Jumaat, 25 Februari 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


SYARAT-SYARAT AHLI SYURA DAN SUARA MAJORITI

Posted: 25 Feb 2011 12:39 AM PST

Dalam kitab "At-Tariq Ila Jamaah Al-Muslimin", tulisan Husain bin Muhsin bin Ali Jabir menyatakan, syarat ahli majlis Syura adalah seperti berikut; [m.s : 60]

1- Adil [tidak buat dosa kecil dan besar]

2- Bertaqwa [tidak terkenal dengan orang melakukan pengkhianatan kepada Allah dan umat].

3- Ilmu tentang Al-Quran dan hadis dan yang berkaitan dengannya

4- Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkara yang diminta pandangan [Al-Mustasyar Fih ; المستشار فيه]

5- Kebijakan ajaib.

6- Amanah dan benar.

PRINSIP SUARA MAJORITI

Nabi SAW menerima pandangan majoriti ketika berlaku pertembungan pendapat;

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil "As-Sawad Al-'Azam""

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud "sawad a'zam", Kitab As-Sindi menyatakan;

أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع

Maksudnya;
"Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak"

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan "sawad 'Azam";

أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور

Maksudnya;
"Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti" [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية

Maksudnya;
"[hendaklah kamu ikut sawad 'azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah" [Faidul Qadir : 2/547]

Pendapat ini, amat bertepatan dengan sabda Nabi SAW;

اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى


Maksudnya;
"dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk"

[Musnad Ahmad : 20331]

Tiada ulasan: