Bilionair Ini Mahu Derma Separuh Hartanya Posted: 27 Feb 2011 06:00 AM PST Menurut laporan Bernama, pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan menyatakan hasratnya untuk mendermakan separuh daripada hartanya untuk kebajikan. Vincent Tan memiliki aset berjumlah kira-kira RM2.43bil.
Pengumuman itu dibuat oleh Tan semasa berucap di perasmian Berjaya Founder's Day di Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menyertai "The Giving Pledge" yang diasaskan oleh Bill Gates, dan isterinya Melinda dan Warren Buffett.
Buat permulaan, Tan akan menghulurkan derma sebanyak RM20 juta tahun ini kepada pelbagai organisasi kebajikan yang akan diumumkan kemudian.
Wow!
P/s: Baguslah! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Kalau saya lahir dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipunh TAK APA, asalkan.... Posted: 27 Feb 2011 04:00 AM PST
Saya petik: [Bernama] KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.
Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.
"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.
Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.
"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya. P/s: Jawapan yang bernas dan tepat!
* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana menghadapi masalah dengan BERUK BAND!
|
Petanda Pilihan Raya Semakin Hampir Posted: 27 Feb 2011 03:13 AM PST
Saya petik: [Bernama] TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.
"Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ni sebenarnya saya akan mula di Sarawak," katanya selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk FELDA Jengka 25 di sini, hari ini. Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata, "Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa".
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi lawatan ke setiap negeri bermula Selasa ini, 1 Mac bagi mendekati rakyat yang dijangka berakhir September ini.
Najib berkata: "Memang saya dah janji dalam Perhimpunan Agung (UMNO) yang lalu, malah peringkat awal pun saya dah mula dah pergi banyak tempat."
P/s: Najib mahu berdolak-dalik lagi? Anda ingat senang-senang Najib mahu melawat kawasan anda?
* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana menghadapi masalah dengan BERUK BAND!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan