Selasa, 15 Februari 2011

Ajijoi

Ajijoi


Pulau Pinang beri RM150,000 kepada guru KAFA

Posted: 15 Feb 2011 04:59 AM PST

GEORGETOWN, 15 Feb: Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.

Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.

"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Ini, katanya seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi bahawa kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti kesederhanaan adalah adil, kesederhanaan adalah konsisten, kesederhanaan adalah keamanan, kesederhanaan adalah lambang kebaikan, kesederhanaan adalah lambang kekuatan dan kesederhanaan adalah tunjang kekuatan.

Beliau menambah, kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

- harakahdaily.net

ajijoi ~ sekali lagi Lim Guan Eng buat hal. Dia memang suka buat umno resah gelisah. Kan ke dia selalu dicop anti Islam, anti Melayu oleh umno? jangan sampai perkasa buat laporan Lim membazir duit rakyat, sudah...

Serangan terhadap blogger PR kini bermula

Posted: 15 Feb 2011 04:57 AM PST

Salam Maulidur Rasul,

Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?

Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.

Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.

Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.

Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?

Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!

Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.

Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!

Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!


EDYES @ edyesdotcom

Najib dan Jawi

Posted: 15 Feb 2011 04:53 AM PST


Malas nak komen. Tengok aje le.

Sultan dan MB bersama rakyat sambut Maulidur Rasul di Kelantan

Posted: 15 Feb 2011 03:38 AM PST

Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MAIK - Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada 14 Februari 2011, dimulakan dengan solat Maghrib/Isyak berjemaah, cemarah khas Maulidur Rasul, Bacaan Selawat dan jamuan rakyat.

Turut berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul tersebut adalah KDYMM Sultan Muhammad V, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, Dato Mohammad Yaakod (Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Husam Musa (Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta exco-exco / saf kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dan seluruh rakyat negeri Kelantan dari seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.

Ceramah khas sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Hassan Mahmud A-Hafiz. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W turut diadakan. Majlis berakhir dengan jamuan rakyat.



Tuanku Sultan Muhammad V bersolat sunat

Raja dan pimpinan negeri Kelantan berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW

Orang ramai turut serta berselawat keatas Nabi

Orang ramai bersalaman dengan Dato Haji Husam Musa dan Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tuanku Sultan bermesra bersama rakyat jelata

Tuan Guru Nik Aziz


Dato Haji Husam Musa

Dato Haji Mohd Nassuruddin, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan

Seorang Menteri Besar yang menikmati jamuan dikerusi plastik bersama-sama dengan orang ramai

sumber: blog Husam Musa dan foto oleh Topeng Perak Unmasked

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Posted: 15 Feb 2011 03:25 AM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 15 Feb 2011 03:22 AM PST

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)

bermaksud: "Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu."

Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.

Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)

Bermaksud: "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.

TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP
AL-MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Pemuda sertai PAS beramai-ramai di Dun Sg Rapat

Posted: 15 Feb 2011 03:06 AM PST



Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menerima sebanyak 60 keahlian baru. Keahlian baru tersebut terdiri daripada pemuda-pemuda dalam kawasan Batu Gajah khususnya kawasan Dun Sungai Rapat.

Majlis Penyerahan Keahlian Pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin telah diadakan semalam. Dato' Seri bersama-sama pemuda makan beramai-ramai dan berbual mesra. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan kata-kata semangat kepada pemuda pada majlis tersebut.

Selepas majlis tersebut, Dato' Seri Nizar bersama-sama YB V Sivakuamar, YB Dr Lee Boon Chye dan Ustaz Radzi Zainon telah mengadakan ceramah umum di Kampung Seri Jaya.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Batu Gajah kerana mendapat suntikan baru dengan kemasukan ramai para pemuda. PAS GANTI UMNO !!!!!

Majlis ramah mesra bersama ahli-ahli baru

Pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak turut serta bersama

antara pemuda-pemuda yang menyertai PAS


Dato' Seri Nizar memberikan sepatah dua kata kepada para pemuda

Kalungan selendang tertera perkataan PAS for ALL tanda simbolik kemasukan pemuda menyertai PAS


Pemuda bergambar dengan Ustaz Bakar


bergambar bersama Dato' Seri Nizar

Dato' Seri menaiki motor ke tempat ceramah

Sdr Razman selaku pengerusi Majlis

Pimpinan dipentas utama

Ustaz Radzi Zainon, Calon Pas di kawasan tersebut

Penyerahan borang keahlian PAS kepada Dato Seri Nizar



Pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri

Dr Lee Boon Chye wakil daripada PKR

Ikon Rakyat Perak


sumber: blog Batu Gajah Mari

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin, Pengarah MTD Pasir Panjang

Posted: 15 Feb 2011 03:01 AM PST

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin (Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang) 51 Tahun, diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.


Beliau merupakan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut


Beliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada, Jenazah beliau disembahyangkan di Surau MADAH Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan disemadikan di kampung Relau Batu Kurau, Perak.


Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.


PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin.


Salam Takziah


Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )


PAS Perak lancar Kempen Infaq Penghapus Dosa

Posted: 15 Feb 2011 02:56 AM PST





IPOH- Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, melancarkan kempen " INFAQ PENGHAPUS DOSA" diperingkat negeri Perak baru-baru ini.


Program ini telah menghimpunkan seluruh Yang Di Pertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan di Perak bagi menerima amanat untuk membuat kutipan Infaq bagi mengukuhkan tabung gerak kerja Tarbiyah, Dakwah dan Politik PAS Perak.


Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100 Ribu dalam tempoh satu bulan dengan kaedah edaran kupon derma, disamping menggalakkan seluruh ahli PAS Negeri Perak untuk bersedaqah dan menginfaqkan harta.


Selain itu, kempen ini juga dapat mewujudkan budaya mengutamakan bersedaqah yang mana ia mampu melepaskan seorang mu'min dari sifat kedekut dan melatih tumbuhnya sifat berkorban, suka berinfaq dan sikap suka mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri.


Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengingatkan agar semua ahli PAS Perak sentiasa mengingati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayar 261 yang bermaksud "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya


Justeru PAS Perak mengharapkan agar usaha murni ini dapat menambahkan kekuatan material PAS Perak bagi membina kekuatan dakwah di Perak bagi merealisasikan konsep Negeri yang baik serta mendapat keampunan dari Allah.

Tiada ulasan: