Selasa, 15 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Bravo!! Bangga sangat dengan kamu.

Posted: 15 Feb 2011 07:42 AM PST



Bravo!! Syukur alhamdulillah kerana 60 orang anak-anak muda ini telah berjaya dibukakan pintu hati mereka untuk bersama-sama menegakkan panji-panji agama bersama PAS.

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

[sumber:sini]

Siapa punya taik?? Lembu atau sapi??

Posted: 15 Feb 2011 05:05 AM PST


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, semakin popular dan semakin kukuh kedudukannya di sana. Lantaran itulah, maka UMNO Pulau Pinang semakin serba tak kena.

Mereka gusar dan bimbang, jika sesuatu tidak dilakukan, alamatnya dalam PRU13 nanti.... mereka akan terkuburlah. Oh... tidak! Tidak... tidak... Ya ammpooonnn!!!

Sebab itu, mereka sanggup buat apa saja untuk mengoyahkan kedudukan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan harapan mereka masih ada peluang untuk terus bernyawa di sana. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan memainkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan pergeseran kaum iaitu isu rasis. Begitulah terdesaknya, puak-puak UMNO Pulau Pinang.

Isu risalah My Balik Pulau dijadikan bahan fitnah untuk menimbulkan perasaan benci terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, khusunya dalam kalangan masyarakat Melayu. Ini merupakan satu lagi taik yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

Apakah ini kes... lembu punya taik, tetapi sapi kena tuduh??

Kalau dikaji secara waras... bodoh sangat ke Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang hingga sanggup memainkan satu isu rasis macam ini, yang boleh menggugatkan kedudukan mereka?? Bangangkah mereka untuk menjeorpadizekan kedudukan mereka yang semakin diterima??

Isu ini merugikan siapa dan menguntungkan siapa??

For sure... kerajaan Pakatan yang rugi dan UMNO yang akan untung, kan?? Jadi... hangpa ingat, siapa dalangnya?? Yang dapat rugi atau yang dapat untung??

Apa-apa pun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi tempoh 7 hari kepada si Farid Saad, ADUN Pulau Betong untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka. Namun setakat ini dia belum berbuat demikian.

Well then.... in that case, we'll see you in court.

[sumber: sini, sini dan sini]

Ngapa tak gigit dan lari jer??

Posted: 15 Feb 2011 02:15 AM PST



Dah besar panjang kena paksa?? Giler... giler.... Ini dongeng punyer cerita.

Ituler kata saksi doktor di hospital tu. I repeat....Kata dia, budak yang dah besar panjang tu, dakwa dia kena paksa??

Isy... isy... ngapa ler tak kata balik, pada dia....

Ngapa kamu tak GIGIT dan LARI jer?? Habis cerita.

Betoi.... Betoi.... Baruler ada bukti sahih yang dia kena paksa, sebab ada kesan luka.

Ek ele.... ya tak ya jugak, ek?? Hmm.. bodohnya budak tu.

[sumber]

Kena saman!!

Posted: 15 Feb 2011 12:21 AM PST

Fitnah?? Khalid kena saman!!



Fitnah?? Tony Pua kena saman!!



Siapa saman mereka??
Ha...ha... ha...
Dracula penghisap darah rakyat, SYABAS.

[Baca seterusnya di sini atau sini]

Eeeee.... riaknya.

Posted: 14 Feb 2011 10:46 PM PST


Geram betoi aku!! Apa ler mamat Cina ni.... Dulu bagi RM250.... riuh rendah 1Malaysia. Tak cukup ke lagi??

Eeee.... Nak cari pasal mamat ni. Hari ini, dia buat hal lagi. Dah kasik RM250.... ini kasik lagi RM100 pulak. Weh... janganler nak tunjuk yang hang tu banyak duit sangat dan nak tunjuk prihatin pulak, pada guru-guru Kafa di Penang. Nanti depa mua..... [baca sini]

Hello apek... mau kasik UMNO punya olang malah ka?? Haiyooo.... lia olang banyak ber-BULU oooo. Berbulu sama lu maa... Jangan itu maciam la.... Nanti, lia olang punya hati mayiak sakit kalu... ada lagi lia olang punya ADUN atau MP mati maa. PRK mali.... susah maa.. Mana lia olang mahu cali luit, maaa?? Nanti, lia olang cikik lagi lakyat punyia luit. Kesian.... sama lakyat loh...

Ha... ha... ha... acah jer tu!! Bukannya aku marah pada Guan Eng, tetapi aku sokong tak terkira peratusnya.

Duit rakyat yang diurus tadbir dengan baik..... hasilnya dapat balik kepada rakyat untuk merasanya. Apa masalahnya?? Tak da masalah.... Syukur alhamdulillah.

Syabas Guan Eng!! Melalui pentabiran yang cekap, telus dan berhemah serta adil.... ekonomi negeri bertambah makmur. Golongan yang kaya, tak hidup susah. Tak terjejas, malah... bertambah sejahtera. Mana kala, rakyat yang kurang berada, urusan mereka dipermudah dan kehidupan mereka bertambah terbela.

Rakyat di negeri lelain, yang duduk dibawah perintah UMNO/BN tak nak merasa ke, nikmat dan sejahtera, seperti mana rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat?? Fuuhh!! Seronok ooooo.... Hmmm, itu belum lagi PR duduk di Putrajaya..., kalau dapat ler, macam-macam lagi rakyat boleh dapat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermaruah dan tak susah.

Jadi... Ubah. Selamatkan maruah kita. Ubah.... agar kita tidak hidup macam peminta sedekah.

Awas!! Cempedak boleh jadi nangka...

Posted: 14 Feb 2011 09:17 PM PST


Anwar kata di sini:

Ciri Mubarak- zalim, rompak harta rakyat, kongkong media, fitnah

Di Mehsia pun, dah nampak ciri-ciri tu. Soooo obvious!! Kita bagi contoh paling mudah.

Di Mehsia, pemimpinnya zalim:

Kita ada ISA. Tangkap orang tanpa bicara dan sumbat dalam penjara. Keluarga terpisah dan berpecah. Hidup mereka menderita. Hilang tempat bergantung, hilang kasih sayang. Zalim, kan??

Dalam keadaan ekonomi teruk dan inflasi melabung tinggi, kerajaan tarik sabsidi kepada rakyat. Minyak naik dan barangan serta kos perkhidmatan turut naik. Begitu kos sara hidup Yang tak naik.... pendapatan.
Sebaliknya, mengecut!!

Rakyat melacur, rakyat merompak, rakyat berhutang, rakyat meragut, rakyat mengemis dan rakyat bermandi peluh untuk teruskan kehidupan. Zalimnya sang pemerintah!! Rakyat dahulu di'sembelih'. Sabsisdi kepada kroni... tak boleh diusik, nanti tak boleh mereka nak korek dan kecek.

Di Mehsia, para pemimpinnya rompak harta rakyat:

Aha.... kantung Petronas yang dulunya buncit, sudah kempis.... hampir habis kena kikis. Bukit yang ditarah, dah nak hampir flat. EPF.... Tabung Haji.... tak selamat lagi. Di mana ada wang rakyat, cepat jer mereka 'sebat'.

Di Sarawak... gejala rompak harta rakyat oleh Lanun Maha Haprak.... lagi obvious, lagi dhasyat. Terang lagi bersuluh beb!! Ibarat orang buta, yang tak nampak tetapi..... mereka boleh hidu bau gejala rompakan yang dilakukan. Begitu dahsyat sekali....


Hasil petroleum Kelantan dan Terengganu dirampas. Tengok apa yang berlaku pada Projek PKFZ, wang rakyat dirompak dengan begitu mudah. Wang rakyat dikebas, untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan proksi. MAS... contoh paling baik. Wang rakyat juga dirompak melalui dasar penswataan. Ha... ha... satu dasar, cekik darah rakyat!!

Di Mehsia, mereka konkong media. Surat khabar mesti ada permit. Kalau yang mohon itu penjilat kerajaan., cepat jer permit lulus. tak diganggu, tak digugat. Mereka bebas siarkan apa saja.... bohong, fitnah, hasut dan propaganda, sang pihak berkuasa, tutut sebelah mata!! Kadang-kadang kedua-dua mata dibutakan.

Tetapi.... kalau pihak yang nak buat surat khabar atau yang sewaktu dengannya, daripada pihak yang suara mereka tak begitu lunak pada halwa telinga sana pemerintah... pemberian permit akan dilengah-lengahkan. Ada yang ditolak. Malah, ada yang sudah diberi permit sekalipun dengan mudah mereka akan tarik dan gantung. Kekadang, mereka main tarik-tarik tali. Itu pun berlaku juga. Celaka mereka!!


Kini, mereka dalam proses mencuba pula untuk mencengkap media elektronik, yang menjadi alat komunikasi dan informasi yang lebih dipercayai. Cepat dan mudah!! Apa-apa pun, boleh diperoleh di hujung jari saja. Banyak kepincangan pemerintah yang sudah terdedah dan boleh diakses oleh rakyat dengan begitu mudah dan disebarkan dengan sekelip mata. Sang pemerintah diserang dan dihentam di alam maya. Syusah dan bahaya buat mereka.

Lantas, mereka bukak luas genggaman tangan mereka yang berkuku besi mereka untuk mencengkam yang ini pulak. Pelbagai akta dan peraturan dikuatkuasakan untuk menakut-nakut dan menganiaya para penggunanya alam maya.... terutama yang bertentangan arus dengan mereka. Baculnya mereka!!

Di Mehsia juga, fitnah berleluasa....

Yang teruk difitnah ialah pihak pembangkang, baik partinya, mau pun para pemimpinnya. Paling teruk kena fitnah ialah Anwar Ibrahim. Dialah peliwat agong... Dialah ejen Yahudi.... Dialah pengkhianat negara dan bangsa..... Dialah ejen Barat, khususnya Amerika. Dialah kuda tunggangan DAP... Anwarlah manusia paling keji di muka bumi!!

Tok Guru Nik Aziz yang kita sayangi, tak kurang juga difitnah. Dia dikatakan menyesatkan kita... Dia dituduh mengunakan Islam untuk kepentingan politiknya. Dia cuba dituduh dengan rasuah dan salah guna kuasa. Tetapi, Allah SWT melindunginya. Segala fitnah tersebut, berpatah balik dan terpanah ke batang hidung mereka.

Guan Eng begitu juga. Khalid Ibrahim tak terkecuali... Pelbagai fitnah dan tohmah cuba dipalitkan ke atas mereka. Tetapi setakat ini.... alhamdulillah, rakyat boleh nampak yang fitnah-fitnah itu tak berasas dan fitnah lompong semata-mata.

Oleh itu.... sahlah bahawa ciri-ciri kediktatoran Mubarak, si 'Firaun Moden', memang wujud di Mehsia. Lantas, ramai yang memperingatkan diktator di Mehsia, agar ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir dan yang kini sedang merebak ke banyak negara di Timur Tengah.

Malah, diktator di Mehsia ini pun, rasanya.... dah termakan cili dari Timur Tengah. Sebab.... dia mungkin dah terasa pedas dan pijornya, apabila dia berkata.... keadaan di Mehsia tidak sama dengan di Mesir.

Eh.... eh.... ya ke, tak sama??

Anwar kata sama. Rakyat pun nampak ciri-ciri persamaannya. Mengapa awak kata tak sama?? Buta, ek??

Hello.... di negara Mehsia Boleh, cempedak boleh menjadi nangka, tau?? Don't take rakyat Mehsia for granted??

Tiada ulasan: