Selasa, 15 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


4000 Tiada IC atau 4000 pengundi hantu?

Posted: 15 Feb 2011 02:44 AM PST

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam dianggarkan kira-kira 4,000 masyarakat India tempatan telah dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Benarkah itu? Kenapa aku nampak seperti ada kaitan dengan message yang aku terima 25 Januari lepas saja ni..

Message dari seorang sahabat "saya dapat maklumat semalam...umno dengan kerjasama JPN telah keluarkan ic untuk mamak2 nasi kandar penang dan pekerjanya.Program tersebut dibuat disebuah dewan di pekan baru parit buntar... depa dah maklum dalam mesuarat ajk bahagian umno nibong tebal... yang mana ic merah dan xada ic semua dibuat ic baru semalam.."


4,000 Masyarakat India Tiada Dokumen Pengenalan Diri



PUTRAJAYA 15 FEB: Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.

Sehubungan itu, katanya Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Feb ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Kempen selama lapan hari itu membabitkan proses mendokumentasikan masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sewajarnya seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta masih memiliki kad pengenalan merah dan belum memohon status warganegara.

Ia dianjurkan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri dan disokong oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO), MIC, agensi kerajaan, guru, serta pertubuhan politik dan sukarelawan.

Subramaniam yang juga pengerusi pasukan petugas khas pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan Timbalan Presiden MIC turut mempelawa masyarakat kaum lain yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri untuk mendaftar pada kempen itu.
Sepanjang kempen itu sebanyak 85 kaunter khas JPN akan dibuka pada waktu pejabat termasuk Sabtu dan Ahad, katanya.

Katanya setiap negeri yang terlibat dalam kempen itu iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor akan mempunyai penyelaras utama dengan dibantu sukaralewan dari MIC dan NGO.

"Kita juga akan beri tumpuan kepada beberapa tempat antaranya sekolah-sekolah Tamil untuk memastikan semua murid yang tiada sijil kelahiran akan diselesaikan serta di rumah-rumah kebajikan kerajaan dan swasta yang ada di antaranya (penghuni) tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap," katanya.


Bernama.

My Balik Pulau : ADUN Pulau Betong dan Utusan disaman akhirnya..

Posted: 15 Feb 2011 12:47 AM PST

ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad merangkap Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akhirnya disaman juga dalam isu risalah 'My Balik Pulau'.

Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menggantikan Hasbie Satar yang telah ditahan SPRM kerana dirumahnya ketika serbuan ada RM2 Juta tunai.. bila dituduh di Mahkamah beliau tidak mengaku bersalah..

Hasbie Satar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari tahun lepas kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.- berita penuh sila baca di (SINI)

My Balik Pulau : Saman Malu dikeluarkan terhadap ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2010 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah "My Balik Pulau". Dalam lapuran bertajuk "Lupa Sejarah, Hina Melayu", kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah "My Balik Pulau" tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran "My Balik Pulau" ini.

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu". Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.


LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011*

Tak lama lagi kita dengar 'Guru Agama Guan Eng' la pulak..

Posted: 14 Feb 2011 10:43 PM PST



Di kampung aku ada sebuah Sekolah Agama Rakyat, yang bernama Madrasah Al-Aminiah terletak di Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada tahun lepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng telah menghulurkan bantuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Agama itu sebanyak RM183,500.00 dan tahun sebelumnya juga ada diberikan.

Oleh kerana setiap tahun Guan Eng datang ke Sekolah Agama Rakyat itu bagi menyerahkan sendiri Cek sumbangan Kerajaan negeri itu, penyokong tegar UMNO di dalam kampong aku itu telah menukarkan nama Madrasah Al-Aminiah kepada Sekolah Agama Guan Eng..


Bila ditanya kenapa Sekolah Agama Guan Eng? Jawabnya Guan Eng selalu bagi duit kat sekolah tu..

Sekarang Guan Eng selalu pula membantu Guru-Guru KAFA.. lepas ni mungkin akan kedengaran pula Guru Agama Guan Eng pulak..


Gambar Sekolah dipetik dari Blog Madrasah Al-Aminah

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa

Kesemua 1,500 Guru Kafa Akan Diberikan RM100 Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang Bertemakan "Wasatiyyah(Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah(Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Bayaran RM 100 one-off ini akan makan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan oleh saya kepada mesyuarat EXCO pada hari Khamis ini.

Pada tahun lepas, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.

Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasua Kesederhanaan adalah adilah antarabangsa terunggul Transparency International.

Kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup. Seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi,

Kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti berikut:-

1. Kesederhanaan adalah adil
2. Kesederhanaan adalah konsisten
3. Kesederhanaan adalah keamanan
4. Kesederhanaan adalah lambang kebaikan
5. Kesederhanaan adalah lambang kekuatan
6. Kesederhanaan adalah tunjang kekuatan

Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.


LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15.2.2011.*

Eh?? Pagi tadi ada.. Tengahhari dah hilang berita ni..

Posted: 14 Feb 2011 08:21 PM PST

Hairan juga ni.. pagi tadi ada tengahhari dah hilang pula..

Sebenarnya berita mengenai isu Taman Pelangi ini aku dah baca di Sinar Harian Online Edisi Utara pagi tadi, malangnya bila aku cari semula untuk dicopy and paste di dalam blog ini tengahhari ini, berita itu telah tiada..

Berita dibawah ni aku copy dari blog Sharpshooter pasal Sinar Harian dah menghilangkannya.. aku copy sekali dengan gambar.


Hanya 10 gerai dirobohkan.



JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini.


Ahli Majlis, Amir Hj Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

"Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. "Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan.

Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

"Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan?

"Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan 'Mini Hatyai'," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan.

Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

"Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. "Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan," katanya.


Sinar Harian

Ummi Hafilda bersumpah lagi.. disaksikan Raja Sumpah

Posted: 14 Feb 2011 07:38 PM PST

"Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini," katanya sambil membiarkan aurat terdedah pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin..

KLANG: Ummi Hafilda Ali yang menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, mengulangi sumpah laknat bagi menolak fitnah dilempar ke atasnya kerana membongkar perbuatan liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

(Gambar : UMMI HAFILDA menunjukkan dokumen untuk membongkar skandal Anwar sambil disaksikan Mohamad Ezam (kiri) di Klang, malam kelmarin.)

Beliau berkata, tindakannya itu bertujuan mempertahan maruah diri dan keluarga daripada terus dizalimi pemimpin pembangkang dan konconya.


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya bersumpah tidak pernah diupah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau mana-mana tokoh politik bagi membuat keterangan bersumpah berkaitan salah laku Anwar.

"Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini," katanya pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin. Turut hadir bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ummi Hafilda berkata, beliau melakukannya semata-mata untuk memerangi pembohongan Anwar yang juga Penasihat PKR.

"Anwar dan abang saya, Azmin membohongi rakyat dengan mengatakan saya dapat berjuta ringgit, saya dapat upah, saya dapat imbuhan dan lebih pedih lagi saya dikatakan tidak bermoral," katanya sambil menambah mereka berbuat apa saja bagi menutup kemungkaran.

Beliau juga berang dengan perbuatan Anwar merosakkan pemikiran abangnya sejak Azmin berusia 24 tahun.

Ummi Hafilda juga menjelaskan beliau kembali ke arena politik kerana sudah muak dengan pembohongan Anwar dan Azmin yang semakin berleluasa.

"Sedikit masa lagi saya akan melancarkan peluru berpandu yang lebih hebat," katanya yang sanggup kehilangan seorang abang daripada melihat 27 juta rakyat Malaysia huru-hara akibat perbuatan Anwar dan Azmin.

Sementara itu, Mohamad Ezam berkata, UMNO akan membantu Ummi Hafilda memerangi bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menimbulkan kacau-bilau dan memecahbelahkan rakyat sejak 13 tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sedia membantu serikandi itu kerana yakin fakta dibawanya benar. Langkah itu perlu bagi menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan Anwar yang juga Penasihat PKR.

"Kita harus berterima kasih kepada Ummi Hafilda kerana sanggup mengorbankan diri untuk agama, bangsa dan negara hingga terpaksa membuang abangnya, Azmin. Kita juga sedia membantu bagi membongkar kemungkaran Anwar," katanya.


Berita Harian Online

Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk

Posted: 14 Feb 2011 07:06 PM PST

KAHERAH: Dua anak lelaki Hosni Mubarak hampir bertumbuk Khamis lalu apabila bekas presiden Mesir itu memberi ucapan terakhirnya dalam usaha untuk kekal berkuasa, lapor akhbar kerajaan, Al-Akhbar, kelmarin.

(GAMBAR fail pada tahun lalu Alaa (kiri) bersama Gamal ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.)

Alaa Mubarak menuduh adiknya Gamal, yang memegang jawatan kanan dalam parti pemerintah, memusnahkan detik akhir pemerintahan bapa mereka, 82, kerana mempromosi rakan perniagaannya dalam kehidupan berpolitik.


Alaa dilaporkan berkata, perkara itu mengubah pandangan rakyat Mesir ke atas bapa mereka, yang berkuasa sejak 1981. "Kamu rosakkan negara apabila buka jalan kepada rakan dan inilah akibatnya. Kamu membantu menghancurkan imejnya pada hari terakhir kuasanya, membantu merosakkan imejnya dengan perbuatan ini," akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Akhbar itu tidak memberitahu sumber, hanya mengatakan ia 'diberitahu,' mengenainya. Tiada cara untuk mengesahkan laporan terbabit.

Pertengkaran itu berlaku di istana presiden di sini ketika Mubarak merekodkan ucapan terakhirnya, yang diharapkannya dapat memujuk penunjuk perasaan untuk bertenang dan berjanji memberi peluang untuk satu perubahan ketika bulan terakhir Mubarak sebagai presiden.

Pegawai kanan terpaksa campur tangan untuk meleraikan mereka. Gamal Mubarak, 47, menghabiskan 11 tahun bekerja di Bank of America di sini dan London, dan ada banyak pengaruh dalam kerajaan selepas Mubarak melantiknya mengetuai jawatankuasa dasar Parti Demokratik Nasional (NDP) yang memerintah, pada 2002.

Penganalisis berkata, beliau memudahkan laluan rakan perniagaannya kepada jawatan kanan dalam NDP dan ke dalam kabinet Ahmed Nazif, perdana menteri yang disingkir Mubarak beberapa hari selepas bantahan besar-besaran meletus di Mesir, 25 Januari lalu.

Ramai rakyat Mesir menganggap Mubarak melatih Gamal sebagai penggantinya. Sebelum Gamal, ada spekulasi pada 1990-an bahawa Mubarak mahukan Alaa, seorang ahli perniagaan untuk menggantikannya.

Reuters

Tiada ulasan: