Isnin, 7 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Doktor Sambung Kaki Kiri Ke Kaki Kanan

Posted: 07 Feb 2011 09:07 AM PST


CHINA - Seorang doktor di China terpaksa menyambung kaki kirinya yang terpenggal dengan betis kaki kanannya dalam usaha terakhir untuk menyelamatkanya (kaki itu).

Ma Jun, 36 tahun, kehilangan kakinya selepas dia tergelincir ke dalam satu mesin pembancuh konkrit semasa bekerja di tapak bangunan di Zhengzhou, Henan.

Dia telah dikejarkan ke hospital bersama dengan separuh terkeratnya tetapi kaki kirinya terlalu rosak teruk untuk disambung semula.

"Luka itu terlalu teruk, dan sudah tercemar," kata Doktor Song Wenchao.

"Kami harus memotong lebih dari 2cm otot mati dan tulang dari kaki kiri sehingga kita sambung ke kaki kanannya."

Kaki itu disambung dengan betis kaki kanan Ma dalam operasi pembedahan yang rumit selama 12 jam.

Dr Song berkata: "Walaupun sudah disambung dengan kaki kanan, kaki kiri boleh tumbuh kulit baru, tisu dan otot-otot. Hal ini adalah normal ia dalam keadaan pucat sementara sehinggalah darah dapat mengalir dengan lancar .."

Dia sekarang sedang merancang pembedahan kedua untuk menyambung semula kaki kiri itu, diikuti pembedahan lanjutan untuk membina semula betis.

"Jika ia sembuh seperti yang kami harapkan, ia akan boleh berjalan seperti biasa dalam masa empat bulan," tambah Dr Song lagi.

Tiada ulasan: