Isnin, 17 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU BEKERJA DI KILANG ARAK - KERAJAAN SELANGOR JAUH LEBIH BIJAK DAN IKHLAS DARI UMNO

Posted: 17 Jan 2011 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN PR Selangor bukan sahaja bercakap kosong apabila ingin membangunkan Islam di Selangor. Lebih patut kita bersyukur apabila hasrat Kerajaan Negeri ini disokong kuat oleh pemimpin politik yang Non Muslim dan ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Umno/Bn dahulu, kini dan selamanya.

Di dalam isu orang Islam yang terpaksa bekerja di premis penjualan arak, Kerajaan Negeri Selangor amat peka dengan perkara ini. Tindakan Exco Selangor YB Ronnie Liu yang menangguhkan dulu undang-undang melarang orang-orang Islam bekerja di premis menjual arak adalah satu tindakan pentadbiran sahaja. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak mahu sebarang undang-undang walaupun amat baik sekali dilaksanakan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Ternyata, MB Selangor tetap mempertahankan bahawa umat Islam diharamkan untuk bekerja di premis penjualan arak dan beliau mahu Jabatan Agama Islam memainkan peranannya mengikut undang-undang yang ada. Di samping itu, Kerajaan Negeri tidak lepas tangan sahaja bagi umat Islam yang mungkin merasa sukar untuk berhenti kerja di premis tersebut. Kerajaan Negeri kini menubuhkan tabung khas untuk membantu mereka mencari kerja di tempat lain. Pernahkah Umno buat seperti ini?

Paling menggembirakan, Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal. Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya. Beranikah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn berbuat demikian?

Saya menyeru agar kesemua Adun/MP dari PR di Selangor memberikan sumbangan mereka agar tabung khas ini dapat berperanan seperti yang dikehendaki. Biar kita tunjukkan kepada mereka bahawa Kerajaan PR benar-benar ikhlas di dalam menyelamatkan umat Islam. Biarlah Umno menyalak siang malam tentang isu ini, hakikatnya parti itulah yang berkuasa untuk membawa masuk arak besar-besaran dan menubuhkan kilang arak terbesar di negara ini termasuk judi./wfauzdin.blogspot.com

NIK AZIZ `LAGI GILA' - ISA PENDEK KEMPEN POLITIK DI TENANG

Posted: 17 Jan 2011 08:01 PM PST

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia

Kuek Ser Kuang Keng
Jan 18, 11
Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

NONESelain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

NONESambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari," kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

NONE"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar," kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

NONE"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa./Malaysiakini

PRK DUN TENANG - DS ANWAR BOIKOT CALON PAS?

Posted: 17 Jan 2011 06:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

CALON PAS di dalam PRK Dun Tenang telah diumumkan secara resminya malam tadi oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang. Pengumuman calon telah dilakukan dengan dihadiri oleh semua pimpinan tertinggi PR iaitu DS Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Lim Kit Siang dari DAP.

Di mana DS Anwar selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang malam tadi? Saya mendapat maklumat ketidakhadiran DS Anwar disaat-saat akhir malam tadi telah pun dimaklumkan kepada semua yang hadir di dalam majlis malam tadi oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menghadiri perbincangan dengan para peguamnya sebagai persediaan menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang bermula pagi tadi.

Namun, ada usaha untuk memecah belahkan kerjasama di antara PAS dan PKR bagi menghadapi PRK ini. Sebuah laman web pro Umno di dalam mengulas ketidakhadiran DS Anwar malam tadi adalah kerana Ketua Umum PKR ini memprotes calon yang dipilih oleh pimpinan PAS. Laman web ini menyebut, " Menurut maklumat yang diterima Anwar Ibrahim melakukan protes beliau kerana PAS tidak mengikuti apa yang telah disarankan oleh Anwar Ibrahim." (Umno-reform2).

Semenjak bila DS Anwar boleh mencatur pemilihan calon dari parti PAS? Di dalam PAS, Presiden sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon kerana PAS menggunakan Majlis Syura untuk memuktamadkan sesiapa yang dipilih sebagai calon mewakili PAS. Tidak masuk akal langsung DS Anwar boleh mempengaruhi PAS bagi menentukan calon yang dikehendaki oleh Ketua Pembangkang ini. Saya percaya, DS Anwar dan pimpinan DAP amat yakin dengan sesiapa sahaja pilihan yang ditetapkan oleh PAS kerana parti Islam ini terbukti begitu berdisiplin dan teliti di dalam menentukan calonnya.

Tuduhan yang dibuat oleh mereka bahawa terdapat ketidakpuasan hati DS Anwar dan juga PKR terhadap PAS hanyalah semata-mata untuk memulakan perang `psikologi' mereka. Terdapat dakwaan kununnya PKR tidak boleh memasuki kawasan pengundi Melayu juga merupakan helah untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR. Sudah tentu di dalam mana-mana Pilihanraya, mesti disusun strategi yang efisyen dan PAS juga tentunya mempunyai strategi mereka. Di dalam PR, tiada istilah bertindak sendirian kerana selama ini kita berjaya adalah kerana penyatuan kita. Tidak hairanlah jika pihak musuh ingin memecahkan penyatuan ini dengan berbagai cara./wfauzdin.blogspot.com

ISU BEKERJA DI PREMIS ARAK - UMNO MAHU KUTIP UNTUNG BUKAN IKHLAS DENGAN ISLAM

Posted: 17 Jan 2011 04:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor samasekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam.

Semua tahu dan maklum, siapakah pemberi lesen arak terbesar di Kilang arak di Shah Alam. Kita juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu. Kita tidak lupa siapakah yang terlibat di dalam penganjuran Festival Busana Islam yang mendedahkan tubuh badan itu di mana isteri Presiden Umno memainkan peranan penting penganjurannya. Tangan siapakah yang menulis surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu yang memberi amaran agar Kerajaan Negeri di bawah PAS itu tidak melaksanakan Hukum Hudud? Apa pemimpin Umno mahu jawab dengan isu ini? Di mana keikhlasan mereka? Mengapa Umno masih redha dengan akta zalim ISA sekiranya mereka ikhlas dengan perjuangan Islam?

Kesemua persoalan di atas tidak akan dapat dijawab oleh mana-mana pemimpin Umno termasuk Senator Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera itu. Jamil Khir hanya terdaya menegur YB Ronnie Liu di dalam isu teknikal seperti menarik balik larangan orang-orang Islam bekerja di premis arak yang hangat diperkatakan sekarang. Kerana apa? Kerana ada kepentingan politik Umno di situ.

Mengapa saya sebut bahawa isu larangan yang ditarik baik itu merupakan soal teknikal? Seperti yang dijelaskan oleh YB Ronnie Liu, beliau minta larangan itu ditarik balik kerana pihak MPSJ tidak memaklumkan kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Memang keputusan MPSJ itu baik untuk kepentingan umat Islam, tetapi tentu lebih baik jika ianya dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana MPSJ adalah di bawah Kerajaan Negeri. Seandainya ia dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan Exco ini membantahnya, maka kita tidak teragak-agak akan menentang habis-habisan YB Ronnie Liu.

Apa pun alasan YB Ronnie Liu, Islam samasekali tidak membenarkan umatnya bersubahat dengan pekerjaan yang diharamkan itu. Jika bersubahat pun diharamkan oleh Islam, apatah lagi mereka yang membenarkan arak ini dikilangkan secara besar-besaran. Mengapa Jamil Khir tidak terfikir yang ini? Mengapa Noh Omar tidak menyalak hal ini? Ini adalah kerana mereka berdua tahu tangan siapa yang punya angkara.

Saya tabik dengan kebijaksanaan MB Selangor di dalam hal ini. Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan berbincang dengan YB Ronnie Liu, Pesuruhjaya PAS Selangor DR Hassan Ali dan semua Pegawai Majlis Perbandaran/Tempatan untuk mengatasi permasalahan ini. Harus diingat, mereka telah bekerja di premis arak sudah lama sebelum PR memerintah lagi. Ini satu perkembangan baik oleh Kerajaan PR dan tidak mudah untuk merealisasikannya tanpa ada perancangan. Justeru itu, bagi menyelamatkan umat Islam yang mencari makan di tempat haram seperti itu, tentunya perancangan perlu dibuat dan inilah yang sedang dilakukan oleh MB Selangor. Di zaman mereka memerintah, isu ini tidak timbul kerana mereka tidak langsung prihatin kepada kebajikan umat Islam di negeri tersebut.

Inilah hikmahnya bila PAS berada di dalam PR. Tidak timbul isu DAP anti Islam kerana pemimpin DAP itu tidak memahami banyak perkara tentang hukum Islam. Apabila PAS tampil ke depan di dalam isu ini, maka ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri di samping memberi pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin DAP terhadap Islam. Inilah bezanya Umno dengan PAS, PKR dan DAP. Hendak harapkan Umno? Untuk selesaikan masalah azan pun mereka terkemut-kemut./wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH APA YANG DIKATAKAN OLEH ARWAH BAPA UMI HAFILDA INI?

Posted: 17 Jan 2011 02:00 AM PST

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar

18.10.98

Sumber di sini

PRK DUN TENANG - DS ANWAR BOIKOT CALON PAS?

Posted: 17 Jan 2011 12:12 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

CALON PAS di dalam PRK Dun Tenang telah diumumkan secara resminya malam tadi oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang. Pengumuman calon telah dilakukan dengan dihadiri oleh semua pimpinan tertinggi PR iaitu DS Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Lim Kit Siang dari DAP.

Di mana DS Anwar selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang malam tadi? Saya mendapat maklumat ketidakhadiran DS Anwar disaat-saat akhir malam tadi telah pun dimaklumkan kepada semua yang hadir di dalam majlis malam tadi oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menghadiri perbincangan dengan para peguamnya sebagai persediaan menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang bermula pagi tadi.

Namun, ada usaha untuk memecah belahkan kerjasama di antara PAS dan PKR bagi menghadapi PRK ini. Sebuah laman web pro Umno di dalam mengulas ketidakhadiran DS Anwar malam tadi adalah kerana Ketua Umum PKR ini memprotes calon yang dipilih oleh pimpinan PAS. Laman web ini menyebut, " Menurut maklumat yang diterima Anwar Ibrahim melakukan protes beliau kerana PAS tidak mengikuti apa yang telah disarankan oleh Anwar Ibrahim." (Umno-reform2).

Semenjak bila DS Anwar boleh mencatur pemilihan calon dari parti PAS? Di dalam PAS, Presiden sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon kerana PAS menggunakan Majlis Syura untuk memuktamadkan sesiapa yang dipilih sebagai calon mewakili PAS. Tidak masuk akal langsung DS Anwar boleh mempengaruhi PAS bagi menentukan calon yang dikehendaki oleh Ketua Pembangkang ini. Saya percaya, DS Anwar dan pimpinan DAP amat yakin dengan sesiapa sahaja pilihan yang ditetapkan oleh PAS kerana parti Islam ini terbukti begitu berdisiplin dan teliti di dalam menentukan calonnya.

Tuduhan yang dibuat oleh mereka bahawa terdapat ketidakpuasan hati DS Anwar dan juga PKR terhadap PAS hanyalah semata-mata untuk memulakan perang `psikologi' mereka. Terdapat dakwaan kununnya PKR tidak boleh memasuki kawasan pengundi Melayu juga merupakan helah untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR. Sudah tentu di dalam mana-mana Pilihanraya, mesti disusun strategi yang efisyen dan PAS juga tentunya mempunyai strategi mereka. Di dalam PR, tiada istilah bertindak sendirian kerana selama ini kita berjaya adalah kerana penyatuan kita. Tidak hairanlah jika pihak musuh ingin memecahkan penyatuan ini dengan berbagai cara./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: