DIALOG RAKYAT |
- Peralatan balai raya hilang, exco S'gor salahkan BN
- Puak anti-Chua bersiap sabotaj EGM
- BN lantik veteran MCA 'pancing' undi Cina
- MB S'gor bakal umum canselor baru Unisel
- P'raya kampus: Universiti perkenal peraturan baru
- Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Merlimau
- Himpunan PAS Ganti Umno kedua di Besut
- Dana Prihatin PAS, kebajikan rakyat diutamakan
- Nasrudin: Saya tak jahil autoriti kerajaan negeri
- 20 keluarga rayu pembangunan
- Sambutan Valentine: 3 negeri tingkat pemantauan
- Terima Geran RM100 Juta: Universiti Swasta Hidup Segan, Mati Tak Mahu
- Mahasiswa UM Bantah Wajibkan Calon PRK Sertai Bengkel HEPA
- Tanah Adat : Rakyat Sarawak Perlu Buat Pilihan Bijak
- Mahkamah Tolak Permohonan Tan Sri Rozali Gantung Bayar RM 35 Juta
- Penjawat Awam Dinafi Kenaikkan Gaji, Cuepacs Tuntut Perhatian Kerajaan
- Perkasa: Kami tak memihak BN dalam bela orang Melayu
- Kerajaan bentuk jawatankuasa 14 ahli kaji silibus Sejarah, kata Muhyiddin
- SPR: Pemilih baru didaftar dijangka dua kali ganda tahun ini
- DUN Pelabuhan Klang: Teng cabar permohonan Badrul
- Bekas setiausaha politik menteri dituduh miliki wang haram RM2.31 juta
- Demonstrasi aman sokong rakyat Mesir diteruskan 18 Februari
- Mahathir bohong mengenai Operasi Lalang- Mohamad Sabu
- Unsur rasuah pembinaan jejantas RM10 juta?
- Anwar ‘gempur’ Seberang Jaya, Pulau Pinang 19 Feb
| Peralatan balai raya hilang, exco S'gor salahkan BN Posted: 10 Feb 2011 04:57 AM PST MALAYSIA KINI Anggota exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menyalahkan pentadbiran BN terdahulu atas kehilangan peralatan dari pusat kegiatan orang ramai di seluruh negeri itu. Xavier (kiri) juga mendakwa, peralatan bernilai RM385,000 itu telah dilarikan oleh individu yang dikaitkan dengan Umno dan BN selepas pilihan raya umum 2008.Katanya, kehilangan itu dikesan melalui maklumat dari pejabat daerah dan tanah seluruh negeri itu, tidak termasuk Petaling, Sepang dan Sabak Bernam. "Beberapa orang individu (atau) ahli UMNO (atau) BN setempat yang tidak bertanggungjawab di kampung-kampung berkenaan telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan pengetahuan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) ketika itu. "Tapi malangnya mereka mengambil sikap tidak peduli ekoran pertukaran pentadbiran kerajaan negeri," kata pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan prihatin negeri Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini. Antara peralatan yang dilaporkan hilang itu termasuk komputer, meja mesyuarat, sistem pembesar suara dan penghawa dingin, kata Xavier lagi. "Kehilangan ini merupakan tindakan jenayah terhadap harta awam dan kerajaan negeri bercadang untuk membuat laporan polis di setiap daerah yang terlibat," katanya lagi. | ||
| Puak anti-Chua bersiap sabotaj EGM Posted: 10 Feb 2011 04:38 AM PST ![]() Kuek Ser Keng Kuang ANALISIS Setelah gagal untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini berdepan pula dengan satu lagi cabaran dari dalam partinya sendiri - yang boleh mengancam kepimpinannya. Jawatankuasa pusat (CC) parti itu sedang menimbang untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan parti untuk membolehkannya menangguhkan pemilihan parti, di semua peringkat, yang dijadual berlangsung bulan depan. Bagaimanapun, ia perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan memperolehi majoriti dua pertiga bagi membolehkan ianya dilakukan. Difahamkan, puak anti-Chua dalam parti tersebut itu pula mahu mensabotaj cadangan mengadakan EGM tersebut, sebagai langkah pertama untuk menggerakkan momentum yang diperlukan untuk mencabar kepimpinan Chua (kiri) dalam pemilihan parti yang akan datang.Menurut sumber-sumber dalaman, para penyokong bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Ong Ka Ting - kedua-duanya tewas kepada Chua dalam pemilihan parti 2010 serta abang Ka Ting, Datuk Seri Ka Chuan, yang tewas bagi jawatan timbalan presiden - kini mencari peluang untuk kembali. "Ka Chuan dan Ka Ting serta Tee Keat masih menguasai 600 hingga 700 perwakilan. Sekiranya mereka bergabung, Chua mungkin tidak akan memperolehi sokongan dua pertiga di EGM," kata seorang pemimpin parti itu yang tidak mahu namanya disebut. "Orang Chua kini sedang melobi penyokong Tee Keat dan adik beradik Ong." MCA mempunyai 2,377 delegasi pusat dan Chua perlu memperolehi sokongan sekurang-kurangnya 1,585 perwakilan untuk melepasi sokongan dua pertiga.Di bawah perlembagaan, parti hanya boleh memutuskan sama ada untuk menangguh pemilihannya jika ianya dalam tempoh 42 bulan selepas pilihan raya umum lalu. Tetapi pemilihan parti itu dijadual berlangsung bulan depan, dan ianya hanya 36 bulan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Oleh itu, MCA perlu meminda perlembagaannya jika ia mahu memendekkan syarat tempoh tersebut kepada 36 bulan, bagi menangguhkan pemilihan parti. | ||
| BN lantik veteran MCA 'pancing' undi Cina Posted: 10 Feb 2011 04:36 AM PST Kuek Ser Kuang KengDalam memperkukuhkan usaha menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang, BN melantik pemimpin veteran MCA, Datuk Yap Pian Hon sebagai ketua publisiti. Ini adalah kali pertama pemimpin MCA dibenarkan menerajui jentera publisiti BN yang secara tradisionalnya dikuasai oleh pemimpin Umno di negeri-negeri lain. Yap yang dihubungi hari ini juga melahirkan rasa terkejutnya berhubung pelantikan itu yang berkuatkuasa 10 Januari lalu.Surat pelantikan itu dikeluarkan bulan lalu oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Abdul Razak, atas kapasitinya sebagai ketua BN Selangor. "BN kini adalah pembangkang di Selangor. Biro publisiti ditugaskan mengumpul maklumat, menganalisisnya, memantau pentadbiran negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangannya," kata Yap. "Ini bagi membolehkan rakyat Selangor memahami dan menilaikan sendiri sesuatu situasi berhubung sama ada kerajaan negeri meletakkan kepentingan rakyat di depan ataupun agenda politik mereka." Tidak mencukupi | ||
| MB S'gor bakal umum canselor baru Unisel Posted: 10 Feb 2011 04:35 AM PST Fadzly Esa Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengumumkan Canselor baru Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Isnin depan. Seorang pegawai Unisel berkata, pengumuman itu dijangka akan dibuat dalam satu majlis penjenamaan semula universiti berkenaan di kampusnya di Bestari Jaya pada hari berkenaan. "Kita jangkakan nama canselor yang baru akan diumumkan oleh menteri besar dalam masa terdekat. "Kemungkinan besar pada majlis penjenamaan tersebut memandangkan satu perjumpaan bersama lebih 1,000 kakitangan tetap dan kontrak akan diadakan serentak dalam majlis itu," menurut sumber tersebut ketika dihubungi Komunitikini hari ini. Jawatan canselor Unisel kosong selepas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya dari jawatan itu pada 20 November lepas.Mengulas lanjut, pegawai Unisel itu juga berkata, pertemuan antara Khalid dan kakitangan berkenaan merupakan majlis pertama seumpamanya tahun ini – melibatkan seluruh kakitangan dari kampus Unisel Shah Alam dan Bestari Jaya. Dalam perkembangan berkaitan, Universiti Industri Selangor (Unisel) pula bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor, susulan penjenamaan semula itu. Presiden dan naib canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang. Unisel jadi Universiti Selangor | ||
| P'raya kampus: Universiti perkenal peraturan baru Posted: 10 Feb 2011 04:32 AM PST Abdul Rahim SabriKumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini. Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar iajazah sarjana dibenarkan mengundi. Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) UPM Syed Syafiq Syed Hashim berkata dapat beberapa peraturan baru yang "memeranjatkan" itu diperkenalkan menjelang pilihan raya kampus berkenaan. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, beliau berkata antaranya ialah pengurangan sembilan kerusi umum daripada 16 kerusi tahun lalu, menjadi tujuh kerusi umum yang dipertandingkan pada tahun ini. "Berdasarkan peraturan, kerusi umum (yang dipertandingkan) perlulah separuh daripada kerusi fakulti," katanya sambil menambah sebanyak 32 kerusi fakulti dipertandingkan tahun lalu. Apatah lagi katanya, terdapat kerusi fakulti yang dipertandingkan pada tahun ini bertambah empat, menjadi 36 kerusi. Empat kerusi tersebut adalah masing-masing dua kerusi di Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan dan Sekolah Pengajian Siswazah. Sehubungan itu, Syed Shafiq berkata beliau bersama dua lagi wakil mahasiswa bertemu dengan Naib Canselor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi kelmarin mendapatkan penjelasan berhubung peraturan baru tersebut. Menurut Syed Syafiq, dalam pertemuan itu, Dr Radin Umar berkata pihak pentadbiran akan berbincang semula dengan merujuk peraturan yang ditetapkan sebelum ini dan jika benar bantahan tersebut, pihak pentadbiran universiti akan mengubahnya kembali kepada asal. Mengulas mengenai dakwaanya bahawa terdapat arahan yang dikeluarkan oleh PALAPES UPM "menghalang" anggotanya menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang, Syed Syafiq berkata peraturan tersebut "tidak ada sebelum ini". Ini kerana katanya, terdapat seorang anggota PALAPES dari pro-Aspirasi pernah bertanding dalam pilihan raya tahun lalu dan pada kali ini, mereka "hanya dibenarkan" mengundi sahaja. Sehubungan itu, pihaknya mendesak PALAPES segera menarik balik arah tersebut "agar proses demokrasi di kampus dapat berjalan sebaiknya". Sementara itu di UTM, jurucakap pro-M berkata pihak pentadbiran universiti kali ini membenarkan pelajar sarjana mengundi dalam pilihan raya kampus. "Tahun lalu pelajar Master tidak dibenarkan (mengundi). (Tetapi) pada tahun ini ia telah diluluskan. Mereka dibenar mengundi, tetapi tak boleh menjadi calon. "Sebelum ini tak ada (peraturan macam ni)," katanya yang enggan namanya didedahkan. Bagaimanapun jurucakap itu berkata peraturan baru itu juga tidak menjejaskan kempen pro-M kerana kemungkinan "mereka akan menyokong kumpulan pro-M" demi mencapai kemenangan. Manakala di UIA dan USM setakat ini, tidak ada perubahan atau peraturan baru yang "memeranjatkan" diperkenalkan oleh pihak pentadbiran universiti. Jurucakap pro-M USM Mohd Hanif Alias bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya "ada mendengar ura-ura" satu kerusi diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana untuk dipertandingkan. Katanya, ura-ura tersebut masih dalam pertimbangan Dewan Senat USM dan "sebelum ini tidak ada pelajar Sarjana yang mengundi dan menjadi calon" dalam pilihan raya kampus berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) utama akan melangsungkan pilihan raya kampus masing-masing pada 21 dan 22 Februari ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 16 dan 17 Februari. Mahasiswa di empat universiti utama - Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM) - akan menjalankan proses pengundian serentak pada 21 Februari ini manakala penamaan calon pada 17 Februari ini. Manakala mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijadualkan mengundi pada 22 Februari ini dan penamaan calon pada 16 Januari ini. Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan pilihan raya kampus UKM dijadualkan berlangsung pada 21 Februari, manakala penamaan pada 16 Februari. Tahun lalu, sebanyak 16 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan yang menyaksikan pro-M di kampus UPM menang tujuh kerusi umum dan empat kerusi fakulti. Sementara, pro-M UIA memenangi 17 daripada 24 kerusi keseluruhannya manakala di USM, pro-M hanya memenangi tujuh kerusi daripada 33 kerusi - yang merangkumi satu kerusi umum dan enam kerusi fakulti. Manakala pro-M UTM memenangi 18 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan secara keseluruhannya. Pada tahun ini, sebanyak 26 kerusi fakulti - bertambah dua kerusi - akan dipertandingkan di UIA. Sementara di USM, sebanyak enam kerusi umum dan 33 kerusi fakulti akan menjadi rebutan termasuk cawangannya di Kubang Kerian dan Nibong Tebal. | ||
| Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Merlimau Posted: 10 Feb 2011 04:23 AM PST
| ||
| Himpunan PAS Ganti Umno kedua di Besut Posted: 10 Feb 2011 04:23 AM PST
| ||
| Dana Prihatin PAS, kebajikan rakyat diutamakan Posted: 10 Feb 2011 04:16 AM PST
| ||
| Nasrudin: Saya tak jahil autoriti kerajaan negeri Posted: 10 Feb 2011 04:15 AM PST
| ||
| Posted: 10 Feb 2011 04:03 AM PST Sudah 25 tahun menunggu bekalan air, elektrik dan jalan masuk kampung Oleh A Sam Lini MERLIMAU – Siapa sangka di celah kemajuan negeri Melaka dan kesibukan Pekan Merlimau, ada lagi mereka tertinggal dari menyedut nafas kemodenan gara-gara tinggal di kawasan pendalaman. A Ragunathan, 40, nyata seorang warganegara yang tabah walau terpaksa menanti pembangunan biarpun 20 lagi pemilik lot di Kampung Paya Yoki Batu 15 ini belum berpindah lagi gara-gara tiada pembangunan di situ. Penternak lembu ini mewakili 20 penduduk lain ketika ditemui berkata, terdapat kira-kira 20 lot tanah yang diwarisi keturunan masing -masing sejak 25 tahun lalu, namun kini hanya dia sekeluarga yang berpindah ke situ kerana menguruskan perniagaan perternakan peninggalan mendiang bapanya. Bayangkan, pintu masuk ke kawasan rumahnya hanya boleh dilalui seawal 7 pagi dan ditutup 7 petang apabila pemilik ladang Sime Darby mengambil sebidang tanah berhampiran untuk dijadikan ladang sejak berbelas tahun yang lalu. Keluarga yang mengandungi sebelas ahli ini juga terpaksa berdepan kesusahan apabila terdapat perayaan tiap kali saudara mara datang yang terpaksa mengikut waktu buka dan tutup pagar ladang Sime Darby. "Saya juga berdepan masalah untuk menghadiri upacara sembahyang apabila balik lewat maka saya terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk sampai ke rumah. "Telah dua pilihanraya umum dijalankan, dan setiap kali itu juga, kami penduduk termasuk saya akan meminta kemudahan seperti air dan elektrik serta jalan masuk kampung, namun semuanya hanya tinggal impian," katanya. Ragunathan berkata, selama itu juga dia sekeluarga terpaksa menggali air perigi dan membina terusan untuk minum dan makan serta keperluan harian. Manakala elektrik pula dibekalkan satu tiang yang dimohonnya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kegunaan rumah dan ladang ternakannya yang menelan kos RM26,000 kerana bekalan hanya dapat disalurkan dari tiang di Lebuh AMJ, Merlimau sejauh 2 kilometer untuk ke kawasan rumahnya. Namun begitu, sempena PRK Merlimau, Ragunathan dan 20 pemilik lot tanah lain berharap nasibnya berubah apabila dia sekali lagi memohon kepada kerajaan negeri untuk membantunya. Pembantu khas Ketua Menteri Melaka Datuk M. S. Mahadevan datang melawat bersama wakil TNB dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk mencari jalan membantu pemilik lot di sini menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya kecil 6 Mac depan. "Kita akan dapatkan dokumen semua pemilik lot yang pernah tinggal di sini dan persetujuan mereka untuk menyediakan bekalan air serta elektrik seperti kemudahan di tempat lain. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk memastikan tiada seorang pun rakyat negeri ini tersisih dari kemajuan negeri Melaka yang telah bergelar negeri maju," katanya. | ||
| Sambutan Valentine: 3 negeri tingkat pemantauan Posted: 10 Feb 2011 04:00 AM PST Pemantauan terhadap remaja Islam bukan hanya tertumpu pada sambutan Valentine sahaja - Dr Halimah PETALING JAYA: Pemantauan kegiatan tidak bermoral di negeri- negeri seperti Selangor, Kedah dan Kelantan dijalankan secara berterusan pada setiap tahun tanpa mengira sebarang perayaan mahupun sambutan tertentu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali berkata pemantauan di negeri itu bukan hanya tertumpu pada sambutan Valentine, malah sambutan tahun baru atau kemerdekaan yang membabitkan umat Islam. Halimah berkata di Selangor sahaja 100 peratus yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini membabitkan remaja Islam. "Pemantauan dan penguatkuasaan dibuat secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuklah polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), Rela, NGO kerana ia sudah menjadi tanggungjawab hakiki mereka. "Malah kegiatan tidak bermoral seperti khalwat, zina, berdua-duaan tanpa ikatan ini merupakanmasalah nasional dan di Selangor kami membuat pemantuan secara berterusan tanpa mengira sebarang sambutan mahupun perayaan tertentu. "Di Selangor kempen anti zina yang menjurus kepada umat Islam telah dilancarkan sejak tahun lepas menjadi satu pendekatan untuk elak mencegah masalah sosial seperti buang bayi dan zina," katanya yang dihubungi FMT hari ini. Beliau turut bersetuju dan mengalu-alukan mana-mana parti politik yang bersama-sama membantu menangai masalah sosial tersebut. Katanya, cadangan dikemukakan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kelmarin agar PBT bekerjasama dengan polis dan Rela untuk memantau aktiviti tidak bermoral ketika sambutan Valentine merupakan tindakan inklusif. "Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) membantu dari segi pendidikan, NGO (badan bukan kerajaan) tidak boleh menghukum tetapi mereka berdakwah. Polis juga hanya tangkap orang yang berbuat jahat. "Saya alu-alukan mana-mana parti politik, sama ada PAS mahupun Umno untuk sumbang tenaga bagi mengatasi masalah sosial seperti ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang. Sementara itu, di Kedah menurut Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) agar meningkatkan penguatkuasaan bagi memantau umat Islam yang menyambut Valentine. "Saya telah arahkan bahagian penguatkuasa Jaik untuk pantau remaja Islam yang menyambut Valentine dan mendapat kerjasama daripada polis dan turut membabitkan ketua pegawai agama daerah di semua daerah," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada FMT. Manakala di Kelantan kerjasama bersama pihak polis dan Rela sudah menjadi amalan dalam membanteras kegiatan tidak bermoral tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah, kebiasaannya dalam perayaan dan sambutan tertentu sebarang operasi akan ditingkatkan. Sambutan Valentine kebiasaannya disambut pada 14 Februari, namun menurut Mohd Nik Amar di Kelantan keadaannya cukup berbeza jika dibandingkan di negeri-negeri lain. "Di Kelantan tidak ketara kerana hampir tiada sambutan Valentine ini. Kami tiada NGO namun memiliki skuad yang digelar 'Amru' iaitu Amar Makruf Nahi Mungkar. "Skuad ini akan menjalankan tugas-tugas pencegahan maksiat secara rasmi. Malah penguatkuasaan membabitkan kerjasama polis di seluruh daerah manakala Rela akan bertindak di kampung-kampung," katanya. | ||
| Terima Geran RM100 Juta: Universiti Swasta Hidup Segan, Mati Tak Mahu Posted: 10 Feb 2011 03:30 AM PST TVS NEWS ![]() Lapor Malaysiakini, universiti berkenaan tidak dapat memenuhi sasaran pendaftaran pelajar dan kini hampir tidak cukup wang untuk bertahan setahun lagi. Bahkan, kata ketua pegawai eksekutifnya, Leong Choon Heng, universiti itu kini tinggal "kurang dari RM10 juta" dan terpaksa mengambil langkah pemotongan kos yang agresif untuk terus bertahan. Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan selepas Malaysiakini mendapat maklumat mengenai situasi semasa universiti berkenaan. Ditubuhkan pada 2001 oleh senator dan bekas menteri kabinet, Datuk Effendi Norwawi, Malaysian University of Science and Technologi (MUST) sepatutnya menjadi sebuah universiti terkemuka dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technologi (MIT). Universiti tersebut menerima geran tersebut secara ansuran antara Januari 2001 dan 2006, menerusi MUST Ehsan Foundasan. Effendi telah menjadi pemegang amanah yayasan tersebut sejak tahun 2001. Tetapi selepas 10 tahun berlalu, universiti tersebut masih jauh untuk mencapai sasaran tahun 2007 - untuk mendaftar 500 pelajar - dengan hanya memperolehi 207 pelajar. Begitu pun, sebahagian besar daripada pelajar tersebut merupakan mereka yang didaftarkan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran selepas universiti itu hanya mendaftar 10 pelajar pada 2007. Sewaktu bekas ketua eksekutifnya, Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman - yang meletak jawatan pada bulan Mac - dan pernah menjadi penasihat sains dan teknologi kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, universiti tersebut tidak mempunyai banyak aset fizikal. Universiti itu terletak di lot pejabat di Kelana Square, kerana rancangan awal untuk sebuah kampus melalui MUST Ehsan Development, telah ditangguhkan. MUST Ehsan Development - anak syarikat tersenarai Kumpulan Encorp yang dibiayai oleh Effendi - sepatutnya membangunkan kawasan di sekitar tapak untuk kampus universiti tersebut di Shah Alam. Pendapatan daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembinaan kampus dan aktiviti lain universiti tersebut. MUST Ehsan Development mempunyai portfolio projek bernilai RM800 juta, termasuk projek pembangunan campuran yang digelar 'the Strand' di Kota Damansara. Bagaimanapun, ia tidak ada apa-apa kaitan dengan Yayasan atau MUST. | ||
| Mahasiswa UM Bantah Wajibkan Calon PRK Sertai Bengkel HEPA Posted: 10 Feb 2011 03:24 AM PST TVS NEWS ![]() Tindakan ini kononnyasebagai satu perubahan dan syarat utama untuk menjadi calon, jika tidak hadir secara automatik tidak layak menyertai PRK. Bengkel akan bermula 11 hingga 13 Febuari 2011. Mengikut taklimat yang dibuat oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Dr Rohana Man bengkel ini terpaksa diadakan kerana kegagalan Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) menjalankan tugas,menerangkan sistem baru PRK dan menerangkan misi dan visi universiti. Bagaimanapun diperingkat Pro-Mahasiswa dalam satu kenyataan mempersoalkan mengenai perkara berkenaan. "Kerana persoalan MPMUM tidak berkualiti hanya timbul ketika dibawah penguasaan Penggerak Mahasiswa (Pro HEPA) tahun lalu, tetapi ia tidak timbul ketika di bawah pemerintahan Pro-Mahasiswa. "Bahkan ketika di bawah Pro-M , kita berjaya melakar nama universiti dalam beberapa perkara seperti ranking dan feskum. Kita mencabar sesiapa sahaja untuk menafikan kenyataan ini. Ia juga sebagai bukti bahawasanya kepimpinan yang ditawarkan oleh Penggerak Mahasiswa ataupun dulu dikenali sebagai Aspirasi adalah tidak berkualiti," kata kenyataan yang disokong lebih 14 persatuan anak negeri Universiti Malaya. Selain itu, jelas kenyataan itu lagi perjalanan proses demokrasi dan pilihan raya kampus bukan hanya perlu difahami oleh calon yang bertanding sahaja, tetapi juga perlu difahami oleh kesemua mereka yang terlibat dalam sistem pilihan raya dan demokrasi ini. Dengan erti kata yang lain, sekiranya alasan taklimat yang diberikan sehingga terpaksa membuat bengkel ini, maka sebenarnya bagi memastikan perjalanan demokrasi ini berjalan lancar, maka semua mahasiswa perlu mengikuti bengkel ini dan bukan hanya terhad pada calon sahaja. Kumpulan pro-M ini juga membangkitkan beberapa cadangan dan pemasalahan sekiranya bengkel ini diteruskan. Antaranya ialah bengkel ini melibatkan kos yang tinggi dan wang ini boleh digunakan untuk kebajikan mahasiswa. "Mewajibkan bengkel ini terhadap calon adalah seperti memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. Dengan erti kata yang lain, mahasiswa kelihatan seperti tidak tahu memimpin sehingga HEPA perlu bengkelkan bagi memberikan kemahiran kepimpinan pada mahasiswa," kata kenyataan itu lagi. Justeru kita mencadangkan agar bengkel dibuat selepas diisytiharkan keputusan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Hal ini akan memberikan banyak kebaikan antaranya pengisian yang lebih membumi dan bersesuaian, juga boleh ditubuhkan sekali kabinet baru MPMUM. Oleh itu, Pro Mahasiswa menegaskan supaya bengkel calon ini tidak menjadi syarat wajib kepada bakal calon yang ingin menyertai pilihan raya kampus. | ||
| Tanah Adat : Rakyat Sarawak Perlu Buat Pilihan Bijak Posted: 10 Feb 2011 03:20 AM PST TVS NEWS ![]() Katanya, dasar kerajaan Barisan Nasional(BN) yang mengenepikan hak rakyat harus dihentikan segera dan kini sudah sampai masanya, perubahan benar-benar diperlukan di bumi Sarawak. Jelasnya semua masalah ini berpunca dari dasar yang tidak baik. "Kalau kita hendak satu pemerintahan yang boleh menolong kita dan mengutamakan dasar yang baik, yang memperjuangkan hak kita, harus kita tukar pemerintahan," kata Baru, seraya meluahkan harapannya supaya rakyat Sarawak bangkit dari terus dizalimi kerajaan pimpinan Tan Sri Taib Mahmud. Ramai berpendapat kes tanah adat ini umpama 'duri dalam daging' bagi kerajaan negeri dan jika ia gagal diselesaikan, maka BN Sarawak bakal berhadapan musibah pada pilihan raya negeri akan datang. "Kita boleh bawa kes ini ke mahkamah, kita boleh menang tetapi ia mengambil masa. Dan yang keduanya, kalau kita menang, mereka akan membuat rayuan pula. Mereka boleh merayu dari sudut undang-undang dan ini mengambil masa yang panjang," ujar Baru. Justeru, rakyat punyai pilihan yang mudah dan tidak perlu menunggu dalam jangka masa yang lama. Dengan bertukarnya pemerintahan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah status tanah yang membelenggu masyarakatnya termasuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Adat seperti yang dijanjikan gagasan itu sebelum ini. Menurut Baru, pada 16 Februari ini turut berlangsung perbicaraan kes tanah adat yang diceroboh oleh sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai kaitan dengan adik Taib, Raziah Mahmud. Dalam kejadian 16 Oktober tahun lalu, satu kebakaran berlaku di kem pembalak terletak di kawasan Sebangan, Kuching yang dimiliki oleh Quality Concrete Holding Berhad. Ekoran dari kejadian itu, seorang aktivis, Nicholas Mujah dan beberapa orang tua di rumah Iban telah ditangkap oleh pihak polis walaupun langsung tidak ada bukti yang menunjukkan pembabitan mereka dengan kebakaran kem tersebut. Beberapa hari sebelum itu, Nicholas dan beberapa orang yang lain telah mendirikan 'blockade' bagi menghalang syarikat tersebut menjalankan pembalakan di tanah NCR, lebih kurang seluas 3,000 hektar di kawasan tersebut. Namun 'blockade' tersebut didirikan untuk mempertahankan tanah NCR apabila Jabatan Hutan Sarawak telah memberikan lesen pembalakan kepada syarikat itu tanpa menghiraukan tuntutan orang Iban yang menduduki kawasan berkenaan. | ||
| Mahkamah Tolak Permohonan Tan Sri Rozali Gantung Bayar RM 35 Juta Posted: 10 Feb 2011 03:19 AM PST BERNAMA ![]() Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk N.Vijay Kumar yang mewakili plaintif dan Tan Sri Datuk Cecil Abraham yang mewakili pihak defendan di dalam kamarnya hari ini. Pada 8 Dis 2010, Rosilah memerintahkan Rozali dan dua yang lain membayar ganti rugi pecah kontrak sejumlah RM35 juta itu. Dalam writ saman yang difailkan pada 26 Sept 2005, Lim Pang Cheong @ George Lim selaku plaintif telah mengemukakan tuntutan itu terhadap Rozali, 54, yang juga pengerusi eksekutif syarikat WWE Holdings Berhad, selaku defendan pertama. Dua yang lain adalah Mat Hairi Ismail, 49, yang juga adik kepada Rozali berjawatan pengarah urusan dan pemegang saham syarikat berkenaan dan WWE Holdings Berhad, selaku defendan ketiga. Dalam tuntutannya itu, Lim mendakwa antara hujung bulan Februari atau Mac 2004, defendan pertama meminta plaintif untuk memperolehi suatu projek yang dikenali sebagai "Jelutong Sewage Treatment Plant and Central Sludge Facility" bagi ketiga-tiga defendan dan plaintif akan diberi upah sekiranya projek itu berjaya diperolehi. Pada 14 Okt 2004, defendan ketiga telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu telah berjaya memperolehi projek berkenaan dari Kerajaan Malaysia pada 23 Sept 2004 dan jumlah kontrak adalah RM468.3 juta. Selaras dengan perjanjian itu, Lim mendakwa beliau berhak untuk diberi upah sebanyak RM23.4 juta. Bagaimanapun, beliau mendakwa pembayaran upah kepadanya ditunda dengan alasan penundaan bayaran dari kerajaan Malaysia terhadap projek itu dan juga defendan ketiga mempunyai masalah kewangan. Berdasarkan tuntutannya itu, Lim memohon ganti rugi untuk pecah kontrak sejumlah RM23.4 juta, atau mana-mana jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah, kos dan relif-relif lain yang dianggap sesuai. Ketiga-tiga defendan, dalam pembelaannya, mendakwa mereka tidak pernah membuat perjanjian mengenai projek itu dengan Lim.-Bernama. | ||
| Penjawat Awam Dinafi Kenaikkan Gaji, Cuepacs Tuntut Perhatian Kerajaan Posted: 10 Feb 2011 03:14 AM PST TVS NEWS ![]() Mengulas perkara ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Cuepacs), Datuk Omar Osman berharap agar isu ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak jabatan dan juga kerajaan. "Yang mana lulus PTK dalam 2010 sepatutnya dalam 2010 itu kalau berlaku peluang-peluang kenaikan pangkat berasaskan PTK patut diambil kira. Ini pada tahun 2011 ini makna PTK itu tidak lagi digunakan dalam sistem kenaikan pangkat. "Walau bagaimanapun ini tertakluk pada setiap jabatan sementara menunggu sistem penilaian yang baru, yang akan bermula Julai 2011, PTK yang telah lulus ini, Ceupacs punya pandangan kalau ada berlaku kenaikan pangkat pada tahun 2011 sehingga bulan 6 ini, wajarlah diberi perhatian,"katanya. Berkenaan tindakan kerajaan yang memansuhkan sistem ini tanpa menggantikan dengan satu sistem yang baru, Omar meluahkan kekecewaannya. "Pemansuhan PTK yang mana telah diputuskan kerajaan memangnya kita bersetuju, cuma sistem yang baru yang mungkin tertangguh sekarang ini, kita berharap sebelum bulan Jun 2011 sistem baru ini dapat diumumkan agar nanti pada bulan Julai semua penjawat akan dapat kerja dibawah satu sistem penilaian yang baru," jelasnya. Demi memastikan nasib penjawat awam ini terbela sewajarnya, Ceupacs akan berbincang dengan pihak kerajaan agar satu kaedah penyelesaian dapat diputuskan. "Kita belum berbincang lagi dengan JPA, jadi kita akan bawa bincang peringkat kita dulu pada mesyuarat minggu hadapan dan kita akan tengok kalau kita ikut dengan jelas dimana PTK dimansuhkan. Cuma sekarang ini permasalahannya yang telah lulus PTK pada tahun 2010, dan ada juga yang telah dapat keputusan pada 2011 ini, ini yang mereka pertikaikan dari segi nasib mereka". Satu mesyuarat dalam Ceupacs akan dilakukan pada 16 dan 17 Februari ini untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. | ||
| Perkasa: Kami tak memihak BN dalam bela orang Melayu Posted: 10 Feb 2011 03:10 AM PST
KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pertubuhan membela hak orang Melayu itu tidak memihak kepada sesiapa termasuk Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Sebaliknya Syed Hassan berkata Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali akan bersuara terhadap mana-mana pihak yang menyentuh dan mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu. "Perkasa sentiasa bersuara tegas jika ada apa-apa yang tak betul yang membabitkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera serta nbegara. Tak kira yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. "Kita buat kenyataan atau bersuara bukan untuk pertahan BN yang dianggap kroni kepada Perkasa... kita bukan kroni kepada sesiapa," katanya. Semalam Lim mendakwa Perkasa berjuang membela hak orang Melayu kerana mahu melindungi politik naungan dan kronisme BN. Setiausaha Agung DAP itu juga mendakwa Perkasa berdiam diri berikutan kegagakan Kabinet menyelesaikan skandal Maika Holding dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Menurut Syed Hassan, dakwaan Lim itu adalah tidak benar kerana Perkasa turut bersuara dalam pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk skandal Maika Holding dan PKFZ. Beliau juga membidas Lim apabila membangkitkan isu kronisme yang dilihat menjadi aset utama dalam Pakatan Rakyat. "Amat lucu bila membaca kenyataan Guan Eng bila dia bangkitkan isu kroni. Guan Eng itu sendiri anak siapa? Bapa, anak, isteri dan menantu memegang jawatan penting parti dalam Pakatan Rakyat sudah menjadi lumrah. "Sudah menjadi darah daging perjuangan mereka, perkataan kroni hak eksklusif bagi Pakatan (Rakyat) dan pihak lain tidak berhak menggunakan perkataan kroni," katanya. Syed Hassan juga menafikan dakwaan Lim bahawa Perkasa bersetuju dengan cadangan memansuhkan 30 peratus ekuiti Bumiputera. "Adalah tidak masuk akal untuk Perkasa bersetuju kepada cadangan memansuhkan 30 peratus ekuiti Bumiputera oleh mana-mana pihak, kalau Perkasa setuju dengan cadangan gila sesetengah pihak itu, kira kiamat dah nak sampai lah. "Malah Perkasa mahu jika boleh ekuiti itu dinaikan mengikut jumlah penduduk Bumiputera dalam negara ini iaitu lebih dari 60 peratus," katanya. | ||
| Kerajaan bentuk jawatankuasa 14 ahli kaji silibus Sejarah, kata Muhyiddin Posted: 10 Feb 2011 03:09 AM PST
PUTRAJAYA, 10 Feb — Pentadbiran Najib telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji semula silibus subjek Sejarah yang kini diajar di sekolah rendah dan menengah — langkah susulan selepas mata pelajaran dijadikan wajib bagi peperiksaan SPM. Jawatankuasa itu akan memberi syor pindaan atau penambahbaikan jika diperlukan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 14 pakar — terdiri daripada pensyarah dan wakil pelbagai pihak telah dipilih untuk menganggotai jawatankuasa itu. Kata Muhyiddin (gambar), jawatankuasa itu dibentuk bagi memastikan sejarah pembentukan Malaysia digambarkan dengan baik dan tepat. Jawatankuasa itu akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah untuk memperbaiki sukatan sedia ada. | ||
| SPR: Pemilih baru didaftar dijangka dua kali ganda tahun ini Posted: 10 Feb 2011 03:08 AM PST
Spekulasi pilihan raya umum ke-13 dan demam pilihan raya negeri Sarawak dijangka akan mempengaruhi peningkatan jumlah permohonan untuk menjadi pengundi baru yang sah tahun ini. "Berdasarkan prestasi tahun lalu, tahun ini saya menjangkakan ia akan meningkat, akan berganda pada ahun ini," kata timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider. "Saya yakin akan ada peningkatan, akan berganda... itu trend yang sentiasa berlaku," katanya. Suruhanjaya itu berpandangan sedemikian memandangkan bilangan permohonan baru diterima akan meningkat pada tahun-tahun akhir sebelum pilihan raya. "Macam ketika menghampiri pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, kita menerima purata 250,000 setiap suku pada tahun-tahun akhir menjelang pilihan raya... kita senang-senang boleh dapat 250,000 secara purata, tapi saya ia boleh meningkat kepada 300,000 setiap suku (pada tahun ini)," kata beliau lagi. Ramai meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini. Perangkaan dikeluarkan SPR kelmarin menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu - suku terakhir 2010 — berbanding 246,962 orang antara Julai dan September. Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010. Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi," kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said. Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008. Sehingga 27 Disember lalu rekod SPR menunjukkan negara mempunyai 11,532,876 pengundi iaitu 5.956 juta pengundi kalangan orang Melayu, Cina (3.571 juta), India (839,700), Bumiputera Sabah (540,086), Bumiputera Sarawak (472,628), Orang Asli (57,453) dan lain-lain (94,555). Mengulas peningkatan itu, Wan Ahmad berkata, daripada hampir 300,000 yang memohon untuk menjadi pemilih baru, "majoriti berusia di bawah 30 tahun." Beliau juga yakin bilangan permohonan akan meningkat tahun ini memandangkan Sarawak bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan juga menjelang pilihan raya umum ke-13. "Saya yakin kita boleh dapat lebih sejuta pengundi baru tahun ini," katanya. Kini ada sekitar empat juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pengundi manakala sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun yang membolehkan mereka daftar sebagai pengundi yang sah. Mengenai sebab peningkatan ketara pendaftaran pengundi baru, Wan Ahmad berkata, ia disebabkan oleh kewujudan penolong pendaftar, yang secara tidak langsung "berluma-luma untuk mencari pengundi baru." Kata beliau, ia juga ada kaitan dengan persediaan dan persiapan parti-parti politik yang mahu menambah ahli baru mereka. Wan Ahmad juga tidak menolak kekerapan pilihan raya kecil sejak Mac 2008 juga menyumbang kepada peningkatan jumlah pendaftaran pemilih baru. Pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008 akan berlangsung 6 Mac ini. | ||
| DUN Pelabuhan Klang: Teng cabar permohonan Badrul Posted: 10 Feb 2011 03:04 AM PST
Teng (gambar) juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Penyandang kerusi itu, Badrul Hisham Abdullah yang mempertahankan beliau masih merupakan wakil rakyat kerusi itu menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif," kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini. Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker. Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan mahkamah. Oleh itu kata beliau, keputusannya sebagai Speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng. "Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah," kata beliau sambil menambah, kes dibawa Badrul tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa. Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan Badrul. Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil. Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR. Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari. Isnin lalu, Badrul mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu. Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham. Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Hisham pada 24 Januari lalu. Badrul Hisham memfailkan permohonan injunksi itu berikutan keputusan Chang Khim mengisytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong dengan alasan beliau gagal hadir sidang DUN selama enam bulan. | ||
| Bekas setiausaha politik menteri dituduh miliki wang haram RM2.31 juta Posted: 10 Feb 2011 03:03 AM PST BERNAMA BUTTERWORTH – Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas. Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin. Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi. Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga. Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri. "Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya. | ||
| Demonstrasi aman sokong rakyat Mesir diteruskan 18 Februari Posted: 09 Feb 2011 10:36 PM PST KUALA LUMPUR: Demonstrasi aman bagi menyokong perjuangan rakyat Mesir yang dirancang Jummat ini ditangguhkan pada 18 Februari depan, kata jurucakap jawatankuasa penganjurnya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Syed Azman berkata, penangguhan itu dibuat selepas melihat situasi semasa yang berlaku di negara itu. "Walaupun demonstrasi aman tidak jadi minggu ini, kita tetap meneruskan perhimpunan 'Demonstrasi aman rakyat Malaysia sokong perjuangan rakyat Mesir' di Masjid KLCC pada hari Jumaat, 18 Februari," kata Syed Azman ketika dihubungi Keadilandaily.com Menurutnya, himpunan itu akan bermula selepas Solat Jumaat seterusnya berarak secara aman ke Kedutaan Amerika. "Kita berarak ke kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan penyokong kuat kepada pentadbiran rejim Hosni Mubarak yang sehingga kini enggan berundur. Himpunan ini juga bertujuan bagi memberi sokongan moral terhadap perjuangan rakyat Mesir yang lebih 30 tahun tertindas di bawah rejim itu," tegasnya. Sehubungan itu, beliau menyeru setiap NGO, aktivis dan individu yang prihatin dengan keadilan sejagat hadir beramai-ramai ke himpunan itu kelak. Himpunan itu dianjurkan bersama kira-kira 71 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik seperti KEADILAN, PAS, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). | ||
| Mahathir bohong mengenai Operasi Lalang- Mohamad Sabu Posted: 09 Feb 2011 10:34 PM PST KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987. Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, 'Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad'. Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza. Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap. Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina. "Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api. "Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina. "Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang," kata Mohamad Sabu. Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik. "Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan," kata Mohamad Sabu. Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan. Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar. "Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987. "Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!" kata Kit Siang. Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia. Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang. Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan. | ||
| Unsur rasuah pembinaan jejantas RM10 juta? Posted: 09 Feb 2011 10:33 PM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Muthiah Maria Pillay tidak menolak unsur rasuah dalam pembinaan jejantas sepanjang 142 meter dengan kos RM10 juta menghubungkan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ke Hotel Impiana. Katanya, walaupun jejantas itu dilengkapi penghawa dingin dan mesra orang kelainan upaya (OKU), kos setinggi itu tidak masuk akal. Malah, beliau turut mempersoalkan fungsi sebenar pembinaannya. "Kalau sudah cecah RM10 juta, apa lagi yang saya mahu katakan jika tidak berlakunya rasuah. Ada kemungkinan sebanyak 50 peratus itu rasuah dan hanya selebihnya diguna untuk membina jejantas tersebut," kata Muthiah. "Sepatutnya kerajaan perlu melihat kepada fungsi sebenar jejantas tersebut, tetapi saya tidak tahu sekiranya mereka ingin menyalut emas di jejantas tersebut. Ini bukan perkara baru, sudah banyak peruntukan besar diberikan kepada tender kerajaan yang boleh dibuat dengan kos yang lebih murah. Beliau turut menyarankan kerajaan agar mendahulukan kebajikan rakyat daripada menghabiskan duit membina jejantas tersebut. "Sepatutnya kerajaan utamakan rakyat, duit itu boleh berikan khidmat kesihatan percuma atau membiayai sistem pendidikan negara yang jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat. "Rakyat memilih pemimpin supaya dapat menjamin kebajikan mereka. Walaupun kerajaan memperuntukkan jumlah sebesar itu, bukan bermakna rakyat negara ini kaya. Kerajaan perlu sedar sebahagian besar rakyat masih hidup di bawah garis kemiskinan," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar semalam menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan berhubung kos pembinaan jejantas itu. Menurut Izzah, secara purata RM70,422 digunakan untuk membina semeter jejantas. Beliau turut menuntut penjelaskan sama ada projek itu dilaksanakan melalui tender terbuka atau pun tidak dan berapa banyak wang awam digunakan. | ||
| Anwar ‘gempur’ Seberang Jaya, Pulau Pinang 19 Feb Posted: 09 Feb 2011 10:30 PM PST PULAU PINANG: Siri jelajah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ke Seberang Jaya, Pulau Pinang 19 Februari ini bakal 'menggempur' penduduk kawasan tesebut, kata Naib Ketua Satu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir. Ahmad Azrizal ketika dihubungi Keadilandaily.com memberitahu beliau yakin dengan sambutan penduduk di kawasan tersebut yang dianggarkan sekitar 5000 orang. "Saya pasti sambutan menggalakkan kerana Seberang Jaya berada di bawah Parlimen Permatang Pauh. "Lokasi ceramah itu akan diadakan di Padang Awam Jalan Sembilang, Seberang Jaya bermula jam 9 malam. Mengulas isu yang akan dibangkitkan semasa ceramah tersebut, Ahmad Azrizal berkata, isu-isu semasa dan isu berhubung Pulau Pinang akan dijadikan topik utama ceramah tersebut. "Isu semasa akan dibangkitkan Anwar dan semua panel. Tetapi kita memperuntukkan lebih kurang dua jam untuk Anwar. "Setakat ini permit masih belum dikeluarkan walaupun kita sudah memohon," ujarnya. Menurutnya, ceramah pada malam itu juga akan menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Adun Penanti, Datuk Dr Mansor Othman; Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Xavier (kiri) juga mendakwa, peralatan bernilai RM385,000 itu telah dilarikan oleh individu yang dikaitkan dengan Umno dan BN selepas pilihan raya umum 2008.
Difahamkan, puak anti-Chua dalam parti tersebut itu pula mahu mensabotaj cadangan mengadakan EGM tersebut, sebagai langkah pertama untuk menggerakkan momentum yang diperlukan untuk mencabar kepimpinan Chua (kiri) dalam pemilihan parti yang akan datang.
MCA mempunyai 2,377 delegasi pusat dan Chua perlu memperolehi sokongan sekurang-kurangnya 1,585 perwakilan untuk melepasi sokongan dua pertiga.
Yap yang dihubungi hari ini juga melahirkan rasa terkejutnya berhubung pelantikan itu yang berkuatkuasa 10 Januari lalu.
"Publisiti yang dikeluarkan oleh BN Selangor sejak beberapa tahun lalu tidak mencukupi," akui Yap yang telah berkhidmat selama sembilan penggal sebagai wakil rakyat baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.
Meskipun digugurkan sebagai calon MCA pada pilihan raya 2008, beliau tetap mengendalikan pusat perkhidmatannya di Serdang, kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum itu.
Jawatan canselor Unisel kosong selepas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya dari jawatan itu pada 20 November lepas.
Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine's Day tersebut.











KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran pengundi-pengundi baru pada tahun ini akan "berganda" berbanding jumlah permohonan yang diterima tahun lalu.
KUALA LUMPUR – Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang atas alasan beliau mempunyai imuniti sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan