Ahad, 6 Februari 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Tanggung sendiri ...? Betul ... memang betul ...?

Posted: 06 Feb 2011 03:53 AM PST

"UALA LUMPUR, 6 Feb: PAS menyambut baik jaminan kerajaan untuk menanggung semua kos bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir kembali ke tanah air seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut bagaimanapun agak lewat dibuat kerajaan sehingga timbul kekeliruan berkaitan perkara tersebut sebelum ini.

Ekoran kelewatan tersebut juga, maka Najib katanya tidak boleh menganggap tuduhan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang membiayai kos membawa pulang pelajar terbabit sebagai fitnah.

"Kita sambut baik jaminan kerajaan itu tapi Perdana Menteri tak boleh anggap dakwaan ibu bapa pelajar, dan rakyat bahawa kerajaan tiada wang dan pelajar kena tanggung tambang balik, sebagai fitnah.

"Saya difahamkan mereka mendapat maklumat dari Wisma Putra dan Kedutaan sendiri bahawa kos tambang balik dari Jeddah ke Malaysia kena tanggung sendiri sehingga ada yang telah membeli tiket sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Perkara tersebut juga kata Mahfuz turut dilapor media perdana sebelum ini.

Najib sewaktu mengumumkan jaminan tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru semalam menganggap dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: