DIALOG RAKYAT |
- Pakatan hancur jika Anwar terus lindungi Azmin, dakwa Gobala
- Adun PKR Selangor Shuhaimi hadapi tuduhan hasutan Isnin
- Hasil padi peserta meningkat
- Gobind : Aliran Wang Haram,Kerajaan Umno-BN Berdiam Diri
- Al-Qaradawi Seru Mubarak Letak Jawatan, Sokong Rakyat Hapus Rasuah
- MAS Hantar Jumbo 747, AirAsia A320 Ke Kaherah
- AirAsia Sedia Pesawat A340 dan A330 Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Jeddah
- Korban Banjir Johor Meningkat 3 Orang
- Pesawat Pertama Bawa Rakyat Malaysia Dari Mesir Tiba Di KLIA Awal Pagi Esok
- Semua Penuntut Dan Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat, Makanan Cukup
- Empat Mati, 13 Cedera Dalam Pergolakan Di Kaherah - Al-Arabiya
- Ameng ditahan lagi
- Zizie Ezette Isteri Kedua Bung Mokhtar Ditahan Diwad Tanpa Suami Disyaki Demam Denggi
- Isu Nasionalisma ; Jawapan Saya Untuk Tun Dr. Mahathir
| Pakatan hancur jika Anwar terus lindungi Azmin, dakwa Gobala Posted: 02 Feb 2011 11:03 PM PST ![]() N. Gobalakrishnan menasihat PAS dan DAP: "Muhasabah diri". Ahli Parlimen Padang Serai ini memberitahu The Malaysian Insider, PAS dan DAP juga "muhasabah diri" secara serius jika mereka ingin melihat PR terus berkekalan dan relevan, malah seharusnya menasihatkan Anwar berhenti daripada pilih kasih dan melindungi timbalan presiden PKR itu. "Jika tidak, mereka tidak pertahan. Jika mereka tidak bercakap kepada Anwar... mereka tidak akan pertahan. Tiada boleh," kata Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas dengan mengikut langkah lima ahli Parlimen PKR sebelum ini. Gobalakrishnan mendakwa tindakan Anwar melindungi Azmin secara berterusan dengan mudah melemahkan PKR dan perkembangan itu akan membawa kepada kejatuhan PR kelak. "PKR yang lemah akan membawa kepada Pakatan yang lemah kerana Anwar adalah ketua yang dilantik... beliau sepatutnya mengikut keputusan (dibuat), dia sepatutnya berkecuali memandangkan beliau perdana menteri Pakatan (jika berkuasa)," katanya lagi. Bagaimanapun Anwar dengan ketara kelihatan mengorbankan apa sahaja termasuk sokongan masyarakat India, Melayu dan juga mereka dari Sabah dan Sarawak untuk menaikkan Azmin. "Jadi beliau terus berbuat demikian, PKR akan musnah dan begitu juga Pakatan kemudian," kata beliau. Kelmarin, pemimpin-pemimpin PKR menegaskan parti sanggup kehilangan pemimpin-pemimpinnya yang rasis termasuk yang terbaru Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar parti itu Sabtu lalu. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Gobalakrishnan baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu meminggirkan masyarakat India. "Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin (juga) menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu. "Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada dalam PKR, yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif," kata beliau. Gobalakrishnan, 50, mengisytiharkan dirinya keluar PKR Sabtu lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Gobalakrishnan berkata, "saya sudah fed up (bosan) dengan Anwar serta Azmin, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR." Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai. Katanya, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobalakirshnan yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti. "Rakyat akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan," katanya lagi. Mengulas lanjut, Gobalakrishnan berkata PR seharusnya memutuskan "apa yang perlu dilakukan dengan Anwar" dan bertanya kepada ketua umum itu mengapa beliau memberikan begitu banyak ruang kepada bekas setiausaha sulitnya. Katanya, pemimpin-pemimpin PR juga seharusnya mempertimbangkan untuk memberitahu Azmin bahawa beliau harus meninggalkan politik demi kebaikan semua. "Beritahu beliau supaya lebih baik jadi ahli perniagaan kerana sekarang keseluruhan ekonomi Selangor dikuasai Azmin dan kroni-kroninya," kata beliau. "Jika pemimpin-pemimpin Pakatan masih merasakan Anwar masih diperlukan dan masih relevan, maka mereka harus memintanya memilih antara Azmin dan Pakatan," katanya. Katanya, jika Anwar tidak sanggup untuk membiarkan Azmin pergi, maka beliau pula harus meninggalkan politik dan PR. Malah kata beliau, pentadbiran Selangor juga sudah mula "tunggang-langgang" disebabkan peranan Anwar-Azmin dan mendakwa rasuah kini didapati di semua peringkat. "Rasuah tidak semestinya dalam bentuk rasuah secara langsung... ia juga dalam bentuk kronisme dan nepotisme, apabila perkara ini diperkenalkan, maka datanglah rasuah," katanya lagi. Anwar merupakan penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin merupakan Adun Selangor dan ketua PKR negeri itu. | ||
| Adun PKR Selangor Shuhaimi hadapi tuduhan hasutan Isnin Posted: 02 Feb 2011 10:59 PM PST ![]() Shuhaimi Shafiei (dua dari kanan) tiba di pekarangan ibu pejabat polis daerah Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung satu entri blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor dengan diiringi Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan), 12 Januari lalu. Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan minggu depan. "Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri," kata beliau ketika dihubungi. Menurut wakil rakyat itu, pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam. Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi. Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu. Dia dibebaskan dengan jaminan mulut. "Saya ditahan di luar ibu pejabat polis (hari ini)," kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam. Katanya, biro politik PKR yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau. Selain Latheefa, Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. Pada 27 Januari lalu, Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas. Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas. Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu. Pada 24 Januari lalu, Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang PKR Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata, sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Shuhaimi telah pun bagaimanapun menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan | ||
| Posted: 02 Feb 2011 10:57 PM PST SINAR HARIAN ONLINE PARIT SATU BANAT ( SABAK BERNAM ) – Seramai 25 peserta dengan 30 lot sawah padi di Blok C6 yang terlibat dalam Program Peningkatan Hasil padi untuk musim 2/2010 mula dituai dan memperlihatkan adanya peningkatan hasil berbanding musim sebelum ini. Salah seorang pesertanya, Md Saiful Bahri Md Sakirin, 45, berkata, penyertaannya dalam program berkenaan melibatkan keluasan 0.6 hektar sawah padi. "Sebelum ini dalam musim 1/2010, dengan 0.6 hektar saya hanya mampu meraih hasil padi sebanyak dua tan 200 kilogram. Namun musim ini berlaku peningkatan hasil padi yang memberangsangkan dengan keluasan yang sama," katanya. Menurutnya, dia akan memohon kerjasama Syngenta untuk mendapatkan kerjasama syarikat itu untuk empat musim akan datang bagi memastikan pengeluaran padinya dapat ditingkatkan dari musim ke musim. "Kita dapat lihat sendiri keberkesanan produk mereka selain penerangan secara teori dan praktikal daripada Pejabat Pertanian sehingga mampu mencapai hasil yang berganda musim ini. "Kalau sebelum ini, saya beli dan cuba pelbagai jenis produk apabila mendengar sembang kawan-kawan, tetapi apabila menyertai program ini dan mengkhususkan produk Syngenta ini dalam penanaman padi kali ini, ia membuahkan hasil," katanya. Difahamkan, menurut sumber, Syngenta Crop Protection Sdn Bhd menyertai program Peningkatan Hasil Padi IADA Barat Laut Selangor dan peserta (petani) untuk merealisasikan program berkenaan. "Syngenta menjalinkan kerjasama bersepadu dengan membekalkan racun dan perkhidmatan secara percuma kepada peserta program untuk membuktikan produk Syngenta mampu membantu menambah produktiviti tanaman padi mereka. "Kebiasaannya, 30 lot yang terlibat dalam program ini hanya mampu menjana pengeluaran purata lima tan sahaja tetapi dengan penyertaan kita ini, lot ini mampu menjana hasil pengeluaran yang lebih banyak dari kebiasaannya," katanya kepada Sinar Harian. | ||
| Gobind : Aliran Wang Haram,Kerajaan Umno-BN Berdiam Diri Posted: 02 Feb 2011 10:55 PM PST TVS NEWS ![]() PETALING JAYA : Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, menggesa kerajaan Malaysia menyiasat laporan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu lalu skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008. Tambah Gobind lagi, jika Perdana Menteri mahu memerangi isu rasuah, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan kepada rakyat ke mana wang haram ini dialirkan. "Kalau Najib Tun Razak betul-betul, kalau beliau betul-betul hendak membanteras rasuah, ini seharusnya menjadi fokus beliau dimanakah wang ini (RM 888 bilion), kenapa sampai sekarang tak ada tindakan diambil, kenapa kerajaan tidak menitikberatkan perkara ini," katanya. Menurut beliau lagi hal ini penting kerana melibatkan jumlah begitu besar sehingga memberi impak kepada negara yang meletakkan Malaysia di tempat kelima. "Kita tengok nombor 5 ini adalah segi senarai negara-negara terbanyak yang mempunyai wang yang keluar negara ini secara salah sebanyak 888 bukan juta tapi bilion ringgit," katanya. Sebelum ini juga pimpinan Pakatan Rakyat mendesak agar ditubuhkan Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan laporan dari GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000. GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh. Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini. | ||
| Al-Qaradawi Seru Mubarak Letak Jawatan, Sokong Rakyat Hapus Rasuah Posted: 02 Feb 2011 10:49 PM PST TVS NEWS ![]()
QATAR : Selepas hampir 2 juta rakyat Mesir keluar membantah Presiden Husni Mubarak, semalam Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi meminta diktator itu melepaskan jawatan sebelum dipaksa secara paksaan. Al-Jazeera melaporkan Husni Mubarak perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ia buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami. Al-Qardhawi menyeru Mubarak, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu. Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wang berbilion-bilion. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak". Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup." Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. " Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat. Rakyat dan Tentera Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka. Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh. Menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN. "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM,"katanya. Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi. | ||
| MAS Hantar Jumbo 747, AirAsia A320 Ke Kaherah Posted: 02 Feb 2011 10:48 PM PST
SUBANG JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghantar pesawat jumbo Boeing 747 MH8010 ke Kaherah untuk membawa pulang pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang kini terkandas di sana. Pesawat tersebut akan berlepas pada jam 9 pagi Khamis dan dijangka tiba di Kaherah pada jam 1.20 petang (waktu Mesir). Dari sana pesawat berkenaan akan membawa keluar para pelajar dan rakyat Malaysia ke destinasi selamat paling hampir iaitu Jeddah di Arab Saudi. Pesawat jumbo tersebut dapat membawa 359 orang penumpang dan akan berulang alik sekerap yang mungkin (bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah) dari Kaherah-Jeddah setiap hari. Pengarah Operasi MAS, Kapten Mohamed Azharuddin Osman berkata, kakitangan operasi dan teknikal akan ditempatkan di Jeddah bagi memudahkan operasi membawa keluar rakyat Malaysia itu sehingga selesai. MAS juga katanya sedang berurusan dengan semua pihak berkuasa bagi membolehkan operasi mereka dilakukan secara teratur khususnya dalam menempatkan rakyat Malaysia di Jeddah buat sementara waktu sehingga mereka boleh di bawa pulang ke Malaysia. Sementara itu, AirAsia telah menghantar pesawat A320nya ke Sharjah, United Arab Emirates (UAE) pada jam 2 petang Rabu sebagai persediaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Pesawat itu berlepas dari Terminal Tambang Murah Sepang. Ia akan meneruskan perjalanannya ke Jeddah dan kemudian Kaherah. AirAsia akan membuat tiga penerbangan sehari dari Kaherah-Jeddah-Kaherah pada Khamis dan Jumaat, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun. Beliau sendiri mengetuai misi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia bagi pihak AirAsia. | ||
| AirAsia Sedia Pesawat A340 dan A330 Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Jeddah Posted: 02 Feb 2011 10:46 PM PST BERNAMA SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat jenis A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun berkata setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa. Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai "shuttle" dari Kaherah ke Jeddah, katanya. Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air. Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 tersebut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya merupakan penuntut kini dilaporkan terperangkap ekoran pergolakan yang sedang berlaku di negara itu. Selain AirAsia, tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun berlepas ke Mesir hari ini dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 yang boleh membawa 285 penumpang pula akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. Wisma Putra sebelum ini memberi jaminan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah. | ||
| Korban Banjir Johor Meningkat 3 Orang Posted: 02 Feb 2011 10:45 PM PST BERNAMA JOHOR BARU: Jumlah mangsa yang terkorban akibat banjir di Johor meningkat kepada tiga orang dengan penemuan mayat seorang wanita di Kampung Lukut Cina, Kota Tinggi, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Sebot berkata mayat mangsa berusia 52 tahun itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah longkang sedalam dua meter di kampung tersebut. Katanya, mangsa dilaporkan hilang beberapa jam selepas meninggalkan rumahnya pada pukul 5 petang, Ahad lalu. "Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan polis gagal menemui mangsa," katanya ketika dihubungi. Ahad lalu, dua wanita, seorang di Cha'ah, Segamat dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya, menjadi mangsa korban banjir di negeri itu. Kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian tersebut. Sementara itu, bencana banjir yang melanda Johor menunjukkan tanda untuk pulih apabila sejumlah 37,869 mangsa daripada 9,094 keluarga berada di pusat pemindahan setakat pukul 8 malam ini. Laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my menyebut mangsa di daerah Segamat menunjukkan penurunan dengan 15,179 orang melibatkan 3,587 keluarga. Ini diikuti Ledang dengan 7,273 orang daripada 1,744 keluarga, Batu Pahat 4,979 orang (1,232 keluarga), Muar 6,734 orang (1,664 keluarga) dan Kluang 1,869 orang (448 keluarga). Portal itu juga melaporkan di Kota Tinggi seramai 1,292 orang daripada 286 keluarga dipindahkan, Pontian 517 orang (125 keluarga) dan Mersing 26 orang (lapan keluarga). Pusat pemindahan di Johor Baru ditutup secara berperingkat hari ini apabila kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ekoran cuaca yang cerah sepanjang hari. Portal itu menyebut sehingga kini 187 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 65 di Segamat, Ledang (32), Batu Pahat (30), Muar (24) Kluang (14), Kota Tinggi (12), Pontian (9) dan Mersing (1). Di NEGERI SEMBILAN, keadaan banjir di negeri itu semakin pulih dengan 624 orang daripada 165 keluarga masih berada empat pusat pemindahan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, setakat pukul 9 malam ini, seramai 601 mangsa berada di tiga pusat pemindahan di daerah Tampin dan 23 mangsa di daerah Jempol. | ||
| Pesawat Pertama Bawa Rakyat Malaysia Dari Mesir Tiba Di KLIA Awal Pagi Esok Posted: 02 Feb 2011 10:44 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia). Beliau berkata satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi. Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata esok kerjasama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah. "Tiga pesawat iaitu dua Air Asia dan satu pesawat MAS akan terbang terus ke KLIA. Bagaimanapun tiga pesawat Charlie C-130 milik TUDM akan melakukan penerbangan ulang alik dari Kaherah ke Jeddah di Arab Saudi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Shahlan berkata operasi membawa keluar melalui jalan udara melibatkan pemindahan kira-kira 1,000 orang rakyat Malaysia. Beliau berkata Sabtu ini pula, sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang. Shahlan berkata keseluruhan operasi melibatkan 5,000 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir. Katanya kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir. "Kita gerakkan pelajar dari semua bandar seperti Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Tartar dan Zagazig serta semua bandar-bandar kecil yang lain jadi ia memerlukan perancangan yang teliti. "Kita berharap semuanya akan berjalan lancar dan operasi pemindahan seterusnya akan dirancang sebaik selesai perancangan pertama misi membawa pulang," katanya. | ||
| Semua Penuntut Dan Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat, Makanan Cukup Posted: 02 Feb 2011 10:43 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu. "Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja. Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Beliau yang turut serta dalam delegasi itu kesal dengan sikap penulis blog yang sesuka hati menulis keadaan di Mesir tanpa menghiraukan perasaan keluarga di tanah air dengan membuat pembohongan berbanding keadaan sebenarnya. "Janganlah percaya blog-blog ni semua, tolong ikut saluran yang disediakan kerajaan, kalau dari blog, biar sumber itu rasmi dan boleh dipercayai kalau tiba-tiba dapat tau, jangan terus percaya," katanya. Mengenai dakwaan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membayar harga tertentu untuk dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air, Shahlan berkata itu sebenarnya adalah salah satu pilihan disediakan bagi mereka yang mampu. "Setibanya pelajar rakyat kita (Malaysia) di Jeddah, mereka akan dibawa pulang tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi bila penerbangan akan disediakan. "Oleh itu, siapa yang mampu boleh balik awal tetapi kena beli tiketlah macam penerbangan biasa dan urusan pembelian kita akan uruskan," katanya. Beliau berharap para ibu bapa jangan cepat melatah dan bimbang kerana pelajar yang dihantar belajar ke Mesir adalah mereka yang terbaik dan mampu menghadapi situasi di Mesir terutamanya ketika dalam kesusahan. "Apa yang terbaik, kita semua mendoakan agar misi ini berjaya dan semua rakyat Malaysia di sini berjaya dibawa keluar dengan selamat," katanya. Mesir mula bergolak akhir bulan lalu apabila rakyatnya mula mendesak agar Presidennya Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun meletak jawatan dan diadakan Pilihanraya Presiden tetapi ia ditolak oleh Mubarak. Akibatnya, sebahagian besar rakyat Mesir mula merusuh menuntut perubahan akibat masalah ekonomi, rasuah dan pengangguran yang teruk di negara itu sehingga melibatkan pertumpahan darah. Presiden itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini oleh tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei untuk meletakkan jawatan tetapi ditolak sekali lagi sebaliknya beliau berikrar untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Presiden Mesir yang dijangka pada September ini. | ||
| Empat Mati, 13 Cedera Dalam Pergolakan Di Kaherah - Al-Arabiya Posted: 02 Feb 2011 10:41 PM PST REUTERS ![]() Pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti kerajaan di Dataran Tahrir awal pagi Khamis. Foto AP KAHERAH: Empat orang terbunuh dan 13 lagi cedera apabila penyokong Presiden Hosni Mubarak menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan yang berkhemah di Dataran Tahrir, lapor Al Arabiya yang memetik kenyataan seorang doktor di tempat kejadian. | ||
| Posted: 02 Feb 2011 10:35 PM PST
Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang. Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan. Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai. "Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang. | ||
| Zizie Ezette Isteri Kedua Bung Mokhtar Ditahan Diwad Tanpa Suami Disyaki Demam Denggi Posted: 02 Feb 2011 10:27 PM PST SEDAKA SEJAHTERA ![]() Zizie Ezette PETALING JAYA: Aktres popular Zizie Ezette Abd Samad, 32, (Zizie) kini ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, selepas disyaki menghidap demam denggi. Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, dia dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu selepas mengalami demam yang teruk semalaman. "Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri. "Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital," katanya sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa. Walaupun masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada doktor, beberapa simptom seperti muntah, sakit sendi, keluar bintik-bintik merah di kulit dan cirit-birit yang dialaminya itu menjurus kepada demam denggi. "Selepas pemeriksaan darah semalam, doktor memberitahu simptom yang saya alami ini menjurus kepada demam denggi. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi daripada doktor. "Saya kena tunggu sehingga esok atau lusa untuk pengesahan sama ada benar-benar dijangkiti demam denggi atau sebaliknya," katanya yang percaya mendapat penyakit itu ketika bercuti ke Filipina bersama suaminya, baru-baru ini. | ||
| Isu Nasionalisma ; Jawapan Saya Untuk Tun Dr. Mahathir Posted: 02 Feb 2011 10:18 PM PST MALAYSIA TODAY Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24 Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka. Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT : الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2) Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh? Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu. Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman : وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ Yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36) Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya : فرقت به جماعتهم! Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka! Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO. Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir? Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali! Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan? Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..) Sekian. HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan