Ahad, 27 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Malaysia amal dasar "Pemimpin didahulukan"

Posted: 26 Feb 2011 09:19 PM PST

Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kabinetnya cuba menyembunyikan ketakutan bahawa rusuhan Timur Tengah akan tersebar dirantau ini.

Najib berkata, "Kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana hal-hal yang sangat berbeza di kedua-dua negara."

Beliau menekankan bahawa perbezaan penting antara kedua-dua negara adalah bahawa BN mempraktikkan dasar "Rakyat didahulukan".

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa gejala di Timur Tengah tidak akan terjadi di Malaysia.

Ada juga menteri yang pernah bakar jambatan, berkata, "Di negara-negara yang menghadapi pemberontakan , mereka tidak mempunyai perlembagaan yang solid seperti kami, juga tidak mempunyai pilihan raya yang bebas memilih pemimpin mereka."

Semua mereka menyatakan bahawa Malaysia bersatu, demokratik dan bahawa kerajaan mendengar rakyatnya. Mereka adalah salah!

Mereka sebenarnya adalah dalam sindrom penafian kerana ada banyak persamaan antara negara-negara Arab yang rakyatnya bangun menuntut reformasi dengan keadaan di Malaysia.

Orang Mesir muak dengan Peraturan represif Hosni Mubarak. Alasan ketidakpuasan mereka terutama kewangan. Mereka marah dengan kehidupan di negara autokratik polis, keadaan hidup yang buruk, ekonomi lembab, pengangguran, korupsi dan salah laku oleh polis.

Pilihanraya mereka jauh dari adil, samalah seperti kita di Malaysia. Kita mengadu tentang kecurangan , membeli undi dan pengundi hantu, tetapi kerajaan terus mengabaikan keluhan kita.

Ada beberapa menteri Malaysia yang didakwa melakukan jenayah serius seperti serangan, pembunuhan dan perkosaan tanpa dihadapkan ke mahkamah dan lepas begitu sahaja tanpa hukuman.

Apabila mereka terlibat dalam rasuah dan ketika berjuta-juta wang tersebut diselewengkan ke luar negeri, tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan. Kalau mereka didakwa dan dihukum oleh mahkamah, dalam beberapa waktu yang singkat, mereka akan dibicara semula dan biasanya dibebaskan dengan alasan-alasan yang pelik.Lantaran itu gejala rasuah semakin subur di Malaysia.

Mereka yang korup dan pernah dihukum kerana politik wang dilantik menjadi pengerusi organisasi penting. Ketua menteri yang mengumpul kekayaan dengan mengorbankan masyarakatnya sendiri, bebas dan terus bermaharajalela.

Ini bukan dasar "Rakyat didahulukan", tetapi adalah sebaliknya, mereka melaksanakan dasar "pemimpin diutamakan".

Reformasi politik,ekonomi , perundangan, sistem Raja berpelembagaan

Posted: 26 Feb 2011 06:43 PM PST

Ribuan Warga Jordan menuntut reformasi politik dan ekonomi termasuk undang-undang pilihan raya dan sistem monarki berpelembagaan.

Perhimpunan aman yang diadakan oleh Front Aksi Islam (IAF), sebuah badan politik Ikhwanul Muslimin di Jordan, dan 19 parti politik lain dipercayai menjadi demonstrasi pro-demokrasi terbesar di Jordan sejak Januari.

Demonstran dianggarkan lebih daripada 10,000, telah menuntut satu kerajaan yang dipilih, reformasi perlembagaan dan pembubaran parlimen yang ada kini. Terkini, Raja Abdullah telah memecat perdana menteri Samir Rifai dan mengangkat Marouf al-Bakhit sebagai perdana menteri baru Jordan.

Bakhit telah berjanji untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh raja dan melakukan "reformasi ekonomi dan politik yang nyata ," termasuk pindaan undang-undang pilihan raya.

Namun pembangkang di Jordan mengatakan Bakhit bukan seorang reformis.

Kami ingin perubahan perlembagaan segera untuk membantu mencipta kerajaan yang produktif dan parlimen benar-benar representatif. Ini adalah tuntutan semua warga. Kami ingikan parlimen beraja yang benar-benar. Monarki sebaiknya tidak mendominasi parlimen, demikian tuntutan para demonstran.

Perhimpunan protes bermula selepas Solat Jumaat. Sekitar 3,000 pegawai keselamatan ditempatkan di pusat bandara Amman pada hari Jumaat, yang digelar sebagai "Hari Kemarahan".

Para pegawai Jordan mengatakan pegawai polis dikerahkan untuk melindungi perhimpunan tersebut dan mencegah pertengkaran antara demonstran pro-demokrasi dan aktivis pro-kerajaan.

Sementara itu, para penyokong keluarga Diraja juga berkumpul di pusat bandar untuk memprotes demonstran rakyat.

Posted: 26 Feb 2011 04:46 PM PST

Pertengkaran antara Polis Tentera Mesir dengan demonstran
di Dataran Pembebasan Kaherah pada 25 Februari 2011.


Majlis Pemerintahan Tentera yang berkuasa Mesir telah meminta maaf, selepas polis tentera menggunakan kekerasan membubarkan satu perhimpunan baru-baru ini di dataran tersebut .

"Apa yang terjadi pada malam Jumat lalu adalah tidak sengaja antara polis tentera dan pemuda revolusi," kata tentera dalam satu kenyataan.

Tetapi permintaan maaf itu telah gagal untuk memuaskan aktivis Mesir yang mencela kekerasan oleh pihak berkuasa.

Ribuan warga Mesir berkumpul di Dataran Pembebasan pada hari Jumaat, menuntut pengunduran Perdana Menteri Ahmed Shafiq, yang dilantik oleh Presiden Hosni Mubarak menjelang akhir pemerintahannya.Mereka juga medesak baki tahanan politik dibebaskan dari tahanan .

Namun polis tentera memukul mereka dengan tongkat dan menyerang mereka dengan Tasers selepas tengah malam,.

Aktivis juga menyeru membubarkan akta Dharurat Negara dan pembubaran mahkamah tentera. Mereka telah bersumpah untuk meneruskan demonstrasi sampai tentera Mesir bersetuju untuk reformasi.

Para demonstran mendesak Majluis Pemerintah Tentera segera menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam. Mereka mengatakan mereka tidak mahu ada ahli parti Mubarak dalam pemerintahan pasca-revolusi.

Perkembangan tersebut muncul sebagai revolusi popular yang terus melanda rejim-rejim otokratik yang disokong AS di Afrika Utara dan Timur Tengah.

Tiada ulasan: