Biaqpila |
- PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan
- Impian Siti Nurhaliza bina masjid tercapai
- Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook?
- Lawak Ahad: Amerika,Jepun Dan Indon
| PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan Posted: 20 Feb 2011 02:00 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Feb: Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini. "Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak. "Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam. Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini. Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara. Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno. "Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini. "Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang. "Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya. Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum. "Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri. "Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya. Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya. "Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki. "Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya. PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan. "Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya. -Hrkh muslimeen-united KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Impian Siti Nurhaliza bina masjid tercapai Posted: 20 Feb 2011 05:10 AM PST ![]() WAJAH ceria Khalid dan Siti Nurhaliza selepas majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani semalam. SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini. Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006. Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad. Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya. "Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari. KOSMO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook? Posted: 19 Feb 2011 11:00 PM PST Oleh Ismail Hashim Yahaya Jika anda meneliti antara banyak imej menarik yang dapat dilihat daripada protes rakyat di Mesir sepanjang beberapa minggu ini ialah gamb Gambar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan media cetak Barat seperti The Washington Post, AP, Reuters dan European Pressphoto Agency (EPA). Apa yang lebih menarik mengenai gambar ini ialah bagaimana ia dibingkaikan dalam The New York Times. Sepanjang minggu lepas, the Times menawarkan slaid-slaid gambar yang diambil oleh jurufoto-jurufoto dari AP, Reuters dan EPA. Malah the Times dengan ketaranya menunjukkan gambar unggun api pembantah dengan matlamat perjuangan yang sama dan berkongsi satu unggun api. Bahkan gambar generasi muda di sekelilingi unggun api ini telah menjadi simbol universal. Kita dapat melihat kesatuan pembantah yang mengelilingi unggun api bagi mendapat bahang kepanasan dan menerima cahaya dari unggun api di tengah malam.
Persamaan imej cahaya antara kedua gambar ini menjelaskan satu tema besar dalam liputan di Tunisia dan Mesir sepanjang bulan-bulan lepas: kepentingan teknologi dan peranannya mencetuskan transformasi demokratik dalam sesebuah negara diktator. Menurut gambar tersebut, bagaikan unggun api, telefon bimbit adalah fokus penyatuan di mana hubungan dan ikatan sosial diperteguh dan dibina. Gambar telefon bimbit yang duduk seiring dengan gambar unggun api memperlihatkan sumber hubungan sosial dan kedekatan yang mungkin merubah cara kita berhubungan yang meneguhkan lagi hubungan sosial. Cahaya telefon bimbit ini seolah-olah bagaikan unggun api virtual. Telefon bimbit adalah unggun api virtual dan dengannya pembantah memperteguhkan ikatan sosial. Kebanyakan pengulas, wartawan, aktivis politik begitu memaknai gambaran visual ini kerana ia adalah simbol pembebasan dari tekanan dan kekejaman pemerintah. Sejauh manakah teknologi media baru ini menggerakkan proses sesuatu pergerakan rakyat? Menurut the Times dan the Guardian dan diperdebatkan dalam laman web Democracy Now yang juga mempunyai entri dalam Twitter bahawa protes yang kita saksikan di Tunisia dan Mesir merupakan suatu revolusi dalam penyebaran maklumat. Malah gembar-gemburnya sehingga media Barat mengkonsepsinya sebagai suatu revolusi Twitter. Persoalan seterusnya sejauh manakah obsesi kepada kuasa media baru khususnya dalam hubungan dengan protes sosial di dunia Arab ini mencetuskan suatu revolusi teknologi maklumat? Adakah media baru dapat menentukan hala tuju perubahan dalam krisis politik dan ekonomi sesebuah negara sehingga membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan? Di negara kita tidak banyak perdebatan yang berlaku di kalangan golongan intelektual di negara kita. Mungkin impak telefon bimbit terhadap pergerakan reformasi pada suatu ketika dahulu kurang menyengat. Oleh kerana terlampau obses, teruja dan ghairah dengan apa yang dapat dilakukan Facebook dan Twitter, penyelidikan mendalam mengenai peranan teknologi telah diabai atau dilupakan. Mungkin ini bukanlah perkara baru kerana inovasi teknologi akan terus berlaku di mana manusia akan terus mencari penemuan baru. Inilah juga yang membawa kepada penemuan Internet dan telefon bimbit. Persoalannya di mana kedudukan teknologi dalam krisis politik, ekonomi atau sosial. Mungkin agak keterlaluan jika kita mengaitkan perkataan revolusi dalam penyebaran maklumat kepada media sosial seperti Twitter dan Facebook. Adakah ini juga bermakna kita berpaut kepada teori determinisme teknologi di mana teknologi adalah penentu kepada hala tuju dan perubahan masyarakat dalam politik, ekonomi dan sosial malah pengembangan ilmu pengetahuan? Tanpa penciptaan mesin cetak misalnya ilmu pengetahuan tidak akan berkembang dan Barat tidak maju seperti sekarang dan orang Eropah akan terus buta huruf. Tanpa Twitter dan Facebook, protes rakyat tidak akan berjaya di Tunisia? Sejauh manakah benarnya kenyataan di atas ini? Jawapan boleh jadi ya dan tidak. Ya teknologi dapat menjadi pencetus tetapi bukan penentu kepada perubahan dalam kehidupan manusia. Ini kerana terdapat aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada protes rakyat dari segi ekonomi, politik dan sosial umpamanya. Walaupun teknologi berada di mana-mana dan sangat diperlukan dalam kehidupan seharian tetapi ia bukanlah menentu untuk kita beriman kepada Allah misalnya. Kalau tiada kecekalan, keyakinan, semangat dan penyatuan di kalangan rakyat, Ben Ali tidak akan lari berlindung di Arab Saudi. Dalam aspek yang lain kita harus memajukan suatu pandangan kritikal terhadap teknologi dari aspek ekonomi politik. Penelitian kritikal ini akan membuka minda untuk memikirkan mengenai bagaimana teknologi dikuasai dan ditentukan hala tujunya. Bagi menyahkan kemaruk revolusi Twitter yang digembar-gemburkan sebagai kuasa baru kita harus mengetahui hakikatnya bahawa media sosial yang dikatakan Facebook dan Twitter bukanlah teknologi. Ia adalah firma komersial dengan perkhidmatan yang dimajukan sebagai komoditi yang bertujuan memberikan nilai tambah dan pulangannya keuntungan kepada para pelabur. Dengan teruja terhadap peranan teknologi yang dapat membebaskan rakyat atau menjatuhkan sesebuah kerajaan dan bergantung kepada simplifikasi facebook atau twitter = teknologi telah mengenepikan pembangunan ekonomi politik dalam pembangunan dan kemajuan teknologi. Keterujaan terhadap sesuatu teknologi akan menaikkan semangat malah melalaikan seolah-olah teknologi bebas dari sebarang autoriti atau penguasaan. Ia seolah-olah menenggelamkan kita dari memikirkan hubungan demokrasi dengan teknologi dalam masyarakat kapitalis. Kita juga dilalaikan daripada memikirkan kerumitan hubungan budaya, politik dan ekonomi dengan teknologi dan membebaskan peranan pemerintah, instituisi dan pandangan dunia yang bergantung kepada teknologi dalam melakukan ketidakadilan dan kekejaman. Mungkin ramai pengkritik yang tidak bersetuju dan menunjukkan bahawa revolusi Twitter atau Facebook telah memperhebatkan protes rakyat di Mesir tetapi fenomena ini harus diselidiki dengan lebih mendalam. Suatu kefahaman mengenai peranan teknologi di Timur Tengah yang meliputi dunia Arab akan membuka minda kita kepada bagaimana struktur politik dan peraturan ekonomi telah melahir dan membuatkan pergantungan kepada beberapa alat kebebasan bersuara yang menindas dan menguasai dalam kehidupan sehari-hari. Kita mungkin akan membicarakan sesuatu yang agak berlainan dari unggun api tetapi memberikan kefahaman mendalam tentang teknologi dan hubungannya dengan ekonomi politik melalui pemilikan dan kawalan. Peristiwa yang berlaku di dunia Arab selama beberapa minggu ini telah mendedahkan bagaimana struktur autoritarian dan politk reaksionari tertanam dalam hampir seluruh objek dan artifak di mana rakyat bergantung dan merujuk kepada apa yang dikenali sebagai “teknologi”. Pertama, sebenarnya syarikat AS yang menguasai media sosial itu yang dianggap sebagai suatu revolusi bukanlah merupakan korporat teknologi AS yang paling penting terlibat dalam protes rakyat di Mesir. Narus, sebuah syarikat berasal dari California yang ditubuhkan pada 1997 dan dimiliki Boeing telah memajukan dan menjual peralatan yang dikenali sebagai “real-time traffic intelligence” kepada negara-negara di dunia dan pelanggan korporat mereka. Antara pelanggan-pelanggan mereka ialah Egypt Telecom dan Agensi Keselamatan Nasional AS (NSA). Narus menyediakan peralatan dengan keupayaan komunikasi Internet pemantauan berada di tempat kejadian. NSA mengendalikan prosedur ini pada setiap hari telah melanggar Akta Pemantauan Perisikan Asing (AS) tetapi terus melakukan tanpa sebarang amaran dari White House. Mubarak pula menggunakannya untuk membalas dendam sepanjang minggu lepas dan mengsasarkan para aktivis dan menganggu komunikasi mereka. Malah beliau boleh saja membaca sebarang mesej yang dihantar dan diterima. Adakah ini dinamakan revolusi Twitter dan Facebook? Jika kita ingin menamakannya sebagai suatu revolusi ia adalah revolusi Narus yang dibawa kepada para aktivis oleh rakan-rakan mereka dari Agensi Keselamatan Nasional. Malah para aktivis ini pernah menerima Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) di AS seperti Freedom House. Kedua, Mesir bukan sahaja mengendalikan pemantauan tetapi menguasai capaian kepada maklumat digital yang diperlihatkan daripada respons pantas pihak berkuasa kepada protes rakyat. Mereka menutup semua laluan trafik Internet kerana semua laluan trafik ini akan melalui salah sebuah dari empat Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) komersial. Mereka telah diarahkan untuk menutup dan arahan kerajaan Mesir itu dipatuhi syarikat-syarikat tersebut. Dalam hubungan dengan krisis di Mesir kita harus meneliti kenyataan-kenyataan media Barat yang menggelabui kita kerana Internet bukanlah tempat selamat bagi semua penggunanya. Ia adalah hak milik peribadi pemerintah dan kroni-kroninya. Prasaranya dimiliki dan dikuasai oleh syarikat-syarikat tertentu dan kerajaan akan melindungi sekiranya kepentingannya terjejas. Selagi anda menggunakannya bagi tujuan sosial dan tidak menjejaskan kepentingan pemerintah tiada apa yang berlaku. Mubarak mengarahkan Vodaphone, syarikat berpusat di UK supaya menutup mesej (SMS) telefon bimbitnya kerana jika Vodaphone ingin mendapat lesen untuk beroperasi di Mesir ia harus bersetuju dengan syarat dan kawalan kerajaan. Oleh itu bagaimana kita mengatakan teknologi ini bebas dan tiada pengaruh dan campur tangan kerajaan? Akhirnya apa yang kita ungkapkan ialah teknologi mesra pelanggan yang kononya berupaya membawa perubahan politik dan sosial kepada rakyat sebenarnya adalah alat kepada syarikat-syarikat gergasi dan kerajaan-kerajaan. Oleh itu kita harus kritikal dengan konsep revolusi Twitter atau Facebook dan tidak menjadikan kita sebagai alat pemantauan kerajaan. Protes di Mesir tidak perlu bergantung dan terpedaya kepada kecanggihan teknologi yang membuta dan mengkhayalkan kita kerana apa yang lebih penting ialah kembali kepada perjuangan asas membebaskan cengkaman politik, ekonomi dan teknologi dari penguasaan pemerintah. Gambaran simbolik unggan api virtual dan simbol cahaya telefon bimbit hanyalah ilusi kerana ia tidak lebih daripada menjadi alat kepada kekejaman autoritarian dan pengumpulan modal kapitalis. Sepanjang beberapa minggu lepas inilah apa yang berlaku di Mesir. Cakap-cakap gembar-gembur mengenai teknologi demokrasi telah disenyapkan oleh konfrantasi antara akumpulan penyokong dan penentang kerajaan. Bagaimanakah kumpulan pro-Mubarak ini boleh menyusup masuk dan di manakah mereka mendapat maklumat tepat itu jika tidak melalui teknologi pemantaun autoritarian tersebut. Protes aman telah bertukar menjadi episod berdarah dan di manakah telefon bimbit, Twitter dan Facebook pada masa itu? Mengapakah ia tidak membantu menyalurkan maklumat kritikal dalam saat-saat genting ini? DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Lawak Ahad: Amerika,Jepun Dan Indon Posted: 19 Feb 2011 05:00 PM PST ![]() Tiga orang sahabat sedang mandi wap di bilik sauna... seorang amerika,seorang jepun dan seorang indonesia... Di keheningan berada di dalam bilik sauna tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi.... bip...bip...bip.... orang amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu... kedua-dua si jepun & indonesia tadi terpinga-pinga lantas si amerika ni pun berkata.... "disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa handset.... "maka kagum la si jepun dan indonesia. Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut... tetiba si jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi... ibu jarinyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.... setelah habis menjawab maka si jepun pun berkata... "Oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan melalui jari-jari saya tanpa menggunakan handset..." Melihatkan keadaan canggih-manggih kedua-dua si amerika dan si jepun... si Indonesia ni pun terpinga-pinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?" Memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang.... lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet.... Setelah selesai membuang... si indon ni kembali ke bilik sauna... Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer... Dengan keheranan dan jijiknyer si amerika dan si jepun pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?" Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer.... "Oh saya baru terima Fax...sekian terima kasih..." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


ar pada malam hari memperlihatkan sekumpulan pembantah muda di tengah Dataran Tahrir yang berkumpul di sekeliling unggun api.
Apa yang digambarkan media Barat ini ialah kehangatan dalam semangat dan cahaya kebenaran telah menyatukan rakyat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang menuntut pemerintah meletak jawatan. Bersamaan dengan gambar tersebut ialah satu lagi gambar yang diutarakan media Barat ialah cahaya yang datangnya dari telefon bimbit sama ada sedang dicajkan atau sedang menghantar dan menerima maklumat. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan