Jumaat, 4 Februari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki China Dihukum Mati Kerana 4M! Apa 4M?

Posted: 03 Feb 2011 06:00 PM PST

Salah seorang mangsa Zeng Qiangbao.

4M=Menculik, Mengurung, Merogol, Mendera


Berita Agensi melaporkan seorang pekerja kilang berusia 40 tahun di Wuhan, China telah dikenakan   hukuman mati setelah didapati bersalah memaksa dua remaja menjadi hamba seksnya.

Zeng Qiangbao telah mengurung dua orang remaja tersebut di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya.


Zeng menculik Lili berusia 16 tahun sekitar pukul 10:00 pagi pada 16 September 2008. Remaja malang itu dibawa ke rumahnya, sebelum merogol dan merantai remaja itu.

Pada 2 Julai 2009, Zeng menculik pula seorang lagi remaja bernama Honghong, 19 tahun. Seperti juga Lili, remaja ini turut diperkosa berulang kali dan dikurung di sebuah bilik bawah tanah.

Kes ini dibawa terbongkar selepas salah seorang remaja tersebut meletakkan nota kecemasan/SOS dengan mesej "Tolong. Saya sudah ditahan di bilik  bawah tanah lebih daripada satu tahun" dalam satu sebuah televisyen, yang kemudiannya ditemukan oleh seorang juruteknik barangan elektrik.

Bersama-sama dengan nota itu, terdapat lakaran peta yang menunjukkan lokasi gadis-gadis itu disimpan, berserta nombor telefon dan alamat keluarga Honghong.

Polis menemui dua gadis malang itu dalam keadaan telanjang di bilik bawah tanah tersebut.

Lili telah dikurung selama 590 hari, manakala Honghong pula selama 317 hari. Kedua-duanya telah diperkosa beratus-ratus kali sebelum berjaya diselamatkan pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis juga mendapati Zeng Qiangbao terlibat dengan kes perkosaan yang lain, merompak dan meragut antara Julai 2007 hingga Mei 2010.

Setelah mengambil kira kekejaman Zeng, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki gila seks itu.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. Maaflah blog tidak dapat menyiarkan berita terkini kerana masalah kelembaban perkhidmatan jalur lebar.

Tiada ulasan: