Rabu, 23 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Umno jangan tunjuk hero bela Melayu

Posted: 23 Feb 2011 02:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

"Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.

PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.

"Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?

"Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?" soalnya.

Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.

"Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?" soalnya lagi.

Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai.

Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.

PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini.

Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.

"Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.

Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.

"Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan PASmemperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TerpaksaTampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah

Posted: 23 Feb 2011 04:00 AM PST


SHAH ALAM 22 FEB :Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC yang gagal dilaksanakan, mengakibatkan beban besar terpaksa ditanggung oleh KWSP yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan awam.

"Kalau kita lihat kembali bagaimana KWSP seolah-seolah dipaksa menyelamatkan dan membawa keluar syarikat berkaitan kerajaan. Ini sebenarnya punca kerugian KWSP dan di sinilah ketirisannya. Di sinilah berlakunya pulangan yang agak buruk.

"Keuntungan dalam pasaran ekuiti dimakan oleh pelaburan dalam GLC. Kita masih boleh ingat suatu ketika dahulu ia (membiaya) Pos Malaysia, Sime Darby, Bakun," kata Dr Dzul ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Semalam KWSP mengumumkan dividen 5.8 peratus kepada 11 juta pencarum di negara ini walaupun pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus. Pulangan dividen itu dilihat tidak wajar memandangkan peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 0.15 peratus dari tahun 2009.

Semalam penasihat DAP, Lim Kit Sing turut melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman itu kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.

Malah perkara tersebut diakui oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman bahawa pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah.

Hal ini kata Dr Dzul, menguatkan lagi hujahnya bahawa keuntungan KWSP tidak dapat disalurkan melalui dividen kerana beban yang ditanggung oleh KWSP.

"Kalau lah pelaburan itu dalam aset ekuiti atau dalam saham, sepatutnya pulangan mesti tinggi. Ini jelas menunjukkan pelaburan KWSP dalam pelaburan-pelaburan yang mana KWSP terpaksa melabur dan wang KWSP digunakan. Ini yang menjadi pertikaian ketika ini.

"Saya mendapati negara-negara yang lain memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi," katanya lagi.

Antara projek yang dikatakan terpaksa dibiayai oleh KWSP ialah projek Empangan Bakun. Dalam projek ini yang berjumlah RM7.3 bilion, RM5.75 bilion daripadanya dibiayai oleh KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Penggunaan akaun KWSP itu menimbulkan kegusaran banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.



tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mee segera hingga bila-bila

Posted: 22 Feb 2011 11:00 PM PST

Oleh Subky Latif

PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka.

Hadiah  rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya    Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.



Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu.

Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan     raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah.

Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan  yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen.

Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan.

Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan.

Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya.

Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga.

Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi.

Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil  rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ.

Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri,   tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu.

Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya.

Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera.

Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan.

Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan.

Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera.

Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri.

Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba.

Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN.

 



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1MALAYSIA,TAPI MENTERI JAGA NEGERI BN SAJA?

Posted: 22 Feb 2011 08:00 PM PST



MENTERI HANYA PIKIAQ NEGERI BN
ADA PULAK MACAM NI?
KATA 1MALAYSIA?
TAKKAN MENTERI JAGA NEGERI BN SAJA?
KAH!KAH!KAH!
RAKYAT KEDAH,KELANTAN,SELANGOR,PULAU PINANG
SEMUA BAYAQ CUKAI BUAT BAYAQ GAJI MENTERI
1MALAYSIA APA KEJADAHNYA KALAU LAGU NI
KAH!KAH!KAH!

Kerajaan Negeri BN Diminta Tanggung Tiket Kapal Terbang Pelajar Kembali Ke Mesir

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta menanggung kos tiket kapal terbang anak negeri yang mahu kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri Selasa.



Pada mesyuarat itu Muhyiddin juga memutuskan agar Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) memberi bantuan RM500 dan tiket penerbangan bagi lebih 400 pelajar tajaannya kembali ke Mesir, kata Jamil Khir kepada pemberita, di sini hari ini.



Dalam pada itu, Jamil Khir berkata pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.



Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan.



Mengenai bila pelajar terbabit akan dibenarkan kembali ke Mesir, beliau berkata keputusan itu akan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi.



Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP ditemui di Majlis Silaturrahim Menteri Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan di Universiti Mesir di sini.



Sementara itu, pelajar yang ditemui pada majlis tersebut menyambut baik sumbangan MAIWP dan berharap kerajaan dapat mempercepatkan penghantaran mereka ke Mesir bagi menyambung pelajaran.



Azrin Jamil, 24, pelajar tahun akhir jurusan usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta berkata beliau perlu mengambil peperiksaan pertengahan semester yang dijadualkan pertengahan bulan depan.



Beliau berkata kira-kiara 250 daripada 700 pelajar Malaysia di universiti itu mengambil jurusan Pengajian Islam.



Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Wilayah di Mesir, Mohd Adlly Mohd Bokhori berkata mereka berharap dapat kembali ke Mesir selewat-lewatnya pertengahan bulan depan memandangkan kebanyakan mereka kini di tahun akhir dan perlu menjalani latihan praktikal.



"Pihak universiti juga tidak memberikan hitam putih mengenai peperiksaan kami," kata pelajar tahun akhir pengajian Al-Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar itu.

--BERNAMA


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU

Posted: 22 Feb 2011 05:00 PM PST



Dengan kehangatan pilihanraya kecil Merlimau yang semakin memuncak, PAS Jasin dilaporkan hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung salah guna oleh kerajaan BN dan Umno yang didakwa mereka menggunakan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakan parti pemerintah itu. Bilik gerakan tersebut ditubuhkan bagi menjalankan pelbagai program sempena dengan kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang sudah pun bermula walaupun belum lagi hari penamaan calon menjelma.
Laporan tersebut telah dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau. Beliau memaklumkan bahawa PAS dengan tegasnya menolak tindakan salah guna harta milik rakyat dan tindakan Umno itu dianggap sebagai tidak bertamadun.

Bukan itu sahaja, apabila Umno menggunakan harta awam untuk kegunaan mereka, ia adalah tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakan mana-mana premis awam di kawasan tersebut.

Jasme turut mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang dilaporkan telah membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.

Beliau mendakwa bahawa ramai pelajar yang melaporkan telah terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu.

Antara yang mengiringinya untuk membuat laporan polis ialah ADUN Banda Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin (gambar).

Jasme yang juga disebut-sebut bakal menjadi calon PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau turut memberitahu antara program yang dijalankan Umno dan BN yang terbaru adalah pelancaran jentera pilihan raya BN pada 24 Januari lalu oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

Selain itu, majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama dengan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Razak turut diadakan pada 19 Februari lepas di tempat yang sama.

Tambah Jasme lagi, disebabkan premis Politeknik itu akan digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, ini jelas nampak satu ketidakadilan membenarkan Umno menggunakannya kelak bagi memanipulasi serta mensabotaj PAS.

-KLToday.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: