Isnin, 21 Februari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mengapa Pakatan mesti selamat ekonomi Melayu

Posted: 21 Feb 2011 04:49 AM PST

Dr. Dzulkefli Ahmad

Ini sebahagian dari sebab mengapa PAS mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera.

Sementara itu terdapat 40 peratus dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy).

Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau.

Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30 peratus ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti Melayu itu berada pada tahap 19 peratus.

Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi?

Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995.

9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan?

Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7 peratus KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap 'stress' kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 peratus (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9 peratus KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia.

Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun?

Defisit Belanjawan telah memasukki tahun ke 13 dan dianggarkan akan terus melebar tahun 2011 (5.6-6%) sekaligus menjadi risiko tentang penarafan negara dan risiko kebankrapan seperti negara Greece dan Ireland.

Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli dan pendapatan boleh berbelanja rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gaji purata bagi pekerja Malaysia hanya menokok sebanyak 2.6 peratus antara 2000-2010 berbanding gaji purata seluruh dunia yang meningkat pada kadar 3.2% (Sumber Bank Dunia).

Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga kos barangan keperluan harian akibat inflasi samada dari luar (inflasi diimpot) mahu pun akibat dari tekanan inflasi akibat penarikan semula subsidi atas bahan bakar petrol dan diesel, gula dan gas. Subsidi RM9 bilion keal kepada IPP.

Paling mutakhir laporan Global Investment Integrity (GFI, 2000-2009) melaporkan sebanyak RM888 bilion mengalir keluar secara haram (illicit outflow) dan Malaysia duduk ditangga ke-5 teratas dalam pengaliran dana secara haram ini sekaligus menafikan negara menggunakan wang ini untuk pembangunan dan pelaburan untuk rakyat.

Sedikit waktu dahulu The Star melaporkan bahawa negara mengalami kebocoran sistem penghantaran akibat rasuah dan pengurusan timpang dan tiris sebanyak RM28 bilion setahun mengikut Laporan Ketua Audit Negara.

Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir.

Senarai semakin panjang dan jumlah semakin meningkat pada setiap perlakuan. Begitu juga hal-hal projek terbengkalai ada-ada sahaja penglibatan orang politik yang memangsakan rakyat lemah.

Dakwaan terhadap pimpinan tertingginya bersabitan komisyen perolehan kapal selam scorpene masih lagi dalam siasatan di Mahkamah Perancis. Apakah ini juga termasuk dalam statistik GFI?

Pembangunan ekonomi negara dalam kerangka pemikiran PAS (dan Pakatan) akan dipacu secara mampan dengan sentiasa menjadikan pengembangan ekonomi berteraskan-rakyat atau 'people-centric development' dan tidak sekadar projek mega yang mengutamakan kroni dan pihak tertentu atau 'crony-centric'.

Zunar: Contohi Bob Lokman, buang budaya takut

Posted: 21 Feb 2011 04:46 AM PST

Zunar

Saya mengucapkan syabas dan mengalu-alukan penyertaan pelakon/pencipta lagu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ke dalam Pakatan Rakyat melalui PAS.

Seperti dimaklum, iklim seni dan budaya di Malaysia berada ditahap paling lekeh dalam soal hak asasi dan hak berpolitik. Karyawan dan aktivis seni sering dimomokkan tentang risiko yang akan ditanggung sekiranya menyokong atau menyertai Pakatan Rakyat.

Pelakon diugut disenarai-hitamkan oleh stesen-stesen TV, penyanyi dipulau oleh syarikat rakaman, aktivis teater pula dilarang mementaskan karya di Istana Budaya dan sebagainya.

Telah puluhan tahun momokan ini membelenggu fikiran golongan artis ia turut memandulkan kreativiti golongan artis. Ia memerlukan seorang yang berjiwa besar untuk merentas jalan memecahkannya dan Bob Lokman telah membuktikan.

Apa yang perlu sedari oleh golongan artis ialah tiada siapa berhak menghalang mereka untuk berpolitik.

Dengan menyertai Pakatan Rakyat Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya.

Beliau akan tetap berhadapan risiko dan aparat pemerintah dan saya percaya perkiraan itu telah diteliti beliau sebelum membuat keputusan.

Saya berharap lebih ramai golongan karyawan tampil mengikut jejak langkah Bob Lokman kerana hanya dengan cara itu ia berupaya merobek budaya takut yang menghantui mereka.

Bahkan mutu seni budaya negara yang selama ini suram akan kembali subur sekiranya ia dikerjakan oleh mereka-mereka yang berfikiran bebas.

Selamat berjuang Bob Lokman. Apa yang saya harapkan, beliau akan terus giat memperkembangkan karya-karya seni dengan lebih bernutu setelah menjejak kaki ke 'daerah perjuangan'.

Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat.

Mentafsir mesej 'mayat' dalam pilihan raya kampus

Posted: 21 Feb 2011 04:43 AM PST

Ahmad Lutfi Othman
Agak lama kita tidak mendengar khabar menarik tentang gerakan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan, sehinggalah tercetusnya beberapa kekecohan semasa proses penamaan calon pilihan raya kampus, Khamis lalu. Itu pun ia hanya membabitkan beberapa kampus utama dan "dewasa" di sekitar Lembah Klang, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tambah panas apabila pada petang Ahad, 20 Feb, iaitu hari terakhir kempen, dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) UM, Masturah Abu Bakar, yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus. Dalam laporan yang dibuat rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di balai polis Pantai, Masturah tidak dapat dikesan ketika membeli tambahan kredit telefon, selepas berkempen kepada pelajar UM yang tinggal di pangsapuri sekitar Pantai Dalam. Sebelum itu, Masturah pernah mendapat ugutan melalui SMS.

Rupanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terus mengongkong dan memenjara kehidupan anak-anak muda dan "membudaksekolahkan" mereka, ditambah teruk lagi dengan kuasa tidak terbatas Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam menentukan "apa yang boleh dan tidak boleh dibuat" di kampus. Rata-rata pentadbir universiti masih memandang rendah keupayaan mahasiswa untuk mengatur aktiviti dan melangsungkan fungsi gerakan pelajar secara berkesan dan matang, sekali gus membataskan "lingkungan operasi" mereka.

Tidak hairanlah apabila kita menyaksikan bagaimana seorang pegawai keselamatan UM bertindak menekup mulut seorang mahasiswa yang cuba mengadakan sidang media di hadapn para wartawan. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan pelajar agar foto eksklusif penuh bermakna itu diedar dan dipamerkan secara meluas, sebagai bukti kebebasan bersuara di kampus kita sudah mencapai tahap kronik dan memalukan. Anak muda yang sering dikaitkan dengan idealisme luhur jurucakap masyarakat patut berasa terhina dan terpukul dengan insiden berkenaan.

Aksi-aksi protes dan gimik berani pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati dengan peraturan pilihan raya kampus, seperti mengusung "keranda" di UPM dan membaringkan "mayat" di UM, begitu menarik untuk diperhatikan. Luahan rasa mereka tidak boleh diremehkan; ada mesej besar yang mahu disampaikan. Apatah lagi dalam suasana politik dunia yang banyak "ditakrifkan" oleh orang muda, khususnya revolusi di Tunisia dan Mesir, yang kini menjalar di negara-negara Timur Tengah lainnya.

Mahasiswa membantah -- secara kreatif -- penolakan pencalonan beberapa calon Pro-Mahasiswa, atas alasan remeh HEP, yang dilihat bermotif jahat. Apabila merasa diperbodohkan, amarah mereka tidak dapat dikawal lagi sehingga pejabat Timbalan Naib Canselor HEP pun diserbu. Itu bukan reaksi kecil. Jika universiti dan pemimpin kerajaan terus-menerus memperkecilkan potensi mahasiswa, usah terkejut apabila tercetus gelodak rasa yang boleh menyamai fenomena anak muda di Mesir dan Tunisia.

Anak muda, apatah lagi yang berkampung di kampus, sentiasa dan begitu berminat mengikuti proses pembentukan sejarah baru di Timur Tengah itu. Dengan kepesatan teknologi maklumat, khususnya melalui media sosial seperti Facebook, mereka cepat berinteraksi dan bertukar-tukar idea tentang gelombang pendemokrasian di seluruh dunia. Mungkin mereka sudahpun mempunyai hubungan dengan aktivis politik atau penggerak sosial di kalangan anak-anak muda di negara-negara bergolak itu.

Malang sekali di negara kita, HEP (dan juga pegawai kanan universiti), yang sepatutnya bebas dan adil mengendalikan pilihan raya kampus, secara terang-terangan memihak calon-calon yang cenderung kepada Umno-BN. Peraturan pilihan raya dimanipulasi dan sering diperketatkan bagi menyukarkan calon-calon pro-M. Sikap diskriminasi atau pilih kasih jelas diamalkan, membeda-bedakan kumpulan pelajar atas pertimbangan sempit politik.

Bagi saya, isu kritikal bukannya pembabitan pihak luar, terutama parti politik, untuk mempengaruhi dunia kampus. Mahasiswa sudah cukup matang untuk menentukan kecenderungan politik mereka. Yang patut dibahaskan adalah sikap sembunyi tangan orang politik yang mendalangi pentadbiran universiti sehingga timbul peraturan (dan penguatkuasaan) pilihan raya kampus yang "berat sebelah". Selain itu, hak asasi yang diiktiraf sejagat, seperti kebebasan bersuara dan berorganisasi, tidak langsung dihormati pihak universiti.

Perjalanan pilihan raya, yang merupakan petunjuk penting amalan demokrasi, bukan sahaja tempang di luar kampus, malah lebih buruk dan pincang keadaannya di pusat intelektual. Universiti tidak lagi berfungsi sebagai medan terbaik menimba ilmu, mencanai bakat, bergelut dengan pengalaman baru, meluaskan interaksi khususnya dengan dunia luar terutama untuk mempengaruhi dasar-dasar awam. Pelajar yang lantang bersuara dan bersikap kritikal seolah-olah dimusuhi walhal mereka merupakan aset bermanfaat untuk semua.

Saya tertarik dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang dilihat konsisten mahu kongkongan Auku (membabitkan banyak seksyen 15 dan 16) dilonggarkan dan mahasiswa bebas berhubung serta terbabit dengan pihak luar termasuk parti-parti politik, tanpa perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

Dalam bukunya, Kalau Saya Mahasiswa, Saifuddin menjelaskan, program mahasiswa jenis "aktiviti" dan "bakti" memang tidak dihalang, tetapi yang berbentuk "advokasi" (yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah) dilarang Auku. Advokasi adalah proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dasar. Ia dilakukan melalui memorendum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi. Dan gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi itu.

Saifuddin, semasa mengulas perkembangan terkini pilihan raya kampus, mengingatkan agar pihak berkuasa dapat meraikan hak-hak asasi pelajar. Jika hak berkenaan dinafikan, jangan pelajar pula yang dipersalahkan sekiranya mereka dilihat bertindak balas secara radikal.

Justeru, insiden mengusung "keranda" dan "mayat" pada hari penamaan calon pilihan raya kampus baru-baru ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mesej dan amarah mahasiswa itu tidak boleh dipandang ringan. Ternyata rimas-gelisah Saifuddin itu tidak dikongsi rakan-rakannya dalam BN, termasuk menterinya sendiri.

Pimpinan muda Pakatan Rakyat -- seperti disuarakan Nurul Izzah Anwar bersama pimpinan muda lainnya, seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, Anthony Loke dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam memorandum "Bersihkan Pilihan Raya Kampus" kepada Menteri Pengajian Tinggi -- harus lebih proaktif dan serius menangani krisis di menara gading ini. Jangan mengulangi kesilapan pemimpin Umno-BN, yang mahu terus memperbudak dan memperbodohkan mahasiswa kita.

Saya tetap konsisten, iaitu biarkan anak-anak muda kita di kampus melakukan eksperimen dalam proses pembelajaran yang menyeluruh. Bebaskan semua rantai belenggu yang mencengkam kreativiti mereka. Sewajarnya mereka sendiri diberikan hak untuk mengendalikan pilihan raya kampus. Dan usah risau dan panik dengan kecenderungan politik anak-anak muda ini...

P’raya tidak telus, sampai bila rakyat boleh sabar

Posted: 21 Feb 2011 04:41 AM PST

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Walaupun berlaku ketidaktelusan dalam perjalanan piihan raya di Malaysia, namun hingga kini dilihat rakyat masih boleh bersabar.

Bagaimana pun, sekiranya rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan gagal melakukan perubahan melalui cara demokrasi, pilihan rakyat mungkin sama dengan apa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan para pelajar Kelantan dan keluarga mereka, yang baru pulang dari Mesir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, peristiwa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia itu satu peringatan besar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Jadi ini satu peringatan yang besar terutama kepada kepimpinan BN di Malaysia.

"Di Malaysia, ketidaktelusan berlaku dalam perjalanan pilihan raya, tetapi sekarang ini boleh jadi rakyat boleh sabar lagi, namun kita tidak tahu pada masa akan datang.

"Kalau rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan tidak boleh membuat perubahan melalui cara demokrasi, mungkin akan rakyat pilih sama dengan di Mesir dan Tunisia itu," katanya.

Beliau bercakap kepada media pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam.

Majlis dihadiri lebih 3,000 orang termasuk pelajar Kelantan Mesir dan keluarga itu anjuran Gerakan Membantu Pelajar Mesir (GETIR) Alumni Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dengan kerjasama pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengulas amanah kepimpinan, Mohd Amar berkata pemimpin sepatutnya berkhidmat kepada rakyat di dalam konteks agama, mesti melaksanakan tuntutan agama dalam kepimpinan dan dalam kerjaan.

Ini kerana apabila amanah tidak dilakukan khususnya dalam menjalankan kebajikan rakyat, sekiranya jalan yang biasa tidak ada untuk menukar kerajaan itu maka berlakulah peristiwa luar biasa di mana rakyat turun ke jalan raya dan sebagainya.

Keadaan itu berlaku, katanya kerana rakyat sudah hilang kepercayaan dengan sistem "pilihan raya".

"Di Mesir ada juga pilihan raya, tetapi pilihan raya itu sendiri terlalu banyak tipu helah dan tipu daya sehingga dalam Pilihan Raya Presiden, Hosni Mubarak mendapat 98 peratus undi, bersekali dengan undi pos. Suatu benda tidak masuk akal.

"Di Mesir itu penipuan dah melampau sehingga akhirnya rakyat tidak ada pilihan lain, hendak buat pertukaran cara biasa tidak boleh, akhirnya rakyat turun ke jalan raya," dakwanya.

Mengulas cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika Pakatan Rakyat berhasrat memerintah negara, pakatan itu hendaklah memperlihatkan 'bayangan kabinet' kepada rakyat, Mohd Amar berkata keupayaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang apabila memerintah empat negeri, Pakatan menunjukkan kemampuan sebuah kerajaan.

"Negeri-negeri diperintah PR terutama di Selangor dan Pulau Pinang, dipuji sebagi sebuah Kerajaan yang telus, sebuah kerajaan yang bersih, sebuah kerajaan yang berjaya menyusun ekonomi.

"Dan Kedah sudah pun berjaya meningkatkan hasilnya di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan.

"Di Kelantan pemerintahan sehingga 21 tahun, kita telah menunjukkan perubahan yang menjadi ikutan kepada orang lain.

"Oleh itu tidak perlu kepada 'kabinet bayangan', sebab apa yang sudah ada cukup. Kita telah menunjukkan satu perubahan, ini belum sampai satu penggal lagi.

"Jadi kempinan Najib cuba hendak menafikan perkara yang sudah nyata, tidak timbul persoalan kita perlu ada 'kabinet bayangan' atau tidak, tetapi bukti itu sudah ada di depan mata," katanya.

Najib semasa berucap di majlis sempena Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau baru-baru ini mendakwa di Malaysia cuma ada cabinet kerajaan saja dan pembangkang tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka.

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Posted: 21 Feb 2011 04:34 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

"Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

"Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,"ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Mengapa SPR enggan terima bantahan

Posted: 21 Feb 2011 04:18 AM PST

Aziz Muda

AMPANG: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, pada hal bantahan-bantahan itu dibuat mengikut peraturan dan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pihak SPR sendiri.

"Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat oleh kami? Apa yang SPR cuba sembunyikan?" katanya.

Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.

Bantahan yang dibuat oleh mereka pada hari itu, menurut beliau lagi, melibatkan 7 orang pengundi muda di kawasan Dun Chempaka dengan lima daripadanya lelaki dan dua lagi perempuan.

Antara perkara yang amat mengelirukan pada pendaftaran pengundi tersebut, ada di antaranya bernama Melayu tetapi dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina, pada hal di kawasan kilang itu tiada sesiapa pun yang tinggal, apatah lagi orang Melayu.

"Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku itu? Untuk melakukan bantahan pula bukan senang. Banyak prosedur yang terpaksa diikuti, selain dikenakan bayaran RM10 untuk bantahan setiap seorang dan RM200 untuk peringkat pendengaran oleh pihak SPR," tegasnya.

Dun Chempaka mempunyai jumlah pengundi 32,000 orang. Peningkatan pengundinya sejak PRU Ke-12 lalu hingga kini agak tinggi iaitu seramai 1,600 orang dengan tujuh daripadanya termasuklah mereka yang dibantah oleh mereka pada hari itu.

Merungkai kekeliruan myBALIKpulau

Posted: 21 Feb 2011 04:14 AM PST

Hafiz Zainuddin

Apabila mereka buka mulut, mereka cuba melabel diri sebagai "hero" dan pembela bangsa. Mereka menjaja nama bangsa mahupun agama demi mengemis sokongan masyarakat. Mereka menggunakan alasan "Hak Melayu yang dijamin perlembagaan" untuk mewujudkan ketidakharmonian antara kaum. Walhal hakikat sebenarnya, mereka cuma mahu mempertahankan "periuk nasi" dan keberlangsungan saki-baki kuasa yang ada. Persoalan "hak Melayu" sememangnya telah terjamin oleh perlembagaan sampai bila-bila. Persoalannya, siapa yang memperkosa hak Melayu ini selama lebih separuh abad merdeka?

Bayangkan, walaupun bersandarkan dengan fakta-mereka akan terus cuma menegakkan benang yang basah. Saya melihat ia suatu yang sangat bodoh dan tidak matang apabila golongan ini cuba mempolitikkan segala isu yang timbul dan dilihat cuba menggugah keamanan dengan menjerumuskan hampir apa jua isu ini kepada isu perkauman.

myBALIKpulau oh myBALIKpulau

Kali ini isunya bukan kepala lembu, bukan kandang babi, bukan "Cina" masuk surau. Kali ini, isunya adalah mengenai risalah myBALIKpulau yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) yang dikatakan "menghina Melayu dan sangat berbahaya".

Ada dua kekeliruan yang telah ditimbulkan mereka yang tidak berpuas hati. Pertamanya adalah berkaitan sumber-sumber sejarah yang dituduh "menghina Melayu dan berbahaya". Kedua adalah mengenai "siapa" yang bertanggungjawab menerbitkan risalah tersebut.

Pada 11 Februari baru-baru ini, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang telah mengeluarkan tiga mukasurat Kenyataan Akhbar yang menjawab semua pertuduhan mengenai sumber-sumber sejarah yang menjadi rujukan. Jelas, terang lagi bersuluh sebenarnya tiada isu panas yang boleh dimainkan.

Mari kita turuti sepintas lalu kronologi myBALIKpulau. Isu ini dibawa oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad (gambar kanan). Risalah ini seperti yang kita sedia maklum dituduh sebagai menghina orang Melayu, cuba melupuskan sejarah Melayu di Balik Pulau dan cuba mengelirukan generasi muda. Muhammad Farid Saad juga menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat telah menerbitkan risalah myBALIKpulau tersebut.

Maka seperti biasa, Utusan Malaysia akan mula "memukul gendang" perkauman. Pada 2 Februari 2011 terpampang besar tajuk utama berita akbar tersebut "Lupa Sejarah, Hina Melayu" yang dilihat cuba memainkan sentimen perkauman. Ya. Mungkin inilah hakikat sebenar 1Malaysia yang dibanggakan Najib Razak. Jelas, wajah 1Malaysia ini kelihatan sangat capik.

Isu ini tidak terhenti setakat ini. Sejurus selepas itu, pada 9 Februari 2011 sebuah badan yang menamakan diri mereka Gabungan Bela Hak Islam (Gabungan) yang terdiri dari empat NGO mendesak kuat agar Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan risalah tersebut dengan sebab yang sama.

Kerajaan Negeri meminta agar Utusan dan Muhammad Farid memohon maaf tetapi tidak diendahkan. Malang sekali buat ADUN Pulau Betong ini. Pada 15 Februari, kerajaan Pulau Pinang bertindak memutuskan untuk menyaman beliau dan Utusan Malaysia. Hal ini disebabkan kerana risalah itu sebenarnya ditaja oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan GERAKAN-BN. Ini beerti, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang berniat jahat.

Agenda Jahat UMNO-BN

Masih tidak berpuas hati dengan "sambutan hangat rakyat". Api perkauman terus-menerus ditiup sebaik mungkin. Pada 16 Februari 2011, beberapa lagi pertubuhan NGO dan individu membuat laporan polis berhubung risalah ini. Pertubuhan NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, PERKASA, Belia 4B Permatang Pauh dan Johari Ahmad. Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia misalnya dilihat cuba mengheret Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan menyerahkan tiga sampul surat yang mendakwa mengandungi "bukti pembabitan kerajaan negeri" dalam penerbitan dan pengedaran risalah myBALIKpulau ini.

Belumpun isu myBALIKpulau reda, media UMNO memainkan isu perobohan yang melibatkan 1,000 gerai penjaja haram oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di sekitar Taman Pelangi. Isu ini telah mendapat liputan yang meluas media cetak maupun elektronik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan "tidak perihatin" kepada nasib yang menimpa masyarakat Melayu. Walhal notis sebanyak empat kali telah dikeluarkan oleh pihak majlis.

Ini semua adalah permainan jahat. Para pemerhati menyimpulkan isu yang dilihat "membakar sentimen" perkauman ini adalah percubaan menjerumuskan kestabilan negeri ke kancah "ketegangan kaum". Dalam banyak-banyak isu yang timbul di Pulau Pinang. UMNO dilihat menjadi dalang utama memanipulasi isu. Bagi pendapat saya, isu ini sepatutnya tidak timbul. Rakyat Pulau Pinang lebih mengetahui perkara yang sebenar.

Soalan saya, apakah ini sesuatu yang bagus untuk rakyat, negeri mahupun negara? Tentu sekali tidak. Soalan saya lagi, sekiranya UMNO-BN berjaya menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu, siapa yang akan untung? Tentulah UMNO. Adakah orang Melayu terbela di bawah BN satu ketika dahulu? Anda sendiri tahu jawapannya!

Skandal RM30 juta Pulau Jerejak??

Jangan jadi bodoh. Jangan bantut akal. Mari kita lihat dan fikirkan. Semasa isu Interlok timbul- isu ini telah dibawa ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran. Walaupun pada mulanya mengundang tindakan emosi sesetengah pihak, Interlok dibawa ke meja mesyuarat dan rundingan. Wacana-wacana bersifat ilmiah terus dibahaskan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang; risalah myBALIKpulau tidak diberikan tempat yang adil seperti Interlok. Tindakan yang diambil dilihat emosi semata-mata. Mengapa ia jadi begini? Jawapannya amat mudah - Interlok disuarakan MIC manakala myBALIKpulau cuba diletakkan di bahu DAP! Bagi saya, apa yang berlaku sangat-sangat memalukan.

Ada beberapa sebab mengapa UMNO menimbulkan isu perkauman sebegini. Salah satu sebab adalah untuk menutup mata rakyat atas pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah pimpinan Koh Tsu Koon (gambar kanan) di mana beliau telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA. Ini merupakan skandal yang sangat hot. Cuba teka, siapa yang untung?

Rakyat Malaysia semakin matang. Ini bukan lagi zaman fotostat. Ini bukan lagi zaman mesin taip. Segala maklumat cuma dihujung jari rakyat. UMNO-BN harus sedar dan insaf. Sekiranya wujud kedaifan di kalangan rakyat Pulau Pinang, apatah lagi dari kalangan masyarakat Melayu; UMNO harus cermin diri mereka sendiri. Hodohkan?

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

STPM: Hanya lapan dapat 5A, 46,780 calon lulus penuh

Posted: 21 Feb 2011 04:13 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata ini merupakan penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.

Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009, katanya.

"Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala seorang lagi calon dari aliran sastera," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.

Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember lalu di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jakim pantau syarikat tiada permit tawar khidmat haji

Posted: 21 Feb 2011 04:12 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau pergerakan operasi sebuah syarikat yang dikatakan menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa melalui Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan awal mendapati syarikat yang tidak mempunyai permit itu dipercayai telah mengumpul kira-kira 135,000 jemaah dari seluruh negara termasuk Asia Tenggara yang mendaftar secara online.

"Dalam pemeriksaan yang dijalankan mendapati lokasi syarikat terbabit masih samar-samar dan nombor telefon yang diletakkan di laman web mereka juga tidak dapat dihubungi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan Bernama semalam yang melaporkan syarikat berkenaan yang difahamkan berpangkalan di China dan tidak berdaftar di bawah Tabung Haji itu menawarkan perkhidmatan haji dan umrah dengan cepat dan bayaran yang dikenakan RM15,000 bagi seorang jemaah haji.

Mereka yang berminat dikatakan boleh membuat tempahan melalui laman web yang disediakan dengan mudah dan pantas.

"Sehingga kini tiada pengesahan dan sebarang bukti yang menunjukkan syarikat terbabit memohon kebenaran dan kuota sebelum menjual perkhidmatan tersebut kepada orang ramai.

"Kita masih belum dapat kesan lagi siapa dalang di sebalik operasi ini dan saya telah mengarahkan Jakim serta Tabung Haji terus memantau kes ini," katanya dengan menambah setakat ini, pihak Jakim dan Tabung Haji hanya mengesan sebuah syarikat sahaja yang terlibat dalam penipuan penawaran pakej haji itu.

Jamil Khir menegaskan pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut mekanisme tersendiri memandangkan hanya Tabung Haji yang diberi kuota oleh kerajaan Arab Saudi mengendalikan perkhidmatan haji, bukan terus kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini.

Beliau yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, kewujudan syarikat yang menjalankan penipuan itu hanya mengundang masalah kepada bakal jemaah pada saat-saat akhir untuk menunaikan haji.

Dalam pada itu, Jamil Khir meminta orang ramai yang mengetahui ataupun telah mendaftar dengan syarikat itu agar tampil bertukar maklumat untuk memudahkan siasatan dijalankan.

Dalam perkembangan lain mengenai pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid, beliau berkata pihaknya akan membantu dari soal kebajikan termasuk pelajar miskin yang tidak mempunyai kewangan untuk kembali meneruskan pengajian di sana.

"Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi akan memantau perkembangan pelajar terbabit dan kementerian saya bagi soal kebajikan," katanya merujuk kira-kira 11,000 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang dibawa pulang ekoran krisis politik di Mesir yang berlanjutan selama 18 hari.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada 30 pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama tahun lepas.

Mengenai sambutan itu, katanya agensi dan jabatan di bawah kementeriannya seperti TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Jakim akan menganjurkan pelbagai program menarik sepanjang bulan ini bagi menggalakkan masyarakat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Peguam Anwar: Pakar gagal lapor DNA misteri di rektum, seluar Saiful

Posted: 21 Feb 2011 04:06 AM PST

TERKINI

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR — Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.

Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.

Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.

Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.

"Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.

"Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi," kata Ramkarpal.

Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.

Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

"Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.

"Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan," kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.

Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.

Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan 'DNA view' bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

DUN Sarawak: SPR sudah 65 peratus bersedia, kata pengerusi

Posted: 21 Feb 2011 04:03 AM PST

BERNAMA

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan semua pegawai pengurus pilihan raya (RO) yang telah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak kali ini merupakan mereka yang layak dan berpengalaman, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata semua 71 pegawai berkenaan yang telah dilantik dengan dibantu 159 penolong RO akan dilatih sepenuhnya untuk mengendali proses pilihan raya secara seragam selain memahami peruntukan undang-undang SPR.

"Kebanyakan RO yang kita lantik adalah mereka yang memang berpengalaman dan layak serta faham undang-undang SPR," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dan taklimat RO Zon Kuching di sini hari ini.

Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-10, Abdul Aziz berkata SPR juga akan mengadakan program yang sama untuk RO di Zon Sibu pada Rabu ini dan di Zon Miri pada Jumaat.

Menurutnya SPR mahu semua RO yang telah dilantik mengikut peraturan yang ada dalam SPR secara seragam di semua tempatan penamaan calon dan pengundian.

Beliau berkata untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya iaitu membabitkan 1,740 pusat pengundi dan 2,561 saluran pengundi.

Katanya SPR memperuntukkan bajet sebanyak RM45 juta untuk pilihan raya kali ini dan ia turut melibatkan kos logistik seperti penggunaan helikopter (24), bot laju (63), perahu panjang (919) selain kenderaan pacuan empat roda (4,124).

"Kita sudah bersedia sekitar 65 peratus untuk menghadapi pilihan raya Sarawak, untuk lain-lain persiapan kita yakin dapat percepatkan kerana SPR cukup berpengalaman dalam mengurus proses pilihan raya ini," katanya.

Abdul Aziz berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tampat tempoh secara rasminya pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kampus: Pro-M, calon hilang menang di UM

Posted: 21 Feb 2011 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR – Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) termasuk calon yang hilang Masturah Abu Bakar memenangi pilihan raya kampus universiti yang diumumkan lewat petang ini.

Dalam keputusan yang diumum tadi, Pro-M memperoleh 23 kerusi termasuk kesemua sembilan kerusi umum manakala barisan Pro Aspirasi yang menguasai 16 kerusi dan dua lagi oleh 'calon' Bebas.

Sebanyak 41 kerusi termasuk sembilan umum dipertandingkan kali ini.

Keputusan pengundian yang dijalankan menggunakan sistem elektronik diumumkan pada pukul 6 petang tadi.

Masturah (gambar) dilaporkan hilang kira-kira 30 jam sejak petang kelmarin, ditemui selamat tengah malam tadi.

Pelajar jurusan syariah dan sains politik Islam memenangi kerusi umum.

Dia dikatakan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Peguam Anwar dakwa air mani Saiful dikesan di dubur sendiri

Posted: 21 Feb 2011 03:58 AM PST


KUALA LUMPUR – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini "dikejutkan" dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA "12, 13" adalah lebih dominan berbanding profil DNA "Lelaki Y".

"Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

"Ya, meskipun profil DNA Saiful '12, 13' dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

AMK umum ketua negeri untuk hadapi p'raya

Posted: 21 Feb 2011 03:39 AM PST

MALAYSIA KINI

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan AMK di peringkat negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman mengenai pelantikan ketua-ketua AMK negeri itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangannya, Lee Khai Loon hari ini.

Menurutnya, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pelantikan tersebut selepas memberi pertimbangan serta perbincangan menyeluruh dengan ahli dan pimpinan Cabang di setiap negeri.

"Kesemua ketua-ketua AMK negeri yang dilantik telah diberi amanah untuk memimpin AMK negeri.

"Semua ketua AMK negeri perlu melaksanakan gerak kerja parti di peringkat negeri serta mempersiap sedia untuk pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, AMK merupakan tunggak parti dalam menarik lebih ramai orang muda untuk menyertai serta mendokong perjuangannya.

"Dengan adanya ketua-ketua AMK negeri, usaha untuk mempertingkatkan kesedaran politik orang muda yang berjalan dengan lebih lancar," tambah Lee.

Berikut adalah senarai ketua AMK negeri:

Perlis: Tg Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin

Kedah: Azman Nasrudin

Pulau Pinang: Aminr Md Ghazali

Perak: Meor Ahmad Isharra Ishak

Selangor: Irwan Ismail

Wilayah Persekutuan: Mohammad Hamidi Mohd Said

Negeri Sembilan: Mohd Nazree Mohd Yunus

Melaka: Law Bing Haw

Johor: Mohamad Nazri Ismail

Pahang: Ahmad Sani Abd Ghani

Terengganu: Muzafeq Affyulzaifuzan Mamat

Kelantan: Mohammd Azihan Che Seman

Sabah: Jafery Jomion

Sarawak:
Ahmad Nazib Johari

Suruhanjaya Teoh: Dua polis, dua cerita berbeza

Posted: 21 Feb 2011 03:35 AM PST

Joseph Sipalan

Satu kesan tapak kasut misteri telah menimbulkan kesangsian berhubung bukti yang ditemui sekitar tingkap tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

NONEBukti penemuan kesan tapak kasut itu ditimbulkan hari ini semasa pegawai forensik DSP Shahrul Othman memberi keterangan yang bercanggah dengan kenyataan rakannya, Cif Inspektor Mazli Jusoh Che Kob (kiri), yang berkata beliau tidak menemui kesan seumpama itu.

Shahrul memberitahu Siasatan Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock bahawa kesan tapak kasut dijumpai pada bawah rangka tingkap, tempat Teoh dikatakan dijumpai jatuh sehingga menyebabkan kematiannya pada 16 Julai 2009.

Katanya, kesan itu dijumpai semasa menjalankan cahaya lampau unggu di rangka tingkap berkenaan.

"Saya tidak ambil kesan tapak kaki itu kerana ia tidak penuh tetapi saya ada ukur dan ambil gambar," kata Shahrul ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa.

Shahrul diarah untuk menjalankan siasatan kedua di lokasi kejadian pada 19 Julai, tiga hari selepas kawasan itu diproses oleh Jusoh dan pasukannya pada 16 Julai.

Sebelum itu, Mazli Jusoh dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berkata beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.

NONEMenurutnya, beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mangsa boleh melangkah sendiri untuk keluar daripada tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam kerana ukuran daripada lantai ke bingkai tingkap itu hanya tiga kaki tiga inci.

"Dengan ukuran itu, seseorang boleh melangkah keluar daripada tingkap dengan cara biasa," katanya.

Mazli, yang juga saksi keenam dalam prosiding itu turut bersetuju dengan Leong bahawa seseorang itu perlu memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya (atas bingkai tingkap) sekiranya ingin memanjat keluar daripada tingkap.

azlanSelain itu, ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan, sama ada pihak forensik menyifatkan siasatan kes ini membabitkan kes bunuh diri atau sebaliknya, Mazli memberitahu pihaknya melihat kes yang disiasat oleh mereka membabitkan jenayah bukannya bunuh diri.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Hata NUJ jual tanah RM1.2 juta untuk akhbar bebas

Posted: 21 Feb 2011 03:29 AM PST

Jimadie Shah Othman

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

NONE"Ini bukan akhbar politik. Kita mahu tunjukkan sebuah akhbar sebenar yang bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak," katanya yang menjadikan kebebasan media sebagai agenda utamanya di NUJ.

Hata sebelum ini dilaporkan membentangkan kertas kerja pada forum tertutup bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bagi membincangkan hasrat menerbitkan akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia.

Cadangan PKR untuk menerbitkan akbar itu - Utusan Rakyat - dilaporkan dipercayai mempunyai kaitan dengan kajian mengenai tahap sokongan rakyat kepada parti itu - yang turut dibentangkan - yang mendapati kira-kira 40 peratus membaca akhbar arus perdana.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hata menegaskan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebaliknya tujuan pembentangannya cuma bagi mendapatkan jaminan tidak dihalang menghadapi acara parti.

50,000 naskhah dicetak

Malah, tambahnya, permohonan yang sama dibuat kepada pihak Umno melalui sepucuk surat kepada ketua penerangan parti Melayu itu Datuk Ahmad Maslan.

"Bagaimanapun, Ahmad Maslan belum memberikan jawapan. Itu yang saya jumpa Nurul Izzah dulu," katanya sambil memberitahu sudah berjumpa dengan beberapa pelabur yang menunjukkan minat.

azlanTambahnya, akhbar bersaiz tabloid 14 halaman yang memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak itu dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan.

Buat permulaan, kata Hata, beliau akan dibantu oleh beberapa anggota keluarga terdekatnya yang berkhidmat secara sukarela.

Ditanya sama ada beliau akan berhenti daripada Utusan utuk mengepalai pasukan editorial akhbar baru itu, Hata berkata perkara itu tidak mungkin kerana beliau masih wartawan di akhbar Umno itu.

"Saya hanya membantu daripada aspek pengurusan. Untuk saya jadi wartawan, tak boleh. Saya kan masih wartawan Utusan," kata wartawanan kanan yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Polis teruskan tindakan ke atas forum anti-Interlok

Posted: 21 Feb 2011 03:26 AM PST


Hazlan Zakaria

Sekiranya semalam tangkapan dibuat sewaktu forum anti-Interlok berlangsung, tetapi hari ini polis bertindak lebih awal dengan menahan penganjur forum yang sama yang akan diadakan malam ini.

Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai tangkapan tersebut oleh seorang pemimpin Parti Hak Asasi Manusia (HRP) petang ini.

NONE"Mereka datang ke rumahnya pada 12.30 tengahari tadi, dengan
membawa waran tangkap. "Mereka menangkapnya dan membawanya ke balai," kata ketua penerangan HRP, S Jayathas ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Jayathas (kiri) berkata, forum tersebut akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran penganjurnya.

"Kita akan teruskan dan mengadakannya di tempat lain di kawasan perumahan yang sama," katanya, sambil menambah HRP tidak gentar dengan tindakan polis.

HRP, parti politik yang lahir daripada Hindraf yang telah diharamkan, menentang penggunaan novel Interlok sebagai buku teks kesusasteraan Melayu kerana penggunaan perkataan 'pariah' untuk menceritakan beberapa watak yang datang dari India.

Tangkapan hari ini adalah tindakan seterusnya pihak polis selepas 63 pemimpin dan ahli HRP ditahan minggu lalu, dan 16 orang lagi di Perak malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua 79 orang yang ditahan polis itu telahpun dibebaskan - 63 dibebaskan dalam tempoh 24 jam ditangkap dan 16 lagi dibebaskan jam 3 pagi ini.

Jayathas dan pemimpin HRP yang lain, merancang untuk membawa isu penangkapan tersebut dan ketidakpuasan yang lain kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tengahari esok.

Pemimpin Pakatan: Tiada tanda rombakan exco

Posted: 20 Feb 2011 09:34 PM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Di sebalik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa kemungkinan rombakan exco dilakukan bagi memantapkan pentadbiran negeri, pemimpin Pakatan mendakwa tiada perkara seumpama itu.

NONEExco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah memberitahu Malaysiakini, mesyuarat exco baru-baru ini tidak membincangkan mengenai rombakan itu.

Menurutnya yang juga setiausaha DAP Selangor, mesyuarat jawatankuasa parti negeri itu juga tidak membincangkan perkara tersebut.

Ketua PKR Selangor Azmin Ali juga berkata partinya tidak pernah membincangkan secara khusus mengenai rombakan exco negeri.

"Kami seringkali bincang dengan Mentri Besar, kelab penyokong kerajaan dan anggota exco untuk membincangkan pelbagai perkara... Pada penghujung mesuarat menteri besar akan memutuskan tindakan yang perlu diambil, sama ada mengkaji semula polisi negeri ataupun keperluan membuat rombakan.

"Itu prerogatif mentri besar," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut seorang lagi pemimpin negeri DAP yang tidak mahu identitinya disiarkan berkata Khalid sebagai kuasanya sebagai menteri besar berhak memilih barisan exconya tetapi dari segi politik beliau mesti mendapat persetujuan parti-parti komponen Pakatan sebelum merombak kerajaan negeri.

"Sama ada menggugurkan pemimpin DAP daripada kerajaan negeri ataupun menukar portfolio mereka, Khalid perlu berbincang dengan pemimpin parti dahulu. Ini hak kami," kata pemimpin itu.

bm version selangor state exco 2008DAP mempunyai 13 kerusi di Selangor, bilangan yang sama dipegang oleh PKR, manakala PAS menguasai lapan dan PSM memiliki satu kerusi.

Dalam kerajaan negeri, DAP dan PAS masing-masing mempunyai tiga kerusi exco manakala PKR diperuntukkan empat.

Tiga anggota exco DAP itu adalah Teresa Kok (Pelaburan, Industri dan Perdagangan), Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Ean Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penempatan Kilang Haram).

Spekulasi mengenai rombakan exco bertiup kencang selepas Khalid berjumpa dengan kelab penyokong Selangor di kediaman rasminya bulan lalu selepas membincangkan isu pentadbiran.

Beberapa ADUN dipercayai membuat aduan ke atas Liu yang didakwa terbabit dengan skandal dan pertuduhan lain sejak beliau dilantik sebagai anggota exco pada 2008.

Berikutan itu, Khalid semalam mengakui ada terdapat perbincangan antara pihaknya dan rakan-rakannya mengenai cadang memantapkan kerajaan negeri Selangor.


Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada rombakan exco akan diadakan.

Liu, yang disingkirkan daripada jawatankuasa pusat DAP Selangor pada pemilihan parti itu, November lalu dikatakan tidak disenangi oleh beberapa pihak.

Namun, adalah dipercayai pemimpin DAP pusat masih mahu beliau kekal dalam pentadbiran Selangor, di sebalik dakwaan Liu menjadi liabiliti bagi Pakatan Rakyat di Selangor.

Kes Sosilawati: Hukuman ditambah ke 20 tahun

Posted: 20 Feb 2011 09:27 PM PST

BERNAMA

Hukuman penjara terhadap dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, yang didakwa melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain ditambah daripada tujuh tahun kepada 20 tahun selepas Mahkamah Tinggi meminda hukuman itu.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Okt tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.


Calon pro-M ditemui dalam keadaan lemah

Posted: 20 Feb 2011 09:24 PM PST

Abdul Rahim Sabri

Calon Umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang petang kelmarin, telah ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi - beberapa jam selepas kumpulan itu mengadakan sidang media.

Menurut seorang calon umum, Mohd Syahid Mohd Zaini, ketika Masturah ditemui, dia dalam "keadaan lemah dan tidak mampu untuk berbicara panjang".

masturah abu bakar 02Mohd Syahid berkata Masturah (kanan) sendiri yang menghubungi ibunya dengan meminjam telefon bimbit orang yang berada berdekatan masjid berkenaan.

Menurut Mohd Syahid panggilan itu dibuat kira-kira jam 11.19 malam tadi.

Susulan itu, ibu-bapa Masturah dan wakil calon Rohayu Rosli - yang bersama-sama dengan pelajaryang mengadakan solat hajat - bergegas ke masjid berkenaan untuk mengambil dan membawanya pulang.

"Dia kini berada bersama ibubapanya di Sungai Buloh... Dia sekarang (masih) trauma, tidak mampu untuk bercerita panjang mengenai insiden itu," katanya dalam satu sidang media.

Sementera itu, 18 pusat pengundian termasuk enam fakulti di Universiti Malaya (UM) dijadikan tempat mengundi dalam pilihan raya kampus hari ini.

Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman, jawatankuasa pemilihan menetapkan pengundian dijalankan di kolej kediaman masing-masing.

P'raya muram dan perlahan

Terdapat 12 kolej kediaman di kampus ini.

Manakala pelajar yang tinggal di luar kampus, diarahkan mengundi di enam pusat pengundian yang tetapkan.

Enam fakulti tersebut adalah fakulti sains, fakulti ekonomi dan pentadbiran, fakulti alam bina, akademi pengajian Melayu, fakulti bahasa dan linguistik dan fakulti perubatan.

masturah abu bakarSebelum ini, Malaysiakini difahamkan pelajar yang tinggal di luar kampus mengundi di Dewan Tunku Canselor (DTC).

Ekoran itu, Tinjauan Malaysiakini ketika ini mendapati suasana pengundian kelihatan "muram dan perlahan".

Tinjauan Malaysiakini di fakulti sains, perjalanan pengundian masih lagi lembab pada jam 9.30 pagi ini.

Kelihatan seorang atau dua baru sahaja keluar daripada pusat pengundian tersebut.

Pusat pengundian dibuka jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Tiada tanda-tanda Teoh lompat, kata polis

Posted: 20 Feb 2011 09:21 PM PST

Joseph Sipalan

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


NONEMenurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Liwat II: Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian

Posted: 20 Feb 2011 09:18 PM PST

MALAYSIA KINI

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


NONEBeliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah," katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya," kata peguambela Ram Karpal Singh.

"Saya tak setuju," balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

azlanRam juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

"Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9," kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan," katanya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan

Pro-M, Pro-A 'bertempur' di 5 kampus utama

Posted: 20 Feb 2011 09:15 PM PST

MALAYSIA KINI

Selepas insiden demi insiden dilaporkan, pilihan raya kampus hari ini berlangsung di lima universiti utama di seluruh negara.

Persaingan sengit antara kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dan musuh tradisinya Pro-Aspirasi (pro-A) akan berlangsung di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Proses pengundian bermula jam 9 pagi tadi sehingga jam 5 petang. Keputusannya pula dijangka diperolehi kira-kira jam 9 malam ini.

NONETerdapat juga universiti yang menjalankan pengundian menggunakan sistem pengundian secara elektronik atau e-undi.

Setakat ini belum ada sebarang insiden dilaporkan di kelima-lima universiti itu.

Bagaimanapun, di UKM, jurucakap pro-M, Faiz Ismail memberitahu Malaysiakini, pihaknya selesai membuat bantahan bertulis kepada pentadbir pilihan raya terhadap kelayakan calon parti lawannya di fakulti ekonomi dan pentadbiran.

Faiz yang juga pelajar tahun akhir fakullti pendidikan mendakwa, calon pro-A, Norelfarra Mohammad tidak layak bertanding kerana gagal menghadiri bengkel wajib calon yang dikelolakan pihak universiti.

NONE"Mereka kata dia dapat surat sokongan untuk pelepasan dari naib canselor tetapi surat itu tidak ditunjukkan.

"Bagi kita, kalau tak pergi, tak boleh bertanding walau apa alasan pun," kata Faiz yang masih menunggu keputusan bantahan itu.

Di UM, tinjauan di beberapa Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Melayu dan dua kolej kolej kediaman mendapati proses pengundian bergerak perlahan dan 'muram' ekoran ramai mahasiswa mempunyai kuliah.

Seorang petugas pemilihan memberitahu Malaysiakini, lebih ramai pelajar akan keluar mengundi pada waktu rehat tengah hari nanti.

Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan

Posted: 20 Feb 2011 03:21 PM PST

Suhaimi Mokhtar

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat,pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak,pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik,undang-undang darurat ditarik,parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan.Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru diMesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria.Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam.Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi.Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Disebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu ,sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masadepan Mesir ,bumi ambia' yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya.Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya.Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas , yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun keDataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka.AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia,Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan.

Kebangkitan diJordan ,Algeria,Bahrian,Yaman,Libya,Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat,maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kukubesi lagi dirantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan stratijik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir,walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.

Tarikh Serentak: PAS Pahang Tak Gentar

Posted: 20 Feb 2011 03:20 PM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Walaupun diumumkan tarikh pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang PAS tidak gentar mahupun tertekan untuk menghadapi hari penamaan calon yang akan berlangsung enam hari lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Tv Selangor berkata, walaupun terkejut dengan keputusan yang diumumkan, namun pihaknya sudah melakukan persediaan awal bagi menghadapi situasi tersebut.

"Dari sudut jentera bilik gerakan operasi peringkat bawahan sehingga di peringkat peti-peti undi, jentera itu digerakkan lebih awal sebenarnya. Cuma bila kita dimaklum, semalam pun di peringkat negeri kita dah putuskan persiapan tenaga-tenaga tambahan dari negeri lain. Negeri lain akan turut membantu jentera negeri Pahang," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac adalah hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, iatu sama tarikh dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media, 18 Februari lalu.

Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi.

Kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.

Tiada ulasan: