Sabtu, 26 Februari 2011

Ajijoi

Ajijoi


Ali Rustam ugut Cina Melaka

Posted: 26 Feb 2011 06:55 AM PST


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dengan angkuhnya mengugut Cina di Melaka dengan hanya akan membincangkan tuntutan mereka sekiranya BN menang di Dun Merlimau.

Sepertimana 'slogan' yang dikatakan oleh Najib Razak pada pilihanraya kecil sebelum ini iaitu 'i help you, you help me', perkataan Ali Rustam pagi ini sebelum beredar daripada pusat penamaan calon seakan-akan menggunapakai pendekatan tersebut untuk menakut-nakutkan pengundi ditempat itu.

Ugutan yang tidak bertamadun bagi sebuah negeri yang diisytiharkan oleh Ketua Menterinya sebagai negeri maju, dilontarkan kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Yong.

Baca selanjutnya, di SINI

NONE




Wawancara dengan calon PAS di Dun Merlimau dan Kerdau

Posted: 26 Feb 2011 06:46 AM PST

Yuhaizad Abdullah, calon PAS di Dun Merlimau akan berkempen dengan tema 'Rakyat di Hati Kami'



Hassanuddin Salim, calon PAS di Dun Kerdau memberikan pandangan beliau mengenai pilihanraya kecil ini

Mahathir menghalalkan perjuangan di Perhimpunan Perkasa

Posted: 26 Feb 2011 06:09 AM PST

'Perjuangan kami adalah halal', kata Tun Mahathir dihadapan penyokong-penyokongnya di Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang diadakan di Pasir Salak hari ini.

Ini menurutnya adalah kerana kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa dengan kaum lain sehingga Malaysia menjadi makmur dan aman pada hari ini.

Dimasa yang sama, beliau turut mengaku bahawa kedudukan orang Melayu lebih buruk daripada kaum yang lain. Oleh yang demikian, Perkasa ingin menegaskan bahawa hak orang Melayu sebanyak 30 peratus (keistimewaan yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru-DEB) perlu dipertahankan dan diperjuangkan.

Baca selanjutnya di SINI

Para penyokong menunggu bermulanya perhimpunan.

Ajijoi ~ Perjuangan halal apa benda kalau dah perintah selama lebih 50 tahun tapi kedudukan orang Melayu lebih teruk dan buruk daripada kaum-kaum lain. Nak salahkan siapa? Kaum-kaum yang lain kerana mereka lebih maju dan kehadapan daripada orang Melayu?

DEB tu sebenarnya untuk memajukan orang Melayu ke ataupun orang-orang Umno? Yang paling sedihnya, masih ramai lagi orang Melayu yang tak sedar diri ditipu perjuangan 'halal' Mahathir dan Umno selama ini.

Dia kata apa tadi? Perjuangannya halal ke ataupun dia minta halal apa yang 'diperjuangkannya' selama ini?

Melayu Perkasa melaungkan 'Hidup Melayu'

Suasana hari penamaan calon di Dun Kerdau dan Merlimau

Posted: 26 Feb 2011 05:25 AM PST


Suasana hari penamaan calon bagi Pilihanraya kecil di Dun Kerdau hari ini berjalan dengan lancar. Tiada kejadian-kejadian yang tidak diingini yang berlaku disana.

Mari kita ikuti suasana yang berlaku hari ini melalui video ini:-




Begitu juga keadaannya di Dun Merlimau:-



Koleksi gambar-gambar dihari penamaan calon Dun Merlimau oleh abah_anas dan Topeng Perak Unmasked

Pertandingan 2 penjuru di Kerdau, Merlimau

Posted: 26 Feb 2011 04:12 AM PST


KUALA LUMPUR, 26 Feb — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS berhadapan dengan pertarungan satu lawan satu pada kedua-dua pilihan raya kecil serentak — DUN Merlimau dan Kerdau.

Status calon parti-parti yang mengemukakan borang penamaan calon disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi sejurus selepas berakhirnya sesi bantahan.

Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau — yang ke-15 dan ke-16 sejak 8 Mac 2008, menyaksikan pertembungan tradisi Umno dan PAS.

BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun yang lalu.

Di Merlimau, Roslan Ahmad dari BN berhadapan dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Sementara di kerusi DUN Kerdau, PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim manakala BN pula Naib Ketua Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau berlangsung di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh dengan dikendalikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Tarif Abdul Rahman.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Pengundian bagi kedua-dua kerusi diadakan pada 6 Mac ini dengan kempen rasmi bermula hari ini.

Sementara itu penamaan calon kerusi Merlimau diadakan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, borang-borang pencalonan dipamerkan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Pengesahan 'pertarungan' kedua-dua calon di Merlimau diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau Roslan Eusoff pada pukul 11.30 pagi.

Menurut beliau, Yuhaizat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi manakala Roslan berbuat demikian pada pukul 9.07 pagi.

"Terdapat tiga bantahan dikemukakan bagi pencalonan-pencalonan berkenaan, namun ia ditolak," katanya ketika membuat pengumuman tersebut.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Menurut Tarif, semasa sesi bantahan membabitkan Kerdau terdapat satu bantahan diterima tetapi ia telah ditolak.

Terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN Kerdau, 15 daripadanya pengundi pos.

"Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran mengundi," kata Tarif.

Di Kerdau, sebagaimana disaksikan di DUN Tenang bulan lalu, jumlah pengundi wanita melebihi jumlah pengundi lelaki dengan pengundi wanita 4,628 iaitu 51.43 peratus.

"Tiga kawasan di DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 1,000 orang iaitu kawasan Felda Jengka 23 seramai 1,572 orang, Desa Murni (1,343 orang) dan Felda Jengka 22 (1,048 orang)," katanya.

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

Posted: 25 Feb 2011 05:54 PM PST

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.

Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Tambahnya, risalah yang bertajuk 'Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan' diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Salah guna kuasa Pegawai Polis

Posted: 25 Feb 2011 05:12 PM PST

Pegawai ini adalah SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545) iaitu Ketua Jabatan Narkotik di IPK Melaka sekarang. Bersama ini saya lampirkan gambar rumah barunya yang pernah diceritakan/dikhabarkan kepada semua oleh isteri beliau bernilai RM4Juta dan senarai aset berserta detail yang mana sedang di "update" oleh saya dari masa ke semasa.
Mohammad Fahmy


http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01911.jpg
http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01914.jpg

Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).

Maklumat ini boleh dirujuk dalam lampiran yang saya berikan. Dia memperolehi lesen-lesen tersebut adalah daripada adanya "connection" dia dengan salah seorang panel/orang kanan yang meluluskan lesen kawalan keselamatan selain daripada kerani yang bekerja di KDN. Memang diketahui umum di KDN dan dipercayai dia ada membayar (memberi rasuah) secara bulanan kepada mereka-mereka tersebut. Bukti tidak dapat diberikan kerana dia dipercayai memberikan mereka secara tunai. Ramai yang beranggapan bahawa modal awalan untuk kesemua syarikat beliau datang dari duit rasuah yang mana mudah diperolehi daripada tugas hakikinya kerana dia bukan datang dari keturunan yang kaya atau berada.

Suatu ketika dahulu dia pernah ditahan oleh BPR (SPRM) untuk siasatan dan kemudian pengadu telah menarik balik laporan atas rasa kasihan terhadap dia. Kerana dia pernah berjanji tidak akan menganiaya sesiapa lagi selepas itu. Hasil daripada tahanan terhadap dia oleh BPR dahulu, kini dia sudah mempunyai kenalan (pegawai penyiasat) yang rapat dimana setiap bulan dia akan membayar sekurang-kurangnya RM1000 kepada pegawai penyiasat tersebut.

Saya tidak ada masalah untuk tampil apabila PDRM, SPRM atau apa-apa badan yang ingin menyiasat malah saya tidak keberatan untuk memberikan maklumat yang saya ada. Tujuan saya mengedarkan maklumat ini kepada media adalah kerana tidak mahu nanti jika maklumat ini diadukan pada SPRM @ PDRM, mereka hanya akan simpan atau buang kes sahaja. Ini adalah kerana dipercayai dia mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah-pengarah atasan PDRM & SPRM. Kerana pada tahun lalu ada individu yang telah membuat laporan terhadap dia dan ada surat telah dihantarkan kepada Ketua Polis Negara akan tetapi ia hanya sampai ditangan P.A KPN kemudian tiada apa-apa tindakan diambil. Laporan/surat yang telah dihantar akan didedahkan jika ada keperluan nanti.

Yang benar,

Mohammad Fahmy
NAMA-NAMA SYARIKAT MENGGUNAKAN ISTERI (GURU), ADIK BERADIK, IPAR DUAI, ANAK-ANAK SAUDARA DAN PEKERJA-PEKERJA YANG DIJADIKAN PROKSI DI DALAM SETIAP SYARIKAT YANG DIMILIKI.

SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545)
KETUA JABATAN NARKOTIK, IPK MELAKA.
LOT 8701, JLN NAKHODA DALAM, KG.NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.

1) JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
2) BERTAM SECURITY SERTVICES SDN BHD
3) JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
4) PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
5) JW KAWALAN SDN BHD
6) TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD
7) IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
8) ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD
9) SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
10)QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
11)INLAND SECURITY SERVICES SDN BHD
12)JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
13)AYU EDISI SDN BHD
14)EXCELLENT SECURITY NETWORK SDN BHD
15)PRIMA PLATINUM SDN BHD
16)SPLENDID TACTIC SDN BHD
ASET-ASET YANG DIMILIKI ATAS NAMA SENDIRI, ISTERI, IPAR DUAI DAN JUGA ANAK-ANAK SAUDARA.

1) PEJABAT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 103-1, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

2) PEJABAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
NO. 89-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

3) PEJABAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 77-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

4) PEJABAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 75-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

5) PEJABAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 11-1B, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

6) PEJABAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 11-1A, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

7) PEJABAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
17-1, JALAN MEDAN SELAYANG 1, MEDAN SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

8) PREMIS NO.17 G DAN 17-2, JALAN MEDAN SELAYANG 1, MEDAN SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPTJAAFAR BIN MAT)

9) PEJABAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
SUITE 1026-C, JALAN SAMUDRA UTAMA,
TAMAN SAMUDRA, FASA 2B-2,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

10) PREMIS NO. SUITE 1026, SUITE 1026 A DAN SUITE 1026 B
JALAN SAMUDRA UTAMA,
TAMAN SAMUDRA, FASA 2B-2,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

11) 314, BLOCK MELUR D, GUGUSAN MELUR,
JALAN CAMAR 4/5 A, KOTA DAMANSARA, SEKSYEN 4,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

12) A 07-07-18 PANGSAPURI ANGSANA, SUBANG MEWAH,
SUBANG KAYA, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

13) BLOK E, E26, APARTMENT LAKSAMANA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

14) NO. 19, JALAN GP 3/7, GOMBAK PERMAI,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

15) NO. 32-3A, JALAN PINGGIRAN 2/2, PINGGIRAN BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

16) NO. 16, JALAN SM 5, SUNWAY BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA: DSP JAFAR BIN MAT)

17) NO. 6, JALAN SM 5A, SUNWAY BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

18) LOT 8694, JALAN NAKHODA DALAM, KG NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

19) LOT……........JLN NAKHODA KANAN, KG. NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(RUMAH SEWA 4 PINTU / UNIT)
ATAS NAMA:………………………………………..

20) LOT 9237, JALAN TERATAI, SG. TUA BHARU, SG. TUA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

21) DUSUN BUAH2AN DI ULU YAM BARU

22) RUMAH BUNGALOW 3 TINGKAT DI KG.SG.TUA, BT CAVES, SELANGOR.

23) RUMAH TERES 2 TINGKAT DI MELAKA (BERHAMPIRAN IPK MELAKA)

KENDERAAN – KENDERAAN YANG DIMILIKI OLEH DSP JAAFAR BIN MAT

1) SS 50 J - KERETA MERCEDES E 200
2) WQP 5959 - KERETA TOYOTA FORTUNER
3) WMG - KERETA BMW 318i (3 SERIES)
4) WQB 8701 - KERETA HONDA CIVIC
5) MBF - KERETA NISSAN FRONTIER
6) WGW - KERETA PAJERO (COLOR HIJAU)
7) WHA 8410 - KERETA PRODUA KANCIL (DAH BUAT KERETA SYKT)
8) - KERETA BMW 5 SERIES (NO. PLAT MELAKA)
9) - SUPERBIKE

HUBUNGAN NAMA-NAMA DIATAS DENGAN DSP JAAFAR BIN MAT

BIL. NAMA HUBUNGAN / STATUS
1. ARINA BINTI HUSSAIN - ISTERI SUPT JAAFAR BIN MAT
- SEORANG GURU DI SMK DARUL EHSAN, SELAYANG.
- PENGARAH SYKT JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT PRIMA PLATINUM SDN BHD

2. NOR AMIRAH BINTI HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- BEKERJA DI SYARIKAT SUPT JAAFAR
3. JUNAIDAH BINTI ZAKARIYA - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- PROKSI LELAP
4. HJ. BAHARUDIN B. BASAR - KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS POLIS)
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- PROKSI LELAP
5. NORAINI BINTI IDRIS - PEKERJA DAN JIRAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM JAYAPADU BERSATU KAWALAN S/B

6. MUHAMMAD SAIFULLIZAN BIN ABU BAKAR - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD

7. NORHAMITA BINTI SABARUDIN - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- ISTERI PERTAMA MUHAMMAD SAIFULLIZAN B. ABU BAKAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

8. DATO' AZIZ JAMALUDIN BIN HJ. MOHD TAHIR- KAWAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

9. DIVAKARAN A/L SUBRAMANIAM - KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS PEGAWAI POLIS)
- PENGARAH SYKT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

10. NURULHANIM BINTI ABDUL MUTALIB - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU MAKMAL (KERAJAAN)
- PROKSI LELAP

11. ACP ABDUL TALIB B. YAACOB - KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS PEGAWAI POLIS)
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

12. MOHD. ANUA B. ABDUL RAHMAN - KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKERJA SEBAGAI AKAUNTAN (KERAJAAN)
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

13. JULIZAWATI BINTI AHMAD - ORANG KAMPUNG SUPT JAAFAR
- PENGARAH SYKT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

14. MOHAMED SOHAIMI BIN ZAKARIA - KAWAN DAN JUGA SUB-CON SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD

15. TAYIB BIN CHE ON - SEPUPU SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

16. ZAINAB BINTI AHMAD - SEPUPU ISTERI SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYKT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

17. AZLINDA BINTI HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JW KAWALAN SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

18. AZMAN BIN HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JW KAWALAN SDN BHD

19. JAAFAR BIN BAHARAM - KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS PEMILIK ASAL JW KAWALAN
- PENGARAH SYARIKAT JW KAWALAN

20. AZIZ BIN AWANG - SEPUPU SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD
- SUB-CON SYKT SUPT JAAFAR

21. SHAFEI BIN AWANG - KAWAN DAN SUB-CON SYKT SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD

22. DATIN IMRAN BINTI IBRAHIM - ISTERI KEPADA BEKAS BOS SUPT JAAFAR: DATO' KHALID BIN ABU BAKAR (KETUA POLIS SELANGOR)
- PROKSI LELAP

23. ZURAINI BINTI ALI MUSA - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARAIKAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD

24. KOMANDER YAACOB - KAWAN SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT IQ SECURITY SERVICESSDN BHD

25. ADANAN BIN DIN - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

26. AZMAN BIN DIN - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

27. HASSAN BIN MAT - ADIK SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

28. MOHD. MUKREEK B. MAHZAN - PEKERJA DI SYARIKAT SUPT JAAFAR
- ANAK KEPADA KAWAN ISTERI SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DI SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

29. DATO' MOHD. YUSOFF BIN HAMID - KAWAN SUPT JAAFAR
- SEPUPU KEPADA BAPA AZMAN B. DIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

30. MUHAMMAD SYAHRIL BIN ABU BAKAR - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR
- CONSULTANT SEMUA SYARIKAT SUPT JAAFAR (JA GROUP)

31. JAMALUDDIN - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP
32. KOL. (B) MUSTAPHA BIN ISMAIL - KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS PEGAWAI TENTERA
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

33. MOHD. NURZAWANI BIN ABU BAKAR - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD

34. MD. BAITI BIN SAIDIN - KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS ANGGOTA POLIS
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

35. NURZAIHA BINTI IDRIS - PEKERJA DAN JIRAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD

36. SITI NOORHAZLIANA BINTI ABU BAKAR - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYKT INLAND SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

Ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Dun Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 05:10 PM PST

Pengumuman calon PAS di Dun Merlimau dan Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 05:08 PM PST

Calon Dun Merlimau



Calon Dun Kerdau

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 05:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua AMK dan Dapsy Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Loke Siew Fook serta Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Selamat berjuang jentera PAS Perak di Dun Merlimau dan Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 04:51 PM PST

Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau, agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, bagi memenangi kedua-dua kerusi DUN Tersebut.


Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di kedua-dua DUN ini amat penting bagi memperjuangakan hak dan nasib rakyat di Melimau dan Kerdau.


Memetik ucapan beliau " Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang di utara telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.


"Kini tiba pula giliran DUN Merlimau dan Kerdau untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan".


Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan berlaku tidak lama lagi. "semoga momentum kemenangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat", jelas beliau.


Tiada ulasan: