turut juga disiarkan di Daily Mail. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
| Nota dari Facebook Mohd Hakim Lokman (BOB) Posted: 20 Feb 2011 04:00 AM PST
"Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN."

Sebelum ini, Bob Lokman pernah dilihat dalam majlis solat hajat yang diadakan di Stadium Malawati pada malam yang sama Anugerah Juara Lagu diadakan. Semalam beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.
Tahniah Saudara Mohd Hakim Lokman!
|
| 8 Negara Arab Bergolak Posted: 20 Feb 2011 03:16 AM PST
Saya petik:
Libya paling serius selepas 84 terbunuh protes tiga hari
[BH] KAHERAH: Sekurang-kurangnya lapan negara Asia Barat berhadapan dengan bantahan anti kerajaan dalam apa yang disifatkan sebagai gelombang baru di rantau Arab mendesak sistem demokrasi.
Kira-kira seminggu selepas penyingkiran Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diraikan beribu-ribu penduduk Kaherah di Dataran Tahrir, Libya pula menyaksikan sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh sejak bantahan bermula tiga hari lalu di negara timur Afrika Utara yang diperintah Muammar Gaddafi selama empat dekad itu.
Angka kematian berkenaan adalah seperti didakwa badan pemantau hak asasi Human Right's Watch. Anggota keselamatan khas Libya semalam dilaporkan melakukan serbuan di Benghazi bandaraya kedua terbesar di negara itu yang menjadi tempat tumpuan penunjuk perasaan awal semalam dalam usaha meleraikan demonstrasi mendesak pengunduran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memerintah sejak 42 tahun lalu.
Perkhidmatan internet juga dilaporkan diputuskan kira-kira jam 2 pagi sebagai usaha menghalang penyampaian maklumat di kalangan penduduk negara itu mengenai gelombang anti kerajaan yang turut melanda negara berkenaan.
Kira-kira jam 5 pagi, pasukan keselamatan khas menyerang beratus-ratus penunjuk perasaan termasuk peguam dan hakim yang berkumpul di hadapan bangunan mahkamah di bandar raya timur Benghazi yang menjadi tumpuan bantahan.
"Mereka menyembur gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dalam khemah dan membersihkan kawasan selepas ramai yang melarikan diri menyebabkan ada yang maut dan cedera," kata seorang penunjuk perasaan melalui telefon. "Ini adalah bandar hantu, kami semua bimbang sesuatu besar akan berlaku di Benghazi hari ini."
Kira-kira 20 keranda dibawa ke sebuah dataran di luar mahkamah di Benghazi petangnya sebagai sebahagian pengebumian beramai-ramai mangsa yang terbunuh dan dihadiri beribu-ribu orang.
Gaddafi dipercayai menghadapi pemberontakan popular terhebat sejak memerintah 42 tahun lalu. Negara itu mempunyai simpanan minyak yang besar, tetapi turut menghadapi masalah kemiskinan.
Diplomat Amerika Syarikat mendakwa, rejim Gaddafi sengaja tidak membangunkan kawasan timur menyebabkan ramai penduduknya menganggur dan miskin bertujuan melemahkan pembangkang di sana.
Sementara itu, di MANAMA, Bahrain, blok pembangkang Syiah utama menolak gesaan istana untuk berdialog bagi menamatkan rusuhan yang sudah meragut enam nyawa berikutan bantahan anti kerajaan di negara berkenaan.
"Tiada siapa yang bersedia untuk duduk berbincang dengan kerajaan jika tentera membunuh rakyat," kata Ibrahim Mattar, ahli blok Wefaq yang menarik diri dari parlimen Khamis lalu.
"Kami tidak merasakan keinginan serius untuk berdialog kerana tentera masih di jalanan dan penduduk tidak dibenarkan untuk menunjuk perasaan."
Raja Hamad bin Isa al-Khalifa kelmarin menawarkan satu dialog membabitkan semua pihak untuk menamatkan krisis yang meragut enam penduduk dan menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera sejak bermulanya bantahan di Dataran Pearl, Isnin lalu.
Di SANAA, Yaman, bantahan anti kerajaan menyaksikan pertempuran antara penduduk dan polis pencegahan rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata dan tembakan yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 48 yang lain cedera.
Bantahan selama sembilan hari berkenaan adalah tercetus daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia, mendesak pengunduran Presiden Ali Abdullah Saleh yang menjadi sekutu utama Amerika Syarikat dalam menentang al-Qaida. Beliau menjadi presiden negara itu selama 32 tahun.
Di DJIBOUTI, Kementerian Dalam Negerinya menuduh penunjuk perasaan anti kerajaan melakukan keganasan dan vandalisme sehari selepas bantahan anti rejim meletus, menyaksikan pertempuran dengan polis.
Beribu-ribu pemuda di negara itu berarak di jalanan sejak Jumaat menuntut Presiden Ismael Omar Guelleh yang memerintah sejak 1999 meletak jawatan.
Kementerian terbabit juga menuduh penunjuk perasaan membakar kenderaan dan merosakkan beberapa balai polis.
Di ibu negara Algeria, ALGIERS, penunjuk perasaan pro demokrasi berikrar untuk mengadakan perhimpunan baru walaupun beribu-ribu anggota polis ditempatkan untuk menghalang laluan mereka sejak seminggu lalu.
Seorang bekas pemimpin kanan regim Algeria, Abdelhamid Mehri menggesa perubahan politik di negara Afrika Utara itu dalam satu surat terbuka beliau kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika yang memerintah sejak 1999.
Di AMMAN, Jordan, pertempuran membabitkan 200 penyokong kerajaan dan 2,000 penunjuk perasaan menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera sejak bantahan mingguan dua bulan lalu apabila pembantah mendakwa mereka diserang dengan belantan, batu dan paip.
Selain mahukan pemerintahan berperlembagaan penunjuk perasaan juga membantah kenaikan harga barangan dan kadar pengangguran yang tinggi.
Di OMAN, sekurang-kurangnya 300 orang menuntut perubahan politik dan kenaikan gaji dalam bantahan aman sejak kelmarin.
Penduduk lelaki dan wanita berhimpun di Ruwi daerah komersial di ibu negara selepas solat Jumaat dan melaungkan "kami mahukan demokrasi" manakala yang lain melaungkan "gaji dan kerja lebih".
Di KUWAIT, seramai 30 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penduduk Arab yang menuntut kewarganegaraan dalam bantahan di Jahra, barat laut Kuwait City.
Seramai 50 orang ditahan selepas demonstrasi, kata sumber pasukan keselamatan manakala tunjuk perasaan hampir sama di Salibiya menarik sekurang-kurangnya 80 penunjuk perasaan. – AFP/AP/Reuters P/s: Setelah berada dalam keadaan kritikal, mantan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali khabarnya telah menghembuskan nafas terakhir. Zine El Abidine meninggal dunia dalam keadaan maruahnya diaibkan oleh rakyatnya. Pengajaran untuk pemimpin dunia yang lain, termasuklah di Putrajaya. |
| [Terkini] Sah Ada Rombakan Kabinet! Posted: 20 Feb 2011 12:10 AM PST
Maaf, saya bukan maksudkan rombakan Kabinet Najib, tetapi rombakan Kabinet Khalid Ibrahim, Selanjutnya, sila baca petikan berita di bawah ini:
[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Feb — Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.
Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.
"Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman," kata Khalid hari ini. Khalid berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri," kata Khalid kepada pemberita hari ini.
Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.
The Malaysian Insider difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.
Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.
Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.
|
| Lelaki Dipenjara 1 874 Tahun Kerana Merogol Posted: 19 Feb 2011 06:05 PM PST
Seorang lelaki di Taiwan dikenakan hukuman penjara selama 1 874 tahun penjara kerana didapati bersalah merogol anaknya sebanyak 268 kali sejak anaknya itu berusia 8 tahun seperti yang disiarkan dalam china.org.cn.
Menurut keterangan, lelaki sial ini merogol anaknya yang kini berusia 15 tahun hampir setiap minggu sejak dia berusia 8 tahun. Berdasarkan peruntukan undang-undang di Taiwan, seorang lelaki boleh dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun 2 bulan bagi kesalahan merogol remaja di bawah usia 14 tahun. Bagi kesalahan merogol remaja berusia 15 tahun ke atas pula, hukuman yang dikenakan ialah penjara 3 tahun 4 bulan. Biarpun dikenakan hukuman melebihi seribu tahun, namun mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman ini memaklumkan bahawa lelaki itu hanya perlu menjalani hukuman selama 9 tahun 8 bulan selepas anak perempuannya itu memohon mahkamah meringankan hukuman yang dikenakan terhadap bapa durjananya itu.
Menurut laporan akhbar, lelaki itu telah bercerai dengan isterinya dan tinggal bersama-sama dengan anaknya di selatan Taiwan. Dia mula merogol anaknya pada tahun 1997 ketika berada dalam keadaan mabuk. Selepas bertahun-tahun menyembunyikan perlakuan rakus bapanya, si anak akhirnya mendedahkan hal itu kepada ibunya. P/s: Bayangkan, hukuman dikenakan 1 874 tahun, namun apabila dirayu hanya dikenakan 9 tahun 8 bulan. Gempak saja yang lebih! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan