Jumaat, 4 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Peserta himpunan disembur, ditangkap

Posted: 04 Feb 2011 02:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tahniah orang Melayu! Orang Tunisia, Mesir takat tiru kita ja..

Posted: 04 Feb 2011 04:00 AM PST

Mudah-mudahan berlaku apa yang ditulis oleh Ustaz Muhsin Labib, "Takbiratul-Ihram di Tunis dan Mesir... Salam di Riyadh".

Selepas perhimpunan raksaksa semalam, rakyat Mesir yang menuntut Hosni Mubarak berundur terus bermalam di situ dalam cuaca sejuk. Sesetengahnya tidur di dalam khemah. Mereka enggan beralah.

Bukan itu sahaja, pagi seterusnya ramai lagi yang datang walaupun tidak seramai semalam.

Mereka terus melaungkan slogan, "Undur! Undur!" Ada juga yang berjogging untuk memanaskan badan sambil melaungkan slogan, "Pergi jahanam Mubarak!" Mereka juga memasang skrin besar supaya mereka dapat mengikuti perkembangan melalui laporan stesen-syesen TV, termasuk Al Jazeera yang diharamkan oleh rejim Mubarak.

Tentera pula sibuk menyuruh rakyat yang bangkit pulang kerana kononnya mesej kebangkitan mereka telah diterima. Terima satu hal, faham belum tentu. Manusia selalu buat-buat tak faham.

Dalam pada itu, semakin ramai pula yang menunjuk perasaan menyokong Mubarak. Sama seperti yang dilakukan oleh TV pro Umno di negara ini, dilaporkan bahawa "Egypt state TV calling pro Mubarak protesters pro "stability" protesters".

Ya la, takkan nak jatuh free gitu saja tak melawan. Kerah pi la saki baki penyokong yang ada, yang dah jadi ayam daging, untuk membantu. Takkan selama-lamanya nak duduk dalam reban. Keadaan dah teruk. Dedak dah nak habis. Di sini pun, kalau Umno nak jatuh tentu dia akan melawan. Apa lagi, isu perkauman la.

Mungkin akan tercetus pergaduhan antara penentang dan penyokong Mubarak. Di Malaysia pun, apabila Umno nak jatuh, dia akan kerahkan orang Melayu supaya lawan "Cina yang nak ambik negara kita". Dakyah apa lagi kalau bukan dakyah tu. Sekarang pun dah guna dakyah tu. Depa dah jadi si bodoh tukang usung MCA dengan penuh patuh dan bangang, depa ingat kita pun bongok macam depa jugak (Bila saya sebut kita, saya maksudkan kuasa rakyat dan bukan 'asabiyyah kepada mana-mana parti).

Kalau berlaku rusuhan kaum pun, para pemimpin Umno peduli apa. Bukan depa yang nak bergasak. Bukan depa yang nak bengkak-bengkak. Bukan darah depa yang akan mengalir. Badan orang lain yang bergasak dan bengkak-bengkak. Darah orang lain yang tumpah. Selepas menghasut, depa tetap dok rumah sedap-sedap - konon memantau dan menyelaras keadaan.

Kalau teruk sangat, depa cabut lari ke luar negara. Duit dah banyak. Ingat dak dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disiasat oleh Bank Negara berkaitan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta yang dilakukan melalui pengurup wang pada tahun 2008 ke London. Kalau benar Mat Hassan buat lagu tu, hampa ingat dia sorang ja buat lagu tu?

Selamat berjaya umat Arab. Kamu hanya buat apa yang orang Melayu dah buat. Kami orang Melayu dah lama jatuhkan pemerintahan Khairy Jamaluddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Telah kami gantikan pemerintahan mereka dengan pemerintahan de facto prime minister Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan jauh lebih kaya dari Mat Hassan. Rosmah dibantu oleh de jure prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Peduli apa rungutan seorang tua masyhur kepada raja dalam salah satu majlis Sahoca (The Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association). Orang yang mendengar rungutan orang tua itu melaporkan bahawa orang tua itu merungut bahawa pemerintahan Rosmah Najib "10 kali lebih teruk" dari regim Khairy Abdullah.

Orang tua tu pun takat merungut kot belakang ja.Tok sah dok ambit pot la rungutan dia. Kita dah buat revolusi menggulingkan regim Khairy Abdullah dan telah kita hiaskan negara kita dengan pemerintahan bergaya Rosmah Najib.

Tahniah orang Melayu! Orang Tunisia, orang Mesir sebenarnya hanya tukang tiru kita. Kita yang sebenarnya menunjukkan teladan hebat itu kepada dunia. Hidup Datin Seri Rosmahku! Hidup Datuk Seri Najibku!



penarikbeca



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

13 GRO ‘bar korek’ diberkas

Posted: 04 Feb 2011 02:00 AM PST



KELANA JAYA: Kegiatan 'bar korek' atau 'ringan-ringan' di sebuah pusat hiburan karaoke dan kafe di Taman Bukit Mayang Emas, dekat sini, semakin berani dengan terus menjalankan perniagaan haram itu walaupun diserbu polis beberapa kali.

Bagi tahun ini saja, premis yang tidak mempunyai lesen itu sudah dua kali diserbu dan ini tidak termasuk serbuan pada tahun sebelumnya.


Pelayan pelanggan (GRO) pusat hiburan terbabit pula semuanya terdiri daripada wanita warga asing berusia 20 hingga 32 tahun dan mereka turut dikesan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan.

Dalam serbuan terbaru dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya, kira-kira jam 7 malam kelmarin, 13 wanita warga asing yang asyik melayan pelanggan diberkas termasuk seorang yang melakukan hubungan seks dalam bilik khas.


Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata pihaknya sudah berulang kali membuat serbuan di premis itu, namun ia terus beroperasi tanpa takut dikenakan tindakan undang-undang.


Menurutnya, serbuan kali ini berjaya menahan enam wanita warga Indonesia, lima warga Vietnam dan masing-masing seorang warga China dan Kemboja. Daripada jumlah itu, 10 daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan, manakala tiga lagi didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Dua lelaki penjaga premis warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan, selain seorang pelanggan warga Bangladesh dibawa ke balai kerana tidak mempunyai pasport," katanya.

HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NAMAKAN SAHAJA APA ITU P.K.R.

Posted: 03 Feb 2011 11:00 PM PST

Oleh Ahmad Zawawi

Daripada  raut  muka  dua  pemimpin  besar  UMNO   dikaca  TV  semalam  yang   menempelak       Siri  Ceramah  PKR ke  30  Kawasan  Parlimen  terpilih  ternyata    memperlihatkan  UMNO/BN     masih   tercari-cari    formula    untuk    mendapatkan   kembali    sokongan    yang   telah    hilang   itu.   Bagi  parti  yang  memiliki  berjuta-juta   ahli  cara  memburuk-burukkan   pesaiang     adalah    ibarat  pukul  curi.   Dalam  boxing  ia  disebut  sebagai  serangan  below  the  belt.



Saya  percaya  majoriti  ahli  PKR   tidak  ambil  pusing   tentang   terjemahan  nama  parti  mereka.  Yang  terbaharu  ia  disebut  sebagai  parti  kian  runtuh.   Ianya  hanya  mainan   kata-     kata.   Kita  yakin   percaya  ia  tidak  akan  runtuh    semudah  runtuhnya    jambatan    MRR2.     Apa  yang  sedang   berlaku   sebenarnya   ialah    proses pembersihan menyeluruh.    Kita     juga   boleh  ringkaskan   perkataan    Bilang  Nadi sebagai    BN.

Mengikut  statistik   mereka  yang  meninggalkan   parti  adalah   orang-orang    yang   masuk   PKR   kerana   kepentingan   diri.      Lihat    saja    betapa  beruntungnya  mereka   dapat  jadi  wakil  rakyat.     Walaupun  untuk  sepenggal  mereka    sudah  layak  mendapat  pecen  yang  lumayan.       Tidak   ada   seorangpun   dalam    PKR    merasa     akan  rugi  diatas  pemergian  mereka  ini.   Memandangkan   mereka  dulu  pernah  berada   dicelah   pinggang   BN.  Tidak   dinafikan  ramai  yang   telah   meninggalkan    PKR    dengan   beberapa   alasan    termasuk       tidak  terpileh  sebagai   calun   pilihanraya,     benda-benda    (projek, pingat)   yang    tidak        ada  didalam  PKR   dan   beberapa   sebab  lain.

Jika  benar   seluruh  rakyat  sudah  kembali  menyokong  BN  mengapa  ditangguh-tangguhkan     Pilihanraya  Umum  Negeri  Sarawak?   Nak  takut  apa   —  Ahli  Parlimen   BN  friendly pun    dah  ramai.    Yang  jelas  selagi   modal  politiknya   hanya   bercakap   tentang  ( kononnya)   terdapat  kelemahan   dan   kepincangan    Pakatan  Rakyat   lagi   cepatlah    rakyat  menuju      perubahan  (change).

http://ahmadzawawi.wordpress.com/ 



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kedudukan Sunnah dalam Islam

Posted: 03 Feb 2011 08:00 PM PST



Kewajipan Beriman dan Beramal Dengan Al-Sunnah

Oleh: Koleksi Hadis

Al-Sunnah merupakan sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat perkara-perkara berkaitan akidah, ibadah, ekonomi, politik malah meliputi keseluruhan kehidupan termasuk kerohanian, psikologi, akhlak, pendidikan, kesihatan, kesukanan, hiburan, masakan serta seluruh perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ini menjadikan al-Sunnah merupakan satu panduan yang lengkap dan seimbang kepada seluruh manusia tanpa mengira agamanya, tabiatnya, minatnya, pekerjaannya, pangkat kebesarannya atau apa sahaja yang berkaitan dengan individu dan masyarakat; sesuai dengan terutusnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (saw) sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Al-Sunnah bukan sahaja lengkap dan seimbang, malah mempraktikkannya juga adalah sangat mudah kerana ia melibatkan keperluan dalam kehidupan harian manusia. Contohnya, cara berdoa, cara makan, adab bermasyarakat dan segala yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Umat Islam amat memerlukan Al-Sunnah kerana ia menjelaskan dan memberikan tatacara dalam menjalani kehidupan dengan sebenar menurut apa yang dikehendaki oleh Allah Subhana wa Ta'ala dan ia sebenarnya merupakan satu rahmat yang besar kepada seluruh manusia sebagai pedoman atau jalan atau panduan.

Umat Islam hendaklah merujuk kepadanya, mempercayainya dan melaksanakannya apabila telah sabit kesahihannya atau disepakati ulama akan diterimanya sesebuah hadis itu (maqbul). Ia sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah Ta'ala dalam;


Surah Al-Ahzab [33] : 36
36. "Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh dia telah nyata-nyata sesat."

Maka, mana-mana lelaki dan perempuan mukmin, tiada pilihan lain bagi mereka kecuali mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala melalui utusan-Nya Nabi Muhammad saw dalam urusan mereka. Berpaling darinya, maka bermakna ia telah sesat dengan jelas.


Surah Al-Hujuraat [49] : 1
1. "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Di antara ayat lain yang menjelaskan akan kedudukan sunnah dalam dalam Islam adalah,


Surah Ali Imran [3] : 32
32. "Katakanlah, 'Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."


Surah An-Nisaa' [4] : 14
"... Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan."

Selain dari kesesatan, orang yang menolak sunnah juga diancam kekal di dalam neraka. Terdapat banyak lagi perintah dalam mewajibkan mengikuti Al-Sunnah di dalam Al-Quran. Pengingkaran atau penolakan terhadap sunnah yang telah jelas kesahihannya serta apa yang telah disepakati oleh para ulama, sama seperti menolak Al-Quran.

Contoh yang disepakati oleh para ulama seperti apa yang diperjelaskan oleh Rasulullah saw adalah; pengakuan tauhid, penjelasan tatacara bersolat, pengharaman memakan daging binatang yang mempunyai taring, penjelasan had potong tangan para pencuri dan lain-lain lagi. Dalam sebuah hadis mengenai golongan anti hadis;

Hadis : Dari Al-Miqdam bin Ma'diy r.a : Rasulullah saw bersabda, "Hampir saja seseorang laki-laki yang bersandar di sofa mewah (mengenai golongan anti hadis akhir zaman) menceritakan hadis dari ku, ia (golongan anti hadis) berkata:

"Diantara kami dan kalian ada Kitab Allah Subhanallahu wa Ta'ala, maka apa yang kami dapati sebagai suatu yang halal akan kami halalkan, dan apa yang kami dapatkan suatu yang haram maka kami haramkan' (golongan anti hadis ini hanya menerima Al-Quran sahaja dan menolak hadis)."

(Kata Nabi saw) : Ketahuilah apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw adalah (sama) seperti (apa) yang diharamkan oleh Allah Subhanallahu wa Ta'ala." [585] Hadis Maqbul – Al-Darimi

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis di atas maka adalah menjadi tanggungjawab kita agar kembali kepada sunnah dan berusaha mengamalkannya sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhana wa Ta'ala melalui Al-Quran dan dari sunnah Rasul-Nya agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang sesat dan kekal di dalam neraka.

SUMBER


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gambar-Gambar Dari Mesir

Posted: 03 Feb 2011 05:00 PM PST

Tiada ulasan: