Jumaat, 18 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n

Posted: 18 Feb 2011 04:18 AM PST

Dari Harakahdaily

TUMPAT, : Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.


Versi Pihak Mangsa

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

Husam minta siasat

Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

"Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

"Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan 'hilang sabar' akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga mereka,"ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

"Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat sekumpulan UPP datang ke hospital.

"Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,"ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.H/Daily
KLIK SINI

Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat

Posted: 18 Feb 2011 03:09 AM PST

SHAH ALAM 17 FEB : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.

Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.

"(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.

Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500.

Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul.

Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008.

Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya.

Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara.

"Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita.

"Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi. sumber

Hishammuddin batu penghalang pembentukan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Posted: 17 Feb 2011 10:09 PM PST

Sinopsis :Suruhanjaya Polis Diraja yang diketuai oleh Dzaiddin melaporkan bahawa 150 tahanan telah mati dalam lokap polis sejak 1990 ke September 2004 dan ini menimbulkan banyak persoalan yang melibatkan integriti , efisiensi, akaunabiliti dan transparensi PDRM.

Kes kematian beberapa OKT dalam lokap polis perlu penjelasan untuk menyakinkan orang ramai yang semakin hilang kepercayaan terhadap PDRM

Dalam kes kematian Kugan dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendakwa, Kugan mati kerana paru-parunya dimasuki air.Tetapi bedah siasat bebas menunjukkan Kugan telah dibelasah teruk. Baca di sini


Dalam posting blog terbarunya (di sini) , Lim Kit Siang menyifatkan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein sebagai batu penghalang dalam pembentukan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Hishammuddin baru-baru ini menegaskan bahawa pintu masih tertutup untuk IPCMC dan mempertahankan bahawa suruhanjaya itu tidak akan menyelesaikan kes-kes gangguan polis.

Mengulas kenyataan Hishammuddin, Lim menulis: "Itu adalah Hishammuddin yang mengepalai bantahan bagi pembentukan IPCMC ketika dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin ,lima tahun yang lalu.

"IPCMC adalah yang paling penting dari 125 yang cadangan untuk mencipta sebuah angkatan polis yang cekap, tidak rasuah, profesional dan kelas dunia."

Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin telah menyertakan cadangan tertutup yang terperinci bidang kuasa siasatan IPCMC untuk membantu memerangi rasuah di PDRM dan untuk menyiasat aduan masyarakat.

Serta merta selepas pengumuman tersebut, Pemuda UMNO (bawah Hishamuddin) telah membantah cadangan tersebut atas alasan bahawa IPCMC akan berubah menjadi jalan oleh kalangan tertentu untuk mendedahkan kelemahan dalam pemerintahan negara.

Dua bulan kemudian, Majlis Peguam melancarkan kempen tanda tangan untuk menyokong penubuhannya dengan tanda tangan diserahkan kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada bulan Disember 2007, Parlimen melancarkan Suruhanjaya Pengaduan Khusus (SCC) menggantikan IPCMC yang bertujuan untuk mengatasi salah laku oleh seluruh penguatkuasaan undang-undang.

Amnesty International Malaysia telah mencela SCC sebagai pengganti yang lemah dan tidak mempunyai kebebasan dan gagal untuk mengatasi keperluan mekanisme yang menuntut pertanggungjawaban polis atas tindakan mereka.

"Malah Hishammuddin membantah Abdullah yang telah mengumumkan komitmennya untuk menerima dan melaksanakan cadangan IPCMC," kata Lim.

" Gabungan bantahan dari UMNO dan polis memaksa Abdullah untuk berundur dan akhirnya menggagalkan usul IPCMC."

Pada bulan Jun 2009, kerajaan juga menolak cadangan atas dasar bahawa kuasa "terlalu luas dan tidak berperlembagaan".

Lim mengatakan bahawa kes polis profil tinggi melibatkan penyalahgunaan dan kematian tahanan membuktikan perluya IPCMC bagi mengatasi kes-kes ini dengan serius, telus, bebas dan profesional.

"Dengan slogan Perdana Menteri Najib Tun Razak "Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan",Hishammuddin harus mencadangkan kepada Kabinet untuk meninjau cadangan IPCMC daripada terus membantah," katanya.

Liwat atau lewat, anda akan dihukum!

Posted: 17 Feb 2011 08:35 PM PST

Anda kena bayar lebih jika lewat bayar denda saman trafik anda! Inilah sistem baru yang akan diperkenalkan oleh Baarisan Nasional bagi kesalahan lalu lintas yang kurang serius.

Struktur baru tersebut akan mula digunakan pada 1 Mac 2011 nanti untuk semua kesalahan di bawah undang-undang Angkutan Jalan dan melibatkan semua penguatkuasaan undang-undang

Semakin lama anda menunda bayaran denda, semakin tinggi denda yang akan anda kena bayar - ini adalah prinsip yang telah diluluskan oleh Kabinet dalam penstrukturan semula dan pelurusan denda yang diterbitkan untuk kesalahan lalu lintas yang dianggap kurang serius.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

Tiada ulasan: