DUNIACACAMARBA |
- Cuba Lihat Kandungan Mi Segera yang Anda Makan Setiap Hari
- Ingat Kes Bunuh Pelajar di Teluk Intan? Pembunuh, Perogol, Peliwatnya Didakwa
- “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”
- Penyanyi Rock Kantoi Dadah. Teka-teki Terjawab.
| Cuba Lihat Kandungan Mi Segera yang Anda Makan Setiap Hari Posted: 03 Feb 2011 04:30 AM PST
Masih teringin makan mi segera? * Maaflah blog tidak dapat menyiarkan berita terkini kerana masalah kelembaban perkhidmatan jalur lebar. | ||
| Ingat Kes Bunuh Pelajar di Teluk Intan? Pembunuh, Perogol, Peliwatnya Didakwa Posted: 02 Feb 2011 10:00 PM PST Saya petik:
| ||
| “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.” Posted: 02 Feb 2011 06:30 PM PST Apabila jurublog pro-PR membangkitkan isu keselamatan dan menyiarkan desas-desus tentang pelajar Malaysia dirompak dan dirogol di Mesir, jurublog pro-UMCO terus menjawab dan mempertahankan kerajaan dengan pelbagai alasan. Sedangkan dalam keadaan huru hara itu, macam-macam kejadian jenayah boleh berlaku. Bukan itu sahaja, mereka turut menolak dakwaan pelajar Malaysia di sana diancam kebuluran kerana kehabisan bekalan makanan. Walhal dalam hal ini kerajaan jelas dilihat lembab mengambil tindakan untuk membawa pulang warganegara Malaysia di bumi Mesir yang sedang bergolak berbanding dengan negara-negara lain. Hari ini seperti yang diberitakan di Kosmo, sekumpulan ibu bapa merayu agar anak mereka segera diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia. "Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka." Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir. Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat. Pakar Pergigian HRPZ II, Datuk Dr. Rosli Abdul Rahman berkata, ketika dia menghubungi anaknya, Mohd. Fathur Rahman, 21, semalam, suara anaknya itu dalam keadaan terketar-ketar kerana dalam ketakutan. Menurutnya, biar pun anaknya itu cuba meyakinkan dirinya bahawa dia dalam keadaan selamat, namun kebimbangan tetap menyelubungi anaknya yang menuntut dalam bidang perubatan itu. "Saya tak pernah dengar suaranya terketar-ketar sebelum itu. Saya yakin, bukan sahaja anak saya tapi semua pelajar yang berada di sana juga dalam keadaan ketakutan dan saya minta kerajaan bertindak cepat. "Dia cakap kali terakhir dapat beli bahan makanan ialah empat ekor ayam Jumaat lalu. Sekarang ini dah berapa hari duduk dalam rumah enam orang, mesti tidak cukup dan macam mana mahu beli kalau ada perintah berkurung dan rusuhan," katanya. Yang lebih mengejutkan dan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila pihak kedutaan Malaysia dan pegawai terlibat di sana didakwa tidak menjenguk pelajar Malaysia di sana. Saya petik sedikit tulisan Abdul Manap Tajudin di ASD:
Cuba bayangkan Rosmah Mansor atau anak VVIP yang terperangkap di sana? Sudah tentu PM mengggunakan segala saluran dan kemudahan untuk membawa mereka pulang. Berkaitan: * SMS pilu "SMS (khidmat pesanan ringkas) terakhir yang saya terima pagi tadi (semalam) memaklumkan dia kini terpaksa berkurung dalam rumah sewanya bersama beberapa rakan lain selain hanya mengalas perut dengan roti cecah kuah setiap hari sejak seminggu lalu," kata Eashah Alias, 63, ibu kepada Meor Abdul Rahman Meor Sidek, 27, antara penuntut Malaysia yang menuntut di Kaherah, Mesir. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Penyanyi Rock Kantoi Dadah. Teka-teki Terjawab. Posted: 02 Feb 2011 04:58 PM PST |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan