Sabtu, 12 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Revolusi di Bumi Kenyalang

Posted: 12 Feb 2011 08:01 AM PST


Dalam masa 18 hari jer... melalui demonstrasi jalan raya, rakyat Mesir telah berjaya merealisasikan sebuah revolusi bersejarah dengan me-NYAH-kan Hosni Mubarak, diktator yang berkuasa di sana, hampir 3 dekad lamanya. Fuuuu... !! Lama tu....

Kalau rakyat Mesir boleh lakukannya, mengapa rakyat Malaysia tidak?? Bukan ke Malaysia Boleh??

Namun, kita tak perlu turun ke jalan raya. Apa kata rakyat Malaysia lakukan revolusi melalui pilihan raya?? Di sini pun ada diktator juga.... Diktator separuh umur pun ada dan diktator tua pun juga.... Ada yang masih berpaut pada kuasa dan ada yang sudah pencen.

Diktator tua yang masih berkuasa di Malaysia.... persis diktator tua yang dah 'tertimbus' di Mesir. Sama-sama dah tua dan sama-sama kaya-raya hasil 'rompakan' harta milik negara dan rakyatnya. Pemimpinnya, wang berbilion di luar negara, sedangkan rakyatnya miskin menderita, di dalam negara, tanah tumpah, darah mereka. Ciiisss....!! Celaka pemimpinnya dan kesian rakyat mereka.

Siapa dan di mana diktator tua itu??

Ya.... nun di seberang sana, di Malaysia Timur, yang terletak di Pulau Borneo. Negeri Bumi Kenyalang jolokan diberi dan Sarawak nama sebenarnya. Pemimpinnya, tak lain dan tak bukan ialah Raja Kepala Putih, si Taib Mahmud.

Sejak berkusa, harta kekayaan peribadinya, anak pinaknya serta sanak sedaranya, melimpah ruah dan hidup mereka amat gah dan extremely mewah, baik di dalam negeri, mau pun di luar negera. Ini, belum termasuk lagi, harta... hadiah buat permaisuri barunya.

Itu perihal, si Raja Kepala Putih. On the other hand, rakyatnya, tercungap-cungap dan termengah-mengah nak teruskan kehidupan, akibat tahap kemiskinannya yang amat teruk sekali. Nun... jauh di pedalaman, rakyatnya hidup macam zaman Tok Kaduk, serba serbi kekurangan. Malang sungguh nasib mereka kerana ber-Raja-kan pemimpin 'pisau cukur' ini.

Sebab itu.... rakyat Sarawak harus bangkit, macam rakyat di Mesir. Jadilah rakyat yang bermaruah yang tidak mudah dibeli dengan wang ringgit. Bersusah-susah dahulu.... bersenang-senang kemudian. After all.... hakikatnya, sememangnya kehidupan kamu susah. Kuatkan semangat dan bare it dulu... sementara kesenangan yang sebenarnya datang. Dan ia akan datang, insyaAllah, sekiranya.... Raja Kepala Putih ini disingkirkan.

Sekarang.... angin sedang bertuip begitu kencang, yang kononnya pilihan raya bakal menjelma di sana. Aha.... kalau benar bagai yang diberita-anginkan, maka tibalah masa dan ketika yang ditunggu-tungu. Rakyat Sarawak can make a difference. Berubah. Selamatkan maruah anda yang diinjak-injak oleh si Raja Kepala Putih buat sekian lamanya. Berubah. Berubahlah untuk melihat fajar yang cerah. Berubah... sambil selamatkan Malaysia.

Ayuh.... seluruh anak bumi Sarawak, bebaskan diri. Jadi seperti beburung kenyalang yang terbang bebas. Ya.... bebaskan diri kamu daripada penindasan si diktator tua, Raja Kepala Putih.

Lakarkan satu sejarah. Sejarah... menjadi negeri pertama,yang melancarkan revolusi melalui pilihan raya dengan me-NYAH-kan Raja Kepala Putih serta Barisan Najis, agar dapat kita flush dan benamkan mereka ke dalam tangki septik, buat selama-lamanya.

Malaysia Boleh!! Rakyat Bumi Kenyalang Boleh!!

[sumber:sini, sini, sini dan sini]

Satu belum setel lagi, satu lagi sudah menanti

Posted: 12 Feb 2011 06:07 AM PST


Innalillah...

Seorang lagi ADUN BN meninggal dunia hari ini. Kali ini di Pahang pulak. Beliau ialah ADUN Kerdau iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang tadi, di Hospital Temerloh.

Kepada keluarga Allayarham, diucapkan takziah dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Yang hidup tetap akan pergi. Kita sama-sama doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh. Al-Fatihah...

Ha... ha... ha... Nampak gayanya.... negara boleh bangkrap kerana terlalu banyak PRK diadakan. Bukan sikit duit ooooo.... nak kendalikan PRK. Itu baru nak mengendalikannya, belum lagi duit untuk beli dan sediakan umpan bagi memancing undi.

Maklumlah.... umpan itu dan ini, semuanya pakai duit rakyat yang dianamahkan kepada kerajaan. Senang ler mereka manipulasikannya. Projek mee segera mesti dihidangkan. Itu menu utama. Itu belum lagi side menunya. Yang kena hulur... kena hulur. Yang kena tabur.... kena tabur. Itu belum lagi projek pembangunan lelainnya.

Pening.... pening..... Pening, kepala hotak si Najib Razak. Mau getak lagi rambutnya. Makin botak dan sulah ler dahi mamat tu. Berkilatlah ia dipancari cahaya sang matahari.

Mana tak peningnya.... Tenang baru berlalu, Merlimau belum setel lagi dan kini, satu lagi PRK pulak datang dan terpaksa dihadapi. Esok, lusa... belum tahu lagi. Entah-entah ada lagi yang pergi...

Bolehkah apa yang berlaku di Mesir dan kecundangnya Hosni Mubarak di tangan rakyat akan mempengaruhi para pengundi di kedua-dua tempat itu nanti??

Apakah rakyat Malaysia terutama di kedua-dua tempat tersebut sanggup berubah dan melakukan revolusi melalui pilihan raya bagi mengalahkan UMNO/BN??

Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti....

[sumber]

Meloyakan

Posted: 12 Feb 2011 03:45 AM PST

Ewaah... ewaahh... ewaaahh....
Padan sungguh kedua-dua malaon ni

Bagai sampah dengan sarap
Bagai panau dengan kurap

Macam aur dengan tebing
Kedua-dua kuat 'kencing'

Sorang tenggelam.... sorang timbul
Yang tenggelam.... entah apa dibuatnya.
Rasanya, dok makan gaji buta.

Yang timbul pula...
Pompang-pompang riuh sini sana
Dok ulang-ulang cerita basi yang dah lama

Boring aaaarrrr...!!
Orang pun dah jelak nak dengar.
Meloyakan!!

Weh... dah tak ada yang berkredibiliti ke??
Alahai.... kesian komer.
Balik-balik muka recycle
Tak happening ler...

[Ilham dari sumber ini]

Syukur alhamdulillah... Thank you Malaysians!!

Posted: 12 Feb 2011 01:09 AM PST

Gambar hiasan

Hari ini, cucu buah teman yang belajar di Mesir, selamat kembali ke tanah air. Tengah hari tadi dia sampai. Alhamdulillah...

Syukur teman kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung, mau pun tak langsung, dalam usaha membawa pulang para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Syukur dan gumbira tak terkata juga, kerana Mesir kini bebas daripada pemerintahan diktator tua, penjilat Zionis-Yahudi laknatullah. Aku doakan semoga apa yang diperjuangkan dan diinginkan oleh rakyat Mesir buat negara mereka akan dimakbulkan Allah SWT.

InsyaAllah, esok.... selepas 2nd Mohamad bergerak pulang ke Shah Alam, aku dan F3M akan pergi menziarahi cucu buah teman yang baru kembali dari Mesir.

Gimik dan dakwaan si Muka Tak Laku

Posted: 11 Feb 2011 11:03 PM PST

Hari ini, anak aku 2nd Mohamad ada balik bercuti hujung minggu. Aku berada di dalam bilik, tengah golek-golek melayan perut yang meragam. Cirit-birit weh...

Tiba-tiba, dia panggil... "Mak... mak.... cepat sini!!"

Aku pun bangun, keluar bilik dan pergi menghala ke ruang TV.

"Huh... ada apa??", aku tanya.

"Tengok ni... tengok ni..." katanya, sambil menunjuk ke arah TV.

Ek ele.... rupanya orang muka tak sudah, terpapar dalam berita di TV 1. Hmmm.... siapa lagi, kalau bukan si Fauzi Muda... pompang-pompang sedang mencari publisiti.

Komer masih ingat siapa si Fauzi Muda?? Eleh... muka tak malu yang kini ex-PKR member?? Mr Nobody who thinks he is somebody and wants to be somebody but too bad he is nobody?? Yes... he's nobody indeed.

He wants to be somebody important but he is actually a nuisance. Ibarat, a huge kepala taik yang menyenakkkan perut dalam sistem pencernaan kita. He is Mr Poyo and also Mr Perasan. Fuuhh....!! There.... I've said it!! Lega rasanya...

Does that ring a bell?? Well.... to refresh your memory, lihat gambar dia ini dan klik sini, sini dan sini dan baca cerita dia yang aku dapat daripada Uncle Google.


Berbalik pada cerita Fauzi Muda, yang muka tak malunya, terpampang dalam screen TV, dalam berita TV 1 tadi... Ha... ha... ha... Kali ini dia cuba curi perhatian dengan mendakwa bahawa 8 orang pemimpin PR di Perak, telah menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan. Kalau tak silap ituler ceritanya. Aku tak berapa nak dengor tadi, sebab berita tu... dah peringkat hujung-hujung.

Dia buat report ke SPRM... tetapi dia tak pula bagi tahu siapa mereka. Alasan dia.... rahsia dan tak mahu mengganggu siasatan yang akan dilakukan oleh SPRM. Ceeeewaaahhh!! Adei.... poooraaahhhh!! Weh... takut kena saman ke?? Kalau kena saman, nak bayar dengan apa ya??

Kalau haprak ini yang buat aduan, usah percaya ler. Bom dia.... bunyi jer kuat, tetapi tak der impak whatsoever... Walau bagaimana pun, since dia kononnya, telah pun membuat aduan rasmi, maka SPRM kena ler buat siasatan, sama ada dakwaan dia boleh pakai atau hampeh yang boleh dilemparkan ke dalam bakul sampah jer dan buang masa dan duit rakyat jer.

Al-maklumler, suasana PRK Merlimau dan PRU Sarawak semakin terasa panasnya. Takut.... itu cuma gimik celaka dia jer, nak 'tarnish'kan imej Pakatan Rakyat. But... harap-harap, SPRM tak terlibat sama dalam gimik si muka tak malu ni. Takut-takut nanti, sama-sama termalu dan imej SPRM pulak yang ter-tarnish, dek kerja gila Mr Nobody yang nuisance ini.

Itu jer ler ceritanya. Malas nak cerita panjang tentang mamat tak laku sekor ni. Opportunis merempat!! Menyampah!!

Nak tahu cerita sebenornya.... tunggu jer ler berita TV1 atau mungkin juga akan keluor dalam berita TV 3 Suku. Bye...

Two downed!! Who's next??

Posted: 11 Feb 2011 05:28 PM PST





Hoooraayy!! Hoooraaayy!! What a happy Saturday coz Najib has gone away!!

Malaysia bebas!! Malaysia bebas!!

Malaysia bebas daripada pemerintahan kuku besi yang mencengkan mati demokrasi!! Hoooraay!! Hooorraayy!!

Assalamualaikum.... Hello...!! Hello...!! Are you okay? Are you alright?? Ngigau... ek??

Aaaaa.... Oooopps!! Sorry... I thought... Malaysia, Mesir...

Mimpi...?? Ngingau....?? Hmm... potong stim betul la!!

Anyway... syukur alhamdulillah, seorang lagi diktator tersohor di dunia telah kecundang di tangan rakyatnya. Aaaa... padan muka. Masa pegang kuasa tak ingat dunia. Akulah Maha Firaun segala alam. Sekarang dah kena rentap turun...... lari mencicit!! Ke mana perginya?? Mampuih pi la...

Mesir telah bebas daripada cengkaman seorang diktator apabila Presidennya Hosni Mubarak meletak jawatan dan cabut lari.

Kejatuhan Hosni telah disambut meriah oleh rakyat Mesir di seluruh ceruk rantau negara tersebut, terutama sekali di Kaherah, tempat berlakunya demonstrasi bersejarah, besar-besaran menuntut Hosni berundur.

Kini, Mesir diletakkan di bawah pemerintahan tentera. Hopefully not forever... sebab, rakyat Mesir mahu melihat demokrasi tertegak di sana. Bagaimanakah nasib diktator tua dan harta rakyat yang dikautnya??

Ha...ha...ha... tunggu jer ler berita. Beku ke?? Cayor ke?? Tunggu....

Hello.... orang Mehsia tak kira siapa anda dan dimana anda berada. Apa khabor semua?? Lihat... Kuasa rakyat kuasa keramat. Ambil iktibar. Tengok diri anda lama-lama dalam cermin. Then, pejamkan mata.... dan bayangkan anda berada di bumi Mesir....

Amacam? Apa rasa...??

Fuuh.... gumbiranya hatiku!!

Bye... Assalamualaikum!

[sumber: sini dan sini dan gambar: cilok dari sini. TQ]

Tiada ulasan: