Jumaat, 4 Februari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO

Posted: 04 Feb 2011 06:31 PM PST

Tunggu apa lagi ulama Umno, Tok Guru sudah setuju, tetapkan hari tempat dan waktu saja... Nampak gaya hempa dah mula kecut, bila Tok Guru sahut cabaran... Tengok wira katak mula merapu dah...
- Dperbatasan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

"Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

"Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai 'orang tengah'," katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.


Baca kenyataan wira katak dibawah ini, oleh kerana takut kalah dalam debat inilah alasan yang diberi... Dulu bukan main cabar berdebat tapi bila cabaran bersahut ini jawapan diberi...

Debat Nik Aziz, Mohd Noor cemar imej Islam: Perkasa
SHAH ALAM - Jika debat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan ulama UMNO, Profesor Mohd Noor Deris jadi kenyataan, tindakan mereka hanya akan mencemarkan lagi imej Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perdebatan yang bermula dengan tindakan cabar mencabar itu akan menyebabkan umat Islam semakin keliru dan tambah menjatuhkan imej dalam kalangan bukan Islam.

"Sudah jelas, debat ini hanya untuk kedua-dua pihak mencari untung politik. Siapa yang rugi adalah kita sendiri, yang akan jadi semakin keliru dan bertambah malu,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, setiap pendebat bersikap profesional meskipun berlainan ideologi politik.

"Mereka juga perlu mengelak daripada menggunakan perkataan yang menyinggung hal peribadi sehingga menimbulkan konflik yang lebih besar kerana kedua-duanya ada pengikut yang tersendiri," katanya.

Menurutnya, setiap pendebat perlu mematuhi etika perdebatan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.

"Debat adalah untuk mencari kebenaran (al-Haq) dan bukan semata-mata untuk menang," katanya.

Fathul Bari berkata, hakim yang menjadi pengadil kepada perdebatan itu harus tergolong dalam kalangan orang yang tidak memihak kepada sesiapa melainkan kebenaran dan keadilan.

Nik Aziz dalam satu kenyataan semalam menyahut cabaran Mohd Noor untuk berdebat berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau (Nik Aziz) ketika berkempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mereka yang tidak mengundi Pas adalah orang jahiliah.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Razak Idris berkata, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Biar ulama-ulama, kepimpinan parti berdebat dan mengeluarkan pendapat masing-masing berhubung hal ehwal kepartian mereka. Abim akan tunggu dan lihat dahulu. Biar mereka berhujah dahulu sehingga sampai ke satu tahap.

Apabila keadaan menjadi semakin tidak keruan, kita akan cari jalan keluar,"katanya.


-SinarHarian

Kalau tidak mahu berubah, rakyat akan mengubahnya

Posted: 04 Feb 2011 05:31 AM PST

Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.

Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami 'vacuum' kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.

Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.

Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan 'continuity' atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.

Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.

Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga 'aristocrat. yang 'magnanimous' telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato' Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.

Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.

Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.

Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.

Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga 'aristocrat' yang 'magnanimous' dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan 'gentleman' itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak 'gullible' dan 'ungentleman'.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang 'viable' untuk mentadbir Mesir.

Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.

Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.

Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.

Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan 'vacuum' kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.

Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai 'blind sycophants' yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan 'viable' bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.

Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.

Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.

Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.

Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan 'tikus-tikus' gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.

Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.

Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.

Gambar Demo anti Mubarak 4 Feb. 2011

Posted: 04 Feb 2011 05:05 AM PST

Hari ini, kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.



Turut serta di barisan hadapan ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Himpunan hari ini selain daripada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, ia disertai kira-kira 50 NGO di negara ini.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.





Sebelum itu, kira-kira 30 anggota polis simpanan Persekutuan (FRU) berbaris di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.





FRU yang lengkap dengan meriam kemudiannya mengepong ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun untuk memperjuangkan hak rakyat Mesir dan Malaysia.

Difahamkan empat orang ditahan dalam himpunan tersebut.





Tiga desakan yang dibuat ialah menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Himpunan besar-besaran ini pada masa sama juga mengutuk kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol RON97 tanpa memikirkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Guna Mahathir Untuk Perdaya Rakyat

Posted: 04 Feb 2011 04:57 AM PST

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah termakan mainan politik Umno-Barisan Nasional(BN) dalam usaha meneruskan cengkaman kuasanya di negara ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, modus operandi yang digunakan kerajaan Umno-BN masih sama walaupun pucuk pimpinannya bertukar tangan.

Watak yang dimainkan masih sama sehinggakan tidak sukar untuk membaca sandiwara yang ditonjolkan, kata Nik Nazmi, mengulas komentar sinis yang dilemparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Beliau berkata demikian dalam majlis wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu.

Menurut Nik Nazmi, tindakan Tun Dr Mahathir yang secara terus-terusan membakar sentimen Melayu walaupun di akhir karier politiknya, membawa petanda jelas, ada agenda yang dibawakan oleh pemimpin veteran itu.

Tun Dr Mahathir secara konsisten lewat kebelakangan ini mempertikai dan menuduh pihak-pihak tertentu cuba memecah-belahkan Melayu.

"Saya rasa dari awal lagi apabila Tun Mahathir bersama Perkasa dan memberikan komen-komen (yang) selama ini pun jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri lebih menumpukan untuk memainkan sentimen Melayu. Jadi ini memang sebahagian daripada taktik biasa Barisan Nasional," tambah Nik Nazmi.

"Tun Mahathir rekodnya jelas. Ada sumbangan dia tetapi banyak juga yang dilakukan kepada masyarakat, jurang antara Melayu miskin dan kaya, skandal-skandal yang berlaku pada zamannya, semua perkara itu boleh kita imbas semula tetapi yang pentingnya rakyat Malaysia perlu bergerak ke depan. Kita jangan terperangkap dengan mainan mereka," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perbezaan pendapat dan haluan yang ditampilkan dalam Umno-BN adalah untuk memastikan setiap watak berjaya mengumpulkan penyokongnya yang tersendiri namun akhirnya disatukan di bawah gagasan yang sama.

"Ada seorang yang akan membawa penderian sebegini dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan sebegini, ada yang akan membawa pendirian begitu dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan yang sebegitu. Dengan cara begitu, kumpulan yang kononnya moderat dan yang ektrem Melayu seperti Perkasa dapat bersatu," kata Khalid.

Namun ujarnya, taktik lama itu yang turut dimainkan oleh Tun Dr Mahathir, tidak lagi berbekas di hati rakyat yang sudah lama dahagakan perubahan.

" Mereka sedang memainkan peranan yang telah dipersetujui antara mereka dan perkara pokok yang ingin saya sebutkan ialah, perkara yang mereka cakapkan tidak boleh dipakai. Yang mana yang ekstrem Melayu pun satu lakonan, yang moderat hendakkan 1Malaysia juga satu lakonan. Dua-dua berlakon untuk kekalkan kuasa," jelas Khalid samad lagi.

Harga Barang Terus Meningkat Rakyat Mula Mengeluh

Posted: 04 Feb 2011 04:52 AM PST

Harga barang yang melambung berikutan kenaikan harga minyak sejak 1 Februari lalu jelas menunjukkan kerajaan tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Tinjauan Tv Selangor ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam mendapati, rata-rata peniaga dan pengguna mengeluh berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan harian.

M Suhaimi seorang peniaga runcit lebih 22 tahun berkata, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana perbelanjaan harian meningkat sekali ganda dari kebiasaan sehingga modal perniagaan mencecah RM4500.00 sehari.

"Perayaan memang kita rasa sangat harga terlalu tinggi. Hari biasa jauh kadar perbelanjaan. Hari ini saya pergi ke Pasar Borong Klang, harga daun bawang, sepanjang 22 tahun saya berniaga di sini, harga bawang menjadi RM25.00 sekilo. Biasanya paling tinggi dalam lingkungan RM10.00. Keadaan ini seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli," katanya.

Beliau menambah, memandangkan kenaikan harga minyak menjadi punca peningkatan harga barang, beliau menyarankan kerajaan perlu bertindak dengan menurunkan harga minyak dengan kadar segera.

"Oleh kerana kenaikan minyak menjadi punca semua harga barang naik. Jadi pada saya kalau boleh turunkan semula harga minyak. Malaysia mengeluarkan minyak. Walaupun minyak dunia dikatakan mahal, saya rasa kita jual balik minyak kita dan kita peroleh keuntungan berlipat ganda. Mengapa kita perlu ikut harga dunia? " katanya.

Bagi peniaga ikan, Isabella berkata, hampir setiap hari menerima rungutan orang ramai lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga barang ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

"Modal abang tinggi dan pembeli mula merungut. Abang pun tidak boleh buat apa-apa sebab abang beli pun mahal. Dari segi nak dapatkan stok pun pening. Terpaksa berkejar-kejar sehingga pergi ke Sekinchan dan Perak untuk mendapatkan stok ikan," katanya.

Tekanan sudah pastinya dirasakan pengguna berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan bulanan dan mengambil langkah berjimat cermat.

Menurut Asri Osman, beliau terpaksa memperuntukkan hampir RM 800 sebulan untuk perbelanjaan harian berikutan kesan kenaikan harga barang.

"Ternyata memberikan kesan kepada saya dari segi perbelanjaan di pasar raya. Kesan terhadap sumber pendapatan lebih-lebih lagi sebagai pekerja biasa memang terjejas. Biasa sebulan dalam RM500 hingga RM600 untuk perbelanjaan harian. Sejak kenaikan harga barang hampir RM700 hingga RM800 diperuntukan untuk perbelanjaan.

"Agak tertekan sedikit dari segi ekonomi dan terpaksa berjimat cermat dan terpaksa berbelanja lebih sedikit daripada yang biasa," katanya.

Bagi Halim, selain langkah berjimat cermat, beliau merasakan perbandingan harga perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam menentukan pembelian.

"Saya terpaksa membuat banyak perbandingan dan memilih serta memerhati sebelum membuat belian. Saya terpaksa pergi ke pelabuhan Klang untuk mencari ikan segar dengan harga yang murah dan terpaksa bersaing dengan yang lain. Kita terpaksa berkorban masa sedikit dan tak ramai orang yang sanggup buat," katanya.

Bagi peniaga bahan mentah, Ibrahim berkata, kenaikan harga barang mentah bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga minyak semata-mata, tetapi berpunca daripada peraih yang meletakkan harga yang tinggi kepada pengusaha.

"Saya terpaksa menaikkan sedikit harga sebab saya tiada pilihan. Walau bagaimanapun saya terpaksa kawal harga namun tetap memberikan kesan kepada peniaga.

"Biasa dulu saya jual ikan kembung dalam harga RM8.00 sekilo, saya terpaksa naikkan sehingga RM9.00. Kadang-kadangbukan saya naikkan harga tetapi peraih. Walaupun nelayan tempatan mendapat subsidi, tetapi harga dikawal oleh peraih," katanya.

...ingat BN! Bila Naik... ingat BN! Baru Naik... ingat BN! Banyak Naik...

Tiada ulasan: