Biaqpila |
- Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya PLUS
- Pengalaman cemas di Mesir
- Celah Mana Yang Dok Kata 'Rakyat Didahulukan'?
- Pelajar trauma dicabul dalam longkang
- Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil
| Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya PLUS Posted: 03 Feb 2011 09:54 AM PST ![]() 40 Penumpang Terselamat SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan. Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu. Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini. Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah. Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu. -- BERNAMA KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 03 Feb 2011 04:00 AM PST ![]() ![]() Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com "Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir. Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah. Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan. "Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami. "Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya. Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket. "Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain. Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan. "Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu. "Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya. Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam. "Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari. Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir. "Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Celah Mana Yang Dok Kata 'Rakyat Didahulukan'? Posted: 03 Feb 2011 02:00 AM PST Oleh Muhammad Hafizuddin Di saat me Kelembapan Kerajaan Malaysia bertindak untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir mendapat kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak khususnya ibu bada serta kaum keluarga mahasiswa-mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di Bumi Anbiya tersebut. Hal ini dilihat bertentangan dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Pelajar trauma dicabul dalam longkang Posted: 02 Feb 2011 08:00 PM PST ![]() KUALA LUMPUR – Seorang pelajar trauma apabila dia dicabul seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang berjoging dalam satu kejadian di kawasan sebuah universiti di Lembah Klang, Ahad lalu. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika pelajar berusia 22 tahun tersebut diterkam dari belakang oleh seorang lelaki ketika dia sedang berjoging pada pukul 7 pagi. "Selepas menutup mulut mangsa, suspek terus menolaknya ke dalam longkang sebelum merampas telefon bimbit gadis itu. Suspek kemudian membuka baju dan seluar mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu. "Suspek yang bagaikan dirasuk kemudian cuba memasukkan sebatang ranting untuk ditusuk ke kemaluan mangsa tetapi gagal selepas mangsa melawan sebelum dilepaskan," kata beliau kepada Kosmo! semalam. Tambahnya, suspek turut mengugut akan membunuh mangsa jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum melarikan diri. Menurut sumber itu, mangsa yang mengalami luka di seluruh badan kemudian keluar dari longkang tersebut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam yang menemuinya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil Posted: 02 Feb 2011 05:00 PM PST Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut - Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut. "Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya. Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya. Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini. Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk. Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama. Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok. "Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim. - Malaysiakini lagiberita KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



nyambut kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, pada masa yang sama kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak petrol RON 97. Kemenangan diraikan sehingga melupakan rakyat lebih kurang 11,000 orang yang berada dalam trauma dan ketakutan di Mesir akibat daripada rusuhan rakyat Mesir memprotes kerajaan Husni Mubarak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan