Ahad, 6 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hebahan : Ceramah Perdana oleh DS Anwar Ibrahim

Posted: 06 Feb 2011 07:14 AM PST


Buat julung-julung kalinya DS Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato selama 2 jam sebagaimana yang dimintanya dalam Ceramah Perdana yeng bertempat di Padang Sembilang Pantai, Seberang Jaya pada 19 Februari ini..

Seluruh warganegara Malaysia dijemput hadir!! bagi mendengar ulasan tentang berbagai isu yang melibatkan kebobrokan UMNO/BN selama 53 tahun memerintah Malaysia.

Sebarang pertanyaan bagi tujuan perniagaan sila hubungi Saudara Ismail di nombor berikut 012-4888 509 harap maklum!

Gobala! Jangan jadi Barua Politik!

Posted: 06 Feb 2011 02:41 AM PST


Semalam lebih kurang pukul 11.45 malam aku telah menerima satu SMS yang berbunyi "Salam.. Satu demo besar-basaran akan diadakan di depan pejabat PKWR Parlimen Padang Serai, Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas., Bagi menuntut Gobala supaya mengosongkan kerusi Parlimen Padang Serai pada hari ahad 06/2/11 jam 8 pagi. Pakat-pakat bawa sepanduk. Semua pengundi Padang Serai diminta turun beramai-ramai. Anjuran bersama DPPKPS dan PAS Kawasan Padang Serai. Tolong sebarkan seramai mungkin.."



Dan hari ini, pagi tadi dihadapan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Padang Serai iaitu pejabat Ahli Parlimen Gobala dari PKR yang telah keluar dari PKR satu demo telah diadakan bagi mendesak Ahli Parlimen tersebut agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya sekarang.

Ini kerana beliau telah memenangi kerusi Ahli Parlimen itu adalah kerana sokongan pengundi terhadap PKR yang mewakili PR dan bukannya kerana Gobala sendiri.


Penyokong PR yang hadir telah diketuai oleh Ustaz Fauzi Tahir, YDP PAS Padang Serai dan PAS Padang Serai, Abu Tholib yahaya dan pimpinan PKR padang Serai. Turut berucap dalam demonstrasi aman itu..



Dan seperti biasa pihak Polis dan Special Branch tidak melepaskan peluang keemasan untuk turut bersama..

Terima kasih buat yang menghantar SMS dan terima kasih juga buat Saudara Ali dari Siasah yang sudi untuk mengirimkan sedikit-gambar-gambar untuk dikongsi bersama ini..

Rais Yatim dikecam AMK Pulau Pinang

Posted: 06 Feb 2011 01:03 AM PST


PENANTI – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), semalam, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman blogger, Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap beliau menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, mengapa Amizudin yang perlu disaman dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky's Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog miliknya.



Menurutnya, ia disusuli pula dengan artikel yang menyokong tindakan Ahirudin oleh beberapa blog lain seperti BigDogDotCom selang beberapa hari selepas artikel berkenaan disiarkan.

"Jadi, mengapa Amizudin yang dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya Ahiruddin sedangkan yang memulakan isu ini adalah Ahiruddin. Adakah ia sebagai petanda untuk menakut-nakutkan blogger PR dari membangkitkan artikel berhubung isu melibatkan pemimpin UMNO?," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid.

Amir berkata, tindakan Rais kali ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian tender bernilai RM1 bilion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan dan dilabel sebagai fitnah.

Katanya, mengapa tidak tindakan sama sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky's Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari Harakahdaily dikenakan tindakan.

Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes berkenaan didengar pada 22 Februari ini.


Sinar Harian


Terdapat kesilapan dalam laporan oleh Sinar Hariain ini, iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid.

Syed Mikael Rizal Aidid bukan lagi setiausaha AMK Negeri kerana beliau telah melepaskan jawattan tersebut beberapa ketika yang lalu, harap maklum.

Harta Mubarak RM70 Billion, Harta Mahathir berapa?

Posted: 06 Feb 2011 12:53 AM PST

Bukan sahaja harta Mahathir.. tetapi seluruh pemimpin UMNO dan bagaimanapula harta Ketua Menteri Sarawak yang memerintah hampir 30 tahun dan hampir sama tempohnya dengan Mubarak? mungkin sama banyak dengna harta Mubarak ini..

Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Gambar: Gamal Mubarak (kiri) dan ayahnya, Hosni Mubarak (kanan)

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.


Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Tiada ulasan: