Isnin, 17 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Lawatan MB Perak bukan pilihan rakyat ke UPSI disambut dengan laungan "MB Haram" dan "Katak"!

Posted: 17 Jan 2011 08:34 PM PST



Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR

Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim.

Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan.



Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program.

Sumber: upsikini.blogspot.com

KANTOI: Pemimpin politik BN Perak yang cabul jurusolek rupanya dari parti Chua Soi Lek!

Posted: 17 Jan 2011 09:58 AM PST



p/s: Baca artikel berita terdahulu pada tajuk, "GEMPAR: Jurusolek dakwa di CABUL seorang pemimpin politik terkenal di Perak!"...

Another sex scandal in MCA?

A beautician had lodged a police report against a MCA leader for allegedly molesting her.


KUALA LUMPUR: A MCA leader from the party's Lenggong division in Perak has been accused of molesting a beautician at a club on New Year's Eve.

The beautician had lodged a police report against the prominent politician on Dec 31 last year, claiming that he had groped her breast at a club in Ipoh.

According to Chinese vernacular newspaper reports, Perak police chief Mohd Shukri Dahlan confirmed the matter but declined to elaborate.

Party insiders told FMT that the politician, who is holding a "high position" in the division had denied the allegation, but claimed that he was drunk at the time of the incident.


(Tahun 2011, tahun dedah skandal seks pemimpin politik?..baca di SINI..)

"He told us that he did not molest the women but nobody knows what exactly happened as he said he was drunk at that time," said a leader from Perak, known to be a close associate of the accused.

Several MCA leaders contacted by FMT refrained from commenting on the issue, with some even claiming that they had no knowledge of the incident despite it being widely reported by the Chinese newspapers.

The beautician, it is also learnt, had since lodged a second police report and engaged a prominent lawyer in Ipoh after receiving some lewd SMSes and allegations that "she was out to make some money" from the accused politician.

This is the latest sex-related case involving a politician from MCA in the last three years or so. In 2007, the then MCA vice-president Dr Chua Soi Lek was forced to resign as health minister after admitting that he was the person in a widely circulated sex-DVD.

Chua, however, managed a dramatic political comeback in 2008 winning the party deputy presidency. Last year, he won the MCA top post at the party polls.
Coincidentally, Chua is also the current MCA Perak chairman. - FMT

TERKINI: Akibat kenyataan biadap pertikai sultan Kelantan, Ku Li disiasat polis!

Posted: 17 Jan 2011 06:12 AM PST



Tengku Razaleigh Hamzah Disiasat Polis

Satu berita panas baru sampai ke pengetahuan saya sebentar tadi.

Difahamkan pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataannya yang dikatakan mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.

Kenyataannya itu dikatakan disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa cina.

Difahamkan juga pihak polis akan ke rumahnya di Jalan Langgak Golf KL pada 19.01.2011 (rabu) untuk merakam keterangannya.


Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com

Baca berita terdahulu:
- Isu Sultan Muhammad V: Terima Saja Keputusan Majlis Perajaan - Nazri Aziz
- Kenyataan Ku Li pertikai kedudukan Sultan Kelantan pandangan peribadi - Pengelola Istana Kelantan

135 termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR di Kemaman

Posted: 17 Jan 2011 04:05 AM PST



KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu

Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.

Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.

Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.

Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar)

Isu Peguam MCA bantah Azan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Serah Memo Kepada JAWI

Posted: 17 Jan 2011 02:43 AM PST



KUALA LUMPUR 17 Jan.: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) hari ini menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung arahan memperlahankan Azan di Masjid Al Iklasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz bersama tiga yang lain menyerahkan memorandum tersebut kepada Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran JAWI, Nasaruddin Mohd Zainal di lobi pada jam 11.30 pagi.

"Semalam JAWI buat penafian memperlahankan azan bukan arahan JAWI Jadi kita minta JAWI jelaskan," ujar beliau kepada media.

Antara kandungan memorandum tersebut yang ditujukan kepada Pengarah JAWI, meminta supaya suara azan di Masjid Al Ikhlasiah dikembalikan seperti asal untuk mengelakkan kemarahan umat Islam di kawasan itu.

Selain itu PAS turut menuntut JAWI membuat garis panduan berkenaan penyiaran azan, tahrim dan kuliah di masjid merujuk kepada perlembagaan persekutuan justeru menuntut pihak berkuasa agama di negara ini tidak tunduk dengan tekanan mana-mana pihak.


(Perkembangan isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..klik di SINI..)

Suhaimi berkata beliau tidak mahu negara ini menjadi negara Singapura yang melarang seruan azan berkumandang.

"Jadi kita mahu penjelasan daripada JAWI dalam bentuk surat bertulis atau pengumuman memberitahu bagaimana arahan dikeluarkan kepada masjid tersebut," ujar beliau lagi.

Minggu lalu, dakwaan seorang ahli MCA telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Iklasiah, Pantai Dalam diperlahankan.

Ekoran peristiwa itu, umat Islam memberikan reaksi menentang kejadian itu termasuk beberapa pihak mengadakan demostrasi di sekitar ibu negara.

JAWI yang dituduh mengeluarkan arahan tersebut menafikan dakwaan itu namun masih belum menjawab kepada umum.

Memorandum penuh boleh baca di bawah..

MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG KONTROVERSI ISU AZAN DI MASJID AL IKHLASIAH, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR

1. Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan.

2. Ekoran aduan tersebut, pihak masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam telah memperlahankan suara azan dan telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Beberapa pihak telah mengadakan demonstrasi dihadapan masjid tersebut minggu lepas.

3. Memorandum ini meminta dan mendesak JAWI agar menimbangkan beberapa perkara penting-
i. Meminta suara azan di masjid Al Ikhlasiah dikembalikan seperti asal bagi mengelakkan lebih banyak kemarahan umat Islam khususnya di kawasan sekitar. Ini kerana majoriti penduduk di sekitar kawasan masjid adalah dari kalangan umat Islam. Tidak timbul soal suara azan mengganggu penduduk kerana lebih ramai umat Islam menetap di kawasan terbabit.

ii. DPPWP juga menuntut agar pihak JAWI membuat satu ketetapan dan garis panduan berkenaan penyiaran azan, tarhim dan kuliah di masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan. Ini meliputi bagi kawasan majoriti Islam dan majoriti bukan Islam dengan merujuk perlembagaan negera dan juga usul fiqh dalam manhaj dakwah kepada umat Islam dan bukan Islam.

iii. Sikap saling menghormati amalan agama perlu diamalkan oleh semua pihak. Dalam hal ini, semua agama mempunyai kaedah mereka tersendiri dalam melaksanakan ibadat masing-masing. Islam mengamalkan azan sebagai suatu peringatan terhadap ibadah solat fardhu. Justeru agama lain perlu menghormati amalan Islam ini tanpa perlu pertikaian.

iv. Islam adalah agama rasmi di negara ini. Semua pihak perlu menerima bahawa Islam adalah agama persekutuan. DPPWP dan umat Islam merasakan bahawa JAWI tidak perlu tunduk kepada tekanan mana-mana pihak berhubung pengamalan Islam di negara ini. Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia.

v. DPPWP dan umat Islam berkongsi kebimbangan sekiranya JAWI melayan aduan seperti ini, kerana ia boleh mengundang kepada pelbagai kontroversi di masa akan datang. Mungkin ada pihak yang meminta suara azan hanya di dengari dalam masjid sahaja, ataupun jangan menggunakan pemesar suara langsung. Ambillah iktibar dari keadaan yang berlaku di Singapura di mana pembesar suara tidak boleh dihalakan ke luar masjid dan hanya dalam kawasan masjid sahaja boleh mendengar suara azan yang dilaungkan.
4. DPPWP meminta JAWI memberikan penjelasan lanjut berhubung kontorversi isu di atas dan meminta JAWI menjernihkan keadaan agar semua pihak memahami isu sebenar yang timbul. DPPWP mengharapkan agar semua tindakan daripada pihak JAWI dapat memberikan kelebihan kepada umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan ini demi kepentingan agama Islam.

Sekian aduan dan desakan kami.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Najib hampakan penyokong Umno: "SJK Kekal" - Najib Razak

Posted: 17 Jan 2011 02:02 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Anda pernah terlihat logo/banner "Satu Sekolah Untuk Semua" di atas??..

Jika anda perhatikan di blog-blog dan laman web pro-Umno, logo/banner diatas ini kebanyakkan diletakkan di dalam laman mereka bagi mengumpul sokongan rakyat Malaysia supaya menyokong penubuhan 'satu sekolah untuk semua'..

"Target: Untuk Mengadakan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia

Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta." - Blog Demi Negara
Maklumat lanjut mengenai sistem satu sekolah ini boleh dirujuk pada link di sebelah, "Petisyen Kempen Satu Sekolah Untuk Semua"...

Tidak pelik penyokong parti rasis Ketuanan Melayu Umno membantah sekolah jenis kebangsaan yang lain..dah dasar pejuang assobiah..

'Nasihat' penulis kepada penyokong2 fanatik Umno ini..kalau dah Najib dan tegaskan sekolah jenis kebangsaan akan kekal dan terus diberi bantuan, baik kalian buang sahaja logo/banner satu sekolah tu..sia2 sahaja perjuangan kalian..akhir kalam, fikir2kan..wallahua'lam...


K'jaan tidak akan hapuskan sistem SJK



Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita," katanya ketika merasmikan bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai RM9.3 juta di Kuching hari ini.

Beliau turut berkata dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK, kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej ransangan ekonomi negara untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.



Najib berkata pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa.

Menurutnya sejak Akta Pendidikan 1997 digubal, kini seramai 55,975 pelajar daripada 612,000 keseluruhan pelajar di SJKC merupakan pelajar bumiputera.

"Uniknya SJKC ialah pelajar berpeluang untuk menguasai tiga bahasa utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin," katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam mencapai tahap sebuah negara maju, negara turut menuntut kepada kemahiran rakyat dalam menguasai lebih banyak bahasa khasnya bahasa Mandarin dan kini menjadi salah satu bahasa penting selepas kebangkitan China dalam kuasa ekonomi dunia.

Katanya selain bahasa Mandarin, kelebihan SJKC ialah dalam mata pelajaran matematik yang mampu memberi nilai tambah kepada seseorang pelajar.

"Untuk membawa Malaysia ke sebuah negara yang maju, kita bukan sahaja perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak, malah kita juga perlu membuka minda anak-anak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: