Jumaat, 18 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Posted: 18 Feb 2011 02:00 PM PST



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA FA 18/2/11

Posted: 18 Feb 2011 07:06 AM PST

INI BUKAN TANDA-TANDA KIAMAT,TAPI TANDA PILIHANRAYA DAH DEKAT

Posted: 18 Feb 2011 01:31 AM PST



SEPATUTNYA TOL SEMUA LEBUHRAYA RM1
SESUAI DENGAN SEMANGAT 1MALAYSIA
1MALAYSIA 1UMMAH
KAH! KAH! KAH!

BARU TURUN 6 KUPANG KECOH 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!
SIAP PANGGIL PM UMUM TUUUU..
TIME PENAIK HARGA MINYAK
AWAT TAK PANGGIL ROSMAH UMUMKAN?
KAH! KAH! KAH!

KALAU HARGA TOL BOLEH DITURUNKAN
PASAI PA DULU KATA KADAR TOL KAT MALAYSIA PALING MUNASABAH?
TAK HABIS-HABIS NAK KENCING
KAH! KAH! KAH!




KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor membayangkan lebih banyak syarikat konsesi akan mengumumkan pengurangan kadar tol tidak lama lagi.

Beliau memberitahu, langkah ke arah pengurangan kadar tol itu sedang dibincangkan antara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat pemegang konsesi.

"Ada (syarikat konsesi) yang datang untuk bincang (bagi mengurangkan kadar tol).

"Tapi kita tak boleh umum sekarang sebab peringkat ini macam baru 'bertunang', kalau dah jadi 'kahwin' baru boleh umum (pengurangan kadar tol)," katanya kepada pemberita semasa melawat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini semalam.

Beliau mengulas pengumuman pengurangan kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) daripada RM1.60 kepada RM1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Najib pada 28 Januari lalu telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi sebagai langkah membantu memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

KOSMO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN

Posted: 17 Feb 2011 11:00 PM PST


KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

"Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bertaubatlah Wahai Peminum Arak

Posted: 17 Feb 2011 08:00 PM PST



Assalamualaikum Wbr.





Abul Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:


1- Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.


2- Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.


3- Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.


4- Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.


5- Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.


6- Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.


7- Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik.


8- Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.


9- Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.


10- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.


Kesemua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati setelah itu dia akan menghadapi pula siksa akhirat nanti.


Dari Abu Umamah dari Nabi S.A.W bersabda, " Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :
1.   Peminum Arak
2.   Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3.   Orang yang mempercayai ahli sihir.


Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah S.W.T dari air Sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan wanita pelacur.  Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk."


Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:
“Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.




Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”


Wallahua’lam..


Panglima7
Jauhilah meminum arak...walaupun ingin mencuba rasanya walaupun sedikit tanpa mabuk.  Kerana dengan meminum arak...ia telah memohon Allah menyiksanya di akhirat kelak. Bertaubatlah pada sesiapa yang telah meminum arak.  Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

daulatpang5

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

Posted: 17 Feb 2011 05:00 PM PST



fatamorgana71

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: