Ahad, 6 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Kesan Perlantikan William Daley Terhadap Malaysia

Posted: 06 Feb 2011 03:47 AM PST

Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.

Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:

  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.

Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan

  1. 1. Guillain-Barre Syndrome
  2. 2. Thromboembolic Events
  3. 3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
  4. 4. Seizures and/or Epilepsy
  5. 5. Paralysis
  6. 6. Severe Allergic Reactions

Sedia Debat Dengan Siapa Saja -Nik Abd Aziz

Posted: 06 Feb 2011 03:42 AM PST


KL 6 Feb 11
: Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau. Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Abdul Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

"Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At'am, di Dataran Pasir Pekan, dekat Tumpat hari ini.

Menurutnya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

"Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka... bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong debat antara Nik Abdul Aziz dengan pihak-pihak tertentu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Ulama Veteren Umno negeri itu, Prof Mohd Nor Deris. Timbalan Pengerusi badan itu, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata debat itu termasuk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi merungkai banyak kekeliruan yang ditimbulkan oleh menteri besar itu sebelum ini. Demiikian Bernama.

Di Kota Bharu pula, pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini. Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."

Bagi Fadli, laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. "Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali," katanya. (HD)

Revolusi Mesir: Strategi CFR Menyekat Ikhwanul Muslimin

Posted: 06 Feb 2011 03:27 AM PST




Adalah sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform 'kesedaran rakyat' adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.


Memahami strategi CFR dalam Revolusi Rakyat Arab?


Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.

Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.

Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.


Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.



Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak


Situasi Revolusi Mesir


Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.

Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?

Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.


Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir


Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Kesimpulan

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi 'sintetik' sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

Ribuan lagi Rakyat Mesir protes Seksaan Polis terhadap para demonstran

Posted: 06 Feb 2011 01:49 AM PST

Ribuan Rakyat Mesir, bergabung dengan pemimpin pembangkang terkemuka Iaitu Mohamed ElBaradei pada Jumaat yang lalu dalam memprotes apa yang mereka panggil sebagai penyeksaan yang sistematik oleh polis - polis Mesir.

Ini adalah demonstrasi terbesar hingga pada tarikh ini iaitu 6 jun seorang lagi para demonstran di percayai mati dalam tahanan dan disyaki akibat dari penderaan polis. Kematian Khaled Said, telah menjadi titik berkumpulnya para penyokong reformasi dan hak-hak asasi manusia pekerja yang mengatakan bahawa keganasan Polis semakin berleluasa.


"Ini adalah mesej yang jelas untuk rejim bahawa orang-orang Mesir telah terseksa dengan amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan," kata Dr ElBaradei kepada wartawan selepas protes. "Jika mereka tidak mendapat mesej, maka ada masalah dengan rejim, tulisan ada di dinding."


"ElBaradei melihat kematian Said sebagai satu Kezaliman yang tidakboleh di maafkan"


Saksi memberitahu bahawa polis mengheret Said, seorang peniaga berusia 28 tahun, dari kafe Internet di Alexandria dan memukulnya di pintu masuk bangunan.


Manakal dalam pada itu Kerajaan Mesir telah menipu rakyatnya yang mana mereka mendakwa Said sebenrnya telah mencuri ubat - ubatan dari sebuah farmasi di bandar itu.Gambar Syed di gambarkan secara luas, menunjukkan tubuhnya ditutupi dengan memar, gigi patah dan rahangnya pecah.


Dr ElBaradei, pemenang Nobel keamanan dan bekas ketua badan atom PBB, telah menjadi suara yang terkemuka dalamrevolusi rakyat mesir. Namun segalanya telah menyebab dia kembali ke Mesir, dan menumpukan perhatian pada kempen menumbangkan diktator mubarak.


Dia bergabung dengan sekitar 3,000 penunjuk perasaan di sini di Alexandria selepas solat jumaat. Para demonstran meneriakkan slogan-slogan menentang Presiden Hosni Mubarak dan Menteri Dalam Negeri Habib el-Adly, yang mengetuai polis.



Amerika tetap mahu mengekalkan proksi meskipun dengan pemergian mubarak

Posted: 06 Feb 2011 01:11 AM PST


Perancangan Amerika berjalan dengan cukup licik,bagai terlepas dari mulut buaya tapi masuk ke mulut naga.perancangan zionis israel mahu mesir terus berada dalam kekuasaan mereka walaupun dengan pemergian mubarak.Kini seorang proksi lagi di letakkan bagi meneruskan kekuasaan mereka.

Dengan meletakkan Omar suleiman sebagai pengganti mubarak ini di lihat sebagai meneruskan penguasaan mereka terhadap mesir.siapa yang tak kenal dengan Omar Suleiman.Barua Zionis yang menjadi penyeksa kepada tahanan - tahanan politik ikhwanul muslimin.

Dalam kenyataan terbaru Amerika telah menyatakan sokongan terhadap Naib Presiden Mesir iaitu Omar Suleiman tetapi rakyat mesir menolak keputusan berkenaan dan terus menerus Revolusi hari ke-12.

Omar Suleiman, dan peralihan politik yang memimpin, menyeru agar proses reformasi di jalankan secara tertib. Dasar itu, dibuat jelas oleh Hillary Clinton di Persidangan Keselamatan Munich.

Ia Adalah tanda terbaru dari langkah-langkah oleh AS dan ahli-ahli senior tentera Mesir mengeluarkan Presiden Hosni Mubarakdari mesir di samping cuba untuk mengurang kan keganasan polis terhadap para demonstran.

Mubarak pula di jangka akan mengundur kan diri sebagai pemimpin parti demokratik kebangsaan NDP dan melantik anak sulungnya iaitu Gamal sebagai pemimpin yang baru.Manakala Hossam Badrawi pula di lantik sebagai setiausaha agung parti.

Media Massa, mengumumkan petang kelmarin,tentang pengunduran Mubarak yang mungkin dilihat sebagai tanda kelemahan Mubarak dan hanya akan memperkuat tuntutan demonstran bertekad untuk menggulingkan nya.

"Ada tekanan yang kuat dari masyarakat mesir, terutama yang menghadapi seperti satu cabaran, yang akan cuba untuk menggagalkan atau memotong proses untuk mengejar agenda mereka sendiri, itulah sebabnya mengapa saya fikir sangat penting untuk mengikuti proses peralihan yang diumumkan oleh kerajaan Mesir.

Sebenarnya dipimpin oleh wakil presiden Omar Suleiman, "kata Clinton naib presiden Amerika yang bercakap dalam pada persidangan majlis tahunan diplomat dan pemimpin perniagaan.Ini menunjukkan Omar suleiman juga adalah barua kepada zionis amerika.

Dalam meneruskan demonstrasi hari ke-12 para demonstran berteriak menolak perlantikan omar suleiman sebagai pengganti Mubarak dan menuntut satu pilihanraya yang telus dan adil di adakan.

Rakyat Mesir Meneruskan Revolusi hari ke-12

Posted: 06 Feb 2011 12:55 AM PST

Demonstrasi besar-besaran yang kini memasuki hari ke-12, masih diteruskan di ibu kota Mesir, beberapa jam selepas ratusan ribu penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kediaman rasmi Presiden Hosni Mubarak, semalam.

Puluhan ribu orang membanjiri jalan raya di Mesir, termasuk di Iskandariah, Mahalla dan Giza, selepas solat Jumaat, dalam protes yang digelar Hari Keberangkatan dalam menuntut Mubarak meletak jawatan segera selepas memerintah selama 30 tahun.

Protes tetap diteruskan sehingga malam, mengingkari perintah berkurung yang tidak pernah dipatuhi sejak ia mula dikuatkuasakan, minggu lalu.

Seorang penunjuk perasaan ketika ditemu bual rangkaian berita televisyen Arab, Al Jazeera berkata, demonstrasi tetap akan diteruskan sehingga Mubarak benar-benar letak jawatan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri baru Mesir, Ahmed Shafiq berkata, Mubarak tidak akan menyerahkan kuasanya kepada Timbalan Presidennya, Omar Suleiman, sebelum pilihan raya September depan diadakan.

"Presiden Mubarak tidak boleh letak jawatan sekarang kerana beliau masih diperlukan dalam Kabinet kerana sebab perundangan," katanya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan proses peralihan kuasa harus bermula sekarang dan ia mesti dilakukan dalam keadaan yang tenang.

"Proses peralihan kuasa yang sukses dan tertib haruslah bermakna dan mampu melaksanakan tuntutan sah orang ramai yang mencari masa depan yang lebih baik," katanya.

PKR perlu Gerakan REVOLUSI bukan Reformasi BODEK!

Posted: 06 Feb 2011 12:32 AM PST


Dalam tindakan mengejutkan, Pajudin Nordin, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baru dilantik bulan lalu mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Umno petang ini.

Beliau mengumumkan keputusan itu, yang dilihat satu lagi tamparan buat parti itu, ketika presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat persediaan untuk berada di Kota Kinabalu esok bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Pajudin, yang ditentang oleh 18 cabang baru-baru ini.Ketika mengumumkan pendirian itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga hadir sama.

"Saya kecewa dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Dr Wan Azizah kerana mereka hanya memperbodohkan kami, pemimpin-pemimpin PKR Sabah," kata beliau pada sidang media yang diadakan di kediaman rasmi Musa, Sri Gaya di Kota Kinabalu sekitar 6.30 petang tadi.

"Saya sangat kecewa kerana selama ini Anwar berkata PKR berjuang untuk Sabah dan hak-hak rakyat Sabah, tetapi beliau cakap tak serupa bikin," kata Pajudin lagi.
Kata beliau ramai lagi akan mengikut langkahnya selepas ini.

Hanya beliau seorang sahaja mengumumkan pendirian itu hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan Dr Wan Azizah akan tiba di Kota Kinabalu tengah hari esok dan kemudian mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah petang esok.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa biro politik partinya telah memberi mandat kepada presiden parti itu untuk mengetuai misi damai tersebut.

Dr Wan Azizah, kata beliau, akan membentuk satu jawatankuasa terdiri daripada tiga pemimpin PKR Sabah dan beliau secara peribadi akan mengetuai delegasi ke Sabah esok.

Saifuddin berkata, keputusan itu tidak bermakna parti telah menolak atau menerima resolusi yang dikemukakan 18 daripada 25 cabang Selasa lalu mendesak penolakan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah yang baru.

"Kami ada menerima resolusi tetapi biro politik merasakan kita harus memberikan presiden parti masa untuk menyelesaikan masalah di Sabah," katanya.

"Jadi, Datuk Seri akan membentuk jawatankuasa khas terdiri daripada pemimpin-pemimpin Sabah dan beliau akan secara peribadi terbang ke Sabah untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua pemimpin negeri," kata beliau.

Seramai 18 pemimpin cabang PKR Sabah telah menyerahkan resolusi kepada parti bulan lalu meminta Pajudin digantikan dengan orang lain dan Dr Wan Azizah bertindak sebagai pemimpin sementara.

Resolusi itu ditandatangani oleh cabang Kota Belud, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Kimanis, Papar, Beaufort, Keningau, Pensiangan, Tenom, Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Tawau dan Silam.

Mereka menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden Fuziah Salleh yang membentangkan pada mesyuarat biro politik 26 Januari lalu.

Fuziah ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini mengesahkan perkembangan itu.

"Ada," kata beliau.

Pajudin didakwa menjadi proksi Ansari Abdullah, yang mengetuai salah satu puak menentang kepimpinan bekas ketua PKR negeri Ahmad Thamrin Jaini.

Thamrin ketika dihubungi berkata, beliau hanya mendengar keputusan Pajudin tetapi tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

"Saya hanya boleh mengulas jika ada pengesahan. Dr Wan Azizah akan menemui pemimpin Sabah petang esok," katanya.

Pelantikan Pajudin diumumkan awal bulan lalu dalam satu rombakan susulan pemilihan pusat tahun lalu menggantikan Thamrin.

Sebelum ini PKR Sabah juga berhadapan dengan masalah termasuk keputusan bekas naib presiden Datuk Jeffrey Kitingan dan kira-kira 27 yang lain keluar PKR untuk menubuhkan badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Borneo (UBF).

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Pajudin berkata: "Setelah melihat perkembangan politik, saya seterusnya memohon untuk menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana hanya BN yang telah lama memperjuangkan hak rakyat dan banyak menyumbang kepada rakyat."

Katanya, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan lewat petang tadi melalui faks, SMS dan e-mel ke PKR pusat dan percaya ramai lagi ahli PKR terutamanya ketua-ketua dan ahli jawatankuasa cabang akan turut serta meninggalkan parti kerana ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara kepimpinan pusat.

"Saya percaya keputusan untuk keluar dari PKR akan disusuli oleh ramai lagi rakan kepimpinan yang berada dalam PKR Sabah bila melihat senario politik PKR yang kita anggap sebagai satu parti yang sudah kucar-kacir, tidak ada hala tuju dan tidak ada pembelaan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat pusat," tambah beliau.

Sebelum ini pelantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu.

Pajudin merupakan Naib ketua cabang PKR Tuaran.

Pajudin yang menyertai PKR sejak 1999 berkata walaupun selepas dilantik sebagai ketua PKR Sabah, beliau tidak pernah mendapat kerjasama dan sokongan dari Anwar dan Dr Wan Azizah, dan ini menunjukkan mereka "sengaja mempermain-mainkan" pemimpin PKR Sabah.

Ditanya sama ada beliau keluar dari parti disebabkan bantahan daripada 18 ketua cabang terhadap perlantikan beliau, Pajudin berkata: "Tidak."

"Bagi saya setelah dilantik oleh presiden melalui perlembagaan parti, maka saya anggap perkara itu sudah selesai," katanya.

Sementara itu Musa berkata trend satu demi satu pemimpin PKR keluar daripada parti, jelas menunjukkan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat tidak relevan lagi di negara ini atau di negeri Sabah kerana mereka sedar parti itu tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.

"Saya mengalu-alukan permohonan beliau menjadi ahli Umno... kita akan terima permohonannya dan ini kita akan proses seperti biasa," tambah Musa.

Ditanya sama ada Umno Sabah lebih yakin menghadapi pilihan raya akan datang berikutan perkembangan ini, Musa menjelaskan Umno sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan kerana parti itu telah bekerja keras, sentiasa mendampingi dan membantu rakyat.

Tiada ulasan: