Kerabu Bersuara ® |
- Kputusan Perlawanan Bola Sepak Liga Inggeris Dan Piala Liga
- Cabaran musuh terhadap Islam
- Nak Tanya, Calon Bn Syed Ibra Bersalam Ke Dengan Orang Perempuan? MCA Kata Apa?
- Husam Musa: Tun M khianati Melayu
- Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang
- Nik Aziz: Saya tak minta lahir sebagai Melayu, tapi asalkan Islam
- Ulasan Terkini Najib Berkaitan Isu Hina Ulama' Terkenal Dan Ikhwanul Muslimin
- Datuk Seri Ali Rostam Pening Lalat, Tuduh Pas Seperti Mesir
- Sungguh Biadap Dan Kurang Ajar Apabila TG Nik Aziz Digambarkan Dalam Keadaan Mengaibkan!
- Anda mampu mengubahnya
- 2011 cabaran besar buat demokrasi di Malaysia
- Cabaran, debaran demokrasi — Mior Kamarul Shahid
- Najib Mengamuk, Tanya Pakatan Islam Apa Yang Diperjuangkan?
- Kerajaan tidak percaya kepada rakyat Kerdau
- Hampir 80 ditahan dalam demo anti rasis Umno
- Kenyataan Media YB Azmin Ali Berkaitan Kritikan Najib Kepada Sheikh Qardawi
- Hebahan Segera: Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Najib Bidas Sheikh Qardawi
- Pemimpin Hindraf ditahan polis pagi ini
- Askar Mesir belasah penunjuk perasaan
- Melayu Keliru Dan Miskin Disebabkan Umno!
- Manis Betul Bicara Mat Taib. Rakyat Serawak Akan Halau Kamu Nanti!
- Kesian Dengan Ularmark Umno Yang Dibuang.
- Jururawat batal hidup semati bersama Gaddafi
- Kenyataan Media YB Tony Pua
- Gunung diramal meletus 26 tahun
Kputusan Perlawanan Bola Sepak Liga Inggeris Dan Piala Liga Posted: 27 Feb 2011 02:53 PM PST |
Posted: 27 Feb 2011 08:13 AM PST Oleh Hassan Islam adalah din yang benar atau hak yang menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Orang yang beriman dan mengambilnya sebagai din sentiasa berhadapan dengan cubaan musuh-musuh Islam untuk menyekat dan memperdaya bagi melemahkan pegangan mereka terhadap Islam serta keyakinan terhadap janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya (din) Allah dengan mulut (dakyah) mereka tetapi Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir." Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku di sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi sejak nabi dan rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman baginda Rasulullah SAW dan zaman khulafa ar-rasyidin. Percubaan itu berterusan hingga sekarang dan din Allah akan terus ditentang hinggalah datang hari kiamat. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka." Ini adalah penjelasan Allah tentang sikap permusuhan orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi, Nasrani dan sebagainya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Kekufuran itu adalah satu millah (agama)." Seorang bekas Perdana Menteri Britain pernah membuat kenyataan dengan katanya, "Barat sekali-kali tidak akan dapat menguasai timur dan barat sendiri tidak akan aman selagi al-Quran berada di tangan orang-orang Islam." Kenyataan yang sama pernah dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria ketika negara itu di bawah jajahan mereka. Katanya, "Kita tidak akan menang di dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagi mereka membaca al-Quran al-Karim dan bercakap menggunakan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan al-Quran daripada kehidupan mereka dan bahasa Arab daripada menjadi bahasa mereka." Maksud menghapuskan al-Quran daripada kehidupan orang-orang Algeria bukanlah menghapuskan naskhah al-Quran yang mereka baca, sebaliknya menghapuskan roh al-Quran dan amalannya dalam kehidupan mereka. Dalam satu persidangan di Baitulmaqdis suatu ketika dahulu, seorang ketua gerakan Kristian berpesan kepada pendakwah-pendakwah Kristian dengan katanya, "Peranan kamu bukanlah mengkristiankan orang-orang Islam tetapi mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlak." Kenyataan yang serupa pernah dibuat oleh seorang pemimpin Kristian di Timur yang kemudian diterbitkan oleh sebuah akhbar komunis di Russia. Katanya, "Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan." Sebagai buktinya lihatlah apa yang telah dilakukan oleh komunis ke atas negara Balkan sekarang ini. Pertelagahan antara hak dan batil sudah menjadi sunnah kehidupan manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam (din Allah) melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 39 dan 40 yang bermaksud: "Iblis berkata: 'Ya Rabbi, kerana Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menggoda mereka di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT. Ia tetap akan menggoda dan menyesatkan manusia di muka bumi ini. Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan sampai terpengaruh dan cuba mengikut cara hidup orang-orang kafir kerana kelak kita ditimpa kerugian yang besar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 149 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi." Musuh Islam telah menggunakan pelbagai tektik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar, serangan pemikiran dan ideologi, serangan akhlak dan kebudayaan. Semua bentuk serangan itu telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah dalam peperangan bersenjata, kalah dalam peperangan pemikiran dan ideologi serta kalah terhadap serangan akhlak dan kebudayaan. Ini terbukti dengan realiti yang berlaku di negara-negara Islam yang diserang dan dijajah sama ada dengan kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, kekuatan media elektronik dan seumpamanya. Cara hidup muda-mudi Islam hari ini mencerminkan orang-orang Islam telah terikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa disedari seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup bermasyarakat dan pemerintahan, persis seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Na'uzubillahi min zalik! Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan pelbagai tektik dan tipu helah secara keras mahupun halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menyekat mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT. Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga serta mengambil iktibar daripada pengalaman silam agar tidak terperangkap berkali-kali dalam perangkap musuh. Orang-orang mukmin tidak sepatutnya dipagut dua kali di satu lubang yang sama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Orang-orang mukmin perlu mempunyai kekuatan dalam pelbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekaligus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelosok dunia. Sesungguhnya kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan menghadapi pelbagai bentuk kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan banyak lagi negara yang orang Islam menjadi minoriti. Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh Islam dari segi ilmu pengetahuan, perancangan, jihad dan pengorbanan demi mengembalikan kepemimpinan dan khilafah ke tangan umat Islam sendiri. Sumber: http://hasan98.tripod.com/cabaran.htm |
Nak Tanya, Calon Bn Syed Ibra Bersalam Ke Dengan Orang Perempuan? MCA Kata Apa? Posted: 27 Feb 2011 06:00 AM PST Sekadar pertanyaan yang isinya mendalam. Mana puak MCA? Mana puak MIC? Mana puak yang dok heboh dengan Cikgu mala sebelum ni? Kenapa ulamak umno senyap? Cakap jangan pilih-pilih CSL. Kenapa tak tegur? Sekadar pertanyaan kepada puak laknat yang dok menghina Islam selama ni. Tunggu jawapan puak Umno ngok! |
Husam Musa: Tun M khianati Melayu Posted: 27 Feb 2011 05:00 AM PST Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini. Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini. Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir. Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus. Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh! Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu. Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN. 95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati. Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik. Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik. Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M? Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN. Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa? Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun. Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'. http://cetusan-hati.blogspot.com/2011/02/tun-m-khianati-melayu.html |
Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang Posted: 27 Feb 2011 04:30 AM PST M Faqih PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman. Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini. Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri. "Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat. "Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya," katanya di sini. Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 1,800 penyokong PAS sertai Umno di Pasir Puteh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini kononnya menyedari mereka ditipu. Malah retorik itu beberapa kali diulang tayang sehingga seorang wanita yang memakai purdah dikenali sebagai Noriah Salleh disebut sebagai ketua muslimat PAS, sedangkan tiada ahli bernama seperti itu di Semerak. Wan Hassan yang juga Adun Semerak berkata, Zawawi terpaksa mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal untuk menggambarkan kekuatannya sekarang. "Sepatutnya beliau menjawab mengapa 300 penyokong Umno di Dun Selising meninggalkan parti itu baru-baru ini. Ini realiti yang berlaku dan cuba disembunyikan Zawawi. "Di Dun Semerak pula tiga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan seorang ketua JKKKP Semerak hilang kepercayaan kepada Zawawi kerana sikap begitu ego," katanya. Malah kata beliau ketua Umno Pasir Puteh sekarang didakwa menghalang bukan penyokongnya mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat. Dakwa beliau mana-mana ahli Umno yang didapati menyokong kumpulan lain termasuk bekas ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan bekas ketua pemuda, Rujhan Salleh akan dipinggirkan. |
Nik Aziz: Saya tak minta lahir sebagai Melayu, tapi asalkan Islam Posted: 27 Feb 2011 04:03 AM PST Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. KOTA BARU, 27 Feb — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya. Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam. Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT. "Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya. Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama. Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara. "Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya. — Bernama |
Ulasan Terkini Najib Berkaitan Isu Hina Ulama' Terkenal Dan Ikhwanul Muslimin Posted: 27 Feb 2011 02:00 AM PST Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas. Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem. "Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik "tuduhan liar" yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak. "Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. "(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir," kata Nasharudin. Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya "mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme." "Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi," kata Najib dipetik laman web itu. Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema "penglibatan dan bukan penguasaan" di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir. Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan. "Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya. "Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni," kata Najib dipetik Bernama. Cit! balik malaysia lain bunyinya erk? apa komen isu letak bunga pulak? rosmah suruh ke?kahkahkah |
Datuk Seri Ali Rostam Pening Lalat, Tuduh Pas Seperti Mesir Posted: 27 Feb 2011 01:30 AM PST Kesian dekat Datuk Seri Ali Rostam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir. Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rostam. Pas mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang. Idris Ahmad |
Sungguh Biadap Dan Kurang Ajar Apabila TG Nik Aziz Digambarkan Dalam Keadaan Mengaibkan! Posted: 27 Feb 2011 12:45 AM PST Umno Laknatullah! |
Posted: 27 Feb 2011 12:30 AM PST Datuk Mahfuz Omar Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia semalam (23/2/2011) terus menggesa semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak supaya segera menjelaskannya pada atau sebelum 28/02/2011. Kegagalan menjelaskan saman-saman tertunggak ini akan menyebabkan pemegang lesen memandu dan pemilik kenderaan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) amat kesal dengan kenyataan berbaur ugutan daripada Ketua Pengarah JPJ tersebut. Sebagai seorang penjawat awam, beliau tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa. KASE memohon Ketua Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia. KASE sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah. Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat. KASE ingin memperbetulkan anggapan JPJ dan seterusnya memaklumkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:- The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. "Perkara yang belum selesai" hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut. The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010. Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa. Justeru KASE mendesak Kemnterian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Jika anda dinafikan hak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ perlu memberikan alasan bertulis kepada anda di atas penafian itu. JPJ tiada hak menafikan rakyat menggunakan harta mereka. Sebarang perlaksanaan undang-undang perlulah mengikut undang-undang bukan dengan sewenang-wenangnya. Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mereka boleh menuntut gantirugi di Mahkamah terhadap JPJ di atas kehilangan penggunaan kenderaan mereka yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KASE sentiasa bersedia untuk membantu golongan tertindas ini samada melalui khidmat nasihat atau tindakan undang-undang terhadap JPJ. Akhirnya KASE ingin menegaskan bahawa pendirian KASE menentang tindakan senarai hitam dan Saman Ekor ini bukan bermaksud KASE menggalakkan pemandu kenderaan tidak mematuhi undang-undang. Undang-undang dan peraturan jalanraya hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menguatkuasakannya. Apa yang ditentang oleh KASE adalah penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Justeru kepada pengguna-pengguna jalanraya yang teraniaya, sama-samalah kita teruskan bantahan agar saman ekor yang lama dihapuskan. Bantah terus bantah sehingga kerajaan dan JPJ menghapuskannya. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA! Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) |
2011 cabaran besar buat demokrasi di Malaysia Posted: 27 Feb 2011 12:00 AM PST 25 JAN — Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Sudah terlalu lama tidak menulis. Kesibukan di hujung tahun bagi menyelesaikan pelbagai perkara menghambat minat untuk memberikan komen-komen terhadap isu-isu semasa yang melanda negara. Alhamdulillah semua pekerjaan penting telah berjaya diselesaikan, kini sudah terdapat waktu untuk berada di hadapan komputer bagi menaip kembali. Menjelmanya 2011 bermakna Malaysia hanya mempunyai kurang dari sepuluh tahun sebelum 2020. Melihat situasi hari ini, bagaimanakah penilaian kita? Apakah Malaysia mampu mencapai Wawasan 2020 seperti yang diimpikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu? Dari segi politik, kini rakyat Malaysia telah mempunyai pilihan. Pilihanraya umum (PRU) ke 12 pada 8 Mac 2008 membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berhadapan dengan demokrasi yang lebih luas. Pilihanraya yang bersejarah tersebut telah melahirkan pencabar kepada parti Barisan Nasional (BN) yang telah menguasai politik Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan. Lahirnya Pakatan Rakyat (PR) telah menyemarakkan lagi demokrasi di Malaysia. Persaingan diantara BN dan PR dalam memenangi hati rakyat Malaysia menjelang PRU ke 13, memberikan rakyat peluang untuk membuat perbandingan. PR yang pertama kalinya mempunyai peluang untuk memerintah berberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terpaksa berhempas pulas untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk mengambil alih kekuasaan daripada BN. Sementara BN yang baru diambil alih oleh Datuk Seri Najib Razak terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kuasa tradisi yang telah diwarisi semenjak turun temurun. Najib sudah pasti tidak mahu menjadi perdana menteri terakhir dari BN. Pilihanraya kecil bertalu-talu Belumpun sempat bermulanya proses penamaan calon di DUN Tenang, ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia. Ini bermakna, di awal tahun 2011, Malaysia sudah mempunyai dua pilihanraya kecil (PRK). Cuma kali ini, PRK akan berlangsung di dua negeri yang menjadi kubu kuat tradisi BN iaitu negeri Johor dan Melaka. Seperti yang sering saya tulis di dalam penulisan sebelum ini, PRK akan memberikan "economic stimulus package" kepada sesuatu kawasan tersebut. DUN Tenang dan Merlimau akan di penuhi dengan penyokong-penyokong BN dan PR. Selain itu, pengamal media, pemerhati politik serta badan bukan kerajaan (NGO) akan turut membanjiri kedua-dua kawasan ini. Di dalam kehidupan yang semakin sukar pada hari ini di mana harga barang naik berterusan akibat daripada naiknya harga petrol, PRK akan banyak membantu ekonomi rakyat di Tenang dan Merlimau. Merlimau akan mejadi PRK yang ke 15 berlangsung selepas PRU 12. Ertinya, semua pihak yang berkepentingan di dalam pilihanraya di Malaysia sudah mempunyai 15 peluang untuk menilai sokongan rakyat terhadap mereka. Selain itu, PRK juga membantu badan penggendali pilihanraya seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk berlatih sebelum berhadapan dengan pilihanraya yang lebih besar seperti pilihanraya negeri ataupun PRU. Debat terbuka budaya demokrasi Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri untuk berdebat bersamanya mengenai isu program 100 hari Pakatan Rakyat. Cabaran debat ini tidak di sambut dengan positif oleh perdana menteri malahan beliau kelihatan cuba mengelak dengan menimbulkan isu-isu lain seperti kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang tersebut. Selepas itu, timbul pula isu cabar mencabar di antara Ketua Pemuda parti Umno dan PKR. Pada mulanya, Khairy Jamaluddin yang juga ketua pemuda Umno menawarkan diri untuk berdebat dengan Anwar bagi mempertahankan Najib. Kemudian, ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar pula mencabar Khairy untuk berdebat dengan beliau. Majlis Tertinggi PKR pula menawarkan Rafizi Ramli untuk berhadapan dengan Khairy. Akhirnya, perdebatan tidak jadi. Yang jadi hanyalah perlawanan cabar mencabar di antara parti-parti politik yang berlawan. Rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada perlawanan cabar mencabar ini. Seharusnya, semua pihak harus sedar bahawa tujuan perdebatan bukanlah untuk memperlihatkan siapa yang lebih jaguh dalam berkata-kata. Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia, terutamanya pengundi untuk menilai hujah-hujah daripada pendebat untuk mereka cernakan dalam pemikiran dan menambahkan ilmu. Selain itu, hasil daripada perdebatan ini akan menjadi bekalan kepada pengundi sebelum membuat keputusan untuk mengundi dalam pilihanraya. Jika semua pihak dapat berfikir sebegini, tidak akan timbul isu siapa ketakutan untuk berdebat secara terbuka. Kita harus sedar bahawa Malaysia telah ketinggalan jauh berbanding dengan Indonesia dan Filipina yang lebih maju demokrasinya. Mahu atau tidak, rakyat Malaysia harus melalui proses demokratisasi ini untuk menjadi negara yang maju bukan sahaja dari segi ekonomi, akan tetapi dari segi ketamadunan bangsa. Rakyat menjadi ekstrim? Secara umumnya, rakyat Malaysia "partisan" terdahap parti-parti atau kelompok politik yang mereka sokong. Tidak ramai yang mampu atau faham dengan konsep "non partisan" politik di mana dasar atau isu yang lebih penting berbanding individu atau kelompok politik. Ertinya, sesuatu sokongan itu diberikan berdasarkan dasar-dasar yang di perjuangkan atau isu-isu yang diangkat berbanding dengan kulit atau baju politik. Majoriti rakyat Malaysia masih lagi partisan terhadap parti-parti yang mereka sokong. Di Malaysia pada hari ini sama ada anda BN atau PR. Tidak ada istilah garis tengah. Ini bukan sahaja melanda rakyat biasa akan tetapi turut berada dalam pemikiran golongan terpelajar. Dari pengalaman peribadi, saya pernah berhadapan dengan situsasi sebegini. Satu ketika dahulu, saya pernah menghadiri majlis ucapan seorang tokoh negara yang seringkali saya kritik semenjak zaman mahasiswa. Di majlis tersebut, saya ditegur oleh seorang penyokong tegar tokoh tersebut yang mengenali saya dari penulisan yang saya tulis sebelum ini. Penyokong tokoh tersebut mempersoalkan tentang kehadiran saya di majlis tersebut dan meminta saya untuk meninggalkan majlis tersebut. Dengan berat hati saya meninggalkan majlis tersebut walaupun sedang fokus mendengar ucapan dari tokoh tersebut. Walaupun begitu, saya tidak marah. Saya anggap ini adalah satu proses sebelum Malaysia mempunyai demokrasi yang lebih matang. Hari ini kita dapat menyaksikan sikap "ekstrim" di kalangan penyokong-penyokong kedua-dua BN dan PR. Penyokong BN akan melawan apa saja yang datang dari PR. Begitu juga penyokong PR. Mereka akan melawan atau mempertikaikan apa saja yang datang dari BN. Yang sayangnya, kadangkala yang datang dari BN atau PR itu adalah perkara yang baik. Sikap ekstrim telah membutakan mata dan hati. Sebab itu pentingnya Malaysia untuk mempunyai kelompok NGO non partisan yang kuat. NGO non partisan yang menyokong kebenaran tanpa mengira parti politik. Ia juga akan menentang ketidakadilan tanpa mengira dari parti politik yang mana satu dasar yang tidak adil itu datang. Saya akan huraikan dengan lebih lanjut dalam penulisan akan datang menegenai pentingnya NGO non partisan dalam masyarakat yang merayakan demokrasi. Rakyat Malaysia akan lebih faham bahawa dalam masyarakat yang mempunyai 27 juta penduduk, BN dan PR terlalu kecil berbanding dengan kekuasaan yang ada di tangan rakyat dan inilah yang dinamakan dengan "people power" atau kuasa rakyat. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. |
Cabaran, debaran demokrasi — Mior Kamarul Shahid Posted: 26 Feb 2011 11:30 PM PST FEB 27 — Pemilihan parti, pilihan raya kecil bukti kebebasan berpolitik di Malaysia KEKERAPAN pilihan raya kecil membuktikan demokrasi subur di negara ini. Dari segi kegiatan politik, Malaysia dianggap antara negara paling dinamik menghidupkan dan menegakkan demokrasi. Amalan demokrasi di Malaysia berlaku sepanjang masa. Ia tidak putus dan bertali arus daripada satu peristiwa politik kepada peristiwa lain. Ini tidak termasuk peristiwa yang dipolitikkan. Bukti paling jelas mengenai demokrasi di Malaysia ialah mengenai cakap-cakap politik yang terus berkumandang tanpa mengenal siang dan malam. Meskipun tempoh mandat diberikan rakyat kepada kerajaan masih panjang, spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah pun lama bermula sejak tahun lalu lagi. Pada hal segala peristiwa Pilihan Raya Umum 2008 masih lagi segar di fikiran. Dengan kehadiran pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diramalkan tidak lama lagi, ia menjadikan kegiatan politik di negara ini tidak pernah berhenti. Dua pilihan raya kecil serentak bagi kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang adalah contoh kecil untuk menjawab segala persoalan yang mendakwa kerajaan tidak demokratik. Dengan ada pertandingan di antara parti kerajaan dan pembangkang lebih meyakinkan bahawa demokrasi subur di Malaysia. Parti kerajaan atau pembangkang tetap mengambil bahagian dalam pilihan raya yang diadakan kerana tidak mahu dianggap menolak demokrasi. Ahli atau penyokong mereka akan kecewa dan marah jika pimpinan parti memberi kemenangan mudah kepada parti lawan tanpa bertanding. Kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti pada hari penamaan calon di DUN Merlimau dan Kerdau disusuli kegiatan berkempen siang dan malam sehingga malam terakhir hari mengundi, menunjukkan demokrasi di Malaysia bukan saja dipatuhi, tetapi meriah. BN boleh 'masuk bakul angkat sendiri' jika mahu mengatakan bahawa negara ini mempunyai rekod tersendiri dalam menegakkan demokrasi. Rekod amalan demokrasi di negara ini sukar ditandingi khasnya oleh negara dunia ketiga lain, malah negara maju sekali pun. Cuma, yang berbeza ialah pendekatan rakyat negara maju kerana sikap 'sporting' mereka berbanding pendirian politik penduduk negara dunia ketiga. Negara maju khasnya yang mengamalkan sistem dua parti lebih mudah kerana tidak menghadapi masalah masyarakat majmuk. Di Malaysia, dalam tempoh lima tahun setiap penggal pentadbiran sesebuah kerajaan, berbelas-belas pilihan raya kecil diadakan sebelum kerajaan yang memerintah mendapat mandat baru menerusi pilihan raya umum berikutnya. Kekosongan berlaku akibat kematian atau faktor lain yang dibenarkan undang-undang. Keadaan ini mendorong persaingan dan pertandingan yang membabitkan BN dan pembangkang yang hari ini diterajui DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bila berlaku pilihan raya, parti komponen BN ditentang pembangkang atau sesiapa saja yang mahu menjadi wakil rakyat secara bebas, jika mempunyai syarat yang ditetapkan. Sejak sebelum hari pembuangan undi lagi, pelbagai kegiatan politik sudah pun berlaku. Lobi-melobi untuk menjadi calon begitu aktif, sama ada di kalangan parti BN atau pembangkang. Demokrasi juga diamalkan oleh parti politik pada peringkat parti — bermula pada peringkat cawangan, cabang atau ranting diikuti bahagian, negeri dan Pusat. Dalam BN saja, ada 13 parti gabungan yang perlu mengadakan pemilihan mengikut perlembagaan parti masing-masing, yang kebanyakannya diadakan tiga tahun sekali. Bila tiba tahun pemilihan, satu demi satu pemimpin daripada parti politik terpaksa menghadapi cabaran daripada ahli ketika Perhimpunan Agung parti masing-masing. Pertandingan bermula pada peringkat cawangan kemudian bahagian dan seterusnya ke jawatan pimpinan tertinggi. Pelbagai jawatan mengikut hieraki dipertandingkan selain sayap parti Pemuda dan Wanita. Dalam UMNO pula ada Puteri UMNO. Pemilihan ini bukan saja membabitkan masa yang panjang termasuk waktu berkempen, membabitkan juga penyertaan ahli yang ramai. Parti pembangkang, walau pun mengadakan pemilihan sama, kebanyakan pemimpin tertinggi mereka masih kekal. PAS walau pun mengamalkan demokrasi, tetapi setiap kali memilih pemimpin, ia menggunakan pendekatan muzakarah. Mereka berunding dan bermuafakat untuk menentukan siapa yang sepatutnya memimpin mereka sebelum diterima muktamar agung parti itu. Pemimpin utama DAP pula tidak ramai yang bertukar ganti. Segelintir pemimpin ini masih menentukan corak masa depan parti itu. Parti komponen BN juga mengalami proses sama. Ada antara pemimpin parti yang bertahan lama dan ada juga yang silih berganti. Ada antara mereka yang berundur akibat tewas, merajuk, keluar parti atau masalah peribadi. Dalam UMNO jika dilihat barisan Majlis Tertinggi (MT), kebanyakannya adalah muka baru. Ini menunjukkan ramai muka baru yang bertanding. Ini adalah bentuk demokrasi yang dipilih oleh ahli UMNO. UMNO adalah parti yang agresif dilihat dari segi proses pertukaran pemimpin sering berlaku. Dalam UMNO sering berlaku pertandingan sengit hinggakan dalam beberapa pemilihan parti, Presiden UMNO sendiri ditentang. Jawatan Timbalan Presiden UMNO juga tidak terkecuali dipertandingkan, manakala Naib-Naib Presiden UMNO sentiasa berubah wajah setiap tiga tahun. Mereka bersedia naik dan turun daripada satu pemilihan ke satu pemilihan yang lain. Mereka yang menang mengambil alih tempat mereka yang tewas dengan semangat demokrasi. Yang kalah boleh mencuba lagi dalam pemilihan berikutnya. Jika tidak setuju dengan sistem parti, mereka boleh keluar menyertai parti lain atau menubuhkan parti sendiri dan bertanding dalam gelanggang yang lain pula. Demokrasi di Malaysia tidak memilih jantina. Mereka boleh bertanding dalam parti atau pilihan raya. Jika ada pihak yang mengatakan demokrasi mati di Malaysia, sebenarnya mereka tidak mengenal erti demokrasi. Malangnya, Malaysia dituduh sebagai tidak demokratik atas dakwaan bukan dasar. Berikutan peraturan yang ditetapkan untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar, maka kerajaan dituduh tidak demokratik. Contoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi mengikut undang-undang. Jika ada pihak yang melanggarnya, tindakan terpaksa diambil. Tindakan undang-undang tidak boleh disalahertikan mempunyai kaitannya dengan demokrasi. Tindakan guru ke atas murid kerana sesuatu kesalahan disiplin, umpamanya, tidak bolehlah pula dasar pendidikan atau sekolah dipersalahkan. Sekali fikir, apa perlunya pilihan raya kecil kerana kawasan itu boleh diwakili kerajaan negeri yang memerintah jika membabitkan DUN atau Kerajaan Pusat jika membabitkan kawasan Parlimen. Bagaimanapun, pilihan raya kecil ini perlu diadakan kerana ia tertakluk kepada undang-undang. SPR perlu memanggil pilihan raya kecil, bila berlaku kekosongan. Inilah keindahannya dalam demokrasi kerana rakyat diberi peluang memilih wakil mereka sekali lagi. Jika sekadar untuk mengawasi DUN, Ketua Menteri atau Menteri Besar boleh mengarahkan sesiapa saja di kalangan ADUN untuk berbuat demikian. Rakyat boleh mengadu masalah mereka dan kerajaan negeri boleh menyelesaikan masalah mereka. Tetapi, peraturan pilihan raya menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan kerana sebarang kekosongan hendaklah diganti dengan cara demokrasi. Pilihan raya kecil juga memberi ruang kepada orang baru yang dipilih oleh parti untuk bertanding. Sekiranya mereka terlepas peluang bertanding sebelum ini, pilihan raya kecil ini memberi harapan baru kepada mereka. Pilihan raya kecil ini sebenarnya menjadi lambang amalan demokrasi di negara ini. Kerajaan yang memerintah perlu akur dengan peruntukan undang-undang dan membenarkan rakyat memilih wakil mereka. Bagaimanapun, dalam mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau kecil, ada peraturan yang perlu dipatuhi. Namun, pilihan raya kecil tidak menyekat perbincangan isu semasa asalkan ia tidak memberi kesan buruk kepada keselamatan dan ketenteraman awam. Sudah tentulah pelbagai tuduhan muncul ketika pilihan raya. Apabila tuduhan dibuat, sebelah pihak lagi menjawab dan melemparkan tuduhan lain pula. Ini perkara biasa dalam pilihan raya. Itulah sebabnya setiap parti perlu membuat pilihan tepat dan tidak ada masalah peribadi sebelum menjadi calon. Pihak lawan masing-masing akan mencari apa juga kelemahan untuk memburuk-burukkannya supaya pengundi menolaknya. Dalam suasana politik hari ini, pilihan raya kecil dijadikan ujian awal sokongan rakyat sebelum menghadapi pilihan raya umum. Menang menandakan moral parti meningkat. Peningkatan atau penurunan sokongan rakyat diukur menerusi jumlah undi yang diperoleh. Semua ini menjadi perkiraan politik kerana dalam politik dan demokrasi ia adalah berkaitan dengan angka. Satu undi pun boleh mengubah segala-galanya. — Berita Harian * This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. |
Najib Mengamuk, Tanya Pakatan Islam Apa Yang Diperjuangkan? Posted: 26 Feb 2011 11:00 PM PST PM bidas dakwaan peneroka hamba kerajaan BANDAR JENGKA, 27 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan memperhambakan peneroka Felda tanpa memperdulikan kebajikan mereka. Beliau berkata sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lepas, peneroka yang dahulunya tidak mempunyai sebarang harta kini mampu berbangga dengan hasil yang dikecapi hasil penat lelah mereka. "Kalau orang kata kononnya kita memperhambakan peneroka, hamba mana yang ada tanah seluas 10 ekar, hamba mana yang ada rumah batu atau rumah separuh batu ataupun sekurang-kurangnya bahagian depan batu. "Rezeki tidak datang bergolek, ini semua kerana anda pilih kerajaan yang betul," katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad. Najib berkata janji pembangkang yang kononnya ingin melupuskan 300,000 hektar tanah Felda Plantations untuk diberi kepada generasi kedua dan seterusnya akan membawa malapetaka yang besar kepada peneroka. "Sebab 51 peratus pelaburan dalam Felda Plantations adalah milik Koperasi Pembangunan Felda dengan dividennya peneroka dapat sebanyak 14 peratus. Itu lebih tinggi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan amanah saham. "Dividen ini tidak ada lagilah kalau bagi (tanah) kepada anak cucu. Sebenarnya kita dah kira kepentingan, masa depan anak cucu peneroka," katanya. Perdana Menteri berkata usaha kerajaan memajukan masyarakat peneroka itu lebih berlandaskan kepada perjuangan Islam berbanding yang diperjuangkan parti pembangkang. "Kalau kita nak perjuangkan Islam, Islam yang macam mana, yang miskin? Yang tidak ada tanah? Rumah robek? Itu bukan imej Islam yang diperjuangkan kerajaan, kita nak imej yang gagah perkasa dan hebat di mata dunia," katanya. Dalam pada itu, Najib turut bersetuju memberi pertimbangan khas berhubung pembayaran Skim Insentif Tanam Semula kepada peneroka felda dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 dan 25. Katanya perkara tersebut akan dirunding oleh Felda dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Pada majlis itu, Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan semai bakti, pusat jalur lebar dan merasmikan pecah tanah kilang biomass Felda Jengka 9 secara maya. — Bernama |
Kerajaan tidak percaya kepada rakyat Kerdau Posted: 26 Feb 2011 10:45 PM PST Harakahdaily TEMERLOH, 27 Feb: PAS menyifatkan kerajaan Barisan Nasional Pahang hilang kepercayaan kepada masyarakat Islam di Kerdau apabila meletakkan Pegawai Agama Daerah (Kadi) di setiap masjid dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau sepanjang tempoh pilihan raya kecil berlangsung di situ. Kedatangan pegawai agama atas arahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) itu dikatakan untuk mengawal sementara masjid yang selama ini diuruskan oleh Ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh anak kariah. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu sepatutnya tidak perlu kerana penduduk telahpun melantik pegawai-pegawai agama (AJK masjid) mereka sendiri untuk menguruskan masjid-masjid tersebut. Selain itu kata beliau tindakan itu juga memberi kesan bukan sahaja kepada masjid-masjid dalam Dun kerdau tetapi turut melibatkan orang ramai di daerah Kadi - kadi itu bertugas. "Bayangkan dari sudut pentadbiran apabila pegawai agama di arah bertugas ke Kerdau dalam tempoh hampir dua minggu, sudah tentu tangungjawab mereka di daerah mereka bertugas akan terabai. "Ini pastinya akan menimbulkan masalah di daerah masing-masing dan menyusahkan orang awam yang mahu berurusan dengan mereka," kata Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau dalam sidang media hari ini. Isu pengurusan masjid dalam DUN Kerdau diambil alih sementara ekoran pilihan raya kecil mula menjadi perbualan sejak kelmarin apabila jawatankuasa masjid dimaklumkan perkara itu. Ekoran itu, semua masjid diarahkan membatalkan program kuliah yang telah diatur sehingga selesai pilihan raya. Bagaimanapun tiada arahan secara rasmi (bertulis) dikeluarkan. Dalam DUN Kerdau terdapat 22 buah masjid. Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut mengecam tindakan BN yang masih mengunakan premis awam untuk kerja-kerja parti mereka dalam pilihan raya ini. Justeru Tuan Ibrahim mengesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertidak segera mengarahkan BN mengosongkan premis-premis tersebut. "PAS memberi tempoh sehingga hari ini, kalau masih berterusan kami akan membawa perkara ini keperingkat yang lebih tinggi," kata beliau. Kata beliau, semalam pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak SPR dan perkara tersebut telahpun di bangkitkan. "Kami harap SPR jadi badan yang memastikan peraturan pilihan raya dipatuhi oleh semua pihak, supaya PRK di Kerdau ini dapat berjalan dengan licin" ujarnya. |
Hampir 80 ditahan dalam demo anti rasis Umno Posted: 26 Feb 2011 10:30 PM PST KUALA LUMPUR: Kira-kira 17 ahli Parti Hak Asasi (HRP) dan Hindraf ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi tadi kerana terlibat dalam perhimpunan membantah sikap rasis Umno. Namun sumber polis kemudian dilaporkan jumlah yang ditahan di anggar meningkat kepada hampir 80 orang. Mereka termasuk pemimpin pertubuhan HRP, P Uthayakumar yang ditahan lebih awal di rumahnya di Bangsar. Polis turut membuat sekatan jalan raya bagi menggagalkan himpunan itu yang dirancang mengumpulkan kira-kira 3,000 masyarakat India di seluruh negara. Sekatan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan jalan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh bagi menggagalkan himpunan yang dijadual jam 8 pagi di KLCC. Polis turut bertindak memeriksa, menghalau dan mengarahkan peserta perhimpunan yang terdiri dari 30 peserta berdedar sebelum menangkap 16 daripadanya. Pihak berkuasa turut menghalau individu berketurunan India yang berada berhampiran tempat kejadian walaupun mereka tidak menyertai perhimpunan itu. Lebih 10 kenderaan polis dengan kekuatan kira-kira 200 anggota memantau sekitar tapak himpunan tersebut sebelum beredar pada jam 12 tengahari selepas keadaan kembali terkawal. |
Kenyataan Media YB Azmin Ali Berkaitan Kritikan Najib Kepada Sheikh Qardawi Posted: 26 Feb 2011 10:00 PM PST Perdana Menteri Perlu Mohon Maaf Kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi Kenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat. Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama' tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out. Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi. Sejak penubuhannya dalam tahun 1928, Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga merupakan pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin. Sejak diharamkan dalam tahun 1954, Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten menentang kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut. Mereka yang berpandangan Ikhwanul Muslimin perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling lantang menentang kezaliman rejim Mubarak dan mendesak keperluan demokrasi di Mesir. Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat. Sheikh Yusuf adalah ulama' yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika Syarikat cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan. Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama' dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam. Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN 26 Februari 2011 www.azminali.com |
Hebahan Segera: Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Najib Bidas Sheikh Qardawi Posted: 26 Feb 2011 09:15 PM PST Dari minda Tuan Guru Nik Abdul Aziz : ISLAM SEDERHANA : AJARAN BARU UMNO Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini. Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau). Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : "Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan). Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO. Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam. Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah. FirmanNya : وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36. Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas! Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan! Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan. Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau. Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011 |
Pemimpin Hindraf ditahan polis pagi ini Posted: 26 Feb 2011 09:06 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb — Polis menahan pengasas Hindraf P. Uthayakumar pagi ini menjelang perhimpunan haram yang dirancang untuk diadakan di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Isterinya S. Indradevi mengesahkan dia ditahan di luar rumah mereka di Pantai Hillpark di sini pada pukul 7.45 pagi tadi, ketika dia hendak bertolak ke kawasan protes. "Kira-kira tujuh anggota polis mengepung dia ketika dia hendak meninggalkan (rumah). "Mereka membawa dia ke ibu pejabat kontinjen dekat Pudu," kata Indradevi ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pun begitu katanya, protes yang dirancang untuk diadakan akan diteruskan meskipun polis menahannya. "Kami beri jaminan ia akan diteruskan. Ia tidak akan dibatalkan," kata Indradevi. Hindraf yang diharamkan dua tahun lalu mahu mengadakan protes berhubung novel kontroversial Interlok. Polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menghadiri perhimpunan hari ini. Dalam pada itu pihak polis mengenakan sekatan jalan di beberapa tempat di Lembah Klang termasuk mengawal kawasan kompleks KLCC sejak 8 pagi tadi. |
Askar Mesir belasah penunjuk perasaan Posted: 26 Feb 2011 09:00 PM PST KAHERAH: Polis tentera Mesir memukul penunjuk perasaan semalam untuk menyuraikan mereka daripada berkumpul di luar pejabat Kabinet, tempat mereka cuba berkhemah untuk mendesak pembaharuan politik dan penyingkiran saki baki rejim Presiden Hosni Mubarak. Kejadian itu menunjukkan pendirian tegas pemerintah tentera Mesir, yang mengelak insiden ganas ke atas penunjuk perasaan antikerajaan di jalanan sambil berjanji memenuhi tuntutan mereka untuk satu pembaharuan demokrasi dan mengembalikan pemerintahan awam kepada negara. Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang memerintah kemudian meminta maaf dengan berkata, tindakan ke atas penunjuk perasaan itu 'tidak disengajakan.' Beribu-ribu berarak lagi di Dataran Tahrir di sini sepanjang hari kelmarin untuk terus memberi tekanan, terutama penyingkiran Perdana Menteri Ahmed Shafiq yang dilantik Mubarak. Kira-kira 150 penunjuk perasaan cuba bermalam di luar pejabat Kabinet berhampiran Dataran Tahrir. Selepas tengah malam, apabila perintah darurat berkuat kuasa, polis tentera bergerak untuk menyuraikan mereka dan memukul penunjuk perasaan, sesetengah cuba mengelak, menurut Shady Ghazali, seorang aktivis belia yang mengatakan beliau menyaksikan pertembungan itu. "Seorang lelaki ditampar dengan kuat sehingga berdarah ketika perhimpunan terbabit," kata Ghazali. Beliau dan sekurang-kurangnya empat yang lain ditahan dan dibawa ke lokap yang sudah menahan berpuluh penunjuk perasaan lain yang jelas ditahan sepanjang hari, katanya. Sesetengahnya cedera dan menerima layanan buruk lain, katanya. "Polis tentera bertindak seperti pengawal keselamatan negara," kata Ghazali merujuk kepada pasukan keselamatan dalaman dibenci yang digunakan rejim Mubarak untuk mengenakan tindakan keras ke atas pemberontak dan dituduh melakukan penderaan. – AP |
Melayu Keliru Dan Miskin Disebabkan Umno! Posted: 26 Feb 2011 08:30 PM PST PERKASA mampu jadi kuasa ketiga pilihan raya akan datang: Dr M KAMPUNG GAJAH: Orang Melayu sekarang semakin keliru dan tidak tahu hala tuju sehingga bukan saja tidak lagi mahu berterima kasih malah mempertikaikan pula jasa kerajaan yang membantu mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri berkata, kerajaan melakukan pelbagai perkara membantu rakyat termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan sehingga tiada penduduk mahu bekerja dan memaksa kerajaan membenarkan orang asing bekerja di negara ini. Katanya, jika kerajaan sekarang tidak menghiraukan rakyat, kemungkinan sebahagian besar orang Melayu khususnya golongan muda tidak menjadi profesional tetapi masih bekerja di kebun, sawah atau menangkap ikan secara tradisional. "Orang Melayu sekarang keliru, tak tahu hendak pergi ke mana, kita tolong dia pun dia kata kita, kita tak tolong dia kata juga. Negara lain ada pemberontakan kerana kerajaan tak bantu rakyat, sampai 20 peratus penduduk tiada pekerjaan, bukan seperti di Malaysia. |
Manis Betul Bicara Mat Taib. Rakyat Serawak Akan Halau Kamu Nanti! Posted: 26 Feb 2011 08:00 PM PST Penduduk Sarawak akan dipinggir daripada pembangunan perdana: Abdul Taib SRI AMAN: Penduduk Sarawak khususnya di luar bandar, akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan, jika mereka terpengaruh dengan dakyah songsang dan politik kuno pembangkang. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata pembangkang hanya pandai mencaci cerca kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) tanpa menjanjikan sebarang bentuk pembangunan yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat. Justeru, beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, rakyat harus menolak kehadiran kumpulan terbabit dan terus kekal bersama BN untuk memastikan Sarawak lebih membangun dalam semua bidang. "Sebenarnya kebanyakan ahli kumpulan pembangkang yang kerap mencerca pemimpin BN dalam ceramah politik mereka terdiri daripada mereka yang kecewa dan masih mengamalkan politik mencaci cerca bagi mendapat sokongan rakyat. "Jadi menjelang pilihan raya negeri akan datang ini, rakyat di negeri ini harus menolak politik mencaci cerca ini kerana ia banyak membawa keburukan dan kerugian kepada rakyat serta negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sejiwa Senada, bertemakan 'Kerajaan Bersama Rakyat' peringkat Bahagian Sri Aman, di Padang Kementerian Pembangunan Sosial (KPSU) lama di sini, semalam. Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani. Abdul Taib berkata, 'omong kosong' pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang, tidak harus dilayan kerana akhirnya rakyat yang akan merana. "BN bukan saja sudah terbukti menolong semua peringkat rakyat, malah berjaya membangunkan negeri ini dari kawasan mundur menjadi bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan terkini. "Selain itu BN juga berjaya merapatkan jentera kerajaan dan rakyat sehingga menjadi 'umpama isi dengan kuku," katanya. Mengulas program Sejiwa Senada, beliau berkata ia adalah landasan terbaik bagi semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, untuk mendekati rakyat. |
Kesian Dengan Ularmark Umno Yang Dibuang. Posted: 26 Feb 2011 07:30 PM PST Mohd Noor terus cabar Nik Aziz HULU LANGAT: Cabaran 'muhabalah' Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih terbuka, sehinggalah Menteri Besar Kelantan itu bertaubat. Mohd Noor berkata, beliau tidak pernah berhenti meminta Nik Aziz bermuhabalah dengannya membawa isteri, anak dan sanak saudara bersama-sama bermunajat kepada Allah bagi mendapat petunjuk ekoran dakwaan pemimpin parti pembangkang itu membuat pertuduhan liar terhadapnya. "Saya beberapa kali meminta beliau (Nik Aziz) bersemuka dan membuat muhabalah namun sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar Kelantan itu. Kalau ada pun menerusi media apabila Nik Aziz bersetuju mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan bukannya dengan saya sendiri," katanya ketika ditemui selepas Forum Perdana Maulidur Rasul, Kesatuan 1 Ummah 1 Malaysia, anjuran Umno Hulu Langat di sini, kelmarin. Hadir sama Ketua Umno Bahagian Hulu Langat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Ab Aziz, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran dan penceramah bebas, Dr Redhuan Tee Abdullah. Ditanya sama ada beliau akan menggunakan pentas berkempen di DUN Kerdau dan Merlimau bagi mendesak Nik Aziz bertemu dengannya, Mohd Nor yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) Pengkalan Chepa berkata, kesihatannya tidak mengizinkan, bagaimanapun tetap dengan pendirian melakukannya. "Sejak beberapa hari ini suara saya serak namun jika diminta saya tak menolak bertemu dengannya (Nik Aziz) di kedua-dua DUN itu. Biarlah saya berehat sehari dua ini," katanya. Sementara itu dalam forum berkenaan, beliau mendakwa PAS hanya sebagai parti bertopengkan Islam di negara ini dan pemimpinnya sering membohongi umat Malaysia dengan cara berpakaian ulama serta tindak tanduknya. "Cara berpakaian pemimpinnya sebagai ulama hanya sekadar memperdayakan umat Islam, khususnya orang Melayu di Tanah Melayu ini. Bagaimanapun, pembohongan mereka terbukti apabila mereka sanggup bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti DAP dan PKR bagi menjatuh dan menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno," katanya. |
Jururawat batal hidup semati bersama Gaddafi Posted: 26 Feb 2011 07:00 PM PST Kolotnytska didakwa jadi kekasih risau kekecohan di Libya LONDON: Seorang jururawat Ukraine membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu. Jururawat peribadi Gaddafi berambut perang dan bertubuh seksi itu, Galyna Kolotnytska, 38, (atas), kelmarin berkata beliau akan terus berada di sisi pemimpin itu selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang hingga habis-habisan menghapuskan tentangan terhadapnya. Gaddafi 'tidak boleh mengadakan perjalanan' tanpa wanita cantik berstatus janda yang berasal dari Ukraine serta dituduh menjadi kekasih pemimpin itu. Wanita ibu tunggal itu arif mengenai rutin lelaki itu, kata dokumen bocor yang didedahkan kepada akhbar The Sun. Pegawai Ukraine berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk membawa wanita itu pulang. Anak perempuan janda itu, Tatiana, 20, berkata: "Ibu menelefon semalam. Dia berada di Tripoli. "Ada kejadian tembakan, pertempuran dan kekacauan lain disiarkan di televisyen. "Dia masih tenang menghadapi keadaan dan berkata akan pulang segera." Gaddafi lebih mengutamakan Kolotnytska berbanding pengawal peribadi wanita Amazon yang pakar dalam pertahanan diri dan dikatakan masih dara. Nota rahsia 2009 kepada Setiausaha Negara Hillary Clinton disiarkan selepas didedahkan WikiLeaks memberitahu yang pemerintah kuku besi itu bergantung kepada wanita itu. Gaddafi dikatakan pernah menghantar pesawat peribadi untuk membawa Kolotnytska dari Libya ke Portugal untuk bertemu dengannya berikutan kelewatan kedatangan wanita itu akibat masalah visa. Pegawai politik Ukraine mengesahkan jururawat Ukraine sentiasa bersama-sama pemimpin itu ke mana saja. "Sesetengah sumber mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska mempunyai hubungan romantik," katanya. Gaddafi dikatakan terlalu taksub bergantung kepada pegawai yang dipercayainya seperti Kolotnytska. Tetapi kini kehidupannya sebagai orang kepercayaan akan berakhir dan musuh Gaddafi pula terus mendapat kekuatan. Di sempadan di antara Tunisia dan Libya, ahli sukan bina badan Nabil Mohamed, berkata "Eva Braun tinggal dalam kubu bersama Hitler, mengapa Kolotnytska tidak boleh tinggal bersama Gaddafi?" – Agensi |
Posted: 26 Feb 2011 06:30 PM PST Media statement by Tony Pua Kiam Wee in Kuala Lumpur on Saturday, 26th February 2011: I am ready for any legal action by the Royal Malaysian Navy but the Minister of Defence must still explain the RM6 billion "patrol vessel" purchase In a brief comment to the press yesterday, Land Public Transport Chairman, Tan Sri Syed Hamid Albar accused me of "politicising the MRT" when I raised questions on SPAD's public transport policies which appears heavily reliant on the RM46 billion MRT system, while neglecting the role buses will play. Criticisms of the MRT plans have come in hot and heavy over the past week from residents associations, individuals, research groups, business entities and non-governmental organisations. The criticisms have ranged from the alignment of the MRT, to its cost-effectiveness as well as the prioritisation of the MRT over bus services. However it is when an opposition politician raises criticisms on the same issue, Barisan Nasional (BN) will dismiss it as "politicising" the issue. Tan Sri Syed Hamid should perhaps stop giving excuses and start providing answers to the very valid questions asked not only by myself, but also by the general public on the MRT rush-job which is under the purview of SPAD. I had asked in my statement on Wednesday for SPAD to provide details on its plans for bus services as both a complement and an alternative to the MRT services. This is because, any successful public transport plan will require a holistic plan which includes buses. This has been proven in very successful models in Hong Kong and Singapore with public transport utilisation as high as 90% and 60% respectively compared to only 14% in the Klang Valley. Bus ridership contributes at least 50% of the total public transport ridership in Hong Kong and 62% in Singapore despite highly efficient mass rapid transit systems. The only response provided by the SPAD chairman was that bus operations would not be kept aside as "50% of the MRT commuters would be relying on bus transport services". Given that the Sg Buloh-Kajang MRT line is expected by the Government to carry 40,000 passengers per hour per direction (PPHPD), that means that additional bus services will be expected to carry at least 20,000 per hour just to "feed" the MRT system. The former Minister must explain how this is to be achieved under the current MRT plan for the public has been left completely in the dark as to how buses will be integrated into the rail system. Most importantly, SPAD must provide details on how bus terminals will be integrated to the key MRT stations, like in Hong Kong and Singapore. For example, in Singapore practically all stations outside of the Central Business District zones are integrated with bus terminals to ensure convenient access and efficient dispersal of traffic in the suburban centres. Tan Sri Syed Hamid Albar only need to pay a short visit across his own Kota Tinggi to study the suburban stations in Toa Payoh, Ang Mo Kio, Bradell, Yishun or Woodlands to understand the highly integrated transport hubs and deeply intertwined nature between MRT and buses. At this point of time, we only hear of the placement of "park and ride" facilities at very selected stations and nothing on MRT station designs to include bus terminals. In fact, where there is an existing bus terminal, such as in Bandar Utama, SPAD has perplexingly chosen to locate the MRT station away from the terminal and not together with it. Worse, as S. Piarapakaran, president of the Association of Water and Energy Research Malaysia (Awer) highlighted, according to the declaration forms attached to the EIA report, a consultant registered in the area of traffic studies had been specifically tasked to carry out the traffic modelling but had not done so. Without such studies having been carried out, how did SPAD or any other authority for that matter decide on the placement of the stations and the alignment of the MRT track, which today is being made available for public "feedback and consultation"? How are the public and any other interest groups able to make objective assessments of the MRT project without such critical accompanying data? The "rushed-job" raises the suspicions that SPAD is just acting as hatchet men for the real party which designed the MRT alignment, which is the MMC-Gamuda joint venture, and failed to take into proper and full account the interest of Malaysians at large. As the chairman of SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar must be taken to task for the poor delivery of the MRT proposal which appears designed to serve the commercial interest of Gamuda and MMC. * Tony Pua Kiam Wee, DAP National Publicity Secretary & MP for Petaling Jaya Utara |
Gunung diramal meletus 26 tahun Posted: 26 Feb 2011 06:00 PM PST SIDOARJO: Sebuah gunung berapi berlumpur Indonesia diramalkan akan meletus tanpa henti untuk sekurang-kurangnya 26 tahun lagi, termasuk mengeluarkan gas berapi menerusi tasik lumpur. Tekanan bawah tanah menjadi punca gunung berapi Lusi di Jawa Timur di sini, berkemungkinan mengeluarkan lumpur kelabu sehingga isinya habis pada 2037, kata saintis. Namun, gas akan terus keluar selama beberapa dekad dan abad akan datang. "Kami menjangka letusan akan berterusan hingga 26 tahun sebelum letusan menurun ke paras sesuai dan bagi Lusi untuk bertukar kepada gunung berapi berbuih perlahan," kata ketua pasukan saintis, Richard Davies, profesor sains Bumi di Universiti Durham, di timur laut England. Tiga belas orang terkorban apabila Lusi meletus 29 Mei 2006. Pada kemuncaknya, gunung berapi itu mengeluarkan ledakan lumpur bersaiz 40 kolam Olimpik setiap hari, satu kadar yang berkurangan kepada empat kolam sehari, kata Davies menerusi telefon. Tasik lumpur gunung itu kini menenggelamkan 12 perkampungan pada kedalaman sehingga 15 meter dan memaksa kira-kira 42,000 penduduk berpindah. Simulasi komputer itu adalah berdasarkan data daripada perigi gas komersial sedia ada di rantau sama dan data gambaran seismik yang memberi gambaran struktur geologi Lusi. "Di pertengahan tasik atau gunung berapi, wujud satu lubang dengan lebar 50 meter namun ada 166 lubang lain yang muncul sejak lebih empat tahun lalu," kata Davies. "Ia muncul di kilang, jalan raya, di rumah penduduk. Sesetengahnya menyala, ada kejadian penduduk cedera akibat api yang terbentuk ketika nyalaan." Beliau memberi amaran, kuasa yang ada pada Lusi adalah jangka panjang namun secara berperingkat kurang dramatik. "Anda tidak boleh kembali ke sana. Malah, pada akhirnya kesan gunung berapi akan meningkat," kata Davies. "Saya fikir kami sudah melihat kemusnahan paling dramatik. Namun ia bukan penamatnya. Lubang ini masih terbentuk." – AFP |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan