Selasa, 15 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


WAJAH SEBENAR LIM GUAN ENG TERBUKTI...

Posted: 15 Feb 2011 06:23 AM PST

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.
Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.
Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.
"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.
"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.
Ini, katanya seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi bahawa kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti kesederhanaan adalah adil, kesederhanaan adalah konsisten, kesederhanaan adalah keamanan, kesederhanaan adalah lambang kebaikan, kesederhanaan adalah lambang kekuatan dan kesederhanaan adalah tunjang kekuatan.
Beliau menambah, kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

AKU SAMBUT BLOGGER BERSATU LAWAN TIRANI..JOM SEMUA

Posted: 15 Feb 2011 05:01 AM PST

Salam Maulidur Rasul,Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?
Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.
Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.
Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.
Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?
Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!
Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.
Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!
Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!

EDYES @ edyesdotcom
Sebarkan artikel ini !

GAIRAH CINTA MEMBARA SEBUAH PERJUANGAN

Posted: 15 Feb 2011 01:05 AM PST

AKU JUGA SUKA JIKA ANWAR BERKORBAN MASUK PENJARA SEKALI LAGI

Posted: 14 Feb 2011 11:13 PM PST

Kalau pemimpin Umno yang tegur, mungkin itu tidak benar kerna Umno musuhnya. Kalau MCA, MIC atau Gerakan yang mengata, juga tidak benar kerna MCA, MIC dan Gerakan adalah teman sekatil Umno.

Tapi bila pemimpin dan ahli sendiri yang kata telah bosan dan menyampah, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena!! Malangnya, masih ada yang pekak, ada yang tuli.

Maka benarlah apa yang kerap dihujahkan sebaik selasai pru-12, Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat menang besar bukan kerna kekuatannya tetapi kerna rakyat ingin memberi pengajaran kepada Umno/BN.


Pada 14hb Nov. 2009 antara lain saya menitipkan:

Pemimpin-pemimpin ini yang dulunya bertindak sebagai "Wakil Rakyat" yang menyampaikan suara rakyat, yang sanggup berhujan dan berpanas bersama rakyat, yang menentang dengan lantang, keras dan bersemangat isu-isu berkaitan penindasan terhadap rakyat telah bertukar wajah. Suara mereka menjadi semakin lunak tetapi meloyakan. Mereka lebih kerap berbincang tetapi tidak lagi dengan rakyat dijalanan, desa atau kampung. Mereka berdiskusi di dewan-dewan besar dengan hidangan mewah. Mereka bermesyuarat tidak lagi di restoran-restoran atau balairaya tetapi di Dewan Majlis Perbandaran, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara atau setidak-tidaknya di lobi-lobi hotel 5 Bintang. Kemeja T menjadikan badan mereka gatal dan melekit. Mereka 'terpaksa' berkemeja panjang dengan kot berjenama.

Mereka bukan ahli korporat tetapi gaya mereka menggalahkan CEO konglomerat. Mereka semakin kekok dan tidak selesa dengan Proton Wira, Dutsun 130Y apatah lagi kacil 850. Mereka telah maju dan mula berjalan laju. Justera berjalan terlalu laju, mereka terlupa memandang dan menghulur jabat kepada rakyat yang dahulunya sahabat. Mungkin mereka tergesa untuk urusan rakyat. Teruskan. Semoga urusan dapat diselesai dan masalah terurai. (baca seterusnya di sini)

Kehebatan PKR yang tidak dapat dinafikan ialah cara pemimpin kanan parti menyelesaikan masalah hanya dengan KY-gel. (baca di sini)  
Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi. Syaratnya: Jangan Kritik PKR!


Pada 25hb Dis. 2010 antara lain saya menulis:
Secara jujur, saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan PKR sebagai rakan induk dalam Pakatan Rakyat dapat berdiri gagah dan berwawasan luhur untuk mentadbir negara dengan menumpaskan Umno/BN dalam pru-13 nanti. Malangnya, tindak-tanduk pemimpin PKR pasca pru-12 dalam banyak hal tidak menjurus ke arah mengamalkan apa yang mereka sendiri ucap atau janjikan! (baca di sini)
Di bawah ini adalah apa yang tuliskan oleh sahabat saya. Saya mengenali sdra. Isa, saya juga kenal MSK,  dan saya akui apa yang tulisnya adalah benar!

Setiausaha Agung pun 2x5 jer.... aaaahhhh... pi mampuslah kat PKR... kalau Anwar Brahim masuk penjara pun bagus gak.... Wan Azizah yang selama ini macam puppet boleh aktif semula... kah..kah..kah....

Ahhh... persetankanlah pasal PKR nih... (baca di sini)

TERIMA DASAR KEUTUHAN PAKATAN JIKA MAHU BERTANDING:BETUL BETUL BETUL!!1

Posted: 14 Feb 2011 08:56 PM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu, kata timbalan presidennya Azmin Ali semalam.

Kata beliau, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

"Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?" kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Jika dipilih, MCLM berkata, calon-calonnnya akan memutuskan isu berdasarkan pada suara hati mereka berbanding konsensus perikatan. Ia hanya akan menawarkan calon kepada PKR, bukan kepada DAP dan PAS.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya berkata kepimpinan tertinggi PKR termasuk ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dengan PSM hujung minggu lalu untuk membincangkan peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13.

"Mereka setia kepada kami, berbanding dengan mereka lari dan berpaling tadah.

"Jadi, kami tiada masalah memberikan mereka dua lagi kerusi selagi mereka bersedia untuk berdiri bersama kami," kata beliau. PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008.

TOLONG BAYAR BIL INTERNET GUA BRO..

Posted: 14 Feb 2011 07:46 PM PST

BIL INTERNET  DAH KENA POTONG BRO BERJUMLAH RM935..SAPE NAK TOLONG BAYAR HUBUNGI SY MELALUI CONTAC KAT ATAS TU YER..

DAH TAK LARAT JUGA NI BERJUANG TANPA UPAH...
ADA TAK ORANG UMNO NAK UPAH AKU...
NAK PINDAH SOKONGAN LA PULAK..

KUASA ALLAH:MUBARAK TUMBANG TANPA PEDANG DAN PELURU

Posted: 14 Feb 2011 06:42 PM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir
Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

"Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.

NONE"Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?" katanya.

Nik Aziz berkata usaha menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

"Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak," katanya.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

"Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.

"Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch (cawangan khas) Quraisy.

"Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?" tegas Nik Aziz dalam satu kenyataan.

SEKS ORAL PAKAI MULUT SAIFOL KE?...

Posted: 14 Feb 2011 05:40 PM PST

Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."
Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
NONEDoktor berkenaan berkata, beliau telah mengambil spesimen daripada bahagian puting dada dan juga daripada mulut Saiful (kiri).
Khairul Nizam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.
Doktor berkenaan ditanya berhubung satu prosedur DNA yang tidak dijalankannya ke atas Saiful.
Jelasnya, prosedur berkenaan tidak dijalankannya ke atas bahagian belakang dan punggung Saiful kerana perkara itu "tidak perlu."
Khairul Nizam berkata, beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.
Tambahnya, seorang lagi doktor – Dr Razali Ibrahim menjalankan pemeriksaan ke atas anus Saiful memandangkan doktor berkenaan merupakan seorang pakar.
Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.
Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.
Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.
Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.
Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.

APA!!!.. NAJIB TAKUT KALAH DI PEKAN?

Posted: 14 Feb 2011 04:10 PM PST

PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

"Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan," katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

"Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi," katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

"Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

"Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun," katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

Tiada ulasan: