DUNIACACAMARBA |
- [8 Video-Wajib Tonton] Ahmad Dhani & Simbol Dajjal, Satanisme, Yahudi, Freemason, illuminati
- Takut HANTU Punya Fasal!
- Yang Mana "Ayah", Yang Mana "Ibu"? Alahai!
- Awas, Komputer Boleh MEMBUNUH!
- KERJA KOSONG: Tukang Cuci Pinggan, Gaji RM5 916 Sebulan. Berminat?
- Gadaffi Arah Hancurkan Demonstrasi, Libya Dakwa 300 Sudah Terkorban
- Rahasia Panjang Umur Seorang Wanita
- Siapa Tibai 1.5 Bilion Saham Bumiputera?
| [8 Video-Wajib Tonton] Ahmad Dhani & Simbol Dajjal, Satanisme, Yahudi, Freemason, illuminati Posted: 23 Feb 2011 05:05 AM PST Wajib tonton! Sebelum ini ada juga blog di negara ini menyiarkan hal ini. Namun, mungkin tidak sedetail "dokumentari" di bawah ini. Saya jumpa dokumentari yang dibikin oleh Karkoons Films ini di sebuah laman forum Indonesia. Menarik kandungannya. Dikupas dengan baik untuk mengaitkan peneraju kumpulan Dewa itu dengan simbol-simbol yang dikaitkan dengan Freemason, Dajjal, Satanisme, dan Yahudi. Anda tonton, anda nilaikan sendiri. Video: * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Posted: 23 Feb 2011 04:15 AM PST Berita Agensi melaporkan seorang lelaki di Thai sanggup menghabiskan wang semata-mata mahu mendapatkan tangkal yang dapat menjauhkan roh jahat/hantu daripada menganggunya. Lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai penyelia di syarikat elektronik itu memakai 1000 tangkai sehari yang beratnya mencecah 30kg. "Saya takut akan hantu sejak remaja lagi. Saya sering bermimpi dirasuk oleh roh jahat pada waktu itu." "Saya mula memakai tangkal sejak 20 tahun lalu. dan kini saya mempunyai 1000 tangkal." "Sejak memakai tangkal, saya tidak takut lagi, dan hal ini sudah menjadi suatu habit," jelas lelaki itu yang kini bimbang dirompak gara-gara memakai tangkal yang mahal. Untuk pengetahuan pembaca blog DCM, tangkal lelaki ini berharga RM1 hingga RM19 886. Harga tangkal ini sudah cukup untuk menjelaskan kebimbangannya dirompak. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Yang Mana "Ayah", Yang Mana "Ibu"? Alahai! Posted: 23 Feb 2011 12:30 AM PST Dua keping gambar yang menunjukkan Elton John, pasangannya David Funish, dan anak mereka Zachary Jackson Levon Furnish-John bercuti di Hawaii. Cerita fasal bayi mereka ini boleh dibaca di sini. Yang mahu dipersoalkan apabila budak ini dewasa nanti, bagaimanakah anak kedua-dua gay ini menerima kesongsangan "ibu dan ayahnya" nanti? Bagaimanakah persepsi masyarakat terhadap dirinya nanti apabila mengetahui latar belakang keluarganya. Adakah si anak ini akan mengikuti jejak langkah kedua-dua "ibu bapanya" nanti - menjadi gay? Gila! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Awas, Komputer Boleh MEMBUNUH! Posted: 22 Feb 2011 10:15 PM PST Sebenarnya, banyak perkara yang boleh "MEMBUNUH" jika dilakukan/diambil secara berlebihan. Malah ada yang mati kerana terlebih melakukan eksesais. Ada juga yang mati kerana terlalu berdiet. Kali ini diberitakan bahawa seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing. Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times. Menurut sumber polis, lelaki itu membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari. Susulan kejadian itu, pihak polis merampas beberapa buah komputer untuk membantu penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini mereka tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu. Menurut penyelidik, kejadian itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| KERJA KOSONG: Tukang Cuci Pinggan, Gaji RM5 916 Sebulan. Berminat? Posted: 22 Feb 2011 07:45 PM PST Saya baca di Telegraph tentang kerja kosong sebagai tukang cuci pinggan dengan gaji £14,200 (RM71,000) setahun atau RM5 916 sebulan. Anda tahu, dengan jumlah sebanyak itu, tukang cuci yang berjaya diterima bekerja akan menerima gaji jauh lebih tinggi daripada pemegang ijazah di negara ini. Majikan yang menawarkan gaji lumayan itu ialah keluarga Diraja Britain. Menurut iklan kerja kosong di laman sesawang Royal Household, calon yang memohon jawatan Pembantu Am itu mestilah fleksibel, menepati masa, jujur, dan mampu bekerja dalam kumpulan. P/s: Banyak pemegang ijazah di negara ini menerima gaji tahunan tidak sampai RM30 ribu setahun walaupun sudah lebih lima tahun berkhidmat di sesebuah syarikat. Yang kaya kapitalis. Yang kaya cukong yang tidak berhati perut! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Gadaffi Arah Hancurkan Demonstrasi, Libya Dakwa 300 Sudah Terkorban Posted: 22 Feb 2011 06:00 PM PST
Berita AFP melaporkan bahawa Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran bahawa penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir. Dalam ucapannya di kaca televisyen awal hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan tanah airnya. Gila! Sambil mendakwa perjuangannya itu disokong oleh rakyat, beliau memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang kian meningkat yang kini mengorbankan ratusan nyawa sejak lapan hari lalu. Diktator ini juga memerintahkan pihak keselamatan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut. Selain itu, buat pertama kali pihak berkuasa Libya hari ini mengeluarkan angka kematian sejak rusuhan yang berlaku di negara itu seminggu lalu dengan 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar. Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang mencetuskan penentangan terbesar. Sebanyak 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar terbunuh di situ. Namun, pihak-pihak tertentu mendakwa jumlah kematian itu tidak tepat berdasarkan tindakan agresif Gadaffi menyuraikan demonstrator yang mendesaknya berundur. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Rahasia Panjang Umur Seorang Wanita Posted: 22 Feb 2011 05:00 PM PST Gladys Gough berusia 103 tahun mendedahkan rahsia panjang umur kepada media semalam. Dakwanya, dia kekal sihat dan panjang umur kerana masih mengekalkan daranya. Gough berkata, dia tidak pernah tergerak untuk menjalinkan hubungan cinta. Dia juga tidak menghisap rokok, minum arak atau mengambil ubat. "Saya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman lelaki. Hal ini mungkin menyumbang kepada umur saya yang panjang. "Saya langsung tidak pedulikan lelaki. Saya sentiasa makan malam. Saya sentiasa memastikan saya makan secukupnya. "Lelaki tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya. Gladys yang berasal dari Conventry berkata, dia menghabiskan hidupnya dengan melancong ke seluruh dunia bersama adiknya, Edna yang mati pada 1996 ketika berusia 85 tahun. Katanya: "Kami sering didekati oleh lelaki tetapi memilih untuk melancong dan berbual sesama kami." * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Siapa Tibai 1.5 Bilion Saham Bumiputera? Posted: 22 Feb 2011 04:00 PM PST Sebelum kisah 1.5 bilion unit saham Bumiputera ini diberitakan, kita pernah baca ...."bagaimana RM52 BILION saham orang Melayu lesap entah ke mana? Yang tinggal hanya RM2 BILION. Jangan tanya pada "cauvanis"/komunis Cina yang mempersoalkan hal ini. Bukan dia & geng yang "songlap" saham sebanyak itu. Tanya orang yang berkenaan. Tanya orang yang berkepentingan. Tanya orang yang berkuasa untuk berbuat demikian. Tanya kroni orang yang terlibat. Mereka ini telah bertahun-tahun mengenyangkan anak cucu dengan wang yang bersumberkan harta haram." Hari ini PKR melalui SU Agungnya meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan semua penerima saham khas bumiputera berjumlah 1.5 bilion unit yang diagihkan tahun lalu. Saifuddin Nasution berkata pengumuman itu perlu bagi membuktikan peningkatan ekuiti golongan bumiputera dalam sektor swasta sebanyak 22 peratus seperti diumumkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan perlu mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan sistem agihan dan pemantauan saham ini. Jelasnya, langkah itu bagi mengelakkan kehilangan saham bumiputera bernilai RM52 bilion itu tidak berulang. Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada saham bumiputera bernilai RM54 bilion melalui agihan sama sebelum ini. Tambahnya, mekanisme inilah yang "mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak." Golongan ini menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk mengayakan diri mereka dan menyebabkan rakyat majoriti yang sewajarnya juga menikmati kekayaan negara membanting tulang untuk mengais rezeki hari demi hari! P/s: Mari tuntut hak kita di akhirat nanti. Walaupun satu sen, biarkan golongan perompak, penyamun yang rakus makan/memonopoli duit rakyat secara haram, secara rakus ini merangkak kepada kita nanti! Siapa tibai saham Bumiputera? Adakah "mereka" dan keluarga "mereka" yang tibai? |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan