Khamis, 10 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Tengok nii...Takda Sapa Pandai Memerintah Macam Umno..??

Posted: 10 Feb 2011 02:00 PM PST

Lebih 5 Kali Buat Seks Dengan Penagih

Posted: 10 Feb 2011 02:00 AM PST

Ambil suka-suka, akhirnya terjerat

DUNGUN - “Kejadian ini bukan kali pertama. Sejak mengenalinya hampir dua bulan lalu, saya sudah melakukan hubungan seks dengannya lebih lima kali. Sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Gambar fail

Itu pengakuan Ida (bukan nama sebenar) seorang gadis awal 20-an ketika dicekup pihak berkuasa selepas rumahnya di Kampung Pantai Laut, Paka yang disyaki menjadi sarang penagih itu diserbu polis, pagi kelmarin.

Gadis sunti berambut pendek itu ketika berkongsi detik hitam kehidupannya bersama Sinar Harian berkata, pembabitannya dalam gejala tidak bermoral bermula sejak dia meninggalkan bangku persekolahan.

Ketika itu, dia yang baru berumur 17 tahun mula bergaul dengan rakan sebaya, kebanyakannya remaja lelaki tidak bersekolah dan difahamkan sebahagiannya terdiri daripada mat rempit.

Menurutnya, dia mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah selepas alam persekolahan, terutama tatkala melihat abang dan bapa kandungnya turut menjadikan musuh nombor satu negara itu sebagai teman hidup.

Ida yang pada mulanya agak sukar untuk menceritakan rahsia sulitnya itu mengakui, pergaulannya dengan rakan yang sudah terjebak dengan najis dadah itu akhirnya memerangkap dirinya sehingga menyebabkan dia turut mengambil bahan terlarang itu.

“Masa itu saya ambil hanya untuk suka-suka. Tidak keluar duit pun. Kawan berikan, bukan selalu. Kalau rasa gian, baru saya ambil.

“Saya berhenti buat seketika. Tetapi, kalau ada orang beri, saya ambil. Sekarang saya tidak ambil barang itu lagi, cuma buat hubungan seks. Itu pun bukan selalu, hanya bersama teman lelaki,” katanya.

Ida yang ditangkap bersama teman lelakinya yang bekerja di pelantar minyak itu berkata, sebelum ini, perbuatan tidak bermoral itu sering dilakukan di rumah ibunya.

Namun, ia tidak pernah diambil tahu jiran tetangga, apatah lagi ditangkap pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu katanya, dia tidak bernasib baik setelah ditangkap pihak berkuasa ketika berada berdua-duaan ketika serbuan dibuat di rumahnya, pagi kelmarin.

Ida yang hanya menundukkan muka ketika diberi kaunseling oleh pihak berkuasa, bagaimanapun dibebaskan setelah ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Arwah bapanya juga difahamkan meninggal dunia akibat HIV, manakala abangnya turut menjadi penagih dan sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan itu.

Pasangannya, berusia 26 tahun, berasal dari Bukit Payong, Marang bagaimanapun selepas menjalani ujian saringan air kencing didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Inspektor Wahid Sujani yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH



greenboc

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak

Posted: 09 Feb 2011 11:00 PM PST



by faqir putih

Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.



Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir - http://www.youtube.com/watch?v=TvP0fWFnu-A&feature=related dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' http://www.elshaheeed.co.uk/ http://www.youtube.com/watch?v=TvP0fWFnu-A&feature=related bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.

SUMBER


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tolonglah, jangan "1Malaysia" lagi!

Posted: 09 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh Chang Teck Peng

Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan.  Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak.  Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.



Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang.  Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020".  Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.

Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian.  Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan.  Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya.  Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi.  Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini.

Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding.  Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding.  Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan.

Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan?  Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"?  Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut?

Najib gagal merungkaikan 1Malaysia

Prestasi Najib yang tidak terserlah dalam kerjaya politiknya menonjolkan lagi kekosongan "1Malaysia".  Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani pernah menulis dalam kertas kerjanya pada tahun 2009:

"Apabila orang bertanyakan beliau (Najib) maksud konsep '1Malaysia', Najib gagal merungkaikannya dengan jelas.  Beliau tidak mampu untuk mengaitkan konsep '1Malaysia'-nya dengan matlamat partinya untuk kerajaan yang bersatu.  '1Malaysia' Najib tidak lain tidak bukan kelicinan pada bibir (slick concoction) mereka yang diupah dengan gaji yang tinggi." *1

Malah, dalam tulisan yang sama, Mohd Azizuddin Mohd Sani memetik artikel tulisan M.Bakri Musa - biarpun ditulis dengan berlapik, tetapi cukup untuk mendedahkan Najib yang sebenarnya.

"Ketika saya melayari laman Mahathir, Lim Kit Siang mahupun Anwar, saya tahu bahawa nada dan corak tulisan itu mencerminkan penulis sendiri.  Namun, laman 1Malaysia.com tidak membuatkan saya untuk rasa sedemikian.  Ia seolah-olah pandangan pihak ketiga, dan bukannya pandangan personal.  Tujuan utama blogging adalah untuk meluahkan pandangan personal.  Sesungguhnya, saya tidak mengharapkan Najib untuk menulis teks ucapannya sendiri.  Beliau mempunyai hal yang penting untuk diuruskan, misalnya mentadbir negara ini.  Namun, saya berharap beliau boleh memimpin penulis ucapannya, membaca teks muktamad-nya, dan menyunting jika perlu, supaya teks tersebut benar-benar mewakilinya, malah kelihatan seolah-olah tulisannya.  Beliau perlu memahat sesuatu untuk dirinya."

Walau bagaimanapun, tiada pertikaian bahawa "1Malaysia" adalah ideologi dominan yang cuba diwujudkan Najib.  Hubungan "hegemoni" yang diutarakan ahli falsafah Itali, Antonio Gramsci adalah hubungan pedagogic.  Selain sekolah, sebagai medan penting untuk pedagogic (mengasuh), media, persatuan agama, malah nama bangunan dan lorong turut dipergunakan golongan pemerintah untuk bukan sahaja membuktikan, malah mengekalkan pendominasiannya.

Jika dilihat kepada slogan 1Malaysia, semua media tradisional tidak jemu-jemu untuk mengulangi propaganda, malah "Klinik 1Malaysia", "Kem 1Malaysia", "Pertandingan Lumba Kereta 1Malaysia" dan aktiviti yang pelbagai, dianjurkan untuk memahat "1Malaysia" ke dalam ingatan.  Malah, pertubuhan sosial dan parti politik akan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan slogan ini ke dalam kenyataan media mereka.  Ia seolah-olah doktrin - cukup jelas cubaan untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai wacana hegemoni.

PR menyumbang untuk kejayaan Najib

Sungguhpun kosong dan cetek, namun cubaan Najib untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai hegemoninya telah berjaya separuhnya.  Walaupun retorik yang tidak bermakna, tetapi berjaya memberi ilusi bahawa senario politik kesamarataan kaum akan menjelma dengan kemunculan Najib.  Selain penguasaan jentera negara dan alat propaganda oleh kerajaan BN/Najib untuk menjayakan 1Malaysia, Pakatan Rakyat turut menyumbang tanpa disedari.

PR gagal mengetengahkan wacana alternatif untuk menangkis "1Malaysia", sehingga "1Malaysia" tidak tertanding.  Pembentukan hegemoni tidak berjaya hanya dalam tempoh sehari dua, tetapi "revolusi yang berlanjutan".  Wacana alternatif perlu wujud untuk mencabar hegemoni dalam medan pergelutan ideologi, supaya wacana hegemoni boleh dileraikan.  Ketiadaan pesaing memberi kemenangan percuma kepada "1Malaysia".

Namun, apa yang harus menjadi muhasabah pemimpin PR adalah, mereka sering menyumbang untuk kejayaan Najib tanpa disedari.  Sejak "1Malaysia" diketengahkan, ramai ahli politik PR, dari pemimpin akar umbi yang tidak berjawatan hinggalah ADUN mahupun ahli parlimen - malah Lim Kit Siang yang sudah puluhan tahun berkecimpung dalam politik - sering menyebut ayat "mengingkari semangat 1Malaysia", dalam kenyataannya yang mengkritik penyelewangan dan kelemahan kerajaan BN.

Misalnya, pada 12 Mei 2010, ketika Lim Kit Siang (gambar kiri) menyelar perhimpunan "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berlangsung pada keesokannya; ketika Lim Kit Siang mengkritik dasar kerajaan untuk menghalang penubuhan persatuan agama selain Islam di sekolah pada 26 Julai; ketika Lim Kit Siang mengecam Utusan Malaysia pada 20 Ogos, yang melaporkan bahawa nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang ketika doa khutbah Jumaat dibacakan - semuanya menyelitkan ayat "membelakangi prinsip 1Malaysia" dalam kenyataannya.

Mereka menganggap itu sindiran terhadap Najib ketika berkata sedemikian.  Pada hakikatnya, ia sebaliknya mengiktiraf keabsahan "1Malaysia" dan integriti Najib.  Ketika ahli politik PR menyelar kesilapan kerajaan BN dengan "mengingkari semangat/dasar/prinsip 1Malaysia", mereka sebaliknya mengasingkan kesilapan ini daripada Najib.  Ia menyampaikan mesej bahawa, Najib/"1Malaysia" adalah sesuatu yang betul/baik, cuma menteri kabinet, dan pegawai kerajaan tidak mematuhi/melaksanakan dasar Najib yang baik.

Dengan kata lain, segala-gala kesilapan ini bukan kesalahan Najib - walaupun sebagai ketua kerajaan, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Najib sebenarnya harus memikul tanggungjawab terhadap segala kesilapan kerajaan.

Bagaimana wacana hegemoni ini boleh gagal, apabila ahli politik veteran seperti Lim Kit Siang pun mendukung "1Malaysia" oleh Najib?  Jadi, tolonglah, PR dan NGO yang sedar, jangan "1Malaysia" di sana sini lagi!

*1: Mohd Sani, M. A. (2009). The Emergence of New Politics in Malaysia: From Consociational to Deliberative Democracy. Taiwan Journal of Democracy, 5 (2): 97-125.

*Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview.  Diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 28 Januari 2011.



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hampa ingat pemimpin Umno BN bangang sangat ka?

Posted: 09 Feb 2011 05:00 PM PST


Penarik beca
Pukul 10.21 malam baru dapat tengok Internet. Wow! Banyak berita menarik. Tu baru baca Malaysiakini.



Dalam berita hari ini "Isa Samad's appointment 'bad news for market'", Malaysiakini melaporkan:...fellow panelist and National Economic Advisory Council member Zainal Aznam Mohd Yusof put it very direct, saying Mohd Isa's track record of graft had raised alarm bells.


 The Umno disciplinary board in 2005 found Mohd Isa guilty of money politics during the party's elections.


“It was a sad day when Isa was appointed chairperson of Felda,” said the economist, who played a major role in the preparation of the Second, Fourth and Fifth Malaysia Plans.


Zainal Aznam said real reform could be achieved if there was a blanket ban on the appointment of politicians to head GLCs.


“Why not say politicians cannot be appointed, no matter which political divide you are from, or whether or not you are corrupt?


“Power corrupts, so the basic assumption is that (politicians) are stigmatised as corrupt,” he said, adding that the appointment was a blow to Felda's solid reputation in the developing world.
Datuk Dr Zainal Aznam tau apa? Ingat saja-saja nak lantik Tan Sri Moh Isa? Kalau dia pernah baca artikel Joceline Tan, orang Melayu dibahagikan kepada empat kategori. Pertama urban Malays, kedua semi urban Malays, ketiga rural Malays dan keempat Felda Malays.



Kubu terkuat Umno ialah Felda Malays. Yang pembangkang pulak makin galak berkempen kepada Felda Malays. Datuk Seri Najib Tun Razak tak larat nak jaga Felda sorang-sorang. Dengan kepandaiannya bercakap, siapa lagi yang Najib nak harapkan jaga Felda kalau bukan Isa.



Hello, Felda bukan sekadar entiti ekonomi. Dia juga cash cow. Dia juga kubu politik. Dr Zainal kena la faham. Hanya orang seperti Mohd Isa yang pandai jaga.



Dilaporkan juga berita bertajuk "Indian reps: We're not intimidated over Interlok". Depa betul. Macam P Kamalanathan, apa yang dia nak risau? Nak terancam apanya? Melayu Felda di kawasan dia akan tetap undi dia. Tak dak masalahlah!



Dr Zainal juga merungut dalam berita bertajuk "Perkasa hijacked NEM, says NEAC man". Dia tak faham ka, Perkasa ialah mengenai emosi dan sentimen Melayu. Jangan main-main dengan emosi dan sentimen Melayu. Dr Zainal juga kena faham, kalaupun betul NEM hebat sangat, ia pasti akan dirogol sepuas-puasnya dalam perlaksanaannya. Dia tak nampak ka DEB dan koyak rabak dirogol?



Malaysiakini hari ini juga menyiarkan komen-komen di bawah tajuk "RM6bil navy boats: How much is the commission?" dan "Inflated price: Will the MACC investigate?" serta berita bertajuk "Nurul: Explain RM70,000 per metre walkway".



Izzah dan mereka yang pertikaikan harga yang mereka kata tinggi sangat tu ingat pemimpin-pemimpin di Malaysia ni bukanlah bodoh sangat ka?



Saya cadangkan depa baca rencana Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Kekayaan Mubarak AS$70b?" Rencana tu cerita:
Menurut pakar Asia Barat dari Universiti Durham, Profesor Christopher Davidson, Mubarak dan isterinya Suzanne serta dua anak lelaki mereka mengumpul kekayaan melalui perkongsian perniagaan dengan pelabur dan syarikat asing sejak beliau masih dalam tentera.



Katanya, kebanyakan pemimpin negara teluk meminta pegangan 51 peratus dalam pelaburan asing.



Di Mesir angkanya sekitar 20 peratus tetapi masih mampu memberikan pulangan besar kepada para pegawai tentera dan kerajaan yang terbabit.



“Hampir setiap projek memerlukan penaja dan Mubarak mengambil kesempatan daripada tawaran dan perjanjian tersebut.



“Kebanyakan duitnya disimpan di bank Swiss dan dalam bentuk hartanah di London.



“Ini merupakan kegemaran pemimpin Asia Barat dan tidak ada sebab mengapa Mubarak tidak bertindak serupa,” kata Davidson.
Hello! Hampa ingat pak Arab ja yang pandai main 51 peratus atau 20 peratus? Hampa ingat pemimpin-pemimpin Umno Barisan Nasional di Malaysia ni bodoh dan bangang sangat?!





gigitankerengga

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: