Isnin, 7 Februari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Awang Selamat Tidak Layak Berbicara Isu PR

Posted: 07 Feb 2011 04:56 AM PST

Ditulis oleh Edi Suleiman



SHAH ALAM : Umno-BN jelas kehabisan modal untuk memecah belahkan PR hingga sanggup berlakon menyokong parti Pas dalam cubaan terdesak untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat bahawa kekalahan calon PAS di Tenang kononnya berpunca dari masalah-masalah yang dihadapi oleh Anwar adalah taktik jijik untuk memenuhi agenda Umno.

Malah cadangan Awang Selamat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dijadikan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar tidak lebih daripada satu lagi kenyataan berbentuk politik mengadu domba.

"Apa yang Awang Selamat kata itu bagi saya, memang saya lihat sebagai usaha adu domba, menjadi batu api, dan dalam usaha itu, dia macam mengakui Umno ini, Melayu pun dah tak nak dan hanya menunggu alternatif yang lagi baik, maka alternatif yang lagi baik itu PR," kata beliau.

Beliau berkata, cadangan Awang untuk menjadikan Hadi Awang sebagai ketuqa pembangkang harus disusuli dengan kesediaan Umno dan Utusan Malaysia untuk menerima kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sekiranya dia nakkan Tuan Hadi melonjak menjadi pemimpin kepada PR, maka dia harus menyeru orang Melayu untuk undi Pas dan menangkan calon-calon Pas," kata beliau lagi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua membidas kenyataan Awang dengan menyatakan Awang tidak layak walaupun untuk berbincang berkenaan isu-isu PR ataupun PKR.

"Awang Selamat tak ada kredibiliti untuk komen tentang hal ehwal pembangkang. Dia bukan pembangkang, dia pro kerajaan (Utusan), apa hal dia nak komen pasal hal ehwal PR?" tegas beliau.

Katanya Awang langsung tidak faham konsep kerjasama dan semangat perpaduan yang menjadi landasan utama Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan politik.

"Bukan tempat dia untuk komen tentang macam mana PR uruskan diri, dia tak faham apa maksudnya kerjasama, apa maksudnya semangat perpaduan di dalam satu pakatan atau satu perikatan dan dia juga tidak faham fungsi Ketua Pembangkang," tegas beliau.

PR Sepakat Letak Calon PAS Di Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:53 AM PST

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju meletakkan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil(PRK) Merlimau Mac depan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu diputuskan hari ini setelah mendapat persetujuan dan membincangkan pro dan kontra calon.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan Membantu," kata Anwar dalam Sidang Media di Ibu Pejabat DAP, selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

PRK Merlimau akan dilangsungkan pada 6 Mac ini dengan 26 Februari diletakkan sebagai tarikh penamaan Calon.

Bagaimanapun menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak lagi menetapkan siapa calon pilihan dan sedang menunggu cadangan negeri.

Namun beliau menggambarkan kemungkinan besar calon itu dari kalangan orang tempatan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah,"katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali kemudiannya menambah calon bakal diketahui selepas mesyuarat PAS 13 Februari depan.

" Selepas Mesyuarat 13 hari bulan ini, kita akan terima 'shortlist' dan buat keputusan untuk endorse,"katanya.

Harga naik: Penoreh peroleh RM60,000 sebulan

Posted: 07 Feb 2011 04:51 AM PST

MALAYSIA KINI

Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.

NONEADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.

"Seorang penoreh yang mempunyai 3 hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya," katanya kepada pemberita di Besut hari ini.

Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.


PAS: Kenapa perlu serah Kelantan ke mulut naga

Posted: 07 Feb 2011 04:48 AM PST

MALAYSIA KINI

PAS menyifatkan kempen Gelombang Merah yang digerakkan Umno Kelantan untuk menarik sokongan 400,000 orang muda hanyalah angan-angan Mat Jenin kerana golongan itu adalah "generasi yang sedar dan bermaklumat."


idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu"Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah," kata ketua penerangannya Idris Ahmad (kiri).

Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kempen bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pemuda Umno negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang.

Berikut kenyataan penuh Idris:

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka antipenindasan, diskriminasi dan penyelewengan.

Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah.

Seramai 400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri.

Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Mereka tidak dapat menerima pengkhianatan kerajaan pusat yang tidak iktiraf kerajaan rakyat di Kelantan. Tindakan kerajaan pusat yang menyekat 118 projek sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991, merampas hak royalti minyak satu lagi bukti penyelewengan konsep federalisme.

Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, pada hal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan.

Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun.

PAS hendak menasihat Datuk Seri Mustafa Mohamed, lebih baik beliau ambil perhatian negeri-negeri di bawah BN dahulu seperti Sabah dan Sarawak.

Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN. Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

Umno janganlah jadi tikus membaiki labu.

Demo anti-Mubarak: Polis kunjungi rumah SU PSM

Posted: 07 Feb 2011 04:45 AM PST

MALAYSIA KINI

Ekoran penyertaannya dalam perhimpunan antipresiden Mesir Hosni Mubarak di pada 4 Februari lalu, polis mengunjungi rumah setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan di Kajang bagi merakamkan keterangannya.

NONEBagaimanapun, kunjungan empat anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Cheras itu tidak disenangi Arutchelvan yang kemudiannya membuat laporan polis mendakwa tindakan itu sebagai satu bentuk gangguan, salah guna kuasa dan mala-fide.

"Arutchelvan (kanan, berbaju merah)) menolak memberikan sebarang kenyataan kepada polis kerana Notis 111 Kanun Acara Jenayah tidak menetapkan tarikh dan masa beliau perlu melakukannya.

"Beliau (Arutchelvam) mengabaikan notis yang tidak sempurna itu dan menyifatkannya sebagai gangguan dan ugutan kepada pihak yang terlibat menjayakan demonstasi pada hari tersebut," demikian menurut kenyataan daripada ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, polis turut mengugut akan mendapatkan waran tangkap sekiranya Arutchelvan enggan memberikan kenyataan semalam.

Arutchelvan membuat aduannya pada jam 9 malam tadi di balai polis Kajang berhubung perkara itu.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd women children 1Mengulas kunjungan ke rumah Arutchelvan itu, PSM juga mendakwa, kelihatannya Malaysia bimbang dengan penyertaan ramai orang dalam perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir walaupun dianjurkan pada hari cuti.

"Nampak seperti mereka sekarang mahu membangkitkan rasa takut dan cuba menghentikan mobilisasi dalam isu ini," kata kenyataan itu lagi.

"Perdana menteri memperingatkan rakyat Malaysia untuk belajar daripada Mesir berhubung berlakunya kekacauan jika terjadinya demonstrasi, tetapi belum menyatakan sokongan terhadap desakan supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan."

Lim: Agensi berita putar belit kenyataan TPM

Posted: 07 Feb 2011 04:41 AM PST

Susan Loone

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar yang memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa beliau agar membenarkan orang Melayu untuk berniaga di negeri itu.


Lim berkata untuk berlaku adil kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak menamakan mana-mana kaum dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka BN di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

NONELim berkata ia menunjukkan seolah-olah ada pihak yang cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman sedangkan Muhyiddin tidak meminggir mana-mana kaum pada ucapannya.

"Beliau tidak namakan mana-mana satu kau...malah kenyataan timbalan perdana menteri juga boleh diputar bgelit...ini amat bahaya," kata Lim pada sidang akhbar hari ini.

"Saya di sana...kita tidak boleh tangkis apa yang tiada di sana...jangan letak kata-kata ke mulutnya (Muhyiddin)," katanya memberi amaran.

Lim kemudiannya meminta beberapa wartawan yang menghadiri sidang akhbar semalam untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah seperti yang dilaporkan dan semua yang hadir setuju Muhyiddin tidak berkata demikian.Main politik

penang bn cny open house 060211 Muhyiddin YassinSemalam Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: "(Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan".

Sehubungan itu, menurut Lim jika pihak-pihak tertentu ingin main politik mereka harus berpegang kepada prinsip dan bukannya dengan cara yang tidak bermaruah.


Balkis: Rayuan AG ditolak mahkamah

Posted: 07 Feb 2011 04:40 AM PST

Hafiz Yatim

Pejabat Peguam Negara hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

zaharah kechik balkis selangorPanel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Ramly Ali, bersama-sama hakim-hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Zaharah Ibrahim, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan Pejabat Peguam Negara.

Kerajaan negeri Selangor diwakili oleh peguam, Derek Fernandez dan S Selvarajah manakala pendakwaraya kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Pejabat Peguam Negara.

Pada 10 Ogos lalu, satu lagi panel Mahkamah rayuan membenarkan Pejabat Peguam Negara mengketepikan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada kerajaan negeri Selangor dan sembilan yang lain bagi mencabar kesahihan keputusan ROS untuk membubar dan menyah-daftarkan Balkis.

Peguam Datin Paduka Zaleha Zahari, yang mengetuai panel tiga anggota secara sebulat suara menolak permohonan yang dibawa oleh 10 perayu itu supaya menolak notis yang dikeluarkan oleh peguam negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar: Mengapa membisu pendedahan kes Taib?

Posted: 07 Feb 2011 04:32 AM PST

Stephen Tiong

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lembab menyiasat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh laman sesawang Sarawak Report.

anwar keadilan network launch 230111"Setiap laporan kredibel harus diselidiki. Ini adalah pendirian standard yang kita pegang," katanya kepada wartawan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Anwar, jika ada dakwaan dilemparkan ke atas dirinya, SPRM tidak akan berlenggah bagi menyiasat.

"Tetapi ketika tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib (Abdul) Razak dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga ke atas Taib, SPRM lambat bertindak," katanya.

Anwar berkata Malaysia mempunyai dua set undang-undang - satu set undang-undang yang tidak 'bertaring' bagi golongan kaya dan berkuasa, dan yang kedua bagi rakyat biasa, seperti dirinya.

Perlu diubah

"Set undang-undang ini perlu diubah," katanya sambil menambah perkara itu tidaak akan berlaku selagi BN terus berkuasa.

NONEAnwar juga mendakwa BN akan menghalang sistem itu dipinda bagi menjamin kedudukan mereka selagi mereka terus memerintah.

"(Jika) anda ingin memastikan bahawa ada keadilan dan keadilan, maka sistem harus diubah untuk kebaikan selamanya," katanya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Sarawak Report telah mendedahkan laporan yang disokong dengan apa yang dikatakan adalah dokumentari dan bukti bahawa Taib, ahli keluarga serta rakan-rakannya telah menjadi jutawan.

Menurut Sarawak Report juga memuatkan artikel-artikel menuduh keluarga Taib diberikan kontrak melalui perundingan terus bagi projek membina dan menyelenggara jalan, jambatan dan projek-projek besar yang lain.

Krisis politik

Anwar juga memberi amaran akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik mungkin akan menyaksikan bantahan oleh rakyat seperti yang dilihat pada krisis politik di Tunisia dan Mesir .

azlanPerkara yang sama boleh terjadi di negara-negara Islam lain di Asia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia, katanya.

"Kita harus sedar apa yang berlaku di kedua-dua negara tersebut," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan BN supaya tidak memperlekehkan atau menghina penduduk luar bandar dengan memikirkan mereka akan puas dengan sesekali jalan dan jambatan dibina di daerah mereka.

"Mereka ini rakyat Malaysia dan harus diberi hak dan kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri," katanya.

NONESehubungan itu, anwar berkata adalah penting bagi PKR untuk terus memperkukuh dan mempermantapkan kubu-kubunya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan SNAP di Sarawak.

"Ini juga adalah tugas para pemimpin nasional parti bagi memaklumkan kepada rakyat di Sarawak tentang perlunya perubahan, membersihkan rasuah dan menghapuskan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Kajian: Kedaulatan undang-undang semakin buruk

Posted: 07 Feb 2011 03:34 AM PST

MALAYSIA KINI

Kedaulatan undang-undang di Malaysia menjadi semakin buruk tahun lepas, demikian menurut kajian yang menyenaraikan kedudukan 16 negara Asian mengikut tahap kebebasan masing-masing.

Laporan Petunjuk Kebebasan Asia 2010 juga memberikan lebih markah kepada Malaysia daripada aspek kebebasan badan kehakiman, dengan 5.3 mata berbanding hanya 3 pada 2009.

azlanBagaimanapun, ia menyatakan kebebasan mahkamah masih kuat dipengaruhi kerajaan melalui badan eskekutif.

Daripada skala 1 sampai 10, Malaysia juga terus teruk dalam melindungi hak asasi manusia yang jatuh menjunam daripada 5 mata pada 2009 kepada 1.72 mata pada 2010.

Laporan itu mengukur kebebasan daripada perspektif liberal dan mengumpulkan data daripada index yang dihormati yang memberi kesan kepada kepercayaan liberal.

Dikeluarkan oleh Yayasan Friedrich Naumann untuk Kebebasan (FNF) yang berpengkalan di Jerman, ini merupakan edisi kedua laporan tahunan yang dikeluarkan sejak 2009.

Laporan itu turut menyatakan "kekurangan yang hebat dari segi perlindungan hak asasi" di Malaysia, merujuk kepada pelaksaan hukuman bunuh dan penghukuman berdasarkan orientasi seksual, dengan menyebut perbicaraan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hansard S'wak: Lagi ucapan ADUN Pakatan 'lesap'

Posted: 07 Feb 2011 03:29 AM PST

Hazlan Zakaria

Lagi ADUN Sarawak mendakwa perbahasan mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak dipadamkan di Hansard - cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.

NONEKali ini, yang menjadi mangsa adalah ADUN Meradong dari DAP, Ting Fui Tze (kiri) yang mendakwa ucapannya sepanjang 13 perenggan hilang begitu sahaja.

Semalam, Ketua DAP Sarawak yang juga ahli parlimen Sibu, MP Wong Ho Leng melalui pesanan Tweet berkata ucapan ADUN Pending, Violet Yong bukannya satu-satunya yang turut lesap di Hansard.

Menurut Wong, 13 perenggan ucapan Ting yang lesap itu adalah berkisar ke atas speaker DUN, Datuk Awang Asfia Nasar dan Menteri Kewangan Kedua Wong Soon Koh.

Sebelum ini, Violet Yong berang kerana ucapannya yang menyentuh tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri, Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari Hansard.

Dihubungi oleh Malaysiakini, Ting berkata bahawa 13 perenggan ucapannya yang dibuat ketika jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Sarawak bersidang, tidak direkodkan, atau lebih tepatnya, "dihapuskan" dari Hansard.

Khalid jumpa Khusrin, angkat sumpah masih tanda tanya

Posted: 07 Feb 2011 03:25 AM PST

MALAYSIA KINI

Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru Datuk Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam pada jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan Selangor dan menteri besar seharusnya berperanan dalam pelantikan SUK.

NONE"...pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam pertemuan tersebut, Khalid juga mengarahkan Khusrin memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor.

"Seterusnya, menteri besar mengarahkan Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," kata kenyataan itu.

Arahan lain Khalid kepada Khusrin:
  • Menteri besar memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.
  • Khalid menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
  • Khusrin diminta meneruskan usaha-usaha Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut langsung sama ada Khalid membenarkan Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK yang dilantik secara kontroversi itu menghadiri meyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Kaedah Umno di Perak tak berjaya di Selangor

Posted: 07 Feb 2011 03:23 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: "Apakah tindakan ini merupakan fasa kedua dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor?" tanya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi Umno Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi," tulis Khalid di dalam blognya.

Katanya, perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana di sebaliknya.

Menurutnya, bukan sekadar untuk menempelak kerajaan negeri dan Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Tambahnya, tindakan terbaru ekoran krisis perlembagaan melihat bagaimana Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie pula diarah melapor diri ke balai polis pada hari Khamis untuk terus didakwa pada hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ianya satu tindakan yang begitu laju dan cepat tidak seperti kebiasaan di Malaysia.

Katanya, pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas Shuhaimi adalah tuduhan menghasut yang sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara dan/atau denda yang memungkinkan kerusinya terpaksa dikosongkan.

Ianya, kata beliau bermula dari tulisan Shuhaimi di blognya yang mana, sekiranya dibaca, jauh lebih 'kecil' isunya dibandingkan dengan apa yang pernah dinyatakan dan dilakukan oleh Umno terhadap institusi Sultan Melayu di beberapa negeri sebelum ini.

"Tidak perlu saya ulangi tindakan pemimpin Umno yang telah menjadi pengetahuan umum semenjak sidang Dun Selangor yang lalu.

"Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah persoalan perancangan jahat pihak Umno BN yang sentiasa berusaha untuk menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan selain dari mereka," ujarnya.

Mereka, ujarnya menggunakan segala agensi kerajaan untuk menggagalkan kerajaan PR pilihan rakyat seperti pernah mereka lakukan di Perak.

Dewasa ini, katanya seolah-olah perkara yang sama sedang mereka lakukan di Selangor dan melalui kaedah yang seakan-akan serupa.

"Persoalannya, adakah perancangan jahat yang sama sedang diaturkan oleh Umno BN untuk Negeri Selangor?" soalnya.

Setelah menghalang pengembalian kuasa dan peranan Sultan dan Menteri Besar dan seterusnya melantik SUK pilihan mereka, maka soalnya lagi adakah ini merupakan fasa kedua perancangan jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.

"Kita yakin, insya Allah bahawa kaedah yang digunakan mereka di Perak tidak akan berjaya di Selangor," tegasnya.

Malahan, katanya tindakan itu akan menyebabkan rakyat Selangor semakin menolak Umno dan BN kerana mereka menyedari kejahatan tindakan Umno dan BN dalam peristiwa seperti ini.

"Kita juga yakin bahawa YB-YB kita di Selangor tidak akan dapat dibeli atau ditipu semudah itu, lebih-lebih lagi apabila mereka semua menyedari betapa rakyat telah berkorban untuk mempertahankan kemenangan PR di Selangor," ujarnya lagi.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, Shuhaimi didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blognya pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika didapati bersalah, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.

Merlimau: PAS Melaka bersedia terima petugas

Posted: 07 Feb 2011 03:18 AM PST

Ahmad Danial

JASIN: Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka, Bahiki Ismail (gambar) berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menerima kontinjen dari seluruh negara yang akan berkampung di Merlimau bagi membantu gerak kerja pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

"Pihak kami telahpun menyediakan penginapan dan kelengkapan logistik untuk semua kontinjen negeri-negeri di mana semua negeri telah diberikan tugas berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing.

"Semuanya sudah siap sedia dan pihak kami hanya menunggu kedatangan tetamu untuk membantu kami," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah.

Ditanya tentang persiapan jentera, Bahiki berkata bahawa JPN memang sudah lama bersedia dan tidak ada masalah yang dihadapi oleh pihaknya bagi menggerakkan jentera di Dun Merlimau.

"Program Jom Turun Padang Mesra Rakyat telah dimulakan sejak awal 2010 lagi di mana ianya telah memberikan kesan yang amat baik kepada petugas-petugas di mana mereka telah mendapat latihan yang sistematik dan cukup untuk berhadapan dengan kerja-kerja pilihanraya.

"Negeri-negeri akan digabungkan dengan jentera tempatan dan gabungan ini sudah tentu akan bertambah mantap dengan kepakaran yang ada pada jentera masing-masing," tambahnya.

Menurutnya, JPN telah mengenalpasti beberapa strategi yang sedang dan akan dimainkan oleh Umno BN untuk mengelirukan rakyat di Merlimau di mana sebahagian besarnya adalah isu lama yang sudah muak dan tidak diterima oleh rakyat.

PAS, kata Bahiki yakin bahawa pengundi Merlimau bijak untuk membuat pilihan, di mana Dewan Undangan Negeri Melaka memerlukan pembangkang dari PAS bagi menegur dan menasihati kerajaan negeri dalam isu-isu berkaitan agama, sosial dan korupsi.

Bahiki juga mengharapkan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat berlaku adil kepada semua parti yang bertanding demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

"Tidak ada guna kita adakan pilihan raya jika padang permainan tidak rata yang akhirnya menyebabkan imej negara tercalar kerana sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus," ujar Bahiki ketika ditemui di Bilik Operasi PAS di Merlimau pagi ini.

SPR menetapkan 26 Februari ini hari penamaan calon PRK Merlimau dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 6 Mac.

Mesir: Mengapa wakil Kelantan disisih

Posted: 07 Feb 2011 03:09 AM PST

Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA: Benarkah operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik?

Kalau betul, mengapa wakil Kelantan yang ditawarkan pada awalnya menyertai misi menghantar bantuan ke Kaherah 2 Febuari lalu diketepikan?

Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob berkata, pada awalnya beliau ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar bantuan ke Mesir.

"Saya telah serahkan passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab Putera Malaysia.

"Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang 1Malaysia.

"Saya kata saiz badan saya XL tetapi mereka beri saiz L jadi saya kata tidak padan, kalau pakai akan jadi macam pembalut nangka. Namun mereka minta ambil juga," katanya sambil mempamerkan baju itu pada ceramah solidariti kebangkitan di Timur Tengah di Putik malam tadi.

Sebelum itu diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Mohamad Mustafa.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata misi bantuan ke Mesir untuk kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.

Zulkapli berkata, selepas pihak penganjur tahu beliau membawa sejumlah wang untuk diberi kepada pelajar Kelantan di Mesir, ada sahaja helah dilakukan bagi menghalangnya.

Katanya, duit sejumlah RM120,000 diberi kerajaan negeri untuk dibawa ke Kaherah bagi membantu pelajar Kelantan di sana. Ini kerana mereka menghadapi masalah kewangan berikutan bank tidak beroperasi.

"Pihak penganjur memberitahu saya tidak boleh terbang bersama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan.

"Saya pun hairan barangan bukan diletak di tempat duduk penumpang sebaliknya dalam perut kapal terbang. Mereka minta saya tunggu penerbangan keesokan harinya.

"Dan selepas berjam-jam menunggu dan tidak mendapat sebarang respons saya mendapatkan sendiri tiket menggunakan penerbangan SIA yang mengambil masa 25 jam untuk sampai ke Kaherah," katanya.

Beliau bersyukur dapat sampai juga ke Mesir biar pun diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.

Katanya, ketika sampai di sana beliau disambut pelajar dan diagihkan wang untuk mereka membeli bekalan makanan.

"Saya hairan Perdana Menteri kata misi bantuan tidak ada unsur politik, sedangkan usaha wakil kerajaan Kelantan menyertai sama misi bantuan disisihkan," katanya.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Selain itu Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid serta wakil Palestin.

Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Difahamkan Kelantan satu-satunya negeri yang menghantar bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir. Zulkapli kembali dari Kaherah pagi semalam.

PRK Merlimau: Umno Jasin hantar 7 nama

Posted: 07 Feb 2011 03:07 AM PST

Bagaimanapun, Ghazalee menegaskan salah seorang daripada nama yang dihantar merupakan seorang wanita.


PETALING JAYA: Umno bahagian Jasin masih menunggu nama calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Setiausaha Umno bahagian itu, Datuk Ghazalee Mohamad.

"Umno bahagian (Jasin) menghantar tujuh nama kepada Umno negeri untuk dipilih tetapi sehingga ini kami belum menerima sebarang berita.

"Terpulang kepada mereka (Umno negeri) untuk membuat pilihan kerana Umno bahagan tidak mempunyai kuasa memilih calon," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu nama calon-calon berkenaan tetapi menegaskan salah seorang daripada nama yang dihantar merupakan seorang wanita.

Difahamkan mereka termasuk Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Roslan Ahmad, Ketua Wanita bahagian Zaleha Bujang dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Mohd Said Yusof.

Sementara itu, AJK Umno bahagian Datuk Abdul Rahim Abu berkata, Roslan paling disebut-sebut untuk menjadi calon BN di Merlimau.

"Tetapi calon lain juga berwibawa, maknanya semua yang dicalonkan layak mewakili BN. Mengenai calon wanita, mereka boleh bertanding jika ada kewibawaan," katanya.

Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mahu Umno mencalonkan seorang wanita untuk Merlimau setelah tidak berjaya di Tenang.

Pakatan Rakyat pula akan mengadakan mesyuarat malam ini untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di Merlimau.

Dalam pilihanraya umum 2008, Yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang bertanding di kerusi tersebut tetapi diahamkan PAS sedia memberi laluan kepada PKR.

Pilihan raya kecil (PRK) Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari BN, bulan lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan 26 Febuari sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac hari pengundian.

Merlimau mempunyai daftar pemilih seramai 10,679 orang merangkumi 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.

Rasuah: Ketua Umno Pandan pitam ketika tuduhan dibicarakan

Posted: 07 Feb 2011 03:02 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abd Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abd Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abd Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek untuk meminda lapan daripada sembilan pertuduhan iaitu daripada memperoleh kepada menerima rasuah melibatkan RM169,323 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Bagi lapan pertuduhan itu, Abd Ghani, 43, yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa menerima rasuah itu daripada Abdul Rahman Yaacob.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal kesalahan jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan pertama iaitu bagi kesalahan memperoleh secara rasuah daripada kontraktor yang sama, bagaimanapun kekal seperti pertuduhan asal mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan Rabu ini untuk sebutan semula bagi pihak pembelaan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan.

Video Lingam: Mahkamah Persekutuan benar rayuan suruhanjaya

Posted: 07 Feb 2011 03:00 AM PST

BERNAMA

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada keputusan Inkuiri Suruhanjaya Diraja boleh disemak atau tidak.

Ini berikutan langkahnya membenarkan Inkuiri Suruhanjaya Diraja merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peguam Datuk V.K. Lingam dan dua bekas ketua hakim berhak mencabar perintah suruhanjaya itu berhubung satu klip video kontroversi yang mengaitkan peguam berkenaan dengan pelantikan hakim.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan sebulat suara bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan suruhanjaya tersebut merupakan sesuatu yang baru dan berkepentingan awam.

Beliau berkata suruhanjaya itu memenuhi syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman, dan ia dibenarkan merayu berkaitan satu isu undang-undang iaitu sama ada keputusannya, yang dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, boleh disemak melalui semakan kehakiman.

Pada 24 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Lingam, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka membuat semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu.

Berikutan keputusan itu, kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendengaran merit permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga individu.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel suruhanjaya itu merumuskan bahawa klip video tersebut adalah tulen, dan Lingam merupakan individu yang berbual dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Ia turut memutuskan bahawa terdapat bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu berhujah, isu undang-undang yang dibangkitkan belum pernah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Lingam yang mewakili dirinya sendiri, berhujah keputusan Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada mereka untuk membuat semakan kehakiman adalah satu keputusan interlokutori, dan ia dibuat menggunakan budi bicara mahkamah berkenaan.

"Mahkamah Rayuan telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang ditetapkan Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan kita," katanya yang menambah pendengaran merit kes itu perlu diteruskan oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam Mahinder Singh Dulku yang mewakili Ahmad Fairuz pula menggesa Mahkamah Persekutuan menolak permohonan suruhanjaya itu kerana isu yang dibangkitkan tidak berkaitan bidang kuasa, sebaliknya fakta yang perlu diputuskan pada pendengaran semakan kehakiman.

MB mahu semua pelajar Terengganu di Mesir pulang

Posted: 07 Feb 2011 02:57 AM PST

BERNAMA

HULU TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta pelajar Terengganu yang masih berada di Mesir agar segera pulang ke tanah air kerana dikuatiri berlaku gelombang kedua rusuhan di negara itu.

Beliau berkata pelajar yang enggan pulang berhadapan dengan pelbagai risiko dan mereka perlu menanggungnya sendiri jika berlaku kejadian yang tidak diingini ke atas mereka.

"Sekali lagi kita rayu pulanglah, walaupun keadaan rusuhan di sana nampak reda," katanya kepada pemberita pada majlis pembahagian e-book kepada 602 murid Tahun Lima di Kuala Berang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay bahawa terdapat kira-kira 2,000 pelajar dari Malaysia di Mesir yang enggan pulang ke tanah air kerana berada di zon selamat dan jauh daripada tempat pergolakan.

Ahmad berkata kerajaan negeri masih belum mendapat maklumat tentang jumlah ramai pelajar Terengganu yang turut tidak mahu pulang.

Katanya mengikut rekod terdapat 564 orang pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Mesir.

Kebanyakan mereka belajar dalam bidang perubatan/pergigian dan pengajian Islam di beberapa buah universiti di Mesir seperti universiti al-Azhar, Tanta, Iskandariah, Mansoura, Zagazig dan Shoubra.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah menghantar tiga orang pegawai ke Mesir Sabtu lalu untuk membawa pulang pelajar Terengganu.

ADUN Sri Muda mengaku tidak salah tuduhan hasutan

Posted: 07 Feb 2011 02:54 AM PST

TERKINI


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya pada 12 Januari. — Foto Bernama

SHAH ALAM — ADUN Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang dibawa terhadapnya pagi ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 42, berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes itu akan disebut semula pada 28 Mac.

Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat khidmatnya di Kota Kemuning di sini dan kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan.

Turut hadir di bilik mahkamah yang sesak pagi tadi ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Yaakob Sapari.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria meminta mahkamah menetapkan RM20,000 sebagai wang ikat jamin atas alasan kesalahan didakwa dilakukan adalah serius membabitkan hasutan terhadap Sultan Selangor.

Bagaimanapun peguam Shuhaimi, Amer Hamzah Arshad membantahnya atas alasan permintaan itu bersifat menekan anak guamannya sedangkan hukuman denda yang diperuntukkan hanyalah RM5,000 di bawah Akta Hasutan.

Seorang lagi peguam Shuhaimi, Edmund Bon pula meminta mahkamah hanya mengenakan bon peribadi berbanding wang ikat jamin.

"Jika hari ini bon diberikan, beliau tidak perlu menyediakan RM20,000," kata Bon lagi.

"Hanya kata-kata jaminannya dijadikan sekuriti. Sebagai seorang ADUN, anak guaman saya tidak akan melarikan diri," katanya.

Peguam ketiga Shuhaimi, N. Surendran berkata wakil rakyat itu akan memfailkan petisyen untuk meminta tuduhan ke atasnya digugurkan atas alasan Akta Hasutan bercanggah dengan perlembagaan.

"Kami akan membuat permohonan di Mahkamah Tinggi dalam waktu terdekat," kata Surendran.

Selain Amer, Surendran dan Bon, Shuhaimi juga diwakili oleh Latheefa Koya, Yusmadi Yusoff, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Shuhaimi ditahan polis Khamis lalu untuk mendakwanya di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 02:51 AM PST


KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

"Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum," kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

"Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding," kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

"Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding," katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.

PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul.

Kerajaan Selangor Bantu Mangsa Banjir

Posted: 06 Feb 2011 03:46 PM PST

TVS NEWS

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM150,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di selatan tanah air iaitu di Johor, Melaka, dan Pahang.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pihaknya telah turun padang sejak Khamis lalu untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Menurut Rodziah, bantuan yang diberikan termasuklah keperluan asas seperti makanan untuk memudahkan mangsa banjir memulakan kehidupan selepas kediaman mereka dilanda banjir.

"Fasa pertama kita keluar RM50,000 lepas tu bila kita tengok keadaan banjir pula berlaku di Johor dan Melaka jadi kita tambah lagi RM150,000 jadi RM200,000 semuanya," katanya.

Rodziah berkata, kebanyakan mangsa banjir telah pulang ke rumah namun, masih terdapat keluarga yang tinggal di pusat pemindahan sementara.

Jelas Rodziah, bantuan RM150,000 adalah bantuan tambahan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di negara ini setelah berjaya memperuntukkan RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Rodziah turut akan menyalurkan bantuan mangsa banjir ke Negeri Sembilan.

"Saya sendiri turun ke Terangganu, Pahang, insyaAllah akan pergi juga ke Negeri Sembilan untuk bantuan tersebutlah, kita bagi rumah ke rumah dan kita kumpulkan mereka untuk beri bantuan secara teratur," katanya.

Sehingga semalam, keadaan banjir di Johor, Melaka dan Pahang dilaporkan surut sepenuhnya dengan jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan kekal dan hanya beberapa pusat pemindahan masih lagi dibuka.

POLIS DALANG SELUDUP MANUSIA KE SABAH?

Posted: 06 Feb 2011 03:43 PM PST

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

DENGAN membayar antara RM350 sehingga RM1,000; seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh memasuki Sabah dengan selamat kerana wujud perkhidmatan penyeludupan manusia yang didalangi pegawai kanan polis.

Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad, mendedahkan demikian ketika menghubungi Sabahkini.net sewaktu melakukan lawatan bersama ke Kalabakan baru-baru ini.

"Saya mendapat laporan daripada orang awam yang mengadu kepada saya bahawa PATI dari Pulau Sebatik dihantar oleh anggota keselamatan ke Kalabakan dengan membayar pihak anggota keselamatan sebanyak RM 350 untuk menjamin mereka masuk dengan selamat ke Sabah," ujar Haji Masmin yang mengakui turut menerima ugutan melalui telefon agar tidak mendedahkan isu tersebut kepada media.

Tegas Haji Masmin, senario penyeludupan PATI bukan sahaja berlaku di Tawau, malau amat berleluasa di Tungku, Lahad Datu kerana PATI ini dihantar oleh pegawai kanan polis ke Pedalaman, khasnya Keningau dengan syarat sanggup membayar RM 1,000 kepada sindiket yang didalangi oleh pegawai kanan polis tersebut.

"PATI ini sanggup membayarnya kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa. Pegawai kanan polis yang terlibat boleh mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan daripada aktiviti haram ini berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan," dedah Haji Masmin yang sudah lama menjalankan pemerhatian.

Menurut Haji Masmin lagi, apabila PATI mendarat, akan ada orang yang mengatur mereka untuk bekerja di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji RM 6.00 sehari dan selepas 3 bulan kemudian mereka boleh bekerja sendiri.

Perkara seperti ini, kata Haji Masmin, telah berlaku sejak 1980-an hingga sekarang dan ada pihak yang membantu mereka mendapatkan kad pengenalan atau Mykad dengan harga antara RM 2,500 hingga RM 5,000 seorang.

"Beginilah cara PATI masuk ke Sabah dan begitu mudah mendapat warganegara Malaysia khususnya dari PATI yang mendapat taraf bumiputera kelas pertama," kata Haji Masmin yang menjelaskan pada 2003, mengikut data tidak rasmi, terdapat lebih 1.7 juta PATI yang telah mendapat Mykad dan menjadi rakyat Malaysia untuk membantu parti kerajaan mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya umum 2004.

Haji Masmin menolak dakwaan Pegawai Kanan Imigresen Sabah yang mengatakan masalah pendatang asing ini berlaku di seluruh negara dan bukan hanya di Sabah dengan alasan Sarawak dan Brunei boleh mengawal kebanjiran PATI, namun senarionya 100 peratus berbeza di Sabah.

"Jalan terbaik, kembalikan kuasa mutlak Jabatan Imigresen kepada Sabah kerana telah terbukti sejak Sabah merdeka dan bersama membentuk Negara Malaysia sepanjang 47 tahun, jumlah penduduknya pada tahun 1967 iaitu semasa pilihan raya kali pertama hanyalah lebih kurang 900,000 orang sahaja; 450,000 sahaja menjadi pemilih berdaftar," ujar haji Masmin yang terkejut dengan pertambahan penduduk Sabah kepada 3.5 juta orang pada 2010.

Persoalannya, kata Haji Masmin, adakah isu PATI ini dibiarkan begitu sahaja oleh Kerajaan Persekutuan atas agenda tersembunyi kerana beliau bimbang jika isu pengangguran begitu tinggi, PATI ini boleh mengancam keselamatan Sabah dan ketika itu rakyat Sabah terpaksa berputih mata kerana tidak ada yang berani berputih tulang.


NASIONALISME INTI KEDAULATAN BORNEO

Posted: 06 Feb 2011 03:39 PM PST

Oleh: NASPAZI

NASIONALISME adalah mata air ilham paradigma bangsa manusia yang tidak pernah kering. Betapa kebijaksanaan paradigma para filosofi nasionalisme purba dan moden; bagaikan gunung-ganang yang tegak berdiri dan sungai-sungai yang mengalir di permukaan bumi; laksana lampu raksasa yang menerangi backdrop kearifan bangsa manusia, dalam menyelami ruangan makna kedaulatan hakiki dan kemerdekaan sejati dalam bermasyarakat dan bernegara yang muktamad di segala penjuru zaman dan dunia.

Kedaulatan bermaksud kekuasaan atau pemerintahan. Berdaulat bermaksud mempunyai kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri. Yang demikian, negara yang berdaulat adalah negara yang memiliki kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri.

Tegasnya, tidak ada kuasa asing atau negara luar yang boleh mengikat kebebasan sesebuah negara yang telah mengisytiharkan kedaulatan dan kemerdekaannya. Justeru, dalam konteks kedaulatan dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak (Federation of Borneo) bermaksud warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak menentukan halatuju pemerintahan mereka sendiri.

Sehubungan dengannya, warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak mencari dan meneroka, menyimpan dan membelanjakan hasil negara dan kewangan mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membentuk keselamatan dan mata wang mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membina pertahanan.

Sesiapa yang boleh memasuki atau melepasi sempadan wilayah mereka sendiri; warga tulen Borneo juga berhak dan berkuasa penuh menentukan sistem pendidikan dan bentuk kebudayaan mereka sendiri, sebagaimana yang pernah saya jelaskan yang berhubung dengan orientasi pimpinan Persekutuan Great Britain dalam siri paradigma yang lepas.

Namun begitu, ada pihak tertentu atau proksi dan boneka barua kuda tunggangan Melayu UMNO yang pura-pura mempersoalkan kewajaran tarikh antara 31 Ogos dengan 16 September, lantas mengemukakan hujah atau cadangan untuk tujuan mengelirukan dengan mengatakan bahawa, tarikh 31 Ogos 1957 wajar disambut sebagai 'Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia' termasuk Sabah dan Sarawak (Persekutuan Borneo) atas alasan kononnya Borneo merdeka pada tarikh 16 September 1963.

Cis! Melayu UMNO jangan cuba menipu fakta sejarah. Berapa lama penipuan dan pendustaan Melayu UMNO boleh bertahan? Melayu UMNO jangan cuba membohongi sejarah, sejarah tidak pernah berdusta, melainkan mendedahkan tipu daya terkutuk bingkai kedustaan agung mereka dalam konteks sejarah yang diputar belit, waima menjalar ke dalam pelajaran buku teks sejarah yang berhubung dengan fakta pembentukan Malaysia dan kemerdekaan Persekutuan Borneo.

Justeru, siapa yang mengatakan bahawa, Persekutuan Borneo (Sabah dan Sarawak) merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia memang ianya satu pendustaan terbesar. Bagaimana mungkin (Persekutuan Borneo) boleh dianggap atau dikatakan sebagai merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia, sedangkan Sarawak telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh Sabah dan Singapura yang serentak mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.

Oleh itu, dengan mengambil pengajaran dari mutiara wisdom pepatah leluhur silam yang mengingatkan bahawa, 'sejarah adalah guru kehidupan' maka sebarang bentuk dan usaha yang bersifat pembohongan dan pengkhianatan nyata yang berhubung dengan tarikh kemerdekaan sebenar Persekutuan Borneo oleh Melayu UMNO wajib dilawan dan dirempuh habis-habisan sampai mereka hancur dengan ungkapan 'sekali merdeka tetap merdeka'.

Betapa gerombolan penipu, pendusta dan pengkhianat Melayu UMNO memang bukan lagi sering, bahkan saban hari, setiap hari melaungkan ungkapan kononnya 'Persekutuan Borneo merdeka pada tarikh 16 september 1963 melalui Malaysia' yang diperkasakan oleh media yang menjadi lidah kesyaitanan mereka. Cisss! Melayu UMNO memang mengigau di siang hari. Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963?

Justeru itu, sesungguhnya kemerdekaan adalah 'jambatan emas' demikian ungkapan paradigma Sukarno. lantarannya, dengan terbinanya 'jambatan emas' bagi Persekutuan Borneo pada tahun 1963, maka seluruh warga tulen Borneo sewajarnya sungguh-sungguh dapat menikmati aura keindahan fajar baru kebebasan dan nafas baru kedaulatan dalam berbangsa dan bernegara dengan penuh harapan baru melangkah ke arena masyarakat sejagat, sebagai sebuah masyarakat Borneo tulen yang merdeka, berdaulat, berintegriti, berbudaya, bertamadun, adil dan makmur.

Yang demikian, betapa pemasyhuran dan pengisytiharan kemerdekaan Federation of Borneo pada 22 Julai 1963 bagi (Sarawak) dan pada 31 Ogos 1963 bagi (Sabah) wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun, sebagai tanda wibawa ketinggian semangat dan kesedaran nasionalisme murni warga tulen Persekutuan Borneo, hatta dengan darah dan air mata di bawah payung ungkapan bahawa sanya 'sekali merdeka tetap merdeka'.

Betapa kesedaran nasionalisme murni di persada hati negara bangsa Borneo di khalayak dunia, tegasnya 'Orang Asal Borneo' wajib bertekad untuk mengekal dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Persekutuan Borneo, yang telah dicapai dan dimasyhurkan pada tahun 1963 dengan keazaman dan prinsip unggul, bahawa sanya keamanan dan kemakmuran berkerajaan dan bernegara tidak lain, melainkan kesedaran tinggi terhadap 'in crucial things, unity' dengan menginsafi ungkapan jitu pepatah silam, iaitu 'bersatu teguh, bercerai roboh'!

Oleh itu, semangat nasionalisme murni warga tulen Borneo mestilah disemarakkan sekarang. Perasaan cintakan tanah air dan tradisi budaya leluhur warga Borneo silam dalam konteks masa kini mesti dipertahan dan dipelihara. Sesungguhnya, betapa kebangkitan dan keunggulan tradisi budaya sesuatu bangsa, bukannya dengan menyerap masuk ke dalam tradisi budaya asing atau menjadikan tradisi budaya asing sebagai tradisi budaya baru bagi warga tempatan yang hanya tahu meniru tanpa halatuju dan misi untuk memperkasa budaya bangsa yang mantap.

Sementelahan, agungnya gagak kerana hitamnya, agungnya bangau kerana putihnya, agungnya harimau kerana belangnya dan agungnya gajah kerana gadingnya, maka agungnya Borneo kerana warisan alam dan tradisi budaya leluhur orang asalnya.

Lantaran itu, warga tulen Borneo atau 'orang asal' Borneo mesti tegas, serius dan dedikasi dalam usaha menjaga dan memelihara tradisi budaya leluhurnya, kerana tradisi budaya leluhur silam Borneo adalah inti dari kekuatan dan ketahanan, identiti dan jatidiri warga tulen Borneo berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan multibangsa di persada dunia zaman-berzaman.

Oleh itu, betapa nilai dan watak asli orang asal Borneo adalah peradaban mukaddas agung warisan dunia yang dapat membezakan ras dan tradisi budaya warga tulen Borneo dengan ras dan tradisi budaya multibangsa manusia di seantero dunia. Justeru, sebarang penyerapan atau penempelan tradisi budaya 'orang asal' Borneo kepada ras dan tradisi budaya bangsa manusia pinggiran (ras Amerika-Eropah contohnya) atas alasan demi kecanggihan penampilan dan kehormatan diri kononnya, sah yang demikian adalah suatu kezaliman abadi sebagai pengkhianatan nyata terhadap identiti dan jatidiri leluhur 'orang asal' Borneo.

Sesungguhnya, lambat laun cendekiawan sarjana sejarah akan membuktikan bahawa, orang asal Borneo (Austrolomelanesia) telah memulakan kehidupan awal mereka bermasyarakat di pulau ketiga terbesar di dunia ini semenjak (8000 SM) dengan beberapa sebutan klasik seperti 'Poni' versi Mesir purba atau 'Burni' versi China purba dan kini Borneo versi Eropah moden.

Dengan ungkapan lain, orang asal Borneo sebenarnya memiliki sejarah panjang dan susun lapis keturunan masyarakat yang dengan sendirinya menghantar isyarat tegas, bahawa sanya oral asal Borneo tidak semudah itu boleh diperleceh atau diperbodoh oleh Melayu UMNO sebagaimana yang dinyatakan oleh cendekiawan sarjana Barat.

"...The whole island was subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. 'Borneo' and 'Brunei' are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as 'Borneo Proper'..." L.W. Jones (1966).

Oleh itu, seluruh warga Borneo wake-up sekarang dan segerakan proses penghancuran dan penguburan UMNO! Betapa politik Melayu UMNO adalah kurap eh silap gamaknya 'cycle evil of corruption' seburuk wabak yang tidak berakhlak. Betapa hakikat politik Melayu UMNO begitu nyata dan tidak lain, melainkan hakikat apa nama aaa.., apa nama aaa.. kononnya, kononnya dan kononnya hanya demi 'power for the sake of power' untuk merompak kuasa di Borneo dan Perak dan kini bakal merompak kuasa lagi di Selangor gamaknya.

Arakian plus syahdan, betapa Melayu UMNO bukan sahaja kelihatan mabuk kuasa, bahkan ternampak sudah menjadi gila kuasa. Melayu UMNO mabuk kuasa plus gila kuasa untuk memutar belit kebohongan mereka seolah kebenaran dengan mengencing 'perjanjian 20 perkara' asas kenegaraan Malaysia seolah isu sensitif di samping projek gigantik produk munafik yang menjadi kosmetik diri mereka di khalayak dunia gamaknya.

PENCULIKAN SEMPORNA, OLOK-OLOK ATAU KONSPIRASI?

Posted: 06 Feb 2011 03:28 PM PST


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Lai Wing Chau dan Tsen Vui Chung oleh lima orang penculik yang diketuai oleh pemegang kad pengenalan projek Malaysia, Ahmad Taradji (merupakan ipar kepada salah seorang pemimpin kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Al Parad) kini sudah diselesaikan dengan sempurna setelah mangsa dibebaskan pada 22 Disember 2010.

Daripada risikan Sabahkini.net, para penculik menuntut wang pampasan sejumlah 30 Juta Pesos atau RM2.44 juta untuk membebaskan tebusan dengan kadar tukaran semasa 12.3 pesos bagi setiap ringgit.

Bagaimanapun keluarga mangsa hanya dapat menyediakan wang sebanyak RM 1 juta (12.3 juta pesos) dan diserahkan kepada Juruperunding yang dilantik Kerajaan Malaysia untuk proses pembebasan, namun penculik bertegas dengan jumlah wang pampasan RM2.44 juta.

Usaha pembebasan semakin sukar kerana penculik mengenakan bayaran 18,000 pesos setiap kali Juruperunding bercakap dengan mereka dan Ahmad Taradji serta Azman Kajayan mendapat sokongan dan bantuan ahli politik dan mereka yang berpengaruh di Wilayah Tawi-Tawi kerana ketika itu Filipina di ambang Pilihanraya Umum.

Sekitar Mei 2010, Juruperunding telah dihubungi oleh wakil penculik dan menggesa agar wang tebusan yang diminta dibayar dengan segera. Berbekalkan wang diberikan sebanyak 12.3 juta Pesos dan tambahan sebanyak 2.7 juta Pesos yang diberikan oleh seorang dermawan, sebanyak 15 juta Pesos telah dibayar kepada mereka sebagai sebahagian daripada jumlah tuntutan yang diminta.

Namun setelah bayaran diterima, para penculik telah melarikan diri bersama tebusan ke Patikul, Jolo, Sulu sehingga menyebabkan Governor Tawi-Tawi, Hadji Sadikul Sahali Adala telah menggunakan wangnya sendiri yang dianggarkan 3 juta pesos, tenaga pekerjanya, aset seperti bot, rumah dan sebagainya untuk membantu mengesan penculik dan mangsa.

Juruperunding juga terpaksa menggunakan wang sendiri lebih kurang RM 26,000 di samping perbelanjaan bagi sewaan yang mencecah 650,000 Pesos dan mangsa culik telah dibebaskan setelah baki bayaran sejumlah 15 juta Pesos dibayar oleh pihak tertentu di Sabah dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia.

Namun desas-desus dan teori kemungkinan kebarangkalian bahawa kes penculikan ini merupakan satu kes yang telah dirancang untuk kepentingan sesetengah pihak, terutama bersangkut-paut dengan dua syarikat iaitu Dynasty Worldwide Sdn. Bhd dan Dynasty Marine Farm Sdn. Bhd mengejutkan semua pihak.

Lebih mengejutkan kedua-dua syarikat tersebut disenaraikan Bursa Saham NIKKEI, Hong Kong dan Bursa Saham Kuala Lumpur, Malaysia; namun berselindung di sebalik kegiatan penggubahan wang haram yang gagal disiasat Bank Negara Malaysia walaupun beberapa laporan telah dibuat.

Persoalan yang menarik untuk dikaji kenapa Polis Di Raja Malaysia dan mangsa menafikan ada membayar wang tebusan sejumlah RM2.44 juta atau 30 Juta Pesos; seolah-olah mereka seolah-olah makan angin di Tawi-Tawi selama 312 hari?

Pengundi desak Gobala letak jawatan

Posted: 06 Feb 2011 03:25 PM PST

Fakhri Ali

PADANG SERAI: Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

Tiada ulasan: