Ahad, 20 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keputusan Piala FA England

Posted: 20 Feb 2011 02:59 PM PST

England - FA Cup
22:57February 20

FTManchester C.5 - 0Notts County

FTFulham0 - 1Bolton W.

FTLeyton Orient1 - 1Arsenal

Pilihanraya Sarawak - Masihkah Sarawak fixed-deposit BN?

Posted: 20 Feb 2011 08:00 AM PST

Sarawak akan menghadapi pilihanraya negeri selewat-lewatnya pada bulan Julai yang akan datang. Sarawak sekarang menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti politik yang akan menawarkan calun masing-masing untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan negeri yang sekian lama dipegang oleh BN hanya dengan seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Taib Mahmud (TSTM).

TSTM telah menerajui kerajaan Sarawak selama 30 tahun dan masih lagi mahukan kuasa memimpin itu diberikan kepadanya. Nampaknya Sarawak tidak mempunyai pemimpin lain dari Taib Mahmud kerana semua yang telah dianggap akan menjadi pengganti beliau semuanya sudah bersara dan tidak mahu lagi terlibat dan politik.

Jika BN masih lagi memenangi pilihanraya ini, Taib Mahmud akan duduk menerajui kuasa di Sarawak sekurang-kurangnya selama 35 tahun sebelum menghadapi pilihanraya yang berikutnya. Ini merupakan rekod yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Malahan TSTM akan menjadi salah seorang ketua kerajaan yang paling lama dalam dunia ini.

Apa pun alasan yang diberikan oleh mana-mana pihak untuk mengekalkan TSTM sebagai ketua kerajaan sebuah negeri merupakan satu tindakan yang sangat membosankan kerana yang akan dihadapi oleh kerajaan pada masa yang akan datang ialah masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Di Sarawak nampaknya BN terutamanya TSTM sengaja mahu menempah masalah untuk rakyat yang telah begitu lama dikelirukan oleh pemerintah yang tidak mahu mengenali apa itu kebencian rakyat.

Sarawak sedang menghadapi 'vacuum' kepimpinan yang sangat besar kerana TSTM tidak pernah mahu mendidik, membentuk dan menyediakan pimpinan lapisan bagi negeri di bawah bayu itu. Tidak ada rekod sesebuah negara itu akan berada di dalam keadaan yang aman politiknya jika dipimpimpin oleh seseorang dengan begitu lama.

Pilihanraya akan tiba tidak beberapa bulan sahaja lagi dan pemimpin-pemimpin pusat mundar mandir ke Kuching seperti orang keluar masuk jamban untuk berkempen bagi meneruskan kenikmatan pimpinan yang ada pada hari ini yang kian hari kian jelas merasakan yang negeri itu adalah kepunyaan peribadinya.

Persoalannya, sampai bila TSTM hendak menongkat langit? Sampai semua kompartmen balak habis? Sampai semua tanah-tanah negeri terjual?Atau sehingga ada di kalangan ahli keluarga beliau mampu mengambil alih tempat beliau? Atau apa?

Tidak adakah walaupun seorang dari 3 juta rakyat Sarawak yang berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan dan memimpin Sarawak? Apa lagi alasannya?

Tidak adakah kemampuan pucuk pimpinan persekutuan untuk menasihatkan Ketua Menteri ini untuk melepaskan jawatannya untuk mempastikan rakyat Sarawak tidak merasa resah dengan pimpinannya? Kalau pucuk pimpinan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengenepikan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat di Semenanjung dengan cara haram, kenapa tidak ada pula kudrat untuk menasihati TSTM untuk mengundurkan diri secara terhormat?

Sekarang semua di pihak kerajaan sedang melutut dan meminta agar kaum Cina di Sarawak memberikan sokongan kepada BN dengan alasan hanya BN sahaja yang mampu untuk menyelamatkan masa depan mereka. Ini adalah disebabkan pengundi-pengundi Cina lebih tertarik untuk mengundi pembangkang khususnya DAP.

Kemenangan DAP dalam pilihanraya kecil Sibu telah memberikan semangat DAP untuk menawan kerusi-kerusi bandar dan kawasan sub-urban di Sarawak. Dengan kembalinya SNAP dalam politik Sarawak pula akan memberikan tekanan kepada BN didalam 29 kerusi Iban dan Dayak selain dari beberapa kerusi yang pasti akan menerima cabaran besar di dalam pilihanraya negeri kali ini.

Sarawak telah dikatakan merupakan fixed-deposit bagi BN kerana semasa pilihanraya Mac 2008 yang lalu pembangkang hanya memenangi 13 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen iaitu di Bandar Kuching yang dimenangi oleh DAP. Pada tahun yang lepas BN telah kehilangan kerusi parlimen Sibu kepada DAP di dalam pilihanraya kecil. Dengan 2 kerusi parlimen DAP, parti itu kini sedang mendapat suntikan semangat yang kuat untuk mendapatkan kerusi tambahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Isu yang laris semasa pilihanraya di Sibu adalah isu TSTM sahaja.

Jika DAP mampu mengekalkan sokongan kaum Cina di Sarawak ianya akan terus menambah bilangan 13 kerusi pembangkang di Dewan Undangan negeri Sarawak. Jika SNAP yang kini kembali ke arena politik negeri itu secara giat maka tidaklah mustahil jika parti itu akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya belasan kerusi dikawasan Iban dan Dayak. Berlaku sahaja keadaan ini maka Sarawak tidak akan lagi menjadi fixed-deposit bagi BN.

Saya sendiri menjangkakan BN akan berjaya mempertahankan kerajaan negeri di bawah bayu ini, tetapi bolehlah kita anggapkan kemenagan seperti yang diperolihinya seperti dahulu tidak akan berulang lagi. Keadaan inilah yang akan mempengaruhi keadaan di semenanjung dan di Sarawak sendiri di dalam pilhanraya yang akan datang.

Harapan BN untuk mendapatkan majority 2/3 di Dewan Parlimn jika 5 peratus dari pengundi Melayu kembali kepada BN akan melesat jika 25 peratus tambahan rakyat di Sarawak dan Sabah yang akan mengundi pembangkang.

Kalau di kaji halus-halusan kenapa BN menghadapi keadaan seperti ini, ialah kerana rakyat sudah nampak dan merasakan dengan jelas yang pemimpin-pemimpin BN baik di Semenanjung mahu pun di Sabah Sarawak terlalu mementingkan politik dan kuasa peribadi. Dibawa bersama dalam 'package'nya ialah rasuah dan salah guna kuasa yang tidak mengenal batasnya.

BN pimpinan TSTM selama ini menguasai pengundi dengan wang ringgit yang besar. Lagi pula pembangkang tidak dapat untuk mendekati pengundi di pedalaman. TSTM selalunya akan menggunakan kuasanya untuk menyekat perjalanan pemimpin pembangkang ke pedalaman dengan tidak membenarkan kapal terbang kecil yang membawa pemimpin pembangkang di kawasan pedalam yang jauh itu.

Jika pihak pembangkang benar-benar hendak pergi ke pedalaman itu mereka terpaksa pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum penamaan calun dan duduk di tempat yang di tetapkan sehingga hari mengundi. Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyaingi kemampuan kewangan TSTM seorang. Itu tidak termasuk sumber kewangan yang bertimbun dari Kuala Lumpur.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk memberikan ulasan yang tepat kerana di dalam politik bermacam-macam dan berbagai kemungkinan boleh berlaku.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/02/pilihanraya-sarawak-masihkah-sarawak.html

Apakah Itu Perubatan Islam?

Posted: 20 Feb 2011 07:30 AM PST

APAKAH ITU PERUBATAN ISLAM?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?



Maslina, Jerantut.



Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;

1. Tiada istilah 'perubatan Islam' yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.

2. Nabi s.a.w dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Juga sabda baginda:

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H):

"Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi 'Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya.." (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

3. Kemudian, satu perkara yang perlu diperingatkan bahawa bukan semua hadis-hadis tentang perubatan itu sahih, bahkan banyak yang palsu. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (w. 751H) yang menulis kitab al-Tibb al-Nabawi (perubatan kenabian) sendiri mengingatkan dalam kitabnya al-Manar al-Munif bahawa salah satu ciri hadis palsu itu; hadis yang lebih berunsur ungkapan para pengamal perubatan yang dibuktikan oleh pancaindera atau fakta yang sahih tentang kepalsuannya. Dalam ertikata lain, di zaman sekarang jika fakta sains berjaya membuktikan kesalahan fakta hadis tersebut, maka itu salah satu ciri bahawa ia hadis yang palsu.

Satu contoh yang jelas hadis: "Terung itu mengikut hajat ia dimakan" dan hadis "Terung itu ubat untuk segala penyakit". Ini adalah riwayat palsu. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:

"Semoga Allah menghodohkan pereka kedua hadith di atas. Perkara seperti ini jika disebut oleh orang yang paling pakar dalam perubatan pun, orang ramai akan mentertawakannya. Jika dimakan terung untuk demam panas, kemurungan dan banyak penyakit lain, ia hanya menambahkan keburukan lagi. Jika orang fakir makan agar dia kaya, dia tidak akan kaya. Jika orang jahil makan untuk pandai, dia tidak akan pandai" (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da'if, m.s. 51. Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyat).

4. Maka, banyak dakwaan yang dikatakan bersumberkan hadis, seperti makan kismis menguatkan ingatan tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya. Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa ada dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis, tetapi kedua-duanya tidak sahih. Cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan. (lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma'ad, 4/318

honey.jpg

5. Apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu, tiada sebarang syak tentang kewahyuannya (divinity). Cumanya, bagaimanakah proses perubatan itu hendak dikendalikan atau kadar dan caranya memerlukan kajian ilmiah perubatan.

6. Adapun hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang ubat-ubat tertentu seperti hadis habbatus sauda' (jintan hitam), berbekam, air kencing unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya; para ulama berbeza pendapat tentangnya. Ada yang berpendapat hadis-hadis ini berasaskan wahyu. Ada pula yang berpendapat bahawa hadis-hadis ini Nabi s.a.w sebut berasaskan pengalaman, persekitaran dan zaman baginda hidup, bukanlah wahyu daripada Allah S.W.T.

7. Secara umumnya, ulama Hadis cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu. Dalam ertikata lain ia adalah perkhabaran daripada Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w. Maka, semuanya kandungannya benar tepat dan untuk diamalkkan. Ertinya, ia perubatan yang mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T sendiri. Maka, dalam kitab-kitab hadis didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi berpegang dengan pendapat ini.

8. Golongan kedua seperti al-Qadi 'Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan. Antara yang berpegang dengan fahaman ini al-Imam Ibn Khaldun (w. 808H) dalam kitabnya al-Muqaddimah.

Kata Ibn Khaldun:

"Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis perubatan arab, sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain" (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).

9. Antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

"Apa yang sedang kamu lakukan?". Jawab mereka: "Kami telah lakukannya sebelum ini". Jawab baginda: "Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik". Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: "Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia" (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain, baginda menjawab:

"Jika itu memanfaatkan mereka maka lakukanlah. Aku hanya menyangka satu sangkaan, maka jangan salahkan aku atas sangkaan. Namun, jika aku memberitahu sesuatu daripada Allah maka ambillah, kerana sesungguhnya aku sama sekali tidak akan berdusta atas nama Allah" (Riwayat Muslim).

Juga di sana ada dalil-dalil yang lain yang menunjukkan bahawa adanya tindakan dan perkataan Nabi s.a.w itu berasaskan kebiasaan, atau pengalaman atau pandangan baginda dan bukannya wahyu. Ini termasuk pemilihan tempat yang baginda buat dalam Perang Badar yang kemudian dicadangkan tempat yang lain oleh Hubbab bin Munzir dan baginda mengubah pandangannya dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Perkara ini menjadi perbahasan panjang dalam kalangan ulama dalam membezakan sunnah Nabi yang disyariatkan untuk diamalkan dan yang tidak disyariatkan untuk diamalkan.

10. Saya melihat; secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H) ketika mensyarahkan hadis al-Bukhari:

"Habbatus sauda penyembuh bagi segala penyakit", menyebut: "Ia bermanfaat untuk penyakit yang sejuk, adapun penyakit yang panas tidak!" (Fath al-Bari, 11/290. Beirut: Dar al-Fikr).

11. Maka, kesimpulannya setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama tadi, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan.

Najib takut dimalukan di Pelabuhan Klang- S/U MB Selangor

Posted: 20 Feb 2011 07:00 AM PST

SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Pakatan Rakyat menyediakan barisan kabinet bayangan menyerlahkan ketakutan Najib terhadap mandat yang diperolehinya, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Menurut Faekah, ketakutan itu dibuktikan di Selangor apabila BN mengenepikan keputusan speaker Selangor mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan mencabar kes itu di mahkamah.

"Sepatutnya Najib menggunakan kesempatan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebagai tanda ukur kekuatan UMNO di Selangor. Bukan menabur fitnah ke atas kerajaan PR Selangor. Ternyata beliau tidak yakin dan takut dimalukan. Akhirnya terpaksa menggunakan mahkamah untuk menutup kelemahan," kata Faekah dalam satu kenyataan media.

Justeru itu katanya, adalah lebih baik Najib memastikan dahulu beliau benar-benar mendapat mandat rakyat di negara ini sebelum mencabar Pakatan Rakyat membariskan kabinet bayangan.

"UMNO Selangor yang masih kucar kacir walaupun setelah menerajuinya selama dua tahun, hingga tidak mahu berhadapan pilihan raya kecil di Pelabuhan Klang sudah cukup untuk Najib bermuhasabah dan meneliti masalah dalaman UMNO. Agak aneh bunyinya bila kita berani mencabar sedangkan diri masih tempang," kata beliau
lagi.

Menurut Faekah, sejak mengambilalih tampuk pentadbiran pada April 2009, rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya umum kerana amalan PM baru berbuat demikian bagi mendapat mandat baru.

"Ternyata Najib tidak mempunyai kekuatan diri untuk melakukannya walau setelah 2 tahun menjadi PM.

"Sekurang-kurangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memanggil pilihan raya umum pada 2004; kurang dari setahun memerintah negara. Meskipun beliau dilihat lemah tetapi hakikatnya lebih berani dan tidak teragak-agak dalam meletakkan mandat rakyat sebagai ciri utama untuk menerajui kerajaan.

"Sebaliknya, bukan setakat takut dan kurang yakin, Najib jauh lebih dahsyat lagi. Ratusan juta wang rakyat pula yang dibelanjakan membayar perunding Yahudi semata-mata mahu memulih imej yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal yang menjadi bualan dunia," katanya.

Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan

Posted: 20 Feb 2011 06:30 AM PST

Suhaimi Mokhtar

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat,pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak,pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik,undang-undang darurat ditarik,parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan.Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru diMesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria.Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam.Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi.Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Disebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu ,sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masadepan Mesir ,bumi ambia' yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya.Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya.Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas , yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun keDataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka.AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia,Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan.

Kebangkitan diJordan ,Algeria,Bahrian,Yaman,Libya,Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat,maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kukubesi lagi dirantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan stratijik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir,walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.

Pemuda PAS ikrar pertahan Kedah

Posted: 20 Feb 2011 06:15 AM PST

Khairul Izwan

ALOR SETAR, 20 Feb: Pemuda PAS menunjukkan isyarat jelas bahawa kemenangan PAS di Negeri Kedah perlu di pertahankan dalam PRU-13 nanti daripada pengkhianat agama dan bangsa, Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Pusat berkata Pemuda PAS perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan sama ada senang atau pun susah.

"Hari ini pemuda PAS telah menunjukkan isyarat bahawa negeri Kedah ini perlu di pertahankan.

"Pemuda Islam perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah untuk menunjukkan ketaatan kepada perjuangan Islam" katanya dalam Himpinan 30,000 Pemuda PAS di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Beliau yang juga mantan ketua Pemuda PAS Pusat berkata jiwa pemuda Islam tudak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pemuda perlu berubah sekarang dan menyelesaikan masalah remaja di dalam masyarakat.

"Pemuda perlu rapat dengan rakan-rakan sebaya, kawan-kawan. Pemuda perlu menyelesaikan masalah masyarakat" katanya dalam pidato beliau.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Pemuda PAS menterjemahkan akidah perjuangan dalam gerak kerja Islam.

Beliau juga menyarankan Pemuda PAS berusaha memahami sejarah perjuangan pergerakan Islam.

Himpunan hari ini di meriahkan dengan kehadiran selebriti Bob Lokman di atas pentas bersama pimpinan PAS.

Acara petang ini akan di teruskan dengan persembahan daripada Bob Lokman, Radzi 'Melisa' dan Pak Long.

Peserta himpunan juga akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara wakil Pemua PAS dan veteran bola sepak kebangsaan.

Muhyiddin hilang punca di Sarawak — Faekah Husin

Posted: 20 Feb 2011 06:00 AM PST

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada rakyat Sarawak baru-baru ini menampakkan beliau telah hilang punca akan cara terbaik untuk modal kempen sempena pilihanraya negeri yang dijangka tidak sampai 2 bulan dari sekarang. Sekonyong-konyong Selangor dijadikan sasaran dan modal untuk menakut-nakutkan rakyat Sarawak.

Muhyiddin sepatutnya lebih mendengar rintihan rakyat Sarawak yang ditekan secara berterusan oleh pemimpin diktator tidak kurang dari 30 tahun lamanya. Muhyiddin sepatutnya cuba meyakinkan rakyat Sarawak bahawa BN di bawah pimpinannya akan mampu menyelesaikan tanah adat yang menjadi isu utama sejak beberapa dekad lalu. Muhyiddin sepatutnya berusaha supaya rakyat Sarawak percaya yang Taib Mahmud tidak akan lagi memimpin Sarawak. Sekurang-kurangnya Muhyiddin sepatutnya mampu menunjukkan kepada Taib Mahmud bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN Sarawak dan berundur.

Di sini kegagalan nyata Muhyidin. Telah menjadi rahsia umum Taib Mahmud adalah bebanan besar yang perlu ditanggung BN Sarawak yang akan turut merentap kejatuhan Putrajaya. Selaku Timbalan Pengerusi BN pusat, Muhyiddin hilang punca di Sarawak. Demi melindungi kegagalan beliau dan kelemahan pentadbiran pusat menangani isu kekebalan Taib, Selangor pula dijadikan sasaran.

Untuk pengetahuan Muhyiddin ketika beliau sibuk melawat Sarawak; dan cuba memberi gula-gula basi BN, sekumpulan rakyat Miri yang bosan dengan penipuan telah datang ke pejabat KEADILAN di Petaling Jaya dengan membawakan memorandum rakyat Miri berkenaan tanah adat yang telah puluhan tahun dimanipulasi pemerintah Sarawak. Meskipun Timbalan Perdana Menteri berada di Sarawak namun warga Ulu Niah NCR Oil Palm Project telah memilih menemui KEADILAN kerana mereka tahu Muhyidin tidak mampu menyuarakan hasrat mereka di hadapan Taib Mahmud dan pihak-pihak terlibat.

Dua kali pilihanraya telah berlalu sejak projek ini bermula, namun nasib mereka tetap sama. Tanah adat seluas 3800 ekar tidak tahu khabar berita; dikuti hilang begitu sahaja. Sebaliknya di dalam pertemuan tersebut, Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail serta beberapa pimpinan KEADILAN telah memberi jaminan bahawa terdapat penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.

Jelas Muhyiddin ternyata lemah dan tidak mempunyai kekuatan politik untuk menyelesaikan kemelut pemerintahan Sarawak sekaligus menangani masalah tanah adat di Sarawak. Menjadikan Selangor sebagai sasaran bertujuan menutup kelemahan beliau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya; semakin menyerlahkan lagi kegagalan kepemimpinan beliau.

Rakyat Selangor sebaliknya melihat bagaimana kerajaan PR berhempas pulas memperbaiki sistem yang rosak dan harta benda rakyat Selangor yang selama 52 tahun dirobek pemerintahan BN. Puluhan ribu ekar tanah rakyat Selangor dibolot dan diagih sesama mereka dan kroni; akibatnya puluhan ribu rakyat menderita tertipu.

Semalam, Sabtu 19 Febuari 2011, di Kuala Selangor lebih 1000 orang dari 6000 orang pembeli rumah di projek mega Alam Perdana telah datang menyatakan kekecewaan mereka yang tertipu selama 10 tahun oleh pemerintah lama kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Kita dimaklumkan ramai dari yang terlibat telah meninggal dunia. Tidak kurang juga yang jatuh muflis akibat dari penipuan ini. Selaku kerajaan prihatin, kita telah merangka satu penyelesaian holistik. Lebih 6000 pembeli rumah teres dan pangsapuri dijangka akan memperolehi rumah-rumah mereka pada Oktober tahun ini. Kerajaan negeri juga memberi jaminan penyelesaian projek kepada bank-bank yang memberi kemudahan pinjaman kepada pembeli dan meminta institusi kewangan yang terlibat untuk tidak mengejar para pembeli rumah yang telah dibebani dengan masalah rumah terbengkalai sehingga projek selesai. Baharulah nampak cahaya pada muka-muka mereka yang hadir.

Muhyiddin harus ingat, kerana amalan rasuah lah maka lebih 6000 rakyat Selangor ini menderita selama 10 tahun. Kerana korupsi dan penyalahgunaan kuasalah maka tanah ratusan peneroka Revolusi Hijau tergadai dan mereka hilang mata pencarian. Kerana kerakusan inilah maka BN hilang kuasa pemerintahan di negeri Selangor. Mana mungkin BN mampu mengambil semula Selangor sedang mereka tidak mempunyai kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah yang mereka sendiri timbulkan dan mempunyai kepentingan. PR yakin rakyat Selangor telah matang berpolitik; baik ia Melayu, Cina mahupun India. Kemelut Alam Perdana adalah contoh kecil namun terbaik, apabila golongan teraniaya ini adalah dari pelbagai kaum meskipun kebanyakkannya Melayu; baik golongan peneroka mahupun para pembeli rumah.

* Penulis adalah setiausaha politik kepada Mentri Besar Selangor.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit

Posted: 20 Feb 2011 05:45 AM PST

Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.

"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.

"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.

"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.

PAS ganti Umno

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.

Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.

Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.

"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.

"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.

Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.

Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.

Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.

Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.

"Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno.

"Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana.

"Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya.

Nik Aziz 2 — Awang Selamat

Posted: 20 Feb 2011 05:45 AM PST

20 FEB — Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, Umno telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh Umno pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan Umno. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel Umno sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan Umno paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak 'pencerobohan' ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh 'langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam' tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas.

Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah... — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Nik Aziz 1 — Awang Selamat

Posted: 20 Feb 2011 05:30 AM PST

20 FEB — Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia)," katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu.

Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR. — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Apabila Lim Lebih Baik, Maka Koh Menyalak

Posted: 20 Feb 2011 05:15 AM PST

Koh dakwa portfolio bukan Islam Pulau Pinang motifkan publisiti


KUALA LUMPUR, 20 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam, hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu "kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

"Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan "sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan."

"Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut," katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

"Apabila kita menjalankan tugas (mengenai hal ehwal agama) di bawah tugasan sebagai seorang Ketua Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kita masih perlu membuat publisiti seumpama ini," katanya. — Bernama

Tribute to Lim Kit Siang — Lim Guan Eng

Posted: 20 Feb 2011 05:00 AM PST

How does one acclaim a man who is a living legend? Recognised by every Malaysian for his tireless advocacy for justice and freedom. Acknowledged by friend and foe as an indefatigable fighter for a better Malaysia. And admired universally for his unquestioned courage, incorruptibility and integrity.

Shakespeare wrote that some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon 'em.

Lim Kit Siang was all three and more. He also inspired greatness in others.

Lim Kit Siang, or Kit as he was known to friends, was born into a poor family in Batu Pahat. His parents were illiterate but his mother taught herself to read. Her passion for learning was communicated to her youngest child who was blessed with a brilliant and incisive mind, infused with steely determination and discipline as well as gifted with a natural charisma and oratorical skills that made him a standout leader.

Using his academic brilliance to gain prominence, he had greatness thrust upon him after winning a parliamentary seat in the 1969 general election. Kit allowed himself to be detained under the notorious Internal Security Act in 1969. Kit allowed himself to be detained even though he was warned to stay away in Singapore. But he refused to run, veritably walking into the shadow of the valley of death. On landing in Kuala Lumpur International Airport, he asked the police whether they were waiting for him and was whisked away.

The May 13 riots were frightening times for our family but Kit never showed fear. He taught himself law and Jawi in detention, devoured books and wrote letters that showed his clarity of thought and compassion for the weak. After Kit's release from detention, Kit achieved greatness by his dint of effort and unquenchable courage.

His speeches sounded like a dissertation of what should and could be, not the fatalistic acceptance of what is. His factual account of the excesses, wrongdoing and corruption was like a treatise of abuse of power. One of his greatest feats was digesting the voluminous BMF scandal report in three days, his expose of corruption in the purchase of naval warboats and his trenchant opposition to the amendments to the Official Secrets Act.

I do not wish to write about Lim Kit Siang's trials and tribulations, neither his greatest success and regrets nor his greatest joy and sorrow.

I want to touch on Kit's greatness that have been rarely explored, his ability to inspire others to scale heights and even attain greatness. Kit led both by example and also by empathy with those around him. A word or his mere presence sufficed. Somehow we who followed him were greatly comforted that he would be there for us to pick us up when we fall or to help us if we were in trouble.

The affection and love party leaders and members have for him is genuine. We may not agree always with him but we trust his judgment and idealism implicity. Many joined DAP because of Kit, those who did not stayed on in DAP also because of Kit.

Our national chair Karpal would bristle at any slight on Kit and would express his anger at those who tried to denigrate Kit. Our national adviser Dr Chen Man Hin always advised us to seek Kit's counsel. Karpal never failed to remind me that what we achieved today is due to Kit's leadership during those tough times and that we must never forget Kit's historic role in helping DAP to win power.

Of course, there were a few who fell by the wayside. Greatness is not easy to live with. After all, for one who had a difficult time growing up under a banyan tree, I can understand how some eyes can be dimmed when they fail to live up to the ideals.

This is why we appreciate Kit more. With maturity we realise how important Kit helped in blazing the path, keeping the flame burning and lifting up flagging hopes whether in the best or worst of times. Most of all, Kit kept all of us in the right path. That we must not only do the right things but must do things right.

Thank you Kit for inspiring DAP and us to greatness. Happy 70th birthday and may you be with us for many more years.

* This is to appear in tomorrow's edition of Rocket, the DAP party newspaper.

* Lim Guan Eng is DAP secretary-general, Penang Chief Minister and the eldest son of Lim Kit Siang

Dear Kit — Tengku Razaleigh Hamzah

Posted: 20 Feb 2011 04:45 AM PST

The Malaysian Insider

After a long journey in your political career, weathering the often rough and tumble of Malaysian politics, you somehow managed to survive and carve a popular name, an icon among your admirers and a 'political bug', so to speak, among your opponents.

So, you are now 70 years of age — not too young but not too old either — to go on treading the political journey.

You have consistently upheld and stood your ground on matters relating to the fundamental rights of all the rakyat, irrespective of race, to free and responsible speech, the rights to enjoy a just and fair distribution of the economic and social wealth of the nation, and to political, judicial and legal justice.

You have consistently and courageously spoken up against the corruption and the various misdeeds and defaults of the government and demanded actions, both in Parliament as well as outside it, despite the possible reprisals, the threats and even possible punitive actions that might be taken against you, which in fact you have suffered in the past.

But you have not kept your silence; you continue to grow bigger and speak even louder.

In the end, it seems to me you are the winner because, despite what your opponents say about you, as long as you know and believe what you stand for is good for the poeple and the country, you are on the right path.

Politicians, and especially those who have been given the mandate to 'rule' or 'govern' the country, must be honest, trustworthy, clean and efficient.
They must have PRINCIPLES and be consistent in their upholding and promotion of the principles for the good of the rakyat and the country and not be swayed or swerved by their personal interests and greed.

The rakyat look up to a Wakil Rakyat or to a government leader not because he or she is a Malay, a Chinese or an Indian, an Iban or a Kadazan; they look up to you because of your principles — principles that they can respect, trust and emulate.

On this auspicious day, may I quote Georges Pompidou who once said:

"A statesman is a politician who places himself at the service of the nation. A politician is a statesman who places the nation at his service".

Let me now say "Selamat Menyambut Hari Jadi Yang ke-70", in other words "Happy Birthday to You".

Wishing you good fortune, good health and long life. May you continue to tread the rough and tumble of the Malaysian political road with even greater tenacity and thrust in the years ahead until we can all together ensure that no one in the country is allowed to create a situation of disaster of the type we have just seen in Tunisia and Egypt.

* This is Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah's birthday greetings to Lim Kit Siang who turns 70 on February 20, 2011.

Tengku Mana Ni?

Posted: 20 Feb 2011 04:30 AM PST

Sokongan Melayu terhadap Pas merosot - Tengku Adnan

PUTRAJAYA 20 Feb. — Perubahan pendirian Pas kononnya parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu adalah gimik politik semata-mata berikutan penurunan sokongan masyarakat Melayu begitu ketara sejak kebelakangan ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tegas Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menjelaskan, hanya UMNO dan BN sahaja mengutamakan hak dan perjuangan orang Melayu sebagai agenda utama sejak negara mencapai kemerdekaan dan ia disedari orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, Pas kerap kali mengeluarkan kenyataan berlainan dengan memutarbelitkan isu semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan orang Melayu yakni jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

"Bila beliau (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat) tahu bahawa undi Melayu terhadap Pas mula merosot kerana orang Melayu sudah sedar bahawa Pas itu adalah parti karut, jadi Nik Aziz sudah gentar dan takut maka beliau tukar mengatakan bahawa Pas juga memperjuangkan orang Melayu," katanya. — Bernama

Seorang calon Pro-M UM hilang

Posted: 20 Feb 2011 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

Kehilangan calon wanita tersebut, Masturah Abu Bakar dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam – yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Katanya, ketika merada berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan memintanya menunggu di blok E.

Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal.

Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Sementara itu, wakil calon Masturah – Rohayu Rosli pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah.

Salinan dua laporan polis tersebut diedarkan pada wartawan dalam sidang akhbar oleh sekumpulan pelajar pro-M yang diketuai oleh pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah di depan Dewan Tuanku Canselor UM petang ini.

- Malaysiakini-

Tiga syarikat kroni dapat kontrak minyak RM2.45 bilion – Anwar

Posted: 20 Feb 2011 04:00 AM PST

PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah," katanya.

Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli 'usikan' kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

"Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia," kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

"September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol," kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

"Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

"Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula," kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

'Ahli Parlimen BN tak perlu pandai'

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut 'setuju' atau 'tidak' sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

"Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap 'setuju'.

"Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja," kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7209

Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan

Posted: 20 Feb 2011 03:45 AM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 20 Feb — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

"PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.

Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, "biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini."

Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.

Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.

Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.

Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

"Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau," katanya lagi.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.

"Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya," kata Adnan.

Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

"Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi," katanya.

Nik Aziz: PAS has not changed tack on Islam, Malays

Posted: 20 Feb 2011 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has denied allegations that PAS had abandoned its principles following its move yesterday to prioritise the dominant Islamic race in the country — Malays.

Nik Aziz claimed yesterday that the Pakatan Rakyat (PR) coalition partner had never forsaken Malay rights and that it was Umno's economic policies which had caused division and unequal distribution among the various races in Malaysia.

Utusan Malaysia today launched an all-out assault against PAS, with headlines on its front page titled "Nik Aziz ubah nada" (Nik Aziz changes tack.).

The Umno-owned daily claimed that Nik Aziz had finally "come to his senses" and PAS had changed its stance of being inclusive to all races to prioritising the Malay race.

"I did not change my views. This is a lie. What I said yesterday was that Malays needed to be prioritised in PAS's agenda because they were the first race to embrace Islam.

"Seeing as PAS fights for Islam, who should it prioritise if not the Malays?" Nik Aziz told reporters today.

Utusan also quoted Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin, who told Nik Aziz to refer to the teachings of Prophet Muhammad SAW to "understand" that Malays should be prioritised.

The daily had also quoted Nik Aziz as saying that Malays needed to be "prioritised" as they were bumiputeras.

"PAS prioritises Malays because they were the first race in this country who became Muslims.

"Zulkifli Noordin is the sort of person who has maggots in his veins," said Nik Aziz.

The Kelantan mentri besar claimed that many Malays in the country had strayed from the Islamic path and said that that was also why PAS was focusing its energy on attracting Malay support.

"All these accusations affect me, my struggle, followers especially those who have just begun to befriend PAS," he added.

The convention, dubbed "Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa" (National Race Empowerment Convention) is seen as PAS's attempt to attract Malay voter support which has been on the decline in recent years.

PR has seen a decline in Malay support since July 2009, when a by-election in the 99 per cent Malay seat of Manek Urai, Kelantan saw a previous 1,352-vote majority in the PAS stronghold drop to a wafer-thin 65.

Malays continued to swing towards Barisan Nasional (BN) in subsequent polls, from around seven to 10 per cent, allowing the ruling coalition to grab Hulu Selangor and Galas from PR.

The most recent by-election in Tenang, Johor, saw PR fail to make any headway among the mainly Felda Malays as BN swept over 83 per cent of Malay votes to increase its majority by over 1,200 votes.

KEADILAN Sarawak perlu sukarelawan bantu kempen

Posted: 20 Feb 2011 03:00 AM PST

KUCHING: KEADILAN Sarawak memerlukan seramai mungkin sukarelawan bagi membantu jentera parti berdepan pilihan raya di negeri itu yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Bercakap kepada keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh berkata, sukarelawan tersebut diperlukan di kalangan anggota parti.

"Kita mengalu-alukan sesiapa untuk bersama-sama KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi membantu jentera parti berdepan pilihan raya. Namun, keutamaan kita berikan kepada anggota parti," katanya.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan melayari laman web http://www.zulhaidah.com/?p=6553 atau berhubung terus di emel zulan74@yahoo.com.sg

Desas desus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui sekutu-sekutu BN di Kuching baru-baru ini, menguatkan spekulasi pilihan raya di negeri itu akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini akan berakhir pada 24 Julai depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7212

Umno lindung kezaliman polis selagi tekan pembangkang

Posted: 20 Feb 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) melindungi polis dengan tidak mengadakan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tukar ganti kepada bantuan pihak berkuasa itu dalam memberi tekanan kepada parti pembangkang

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu menyebabkan golongan berbeza fahaman politik dengan kerajaan, ditindas polis.

Katanya, kaedah mengekalkan kuasa politik itu banyak diamal rejim penindas di seluruh dunia dan dipraktikkan kerajaan Malaysia dan Singapura sejak zaman kemerdekaan lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak sepupu Perdana Menteri itu segera meletak jawatan lantaran tiada keazaman politik dalam mendisiplinkan polis, sebaliknya lebih banyak kezaliman polis berlaku.

"Hishammuddin dan polis seperti tidak pernah mengambil teladan daripada kes seperti A Kugan, Aminulrasyid Hamzah, Norizan Salleh serta Chia Buang Hing," katanya pada kenyataan media kepada KeadilanDaily.com.

Hishamuddin baru-baru ini mengulangi keengganan kerajaan untuk mengadakan IPCMC walaupun menerima desakan pelbagai pihak termasuk rakyat biasa, sedangkan pelaksanaan itu adalah cadangan suruhanjaya diraja beberapa tahun lalu.

Antara kes kezaliman polis yang ketara ialah kejadian A Kugan mati selepas berada dalam tahanan polis selama lima hari di Balai Polis USJ.

Norizan Salleh pula adalah seorang ibu tunggal yang ditembak secara rambang sewaktu menaiki kereta di lebuh raya MRR2 pada 30 Oktober 2009.

Aminulrasyid Hamzah pula seorang remaja berusia 14 tahun yang juga mati ditembak polis di kepala sewaktu pulang dari kedai makan di Shah Alam.

Chia Buang Hing adalah seorang peniaga bingkai yang dipukul dan wangnya sebanyak RM13,000 dicuri sewaktu berada dalam tahanan polis di Balai Polis Dataran Sunway.

Surendran kesal kerana Hishammuddin dan Ketua Polis Negara kelihatan tidak kisah dengan penderitaan rakyat di tangan polis yang semakin tidak mempeduli proses undang-undang.

"Statistik terbaru dikeluarkan Lawyers For Liberty menunjukkan peningkatan 17 kali ganda kes tembakan polis, dan 160 orang mati sejak 2000.

"Aminulrasyid mati kerana Hishammuddin gagal mendisiplinkan polis," kata Surendran.

Makan malam KEADILAN Sarawak diganggu polis

Posted: 20 Feb 2011 02:00 AM PST

SERIAN: Program jamuan makan malam yang dianjurkan KEADILAN Sarawak di Serian terpaksa dipindahkan ke Satok kerana diganggu pihak polis atas alasan tidak mempunyai permit.

Menurut Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh berkata, program itu sepatutnya berlangsung di Parlimen Serian semalam yang menyaksikan kehadiran beberapa pimpinan KEADILAN di negeri itu.

"Akibatnya, kami terpaksa memindahkan program tersebut ke Satok yang jaraknya kira-kira 45 minit dari tempat asal. Walaupun begitu, program malam tadi mendapat sambutan hangat apabila ratusan hadir dari pelbagai kaum," katanya.

Program itu dihadiri Penasihat KEADILAN, Datuk Hafsah Harun, Adun Padungan, Dominique Ng Kom Ho, Pengarah pilihan raya, Nicholas Bawing Anggat dan pimpinan parti dari pelbagai cabang seluruh negeri.

Ketika ditanya punca gangguan, Zulhaidah percaya ia bermotifkan politik dan yakin ada kaitan dengan sokong berterusan masyarakat Bidayuh terhadap perjuangan KEADILAN bersama Pakatan Rakyat.

Menurut rekod, majoriti pengundi dalam Parlimen Serian ialah masyarakat Bidayuh dan sejak tiga bulan lalu, pemimpin Bidayuh dalam BN kerap 'mengancam' masyarakat itu agar jangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Golongan profesional Bidayuh menyertai KEADILAN sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah yang terbaru Datuk John Tenewi Nuek, yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia di pelbagai negara selama 33 tahun, Beliau kini merupakan Naib Presiden KEADILAN.

Siswa kritik perjalanan p'raya kampus UTHM

Posted: 20 Feb 2011 01:30 AM PST

Oleh Mohd Hadi Abd Rahman

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sepatutnya dijalankan pada 21 Februari (Isnin ini) serentak dengan kampus-kampus lain sedikit tergendala kerana telah ditunda ke hari kemudiannya berikutan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon yang telah berlangsung pada 17 Februari lalu.

Kesemua 56 calon-calon yang layak bertanding merebut 30 kerusi yang ditawarkan dalam kabinet MPP UTHM telah dibatalkan pencalonan mereka atas alasan masalah teknikal.
Semalam, sehari selepas hari penamaan calon, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) memanggil kesemua calon yang bertanding dalam satu perjumpaan tergempar membabitkan Timbalan Pendaftar HEP Abdul Malek Ibrahim pada jam 6.30 petang di hadapan foyer pejabat bahagian itu bagi memaklumkan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon.

Dalam pengumuman itu,, beliau membacakan hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang menasihati naib canselor supaya membatalkannya.

Ketika beberapa wakil calon yang bertanding bertanyakan sebabnya, pihak HEP meminta agar semua calon yang bertanding menerima keputusan yang diputuskan.

Justeru, proses penamaan calon UTHM hanya akan bermula pada tarikh 19 Februari. Proses pembelian borang calon dibuka semula pada 9 malam hingga 12 malam pada hari pembatalan proses pencalonan tersebut.

Proses pengesahan borang calon oleh dekan-dekan fakulti atau wakil rasmi Dekan fakulti juga turut akan diadakan pada tarikh yang sama dengan hari penamaan calon.

Pada hari penamaan calon yang lalu, seramai 57 pelajar mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Seorang dibatalkan pencalonan kerana menerima bantahan, menjadikan 56 calon layak bertanding.

Dalam proses yang sama juga, seorang calon Pro-mahasiswa dibantah oleh calon Pro-Aspirasi atas alasan mata nilai purata terkumpul (CPA) calon terbabit bawah 2.7 mata. Namun, dalam bantahan terhadap beliau ditolak berikutan syarat yang termaktub dalam peraturan jawatankuasa pemilihan menyebutkan bahawa calon dengan CPA 2.7 bawah adalah layak bertanding tetapi tidak digalakkan.

Perkara 4.2 menyatakan: "Walaubagaimanapun, pelajar yang mempunyai CPA kurang daripada 2.7 tidak digalakkan untuk menjadi calon."

Pembatalan keseluruhan proses penamaan calon tersebut telah menimbulkan isu di kalangan mahasiswa UTHM.

Ini kerana selepas pembatalan, wujud notis tambahan dalam borang calon yang menekankan soal kelayakan sebagai calon dengan menyatakan:

"Pelajar yang mempunyai CPA kurang daripada 2.7 tidak digalakkan untuk menjadi calon. Walaubagaimanapun, permohonan calon adalah tertakluk kepada budi bicara Dekan atau wakil rasmi Dekan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011 bagi menyokong atau menolak permohonan pelajar untuk menjadi calon."

Ia dilihat sebagai satu campurtangan pihak tertentu untuk cuba mempengaruhi atau menekan dekan-dekan fakulti bagi tidak membenarkan calon tertentu diberi kebenaran bertanding pada proses penamaan calon yang lepas, daripada diberi peluang sekali lagi untuk bertanding.

Menurut seorang mahasiswa UTHM, sekiranya benar tindakan tersebut dibuat atas tujuan dan niat berkenaan, maka tindakan ini sangat tidak adil kerana kriteria dan syarat layak untuk menjadi calon yang bertanding adalah ditetapkan sendiri oleh jawatankuasa induk pelaksana pemilihan MPP dan mahasiswa telah mengikut syarat sebagaimana yang telah ditetapkan.

Malah, mahasiswa sendiri telah mendapat kelulusan dari pihak dekan fakulti masing-masing bagi membuktikan bahawa mereka telah mendapat perkenan dari pihak dekan fakulti sekaligus boleh dikira sebagai mendapat galakan dari pihak dekan sendiri.

Kenyataan dalam notis terbabit sangat jelas menunjukkan ia satu pindaan yang masih baru dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Perwakilan UTHM 2011 untuk mensabotaj calon yang berjaya dalam rayuan melawan bantahan yang dibuat ke atasnya.

Dengan wujudnya notis penambahan yang baru tersebut, ianya boleh dimanipulasi oleh pihak yang mempunyai kuasa dalam menyokong atau menolak permohonan pelajar untuk menjadi calon.

Sebagai contoh, ia boleh dimanipulasikan oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk menyokong calon yang disukai tetapi dalam masa yang sama menolak permohonan calon yang tidak disukai meskipun kedua-dua calon memiliki CPA kurang dari 2.7.

Lebih menimbulkan persoalan di fikiran mahasiswa apabila mesyuarat yang dilakukan jawatankuasa induk pemilihan MPP tersebut dilakukan setelah satu kenyataan memboikot pemilihan MPP dikeluarkan oleh pihak Pro-aspirasi setelah mereka gagal membantah calon Pro-mahasiswa atas alasan CPA terbabit.

Penulis merupakan penyelaras kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Bising Di Pulau Pinang, Senyap Di Perak. Kenapa?

Posted: 20 Feb 2011 01:14 AM PST

Pak Lah: Pusat jaga bukan Islam, Pulau Pinang tak perlu portfolio


KEPALA BATAS, 20 Feb — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga tidak semestinya mengambil pendekatan mewujudkan portfolio berkenaan kerana kerajaan pusat memang memberi perhatian kepada penganut agama lain.

"Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengetepikan sebarang aduan atau permintaan yang telah disampaikan oleh agama lain, jadi saya fikir tidak perlu apa-apa lagi institusi atau badan untuk beri perhatian kepada perkara itu (hal ehwal bukan Islam).

"Malaysia juga mengakui rakyatnya bukan semua menganuti agama Islam dan kerajaan sentiasa memberi perhatian hal-hal berkaitan agama lain, setakat ini sudah memadai untuk beri respon kepada sebarang masalah yan timbul," kata Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini hari ini.

Rabu lepas, Lim yang juga Setiausaha Agong DAP mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Portfolio itu dipengerusikan oleh Lim sendiri, sementara Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dilantik menjadi timbalannya. — Bernama

Edaran Segera: Teks Ucapan YAB Al-Mursyidul Am PAS di Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS

Posted: 19 Feb 2011 11:00 PM PST

Teks Ucapan YAB Al-Mursyidul Am PAS di Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS

TEKS UCAPAN

YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA

AL-MURSYIDUL AM PAS

DI MAJLIS PERASMIAN

KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA -

JAMINAN PAS

PADA : 16 RABIUL AWWAL 1432 H / 19 FEBRUARI 2011 (SABTU)

JAM : 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI : Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Selangor Darul Ehsan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

ومن آياته خلق السموات و الارض و اختلاف السنتكم و الوانكم انّ في ذلك لايات للعالمين

-سورة الروم : 22

Yang bermaksud : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang Mengetahui.­

* Terima kasih saudara pengerusi majlis
* Yang berhormat Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS,
* Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS
* Naib-naib Presiden
* Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Peserta-peserta konvensyen yang dikasihi sekalian



Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupyaan Bangsa – Jaminan PAS pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan konvensyen yang saya sifatkan sangat-sangat bermakna ini khususnya di dalam menangani fitnah dan cabaran yang sedang melanda perjuangan PAS pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua Islam hadir dengan tidak menjadikan agenda perjuangan bangsa sebagai keutamaan. Islam hadir dengan menjadikan semua manusia menjadi mulia jika menerima Islam sekalipun tidak sebangsa, dan mengajar kita bahawa manusia boleh menjadi hina apabila mengenepikan Islam walaupun sebangsa dan sedarah. Justeru, seringkali saya ulangi apa yang disebut oleh Allah SWT di dalam firmanNya :

ياايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير

Yang bermksud : Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. – Surah al-Hujurat, ayat 13.

Berdiri di atas hakikat inilah, Rasulullah SAW datang tidak dengan misi menegakkan ketuanan Arab, jika itulah yang dibawa oleh baginda, nescaya Islam tidak akan diterima oleh Bilal bin Rabah yang berbangsa Habsyi, oleh Suhaib ar-Rumi yang berbangsa Rom dan juga Salman al-Farisi dari negeri Parsi. Jika misi yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah ketuanan Arab, nescaya Islam tidak akan tersebar ke seluruh dunia merentasi sempadan benua dan tentunya tidak akan sampai ke Tanah Melayu ini. Hakikatnya, Islam datang merentasi darah dan keturunan serta mengenepikan hubungan darah dan bangsa jika memusuhi risalah Islam. Lantas, Abu Lahab dijanjikan dengan balasan api neraka sekalipun merupakan bapa sudara Rasulullah SAW.

Persoalannya, kenapakah Allah SWT menciptakan pelbagai bangsa di dunia? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk berkenal-kenalan dan memanfaatkan perbezaan tersebut untuk kebaikan sejagat. Dalam rumahtangga, seorang lelaki hanya lengkap kehidupannya jika berkahwin dengan seorang wanita yang tentu sekali berbeza jantinanya dengan suami, namun daripada perbezaan itulah rumahtangga saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam konteks perbezaan bangsa, ia boleh dimanfaatkan dengan skala yang lebih besar demi kebaikan sejagat. Lihat sajalah bagaimana tentera Islam di zaman Rasulullah SAW menggali parit sekitar Kota Madinah di dalam perang Ahzab semata-mata kerana mengambil pengalaman daripada seorang sahabat yang berbangsa Parsi iaitu Salman al-Farisi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Jika Rasulullah SAW datang tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah PAS yang mencontohi perjuangan baginda, tidak akan datang dengan membawa agenda Ketuanan Melayu. Soalnya, adakah PAS mengenepikan bangsa Melayu? Inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada PAS seolah-olah Melayu akan mati tanpa UMNO, akan cacat tanpa bantuan UMNO dan akan mundur tanpa pimpinan UMNO. Inilah sebesar-besar khurafat yang cuba ditanam dalam benak minda rakyat pada hari ini. Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT :

وأنذر عشيرتك الأقربين

Yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara', ayat 214



Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

Perlulah diingatkan bahawa Islam merupakan anugerah daripada Allah SWT. Ia merupakan satu pemberian dan kemuliaan daripada Allah SWT. Menolak Islam dan menerima sekular sebagai ideologi seperti yang dilakukan oleh UMNO pada hari ini bererti menolak kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hakikatnya, UMNO menjaga Islam pun tidak, menjaga Melayu pun jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bagaimana tanah rezab Melayu di seluruh negara susut dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995. Apakah ini salah satu pembelaaan UMNO terhadap orang-orang Melayu? Bahkan Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan untuk membantu orang-orang Melayu telah digagalkan oleh pemipim-pemimpin UMNO sendiri. Ia digunakan oleh golongan atasan pihak pemerintah untuk memuaskan hawa nafsu mereka membolot kuasa dan kekayaan. Tidak ada keraguan lagi bahawa pengkhianatan ini dilakukan secara sangat sistematik oleh parti-parti komponen kerajaan dengan kerjasama erat diberikan oleh UMNO bagi menindas hak-hak Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan yang sepatutnya mendapat manfaat dari Dasar Ekonomi Baru.

Atas nama manfaat Bumiputera kononnya, prosedur tender yang terbuka, telus, penilaian bebas isu-isu penswastaan, agihan perolehan, semuanya telah diketepikan. Akhirnya yang mengaut kekayaan ialah kroni-kroni tertentu dengan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Sebenarnya, inilah Ketuanan Melayu di mata UMNO.

Alhamdulillah, di Kelantan, sekalipun kita mentadbir dengan tidak menyebut Melayu bahkan kita menggunakan dasar Membangun Bersama Islam, ia diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Golongan non muslim semakin merapati perjuangan kita dan memahami kesucian perjuagan PAS. Slogan Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO bersenjatakan keris mereka hanya menjauhkan golongan non Muslim dan menyebarkan kebencian sesama rakyat. Dari sudut pembelaan terhadap orang-orang Melayu dan Islam, kita melaksanakan pentadbiran yang berteraskan Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan dengan mengingatkan seluruh warga tadbir bahawa setiap gerak kerja yang dilakukan di dunia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Serangan-serangan terhadap PAS pada hari ini sebenarnya membuktikan kegerunan musuh-musuh politik PAS dan kebimbangan mereka sekiranya terlepas teraju kuasa satu hari nanti. Saya yakin insya-allah, fajar yang cerah pastinya akan menerangi kegelapan malam, jika rakyat di Mesir dan Tunisia boleh menjatuhkan diktator di negara masing-masing, saya tidak sedikitpun syak dengan kebijaksanaan rakyat negara ini untuk menukar teraju negara satu hari nanti Insya-Allah. Syarantnya, sediakan padang demokrasi yang adil dan saksama, jangan khianat dan jangan melakukan pencabulan terhadap keadilan, insya-allah kita akan saksikan perubahan ini.

Riak-riak kemenangan itu telah hampir tiba, justeru mereka perhebatkan serangan melalui pelbagai cara dan kaedah. Saya sendiri pun dilabel oleh seseorang sebagai nasionalis hanya kerana memperjuangkan Islam di Malaysia sahaja. Barangkali orang ini lupa bagaimana PAS telah menjalinkan hubungan dengan gerakan Islam di seluruh dunia dan hampir setiap tahun kita bermuktamar dengan disertai oleh wakil-wakil gerakan Islam seluruh dunia. Bahkan PAS dengan kudratnya sebagai parti politik sampai ke seluruh dunia dalam misi dakwah dan bantuan apabila berlakunya bencana alam dan sebagainya. Saya juga dituduh hanya bertujuan mahu menang pilihanraya, jika demikian apakah salahnya menang pilihanraya, PAS sendiri ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya dan menang. Bahkan UMNO sendiri di dalam usaha memenangi pilihanraya melakukan pelbagai cara yang tidak demokratik merentasi sempadan halal haram demi mencapai tujuan mereka. PAS juga dituduh sanggup berpakat dengan DAP demi untuk memenangi pilihanraya, soalnya PAS telah dimusuhi sekian lama semenjak sebelum PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Bahkan UMNO melakukan kerja-kerja menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Jika benar UMNO memperjuangkan Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan di Kelantan majoriti pemimpin dan rakyatnya berbangsa Melayu dan beragama Islam?

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Justeru, saya sangat-sangat mengharapkan agar Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS Pusat yang dilaksanakan pada hari ini benar-benar dapat menangkis tohmahan-tohmahan jahat yang dilemparkan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat. Insya-allah, kefahaman yang murni yang disemaikan di dalam minda rakyat akan memberikan mereka pilihan yang terbaik khususnya di dalam usaha menggantikan teraju kepimpinan di Putrajaya, insya-Allah. Saya sudahi dengan :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Edaran Segera: Penjelasan Terhadap Laporan Muka Hadapan Mingguan Malaysia 20 Feb 2011

Posted: 19 Feb 2011 10:04 PM PST

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Hadapan

Mingguan Malaysia 20 Februari 2011


1. Saya ingin merujuk kepada laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini 20 Februari 2011 yang meletakkan tajuk : "NIK AZIZ UBAH NADA : BIMBANG PENURUNAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP PAS". Di bawah tajuk tersebut ditulis kenyataan, "Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan.

2. Saya menyifatkan bahawa laporan ini merupakan satu bentuk fitnah secara sistematik denga memanipulasikan sebahagian kenyataan YAB Al-Mursyidul Am PAS demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah UMNO ini. Mingguan Malaysia sekali lagi merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Jika mengikut rekod pemberitaan Mingguan Malaysia, laporan ini akan disusuli dengan pandangan pelbagai pihak di dalam UMNO yang akan berebut-rebut ruang di dalam akhbar untuk menonjolkan pandangan dan pendapat.

3. Sebelum pihak-pihak ini melontarkan pandangan berasaskan laporan yang kurang tepat, sukalah saya nyatakan bahawa laporan tersebut hakikatnya merujuk kepada ucapan al-Mursyidul Am PAS ketika merasmikan Konvensyen KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA - JAMINAN PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Februari 2011.

4. Realiti yang sebenarnya ialah al-Mursyidul Am merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang-orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain. Mereka perlu diberikan keutamaan untuk memahami Islam kerana jika bangsa Melayu mengamalkan Islam yang sempurna ia akan menjadi contoh tauladan kepada bangsa lain.

5. Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : "Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara', ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

6. Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut : "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini."

7. Oleh yang demikian, tidak timbul soal YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Tambahan pula, YAb Tuan Guru sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu namun tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu seperti UMNO yang pada hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu di dalam banyak perkara.

8. Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 20 Februari 2011 / 17 Rabiul Awal 1432

Tiada ulasan: