Selasa, 15 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gedung maksiat Kelantan runtuh

Posted: 15 Feb 2011 03:30 PM PST

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0216/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg

ANGGOTA penguat kuasa membantu seorang wanita di percayai pelacur yang cedera dalam kejadian rumah pelacuran runtuh di Lorong Limau Manis, Kota Bharu se malam.

KOTA BHARU - Tingkat satu sebuah rumah pelacuran dua tingkat di Lorong Limau Manis di sini yang menjadi sarang maksiat sejak 20 tahun lalu runtuh dalam satu operasi cegah maksiat malam kelmarin.

Kejadian berlaku sebaik sahaja 27 anggota penguat kuasa dari pelbagai jabatan melakukan serbuan serentak ke atas rumah berkenaan sekali gus menyebabkan keadaan menjadi panik dan kecoh dengan jeritan.

Enam orang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita dipercayai pelacur rakyat Malaysia berketurunan Siam dan dua kanak-kanak berada dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam.

Hosni pengsan di Sharm el-Sheikh

Posted: 15 Feb 2011 03:00 PM PST

SHARM EL SHEIKH - Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak kini 'sakit tenat' dan beliau pengsan sekurang-kurangnya sekali ketika berada di pusat percutian di Sharm el-Sheikh di tepi Laut Merah selepas meletakkan jawatan pada Jumaat lalu, lapor beberapa media semalam.

Beberapa penduduk tempatan berkata, mereka diberitahu oleh pengawal-pengawal Hosni bahawa beliau kini terlantar di katil dan memerlukan bantuan untuk berjalan.

"Hosni sakit tenat, mereka berkata, beliau menghidap barah," seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmed.

Hosni kini tinggal di sebuah vila di pekarangan Hotel Maritim Jollie Ville milik seorang ahli perniagaan Mesir, Hussein Salem yang merupakan antara kenalan rapat bekas presiden berkenaan.

Beberapa buah ambulans dan doktor dilihat berada di pekarangan hotel berkenaan dan beberapa pengawal keselamatan berkata, beliau tidak sihat.

"Beliau (Hosni) merasa amat tidak sihat, beliau amat sakit," kata seorang pengawal keselamatan.

Seorang bekas pegawai keselamatan Mesir memberitahu bahawa beliau tidak terkejut jika berita kematian Hosni akan didengarinya pada bila-bila masa sahaja.

Menurut satu sumber, Hosni mahu bersendirian dan meninggal dunia di tanah airnya.

Sumber itu menyatakan, bekas presiden tersebut enggan menerima sebarang rawatan perubatan.

Pada tahun lalu, dia menerima rawatan sakit hempedu di sebuah klinik di Jerman.

"Kematiannya akan hanya menunggu masa sahaja," kata sumber berkenaan.

Sumber itu menafikan bahawa Hosni akan menulis memoir sebaliknya menyatakan, Honsi berada dalam keadaan hampir koma.

Terdahulu, dua akhbar Mesir menyatakan bahawa bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan dan telah beberapa kali pengsan tetapi beliau enggan mengambil ubat.

Sebuah akhbar tempatan, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber-sumber yang rapat dengan Hosni melaporkan, beliau mengalami tekanan mental dan enggan menerima rawatan walaupun dirinya jatuh sakit.

Namun, akhbar berkenaan menafikan Hosni berada dalam keadaan koma.

Sebelum ini, akhbar Al-Masry Al-Youm di Mesir melaporkan, Hosni sakit tenat dan berada dalam keadaan koma selepas bantahan besar-besaran rakyat yang memintanya melepaskan kuasa pemerintahan.

Hosni meletak jawatan pada Jumaat lepas dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera selepas tunjuk perasaan antipemerintah berlaku selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah. Agensi

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

Posted: 15 Feb 2011 02:00 PM PST

Kenyataan media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Selasa, 15hb Februari 2011:

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

Kenyataan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, bahawa terdapat sekurang-kurangnya sepuluh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor yang hidup mewah yang dikeluarkan beliau tanpa sebarang bukti kukuh merupakan percakapan kosong.

Lebih baik Hamidzun menumpukan perhatian kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan BN kerana dengan itu, beliau akan dapat menyelesaikan tugasnya dengan mudah kerana hampir setiap ADUN BN memiliki dua hingga tiga kereta besar dan meninggal di rumah besar atau memiliki rumah di kawasan berada.

Contoh yang paling baik ialah rumah banglo ala-Bali yang dimiliki oleh ADUN Sungai Panjang, Dr Khir Toyo yang sekarang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah kerana memiliki rumah yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

Jikalau Hamidzun tidak percaya, maka beliau boleh hadir ke sidang Dewan Negeri untuk melihat dengan matanya sendiri kereta-kereta mewah yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke Dewan Negeri Selangor, malahan sesetengah daripada mereka mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Para pengamal media perlu berwaspada dengan kenyataan yang samar-samar seperti ini kerana ianya dibuat tanpa sebarang bukti dan wartawan perlu menganalisa kesahihan kenyataan yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkredibiliti.

Kenyataan Hamidzun jelas memperlihatkan taktik gerila yang digunakan oleh BN dan NGO yang pro-BN di mana mereka telah ketandusan idea sehingga perlu menuduh ADUN-ADUN PR sebagai hidup mewah tetapi mereka gagal menunjuk sebaarang bukti langsung.

Taktik desperato ini sama seperti apa yang dilakukan oleh komunis dimana mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah, sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan-bukan tanpa siasatan untuk mengaburi mata rakyat.

* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

Gempa Bumi Kuat Landa Sulawesi

Posted: 15 Feb 2011 01:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Sulawesi, Indonesia, pada pukul 9.33 malam ini tetapi tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa bumi itu berpusat 380km timur laut Makassar, Indonesia dan 841km tengara Sarikei, Sarawak.

Gempa Bumi Sederhana Landa Pulau Ryukyu Di Jepun

Posted: 15 Feb 2011 11:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Pulau Ryukyu, Jepun pada pukul 10.12 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata gempa bumi itu berpusat di 769km barat daya Kobe, Jepun, dan 2,454km timur laut Kudat, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Keputusan Terkini Bola Sepak Liga Super 15 Feb 2011

Posted: 15 Feb 2011 08:16 AM PST

Terengganu 2 Selangor 3

Kuala Lumpur 0 Kelantan 2

Sabah 0 Johor FC 1

Kedah 0 Perak 0

Negeri Sembilan 0 Felda United 1

Pahang 1 T-Team 0

Harimau Muda A 1 Perlis 1

Liga Perdana

Harimau Muda B 2 Pos Malaysia 1

Negara Malaysia masih ‘dalam pembentukan’

Posted: 15 Feb 2011 07:00 AM PST

Keadilan Daily

Oleh Shuhaimi Said


Melihat dari apa yang sedang berlaku di negara ini, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bertamadun masih belum wujud.

Sekiranya Malaysia bergerak mengikut perlembagaan Persekutuan, ia adalah sebuah negara yang baik. Tetapi akta-akta yang dibuat dibawah Perlembagaan itu menghakis dasar-dasar murni yang cuba diterapkan oleh Perlembagaan.

Malaysia adalah sebuah negara carcr marba dan masih dalam proses pembentukan. Malaysia dikatakan sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Konsep ini cukup baik dan boleh merangsang kesetiaan, perpaduan, keadilan dan kebebasan.

Malangnya wujud lebih banyak undang-undang yang tidak mengizinkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Kuasa Eksekutif di negara ini mengatasi kuasa-kuasa Kehakiman dan Pentadbiran. Parlimen/Kehakiman dan Pentadbiran melutut kepada Eksekutif . Kuasa-kuasa yang hanya tinggal sedikit kepada Raja-Raja, juga terpaksa melutut kepada Eksekutif.

Apa yang tinggal dan dikatakan sebagai demokrasi hanyalah pilihanraya. Dan pilihanraya itu pula tidak berlandaskan kepada demokrasi kerana parti yang memerintah boleh menyalahgunakan kuasa tanpa perlu akur kepada Undang-Undang dan Mahkamah.

Rasuah politik secara terbuka dan besar-besaran dilakukan tanpa sebarang kekangan. Mahkamah tidak berupaya, seolah-olah tidak ada kuasa yang boleh menyekat dan menghalang rasuah politik yang melampau.

Semua cabang pentadbiran dipergunakan oleh parti pemerintah. Tidak berlaku dalam pilihanraya, persaingan yang saksama di antara parti-parti politik.

Bahkan apa yang berlaku adalah perlawanan di antara parti pembangkang dengan parti Barisan Nasional yang dibelakangnya terdiri dari jabatan kerajaan. Manakala, segala harta benda rakyat dijadikan habuan untuk memancing undi bagi pihak Barisan Nasional.

Perkara seumpama ini tidak berlaku di negara-negara demokrasi. Bahkan di negara tersebut, penyalahgunaan kuasa seumpama ini adalah jenayah yang boleh menjatuhkan parti yang melakukan salahguna tersebut.

Institusi yang sepatutnya menjadi bebas seperti Polis dan SPR jelas memihak kepada parti yang memerintah. Jauh berbeza sikap mereka terhadap parti pembangkang.

Dasar yang baik demi membangunkan satu-satu kaum yang ketinggalan disalahgunakan oleh parti pemerintah untuk mengayakan anak buah, pemimpin serta kroni mereka, sehingga boleh menjadi jutawan dan kaya-raya, sementara kaum yang ketinggalan itu tetap ketinggalan.

Hak rakyat untuk berdemonstrasi hanya dibenarkan jika ia dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional, tetapi ditentang dengan ganas jika dilakukan oleh pembangkang.

Kebebasan hanya dibenarkan untuk media-media pro-kerajaan, tetapi ditapis dan dihalang kepada media pembangkang.

Pelajar-pelajar yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional tidak dilarang tetapi kepada mahasiswa yang mahu memihak kepada Pembangkang dihalang oleh bukan sahaja oleh Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti), bahkan juga oleh pihak Polsis.

Perpaduan kaum yang luhur tidak pernah wujud di negara ini kerana Barisan Nasional yang berteraskan parti-parti perkauman. Mereka menperluaskan dasar perkauman apabila berhadapan dengan ahli-ahli mereka yang hanya terdiri daripada satu-satu kaum,

Mereka cuba pula memecah-belahkan pembangkang dengan isu-isu perkauman. Mereka itu hanya akan hidup kerana meniupkan isu-isu perkauman, dan dengan penuh kepuraan-puraan bersatu di peringkat tertinggi semata-mata untuk mengaut harta-benda negara untuk pimpinan mereka.

Hakikatnya, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat masih terlalu jauh dan belum wujud jika negara ini terus menerus diperintah oleh Barisan Nasional!


*Shuhaimi adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN

Jawatankuasa Majlis KEADILAN Sabah dibentuk

Posted: 15 Feb 2011 06:30 AM PST

Keadilan Daily

SABAH: Majlis Presiden KEADILAN Sabah memulakan mesyuarat pertamanya di Kota Kinabalu hari ini sebagai langkah pertama mengukuhkan KEADILAN di negeri itu.

Dalam mesyuarat itu Majlis Presiden yang dipengerusi Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku Pengerusi Interim telah meluluskan pembentukan sebuah jawatankuasa yang dianggotai 11 individu seperti berikut:

1. Ahmad Thamrin Jaini-Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi.
2. Datuk James Ghani-Pembangunan Luar Bandar
3. Christina Liew-Pembangunan Infrastruktur
4. Saidil Simoi-Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. Awang Tengah Awang Amin-Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan
6. Datuk Kong Hong Ming-Pembangunan dan Pengurusan Tanah
7. Stephen Sandor-Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
8. Jafery Jomion-Belia dan Sukan
9. Lukiah Indan-Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
10. Datuk Hallik Zaman- Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat
11. Datu Mustapha Hj Tambuyong-Pertanian dan Industri Makanan

Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat itu juga sebulat suara memutuskan Roland Chia, Darell Leiking serta Naib Ketua Wanita Pusat, Sakinah Yusuf sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden.

"Tugasan mereka adalah untuk menguatkan kerjasama antara kepimpinan Sabah dan pusat. Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing," katanya.

Katanya, setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing.

"Pimpinan KEADILAN Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat," katanya.

Tidak Wajar KP Selangor Tolak Polis Bantuan

Posted: 15 Feb 2011 06:00 AM PST

SHAH ALAM 15 FEB : Kegiatan penjenayah yang canggih menjadi faktor utama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memohon pasukan polis bantuan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Hasrat ini bagaimanapun tidak difahami oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang menolak hasrat baik Menteri Besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie, perkara ini adalah tidak wajar kerana jika ia mencukupi, kenapa masih terdapat bantuan anggota dari jabatan-jabatan pertahanan lain seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau RELA.

"Selangor merupakan negeri yang maju di Malaysia, kadar peningkatan jenayah cukup canggih, macam-macam jenayah canggih sudah tentu MB membuat permohonan itu adalah berdasarkan faktor-faktor tertentu.

"Kalaulah jumlah anggota polis tu mencukupi kita tidak akan ada RELA, tidak akan ada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan kita tidak akan ada pegawai-pegawai penguatkuasa di jabatan dan agensi kerajaan seperti PBT, jadi maknanya keperluan itu ada," katanya.

Tambah beliau lagi, polis meletakkan polis bantuan apabila diminta oleh syarikat-syarikat swasta, tapi apabila kerajaan Negeri mengemukakan permohonan ia seolah-olah diketepikan dan menganggap negeri ini tidak mempunyai masalah jenayah.

"Bagaimana permintaan polis bantuan seperti dari GLC, polis bantuan di lebuhraya, bank, kenapa itu dilayan?" katanya.

Beliau turut menyindir polis yang mengambil sikap pilih bulu dalam memberikan bantuan kepada kerajaan Pakatan Rakyat

"Janganlah kerana kerajaan Negeri Selangor yang minta tak dibenarkan sebab negeri Selangor di bawah Pakatan, cuba ambil pendekatan atau pendirian berfikir secara matang dan positif,"katanya.

Semalam Datuk Tun Hisan, membuat kenyataan bahawa tidak perlu meletakkan polis bantuan di negeri Selangor atas sebab tugas polis bantuan hanyalah di kawasan persendirian sahaja.

Beliau turut mengulas program Kepolisan Masyarakat dan Rakan Corp adalah sudah memadai bagi mengurangkan kadar jenayah.

Buang Nama Pornthip Tidak Releven- Surendren

Posted: 15 Feb 2011 05:45 AM PST

SHAH ALAM 15 FEB: Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini menyifatkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuang nama pakar patologi forensik, Dr Khunying Pornthip Rojanasunand daripada senarai saksi kematian Teoh Beng Hock adalah sesuatu yang tidak relevan.

Surendran yang dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan drastik Jabatan Peguam Negara yang tidak menyenaraikan nama Pornthip menunjukkan sikap tidak serius mereka dalam menegakkan kebenaran hingga ke akar umbi.

Ini kerana menurut beliau, Pornthip adalah saksi utama yang mampu merungkai misteri di sebalik kematian Teoh.

"Pornthip terlibat dalam bedah siasat buat kali kedua yang dijalankan ke atas mayat Beng Hock. Ini menunjukkan beliau adalah saksi utama dalam kes tersebut. jadi saya berpendapat, tindakan Jabatan Peguam Negara tidak memanggil Pornthip telah menunjukkan sikap tidak serius mereka dalam merungkai kematian TBH hingga ke akar umbi," katanya.

Surendran juga mengatakan tindakan Jabatan Peguam Negara adalah sukar dipercayai kerana Pornthip telah terlibat dalam proses bedah siasat buat kali kedua sebelum ini dan dengan tegas menganggap kes tersebut mustahil untuk diselesaikan tanpa kehadirannya.

"Saya tidak tahu apa dalam fikiran mereka, namun ia tidak masuk akal sama sekali. Dari sudut pandangan undang-undang, ia tidak masuk akal,"dakwanya.

Jabatan Peguam Negara membuang nama Dr Pornthip sebagai salah seorang saksi dalam inkues Teoh Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan untuk kegunaan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock bermula semalam.

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo menjelaskan senarai saksi yang disediakan Jabatan Peguam Negara tidak mencerminkan ketelusan dan tidak memberi keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara adalah badan bebas kerana nama seorang saksi penting semasa inkues Beng Hock tidak dimasukkan.

Pejabat MB Akan Maklumkan Angkat Sumpah Khusrin

Posted: 15 Feb 2011 05:30 AM PST

SHAH ALAM 15 FEB: Pejabat Menteri Besar Selangor akan memaklumkan tarikh angkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad Khusrin Munawi dihadapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Namun menurut Menteri Besar itu, apa yang penting ialah pelaksanaan tugasan untuk merealisasikan hasrat keranjaan negeri dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

"Saya akan bagi tarikhnya kemudian apabila semuanya selesai, apa yang penting buat masa ini ialah proses pengurusan dalam memberi produktiviti, perhubungan dan tanggungjawab terbaik dalam pengurusan," katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa apabila tiba waktu untuk membuat keputusan, pegawai kerajaan dan kerajaan persekutuan tidak patut masuk campur kerana itu merupakan undang-undang asas dalam pengurusan.

"Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan pegawai kerajaan dan kerajaan persekutuan supaya tidak patut masuk campur kerana itu merupakan undang-undang asas dalam pengurusan,"katanya.

Mengulas prestasi kerja dan kerjasama yang diberikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu terhadap tugas barunya, Khalid menjelaskan prestasi perkhidmatannya setakat ini bagus.

Terbit ‘Selangor Terkini’ Tindakan Terdesak- Haniza Talha

Posted: 15 Feb 2011 05:15 AM PST

SHAH ALAM 15 FEB: Musuh politik Pakatan Rakyat Selangor dilihat semakin terdesak apabila bertindak menciplak akhbar keluaran kerajaan negeri iaitu 'Selangor Kini' dengan versi 'Selangor Terkini'.

Akhbar 'Selangor Terkini' yang tertera logo 1Malaysia turut menggunakan lambang kerajaan negeri bagi mengelirukan rakyat Selangor.

Akhbar tersebut didakwa melaporkan fakta- fakta yang salah berkaitan kerajaan Selangor dan diedarkan dari rumah ke rumah dan tempat awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berkata akhbar 'Selangor Terkini' adalah usaha terancang musuh politik Pakatan Rakyat dalam usaha memburukkan imej mereka dimata rakyat.

"Apa yang mengejutkan seorang menteri temubual kepada wartawan akhbar palsu tersebut. Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya," katanya.

Haniza berkata, tindakan menciplak akhbar "Selangor Kini' terbitan kerajaan negeri itu adalah perbuatan yang tidak bertamadun.

Jelasnya, beliau tidak menghalang mana- mana pihak untuk menyalurkan maklumat, tetapi ia haruslah berpaksi kepada fakta yang betul dan sahih. Dan paling penting, mereka harus bertanggungjawab dengan laporan mereka.

"Ini merupakan tindakan tidak beretika, ditambah menteri membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar yang haram ini. Saya tak hairan sekiranya ingin menerbitkan akhbar untuk mengutuk atau sebagainya, tapi mengapa menggunakan logo kerajaan negeri? Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan," ujar beliau lagi.

Dua laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar pada minggu lepas dan wakil PKR Cabang Petaling Jaya Selatan pada hari ini.

PRU13: Hanya perikatan ‘baru kolektif’ boleh ganti BN, kata Raja Petra

Posted: 15 Feb 2011 05:00 AM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Susulan tsunami politik 2008, barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), sekali gus mewujudkan kerajaan pusat yang propembaharuan, kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.

Sehubungan itu, penulis terkenal tersebut yang kini berada di luar negara berkata, usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengetengahkan pandangan ini ketika Sarawak bersedia ke arah mengadakan pilihan raya negeri manakala pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Kata Raja Kamaruddin , impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.

Gandingan itu membawa kepada kemenangan menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen dan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh lakukan perkara ini. Hakikatnya, tiada parti politik tunggal yang boleh lakukan yang ini.

"Apa yang diperlukan ialah usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan dan juga rakyat yang sudah pun bekerja ke arah perubahan," katanya.

Pada 12 Disember lalu, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), kata Raja Petra, telah melancakan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

"Sehingga kini butiran empat calon bebas telah pun diumumkan. Dan, kami berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.

"Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. Sebagaimana saya katakan dalam atikel sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah krtikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13," kata beliau dalam rencana diterbitkan menerusi Free Malaysia Today.

MCLM, kata Raja Petra, bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

"Kami berharap dalam beberapa hari lagi kami akan mengumumkan pembentukan perikatan ini," katanya lagi.

Ketiga-tiga pihak berkenaan akan mengadakan sidang media di ibu negara esok.

Raja Petra menulis, sekiranya perikatan Snap-UBF-MCLM dapat dibentuk, MCLM berharap untuk mewujudkan "perikatan susulan" dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"... dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya," katanya.

Oleh itu kata beliau, "diharapkan dengan perikatan-perikatan ini diadakan, pertarungan satu lawan satu dapat diadakan dalam pilihan raya umum ke-13."

"Sebarang pertandingan tiga pihak adalah tindakan dilakukan BN sendiri," katanya lagi.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, dua pemimpin PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat berkata, hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

"Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?" kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga mengakui pihaknya mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan 'kesilapan' yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut Rafizi, sementara partinya "terbuka" kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

Ops Lalang: Kit Siang terus cabar Mahathir kemuka bukti

Posted: 15 Feb 2011 03:30 AM PST

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Sambil mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk menjadi "mangsa amnesia" tiga tahun lalu, Lim Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar "berusaha keras" untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan "mengejutkan" dengan pembangkang sebelum Operasi Lalang 1987.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi "mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik" ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan "saya tidak boleh ingat".

Dr Mahathir memilih untuk berkata "saya tidak boleh ingat" bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

"Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?" kata beliau.

"(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Ahli Parlimen veteran ini berkata, beliau pernah mendedahkan bahawa selepas dibebaskan dari Kamunting pada Mei 1989 memang ada bertanya pada Dr Mahathir mengapa Datuk Seri Najib Razak ketika itu ketua Pemuda Umno tidak ditahan.

"Soalan pertama yang sudah pasti saya kemukakan kepada Mahathir ketika menemui beliau ketika itu ialah mengapa memungkiri kata-katanya jika benar Mahathir ada memberikan kata-kata sedemikian pada pertemuan yang didakwa diadakan sebelum Operasi Lalang dijalankan," katanya lagi.

Lim berkata perkembangan ini dengan sendirinya sesuatu yang menarik untuk dilihat mengapa Dr Mahathir berusaha menulis balik sejarah sendiri mengenai Operasi Lalang.

Dalam kenyataan terbaru semalam, Dr Mahathir terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum operasi itu dilaksanakan.

"Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal (Singh) bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa (Lim) Kit Siang salah seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh Karpal, Pengerusi DAP, untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah ISA pada 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.

Dr Mahathir berkata: "Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan."

Sebelum ini, Lim telah mencabar Dr Mahathir mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Dr Mahathir mengatakan perkara itu dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dr Mahathir mempertahankan beliau memang ada bertemu dengan pemimpin pembangkang termasuk Lim bersama "kumpulannya."

Pensyarah, Imam Muda terima anugerah Maulidur Rasul

Posted: 15 Feb 2011 03:00 AM PST

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 15 Feb: Johan program realiti TV Imam Muda, Mohamad Ashraf Mohd Ridzuan dan pensyarah Falkuti Sains Kimia Farmasi Univesiti Sains Malaysia (USM), Zhari Ismail mendapat anugerah khas Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Mereka mendapat cenderahati tanda satu penghargaan dari Kerajaan Negeri kerana berbakti pada negeri, negara serta meningatkan martabat Islam mengikut cara masing-masing.

Semua anugerah khas itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abas. Hadir sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kasim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Datuk Abdul Halim Husain.

Mohamad Asyraf yang kini sedang menyambung izajah pengajian sarjana Syariah di Univesiti Malaya pernah diberikan penghormatan menjadi imam di Masjid Wilayah Persekutuan sejurus menjuari rancangan Imam Muda musim pertama lalu.

Menurutnya, anugerah yang diperolehi menambahkan semangatnya untuk terus berbakti pada Islam pada masa depan.

Namun apa pun katanya, penganugerahan itu merupakan satu sanjungan yang tidak terhingga daripada sebuah kerajaan kepada pendakwah yang bekerja kuat untuk meningkatkan syariat yang sedia ada.

"Saya bersyukur kerana mendapat anugerah ini dan berharap ia dapat menyuntik semangat baru demi memastikan syariat Islam mencapai kemenangan," ujarnya.

Seorang lagi yang mendapat anugerah khas tahun ini, Zhari menambah, beliau tidak menyangka akan memperolehi anugerah tersebut.

Kepada Kerajaan Negeri tambahnya, ia satu pengiktirafan yang tidak terhingga terhadap bidang sains yang menjadi minatnya sejak kecil.

Beliau yang juga pernah melibatkan diri dengan tugasan luar berperanan sebagai pemeriksa luar untuk calon PhD dan M. Sc dari Univesiti Malaya, Univesiti Kebangsaan Malaysia, Univesiti Sains Malaysia dan Univesiti Putra Malaysia.

"Ianya satu pengiktirafan yang tinggi dalam bidang sains dan merupakan satu usaha yang bagus," jelasnya.

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini menyaksikan 46 kontijen mengambil bahagian mengelilingi Dewan Sri Pinang sejauh satu kilometer bermula jam 8.30 pagi.

Perarakan tahun ini diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Selain peserta orang ramai juga disajikan dengan persembahan nasyid dari Penjara Pulau Pinang iaitu johan Festival Nasyid Peringkat Negeri, alunan ayat-ayat Al-Quran dari Adik Awatif Abdul Majid selaku Johan Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah Pulau Pinang serta penceramah dari Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Faisol Omar.

Musa Fathullah, Harlina terima anugerah tokoh

Posted: 15 Feb 2011 02:30 AM PST

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Feb: Dua tokoh terkenal, Dr Musa Fathullah Harun dan Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dianugerahkan sebagai Tokoh Imam Ghazali dan Tokoh Siti Khadijah sempena Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

Berdasarkan pengalaman dan sumbangan besar di dalam bidang masing-masing kepada rakyat Negeri Selangor khususnya, mereka berdua termasuk pemenang tiga anugerah lain dinobatkan dalam majlis gilang gemilang yang berlangsung di Stadium Malawati, dekat sini.

Dr Musa merupakan tokoh aktif sehingga kini dengan bilangan buku yang banyak dihasilkan secara ilmiah; karya terbaharu adalah mengenai jawapan beliau terhadap mereka yang menidakkan Maulidur-Rasul yang dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Antara buku terkenal beliau juga adalah Perjalanan Rabbani, Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat dan Undang-undang Jenayah Islam, ketika ditemui berazam menghabiskan usianya dengan menulis buku sebagai satu bentuk penyebaran ilmu.

Dr Harlina pula terlibat di dalam bidang sosial masyarakat, acapkali suaranya berkumandang di stesen radio yang bercakap tentang kesihatan tubuh badan dan keperluan kesihatan jiwa dan perasaan manusia sebagai hamba Allah.

Beliau merupakan Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia dan banyak memberikan sumbangan dalam membantu anggota masyarakat agar kembali berpegang teguh kepada ajaran agama meskipun kini berada dalam negara yang bergerak ke arah lebih maju.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mewakili Sultan Selangor yang kini berada berada di luar negara.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Seri Setia Mohd Tamyez Abdul Wahid dan pegawai kerajaan serta orang ramai.

Sebelum itu, sekitar 100 kontinjen dari berbagai agensi kerajaan, badan korporat, NGO, masjid dan pelajar sekolah telah menyertai perarakan dari Stadium Mini Shah Alam menuju ke Stadium Malawati sejak awal pagi mewujudkan suasana panca warna.

Dalam majlis sama, Siti Nadhirah Shafie, 18, dinobatkan dengan Anugerah Saidina Ali, Tan Sri Hashim Meon (Anugerah Omar Abdul Aziz) dan Mohd Nasir Abdul Ghani (Anugerah Khalid AlWalid).

Nadhirah merupakan calon termuda SPM dalam usia 15 tahun dan pelajar Matrikulasi UIAM dalam usia 16 tahun kini melanjutkan pengajian dalam Diploma Kepimpinan dan pengurusan Strategik Kolej Al-Itqan.

Beliau juga merupakan Johan Menghafaz Al-Quran pada 2009 dan 2010 peringkat Kebangsaan 30 juzuk dan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Jordan untuk pertandingan 30 juzuk pada 2009.

Nadhirah merupakan anak keenam kepada Pengasas Kaedah Hafaz Al-Quran Al-Muqri, Dr Shafie yang kini mengasaskan Kolej Al-Itqan dengan lebih 200 pelajar pengkhususan kajian Al-Quran di Ampang.

Tan Sri Hashim Meon merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenalkan penggunaan ICT secara meluas dalam pentadbiran negeri, Pengerusi Majlis Agama islam Selangor (MAIS) dan Ahli Majlis Diraja Selangor.

Mohd Nasir pula adalah pegawai Bomba yang banyak menjadi pengarah operasi besar antaranya seperti Highland Towers dan merupakan Bendahari anggota Bomba Malaysia.

Risalah Balik Pulau: Pulau Pinang saman Adun Umno, Utusan

Posted: 15 Feb 2011 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

"Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

"Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

"Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini," katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

"Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'lupa sejarah, hina Melayu'," kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

"Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam," kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang "jahat seribu jahat ini."

"Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA," katanya lagi.

Taib: DUN Sarawak tidak dibubar minggu ini

Posted: 15 Feb 2011 01:30 AM PST

KOTA SAMARAHAN, 15 Feb — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.

Sementara itu, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac, dijadual menyampaikan ucaptama di Konvensyen BN Sarawak di sini pada 5 Mac yang akan dihadiri 5,000 perwakilan dari semua parti komponen BN negeri.

BN kini menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib mempunyai 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 12 dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi baki kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), melalui wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. — Bernama

Saman dari Syabas tidak ubah pendirian kerajaan S’ngor- Khalid Ibrahim

Posted: 15 Feb 2011 01:00 AM PST

Norutul Ilham

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan berdepan saman yang dikemukakan Syarikat Bekalan Air Selangor Syabas berhubung kenyataan mereka yang meminta syarikat itu memulangkan hak bekalan air percuma kepada rakyat Selangor.

Khalid dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima dokumen saman tersebut hari ini dan telah melantik dua peguam bagi mengendalikan kes itu iaitu Edmund Bon dan Gobind Singh Deo.

"Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

"Tindakan SYABAS juga turut menimbulkan kekeliruan dan persoalan kerana proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air masih belum selesai," kata Khalid.

Menurut Khalid, perjanjian terhadap empat buah konsensi air akan ditamatkan bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan dapat diberikan kepada rakyat.

"Kerajaan negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat buah syarikat termasuk SYABAS perlu ditamatkan supaya boleh diambil alih sepenuhnya oleh Selangor demi kepentingan rakyat," ujarnya.

Ekoran penerimaan surat saman tersebut, beliau mengarahkan Pegawal Selia Air menghantar surat maklum balas kepada SYABAS supaya pembiayaan guaman kes ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat dan bukan oleh syarikat itu.

"Syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor," ujarnya.

Khalid menyeru kepada semua wakil Pakatan Rakyat Selangor bersiap sedia untuk terus berusaha bagi mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Siasat ‘Sultan Sulu’- Wan Azizah

Posted: 14 Feb 2011 11:30 PM PST

Fazallah Pit

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN Datuk Seri wan Azizah Wan Ismail menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan siasatan segera terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filipina baru-baru ini.

Akjan dilaporkan mengisytihar dirinya sebagai 'Sultan Sulu ke-33′ dalam satu upacara tertutup yang dihadiri sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 12 Februari lalu.

Pada majlis itu, sebuah kerajaan sementara turut diisytiharkan sendiri olehnya yang mendakwa merupakan keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

Menurut Azizah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

"Setiap kes tiada yang boleh terlepas daripada pengadilan, tidak wajar ditutup atas dasar kepentingan peribadi kerana ia persis amalan berat sebelah.

"KDN tidak boleh meremehkan kes melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara sebaliknya perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya," katanya dalam satu kenyataan kepada Keadilandaily.com.

Azziah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bahawa KDN akan menyiasat samada tindakan itu bertentangan dengan undang-undang dan mengancam keselamatan negara.

Beliau turut meminta penjelasan berhubung kenyataan Abu Seman bahawa Akjan dikatakan memiliki dua kewarganegaraan.

"Bagaimana seorang warganegara Malaysia pada masa mengishtiharkan dirinya sebagai Sultan di negara lain? Masyarakat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran perkara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Interim KEADILAN Sabah.

Menurut rekod, Akjan ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Ahli Majlis Tertinggi persatuan itu seperti yang tertera pada laman http://ibupejabatpekidamalaysia.blogspot.com.

BERNAMA pada 25 Oktober 2008 melaporkan, Akjan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan mendakwa persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu pada 12 Oktober tahun yang sama tidak sah serta dicemari penipuan dan politik wang.

Akjan ketika itu merupakan pencabar jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu.

Ceramah Anwar di Merlimau, polis enggan keluar permit

Posted: 14 Feb 2011 11:00 PM PST

Fadli

MERLIMAU: Program ceramah 'Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia' di Melaka dijangka berdepan halangan apabila polis enggan mengeluarkan permit.

Walau pun semua dokumen dan borang yang diperlukan sudah diisi, polis memberi alasan permit tidak dikeluarkan disebabkan tempat ceramah terlalu kecil, kata Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban.

"Permohonan permit ditolak atas alasan tempat ceramah terlalu kecil sedangkan kita sudah sediakan pelan tempat ceramah yang turut menyatakan dengan jelas tempat ceramah dan juga kawasan lapang di sebelahnya mampu memuatkan sehingga dua ribu orang," kata Mahani sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com hari ini.

Menurut Mahani, pada mulanya beliau diminta membuat rayuan kepada Ketua Polis Jasin namun selepas rayuan dibuat, beliau diarahkan melanjutkan rayuan kepada Ketua Polis Melaka. Namun sehingga kini katanya, polis masih belum memberikan sebarang jawapan.

Walaupun demikian, program mendekati pengundi di Merlimau malam ini tetap berlangsung serentak di tiga tempat berlainan.

Seawal 730 malam, solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas akan berlangsung di Markas PAS Padang Temu Kota Melaka.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan tazkirah ringkas selesai solat Maghrib berjemaah di markas PAS tersebut, kata Mahani.

Anwar kemudian akan menyertai majlis makan malam di Dewan Pay Fong, Jalan Kubu anjuran KEADILAN Cabang Batu dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Pada majlis itu, akan berlangsung ceramah umum menampilkan Anwar sendiri sebagai penceramah utama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abd Rahman; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Di antara isu tempatan yang dijangka disentuh penceramah-penceramah malam ini adalah kewujudan sekian banyak 'projek mi segera' bagi menggula-gulakan penduduk di sekitar Merlimau menjelang PRK di kawasan itu.

"Banyak 'projek mi segera' sedang berjalan di Melaka sekarang ini. Kebanyakan projek ini tidak perlu diadakan sebenarnya. Jalan yang diturap sebenarnya masih elok," kata Mahani.

Selesai di situ, Anwar akan ke Bilik Gerakan KEADILAN Dun Merlimau di KM24, Jalan Permatang Serai. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu akan turut sama berceramah di Bilik Gerakan KEADILAN tersebut, kata Mahani.

Biadap Betul Cina DAP Ini?

Posted: 14 Feb 2011 10:30 PM PST

Maulidur Rasul: P.Pinang peruntuk RM150,000 elaun guru KAFA

Norutul Ilham


PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM150,000 kepada 1500 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah" (kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, cadangan untuk memperuntukkan sebanyak RM 100 kepada guru-guru berkenaan merupakan cadangannya sendiri dan bakal dibawa pada mesyuarat Exco Khamis ini.

"Pada tahun lepas, kerajaan negeri memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa tahun lepas," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Guan Eng menegaskan bahawa bayaran yang akan dibuat oleh kerajaan negeri itu kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah, urus tadbir cekap dan bertanggungjawab, serta kempimpinan berintegriti dan bersih daripada rasuah.

"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan Anti Rasuah Kesederhanaan dan antarabangsa terunggul, Transparency International," katanya.

Beliau juga percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa mengira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

Langkah terbaru kerajaan Pulau Pinang itu menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan guru-guru khususnya dalam bidang pendidikan agama Islam.

Baru-baru, Kerajaan Selangor turut memperuntukkan RM14 juta setahun untuk memberikan elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri bermula awal tahun ini.

UMNO Mampus Modal! PAS Gadai Islam kata Senakor Katak Ezam

SYABAS Cuba Kaburkan Mata Rakyat Melalui Saman

Posted: 14 Feb 2011 10:03 PM PST

KENYATAAN AKHBAR

15 FEBRUARI 2011

SYABAS CUBA KABURKAN MATA RAKYAT MELALUI SAMAN

Kami telah menerima dokumen saman dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta SYABAS memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

Peguam-peguam kami telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan. Saya akan diwakili oleh Edmund Bon manakala YB Tony Pua telah melantik peguam Gobind Singh Deo dalam kes ini.

Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan Negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk SYABAS perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan .

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat SYABAS sendiri dan bukan oleh syarikat SYABAS kerana syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niat SYABAS.

Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SYABAS Cuba Kaburkan Mata Rakyat Melalui Saman

Posted: 14 Feb 2011 10:03 PM PST

KENYATAAN AKHBAR

15 FEBRUARI 2011

SYABAS CUBA KABURKAN MATA RAKYAT MELALUI SAMAN

Kami telah menerima dokumen saman dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta SYABAS memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

Peguam-peguam kami telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan. Saya akan diwakili oleh Edmund Bon manakala YB Tony Pua telah melantik peguam Gobind Singh Deo dalam kes ini.

Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan Negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk SYABAS perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan .

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat SYABAS sendiri dan bukan oleh syarikat SYABAS kerana syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niat SYABAS.

Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SYABAS Cuba Kaburkan Mata Rakyat Melalui Saman

Posted: 14 Feb 2011 10:03 PM PST

KENYATAAN AKHBAR

15 FEBRUARI 2011

SYABAS CUBA KABURKAN MATA RAKYAT MELALUI SAMAN

Kami telah menerima dokumen saman dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta SYABAS memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

Peguam-peguam kami telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan. Saya akan diwakili oleh Edmund Bon manakala YB Tony Pua telah melantik peguam Gobind Singh Deo dalam kes ini.

Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan Negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk SYABAS perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan .

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat SYABAS sendiri dan bukan oleh syarikat SYABAS kerana syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niat SYABAS.

Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: