Selasa, 8 Februari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Projek Langgar Kelantan 11 Februari 2011.

Posted: 08 Feb 2011 09:02 AM PST

Apdet : Sekali silap tarikh plak. Jumaat ni bai. 11 Februari 2011. Projek Langgar Kelantan. Apa2 hal gua info..

Gambar Hiasan dari MSO.

Rasuah: Ketua UMNO Pandan pitam ketika tuduhan dibaca

Posted: 08 Feb 2011 08:59 AM PST

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abdul Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abdul Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan. - Bernama

Projek Langgar Kelantan 11 Februari 2011.

Posted: 08 Feb 2011 02:54 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Projek Langgar Kelantan akan berlaku pada Jumaat 8 Feb. Insy.. laporan dan hasil perlanggaran maybe disiarkan di blog gua sehari dua selepas itu kalau tak berlaku apa2 di luar dugaan. Sekian dulu.

Apdet.


Sekali silap tarikh plak. Hua3... Jumaat ni bai. 11 Februari 2011. Projek Langgar Kelantan.

Cerita sebenar wujud cadangan PAS tidak bertanding di Merlimau.

Posted: 07 Feb 2011 06:38 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Jin Gua.

Semasa perjumpaan bloggers / facebookers - kerajaan Kelantan tempoh hari, gua didatangi oleh beberapa wakil media. Antaranya Malaysiakini dan Director KL Today, Shaharul Anwar. Beberapa wakil media menyatakan persediaan membuat liputan dengan projek Langgar Hadi selepas Mac, di Rusila, pada tahun ini. Jika Allah izinkanlah.

Selesai pertemuan, ketika masing2 sibuk bergambar dengan pimpinan Kelantan, gua didatangi oleh 3 individu. 1 awek, 1 lelaki sebaya gua dan 1 lelaki tua kurus yang gua anggar berumur 60 tahun. 3 individu tersebut biadap kerana bertanya soalan ketika gua berjalan. Nyaris2 gua rampas peralatan mereka.

"Assalamualaikum.. Maaf. Saudara AdukaTaruna ke?" Tanya awek tu kepada gua.

"Yer saya."

"Saya ingin bertanyakan beberapa soalan dan pendapat kepada saudara."

"Boleh. Tapi perkenalkan dulu kamu semua dari mana."

Mereka memperkenalkan diri dari media SIASAH.

"Ooo.. ok. bro MSO." Gua spontan jawab. Persepsi gua, berdasarkan rekod yang lepas2, SIASAH dan MSO adalah pro kepada team Hadi / UG.

"Ya.. ya.. MSO." Jawab awek tersebut.

Gua tengok awek tu tukang tanya sambil catit. Lelaki sebaya gua tu tukang dengar dan sampuk sambil catit. Lelaki kurus tua tu pula pikul kamera, letakkan atas 'kaki 3 kamera' dan hulurkan microphone. Adusss... kesian siot gua. Berat tu gua rasa kamera jenis pikul tuh. Tapi, lelaki jenis tua gak la yang penakut pukul gua dari belakang. Hua3....

Ketika berambus pulang, gua tengok pakcik tua yang sama gak pikul kamera tu turun lif dengan gua dan rakan2.. manakala lelaki sebaya gua tu pegang buku nota jer. So, kalau lu baca N3 ni, gua cadangkan, lu tolongla bawak kamera tu lepas habis tugas. Biar pakcik tua tu pikul kaki kamera n peralatan lain jer. Walau maybe gua tak tahu situasi kerja lu, tapi gua cadangkan tolong-menolong la sket bro.. setakat bantu bawa kamera...

Hampir sebulan berlalu, selepas keputusan Tenang, MSO bantai Hadi! Mak aih.... gua dan team pun tak belasah Hadi kerana keputusan Tenang. Takper la.. bergocoh dalam pendapat boleh membina kualiti intelek masyarakat. Asal jangan rampas peralatan MSO, dan belasah dia secara berani2 ayam mengeram, sudah. Kena professional ma..

Tekanan dari PAS untuk PAS tidak bertanding di Merlimau.

Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, dan pertembungan pendapat di antara Zulkifli Sulong dengan pimpinan PAS, gua terus contact jin gua bagi mengkidnap qarin kepada beberapa pimpinan PAS. Dan inilah permasalahan sebenar yang gua kongsi. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Gelombang menentang Hadi dan puak2 Terengganu semakin membesar. Tetapi ditafsirkan sebagai gelombang menentang ulama. Bagi pihak gua dan rakan, kebetulan word ulama itu sudah menjadi berhala sembahan, maka, pemusnahan berhala dilakukan dengan menggunakan word ulama.

Selepas keputusan Tenang, pembantaian MSO terhadap Hadi adalah kemuncak ketakutan puak2 Terengganu. Kerana MSO adalah benteng pembinaan fikrah yang boleh dikatakan kilang menghasilkan pengikut kepada puak2 Terengganu. Jika dulu MSO menjadi sumber makanan fikrah puak Terengganu di TKO, kini MSO telah menjadi kafir harbi di TKO.

Dan, berdasarkan rekod, keputusan Merlimau sudah pasti sama dengan keputusan Tenang. Semua ini ditakdirkan Allah berlaku ketika fasa pemilihan. Keputusan berdasarkan rekod ini, sangat2 menakutkan Hadi dan puak2 yang bergantung kepada jubahnya. Jika keputusan Tenang menyebabkan MSO 'murtad', bagaimana dengan keputusan Merlimau yang sangat rapat masanya? Allah takdirkan semua ini berlaku dalam tahun pemilihan, dengan hikmah yang Allah sendiri ketahuinya secara tepat. Wallahualam.

Sebenarnya keberhalaan ulama ini sudah menukarkan falsafah Islam kepada biar Islam kalah, asalkan ulama tidak kalah. SPR menipu hanyalah reason. Memang selama ini SPR tipu pun. Mengapa tiba2 untuk Merlimau ini, PAS boikot. Lainlah jika harinya bertembung dengan demo gergasi Bersih yang berada bawah tajuk menipuan SPR yang sama.

Kepimpinan Hadi gagal di kawasan Melayu.

Puak Hadi memberikan hujah PAS bukan parti politik. Ianya adalah gerakan Islam yang mereka sendiri keliru untuk memberikan definasinya. PAS tidak menggadai prinsip demi kemenangan pilihanraya. Dakwa mereka.

1. Kita bukan nak gadai prinsip Islam. Kita nak gadaikan ulama bodoh demi Islam. Ulama asyik rekrud dan paksa kasta bukan ulama jadi pengebom korban diri. Skang kita pulak tuntut mereka korban diri demi Islam. Presiden perlu cerdik, sama ada ulam atau tidak, mereka dikawal oleh Sistem Syura. Gadai prinsip apa kalau nak terajang ulama bodoh.

2. Jika benar dakwaan mereka biar kalah pilihanraya asal tidak kalah prisip, apsal tukar dokumen negara Islam kepada negara kebajikan? Bukan kah itu adalah gadai prinsip demi kemenangan pilihanraya?

Sebenarnya, dokumen negara Islam itu terbukti boleh membunuh ulama melalui pilihanraya. Jadi, gadaikan prinsip, dan tukarkan kepada negara kebajikan bagi survival ulama. Sebenarnya bukan biar kalah asal Islam tak kalah. Tetapi biar Islam kalah asal ulama tak kalah. Biar PAS serah kerusi kepada PKR di Merlimau asal ulama tidak tergugat dengan keputusan.

Terajang ulama bodoh adalah kafir dalam prinsip Islam?

Tiada ulasan: