MiLo SuaM |
- Email pengarang harakahdaily Tarmizi Mat Jam kena hack?
- Gaji guru Kafa Selangor naik lagi, kini RM1300 sebulan
- Pulau Batu Putih - Tergadai !!!!! Pulau Pisang Bila nak Gadai?
| Email pengarang harakahdaily Tarmizi Mat Jam kena hack? Posted: 09 Feb 2011 03:25 PM PST ReJaM© ada menerima sebuah email dari editorxkutif@yahoo.com.my iaitu email milik pengarang Harakahdaily Tarmizi Mat Jam [email] kononnya beliau sedang di dalam kesusahan di Sepanyol dan meminta ReJaM© meminjamkan duit kepadanya sebanyak 1, 500 Euro agar dia boleh membayar bil hotel dan pulang ke rumah. Pengirim email tersebut menulis seperti berikut.
Pada mulanya ReJaM syak mungkin email bro Tarmizi telah di "hacked" oleh seseorang, namun apabila dilihat dengan teliti, rupanya pengirim email ini cuba memperdayakan penerima emailnya dengan menggunakan client tertentu agar dia dapat menghantar email menggunakan alamat editorxkutif@yahoo.com.my yang serupa dengan email milik pengarang harakahdaily. Namun apabila diteliti, sekiranya kita cuba membalas email ini, ia akan dihantar ke satu alamat email yang agak mengelirukan iaitu editorxkutiff@yahoo.com.my. Sekali pandang kedua-dua email ini nampak sama tapi sebenarnya ia berbeza kerana email penipu ini menggunakan double f. Di bawah ini screenshot email yang ReJaM© terima dari penipu tersebut. ![]() Sila sebarkan, jangan sampai ada pulak yang baik hati bagi duit dengan penipu ini. ReJaM© "Harap semua berhati-hati" |
| Gaji guru Kafa Selangor naik lagi, kini RM1300 sebulan Posted: 09 Feb 2011 01:20 PM PST Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menaikkan gaji guru-guru Kafa di seluruh Negeri Selangor. Sebelum ini gaji guru kafa telah dinaikkan dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500 [Video Rujukan]. Kali ini kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengumumkan kenaikkan gaji guru Kafa dari RM 1000 kepada RM 1300. Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri Selangor. Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu [Harakahdaily]. ![]() Tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang prihatin terhadap nasib guru-guru kafa di seluruh negeri Selangor. Jom kita tengok berapa gaji guru Kafa di Negeri Kerajaan barisan Nasional yang mendakwa mereka mendahulukan rakyat. Sebelum kita pergi jauh ke negeri-negeri lain yang masih diperintah oleh Barisan Nasional, apa kata kita pergi ke negeri yang paling hampir bersebelahan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan. Laporan berita di bawah ini menjelaskan kadar gaji di Negeri Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat! Jangan salah paham ye, bukan pembangkang yang tulis, tetapi lidah rasmi Barisan Nasional yang tulis, Utusan Malaysia [Utusan] sila klik gambar untuk membesarkan image. ![]() Setiap hari kita dengar hanya yang baik-baik sahaja di Utusan Malaysia tentang kerajaan Barisan Nasional dan hanya yang buruk-buruk sahaja tentang Kerajaan Pakatan Rakyat di Utusan Malaysia. Ekonomi naik, jumlah pelabur asing naik, imej Malaysia naik! Tapi gaji tetap tak naik-naik. Apa lagi tunggu? kata mendahulukan rakyat? Kasi naiklah gaji guru-guru Kafa! Ekonomi baik barang makin naik, gaji tak naik-naik! Nampak sangat penipu, ekonomi menteri je yang naik! ReJaM© "Najib kata tak boleh bagi gaji naik, nanti negara bankrap! " |
| Pulau Batu Putih - Tergadai !!!!! Pulau Pisang Bila nak Gadai? Posted: 09 Feb 2011 12:42 PM PST ![]() Say no evil,hear no evil, see no evil... Teringat Lagu Warisan. Anak kecil main api, Terbakar hatinya yg sepi.. Air mata darah bercampur keringat , bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai Seluruh Harta Benda , Akibat Sengketa Sesama Kita , Cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita , ini, warisan berkurun lamanya, Mengalir ke tangan yang lain... Salam Perkenalan Dari penulis undangan RoDoK©... RoDoK© "Menanti Pulau Pisang Tergadai....." |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan