Khamis, 24 Februari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Drama Liwat II: Anwar Memang Berada di Kondo Itu pada 26 Jun 2008. Untuk Apa?

Posted: 24 Feb 2011 04:30 AM PST


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut.
Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.

"Memang kita tidak pernah menafikan Anwar hadir di kondo tersebut pada 26 Jun 2008. Kita juga tidak menafikan kehadiran Saiful kerana memang ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu Anwar.

"Tetapi kehadiran Anwar pada hari itu adalah untuk program taklimat ekonomi oleh sekumpulan pakar-pakar ekonomi," kata Saifuddin.

Ditanya kenapa kondo tersebut dipilih sebagai lokasi, beliau menegaskan: "Sebahagian dari pakar-pakar tersebut masih berkerja dengan kerajaan ketika itu. Jadi adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh pembangkang di tempat yang di kira jauh dari pandangan umum. Kerana itu Kondominium Desa Damansara."

Anwar kini sedang menghadapi fitnah kedua bagi menjatuhkan kareir politik beliau. Pada tahun 1998, Dr Mahathir Mohamad mengetuai sebuah konsprasi bagi merekacipta dan memfitnah bekas timbalannya itu dengan tuduhan liwat.

Konspirasi ini diteruskan lagi di pemerintahan Najib Razak. Ramai berpendapat konspirasi kali ini bertujuan memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya Umum ke 13 kerana itu perbicaraan mesti dijalankan dalam keadaan terdesak dan tergopoh-gapah.

Sah, Artis Cun Ini Peluk Islam!

Posted: 24 Feb 2011 02:30 AM PST


Saya petik:
Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
....
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group....-OhBulan
P/s: Mudah-mudahan jadi muslimah yang solehah.


"Gaddafi tidak harus gunakan kekerasan". Contohilah Malaysia!

Posted: 23 Feb 2011 10:40 PM PST

Najib & Geng MENDOAKAN Kesejahteraan Mustafa Kemal Atatürk?

Posted: 23 Feb 2011 08:15 PM PST



Semua orang tahu Najib berada di Turki untuk  lawatan rasmi.

Semua orang tahu siapa Mustafa Kemal Atatürk.

Berdasarkan laporan akhbar di atas, Najib diberitakan telah ke Makam Anitkabir untuk memberikan penghormatan kepada Mustafa Kemal Atatürk, bapa sekularisme, orang yang mengkhianati Islam, dan orang yang mengubah Turki menjadi negara sekular.

Berdasarkan sejarah Mustafa Kemal Atatürk, wajarkah Najib melawat dan memberikan penghormatan di kubur Mustafa Kemal Atatürk? Adakah Najib dan geng turut mendoakan kesejahteraan pengkhianat Islam itu?

Makam Anitkabir
 
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Sudahlah Tibai Beras "Haram", Bersikap Kejam Pula!

Posted: 23 Feb 2011 07:00 PM PST



Sebelum ini, segelintir pengguna lebih raya yang hilang pertimbangan halal dan haram berebut-rebut mengutip syiling berjumlah sekitar RM70 ribu yang bertaburan di jalan raya selepas kenderaan pacuan empat roda yang membawa syiling itu mengalami kemalangan. Selepas kejadian itu, pihak polis telah menyeru pengutip syiling berstatus haram ini agar menyerahkan kembali syiling tersebut di balai polis berhampiran. Cuba teka, berapa kerat yang telah berbuat demikian?

Semalam seperti diberitakan di Kosmo, sebuah lori treler yang membawa muatan beras mengalami kemalangan di  di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim. Kemalangan itu menyebabkan beras bertaburan di jalan raya dan situasi itu mendorong segelintir pengguna lebuh raya yang seolah-olah dirasuk jin kebulur mengaut beras untuk dibawa pulang. Sekali lagi pengguna jalan raya hilang pertimbangan halal dan haram. Malah mereka sudah tidak peduli sama ada beras itu bersih atau tidak.

Yang menyedihkan apabila pemandu treler tersebut kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang ghairah mengaut beras tersebut daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian sebagai akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan di kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengaut 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan.

Sudahlah tibai beras "haram", pengguna jalan raya yang muka tebal ini bersikap kejam!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pelakon Lelaki Popular Dicekup JAIS. Bikin Pesta Seks?

Posted: 23 Feb 2011 05:45 PM PST


Saya petik:
[Kosmo] HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam...

 P/s: 3 lelaki,2 perempuan. Bikin apa? Lazimnya, apabila penduduk sekitar membuat laporan kepada pihak berkuasa, hal itu menunjukkan bahawa perbuatan itu telah dilakukan dengan kerap.

Mudah-mudahan itu hanya prasangka buruk sahaja. Mudah-mudahan mereka tidak sejahil, sekemaruk, dan seghairah itu.



Chua Jui Meng Kini "Insaf" daripada Penipuan MCA

Posted: 23 Feb 2011 05:05 PM PST


Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng seperti yang dilaporkan oleh HD mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

"Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

"Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

"Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu."

"Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20."

"Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57."

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pasangan Cuba Larikan TV di Hotel Mewah!

Posted: 23 Feb 2011 04:30 PM PST

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih yang menginap di sebuah hotel mewah di ibu kota, cuba mendapatkan 'cenderamata' dengan mencuri dan menyembunyikan sebuah televisyen besar dalam beg pakaian mereka.

Mereka dipercayai mencabut televisyen LCD bersaiz 32 inci sebelum berpura-pura ke lobi hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di sini dalam usaha melarikan diri, kelmarin.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang kakitangan hotel yang bertugas di lobi melihat suspek berjalan keluar dari pintu hotel secara tergesa-gesa.

"Berikutan itu, dia segera bertindak menahan pasangan terbabit untuk pemeriksaan lanjut. "Namun suspek enggan membenarkan beg pakaiannya disentuh kakitangan terbabit. Malah pengawal keselamatan yang turut masuk campur ditegah daripada membuka beg pakaian itu," katanya.

Menurutnya, suspek berjalan masuk semula ke dalam bilik hotel sambil diekori kakitangan hotel berkenaan.

"Bagaimanapun suspek tidak membenarkan kakitangan itu memeriksa atau masuk ke bilik mereka dengan alasan tidak mahu diganggu," katanya.

Menurutnya, suspek hanya membenarkan dua pengawal keselamatan hotel terbabit memasuki bilik berkenaan 10 minit kemudian.

"Hasil pemeriksaan awal dilakukan, kakitangan hotel mendapati kedudukan televisyen terbabit dalam keadaan senget dan tidak sempurna.
"Namun pengawal keselamatan hotel memeriksa tandas dan mendapati alat pemanas air yang dipasang turut lesap," katanya.

P/s: Macam-macam "gila" orang!

1000 Dikhuatiri Maut di Libya

Posted: 23 Feb 2011 03:35 PM PST

Gadis-gadis cun ini turut berjuang!

Saya petik:

[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters 

Berkaitan:
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

[BH] TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.
Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya. 

Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.

Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.

Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.

Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.

Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.

Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.

Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.

Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu. – AP/Agensi

Tiada ulasan: