Selasa, 18 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Posted: 18 Jan 2011 12:58 AM PST

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Saya? Takut kepada Anwar?

Posted: 18 Jan 2011 12:49 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan "tidak" oleh para hadirin.



Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

Kes liwat

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai,"katanya.

Najib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu," katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas," kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

"Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain," kata Najib.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.


Ummi Hafilda Memalukan Bangsa - Azwan Ali

Posted: 17 Jan 2011 11:06 PM PST

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda


Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.


Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Perlukah Kita Bersimpati Kepada Presiden NUJ ?

Posted: 17 Jan 2011 10:47 PM PST

Presiden NUJ buka 'pejabat' depan Utusan


Manusia seperti inilah sebelum ini begitu galak dan tanpa rasa bersalah sedikitpun menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat siang dan malam. Tiada sedikitpun perasaan takut pada tuhan wujud dalam diri manusia ini. Kalau manusia ini takut kepada tuhan, aku rasa sudah lama manusia ini berhenti atau tidak langsung memohon kerja kat media pemfitnah no 1 itu. Apa yang berlaku kini tidak lain hanyalah untuk kelangsungan hidup dan periuk nasi dia sahaja. Jadi pada aku.. Tak perlulah kita bersimpati dan memberikan publisiti murahan kepada salah seorang manusia yang tidak pernah takut mencipta dosa fitnah siang dan malam ini. Padan muka kau..

PRK Tenang - Saranan Busuk Supaya Anwar Dihalang Berkempen

Posted: 17 Jan 2011 06:49 PM PST

Saya ingin mengucapkan syabas kepada pucuk pimpinan PAS kerana telah memilih seorang muslimat, Puan Normala Sudirman, untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri pada 30 Januari akan datang. Alhamdulillah, kepimpinan PAS telah memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Dewan Muslimat.

Peluang Puan Normala untuk memenangi PRK ini amatlah cerah, Insya-Allah. Ini berdasarkan kepada kelayakan akademik beliau, perkhidmatan beliau sebagai guru di kawasan Labis dan perhubungan erat beliau dengan masyarakat tempatan, terutama dengan masyarakat bukan Melayu.

Johor merupakan kubu kuat BN tetapi pencalonan Puan Normala akan menggugat dominasi politik BN di Labis. Jika ramai orang meramalkan Puan Normala akan hanya dapat mengurangkan majoriti BN, pada hemah saya calon muslimat ini akan memenangi PRK tersebut, Insya-Allah. Kemenangan PAS di PRK tersebut akan memberi semangat baru kepada PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 di Johor.


Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin, aktivis dan penyokong PAS untuk mengerakkan satu kempen pilihan raya yang berhemah dan berkesan. Barisan pemimpin PR yang turun untuk berkempen mestilah yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan tidak membawa mudarat kepada usaha-usaha PAS untuk menang.

Untuk tujuan tersebut, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk melarang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim daripada terlibat dengan kempen PAS di Tenang. Penglibatan beliau akan membawa persepsi negatif kepada para pemilih. Kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat dan beliau kini merupakan satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Keputusan pimpinan PAS Johor meminta Anwar Ibrahim supaya tidak menghadiri majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin adalah keputusan yang amat tepat, dan saya rasa saya tidak bersendirian dalam menyokong penuh keputusan ini.

Saya berharap pucuk pimpinan PAS akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada cadangan di atas dan saya sudahi dengan doa agar calon PAS, Puan Normala Sudirman akan menang pada pilihan raya kecil ini.

Sekian. Wasallam.

Wan Nasuha bt. Wan Hassan

Sumber - Mat Saman Kati

Cikgu Mala Untuk Tenang

Posted: 17 Jan 2011 06:34 PM PST

SPR Akan Perkenal Undi Proksi Untuk Untuk Orang Yang Dah Mati

Posted: 17 Jan 2011 05:37 PM PST

KENYATAAN MEDIA
SISTEM UNDI PROKSI BAKAL MEROSAKKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA!
17 Januari '11 / 12 Safar 1432

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sistem undi proksi ini dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

DPPM merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi ini tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana undi proksi mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan. SPR tidak menjelaskan siapakah proksi yang layak dilantik bagi menggantikan pemilih yang tidak dapat hadir pada hari mengundi.


Meskipun sistem ini dilaksanakan dengan kawalan ketat, DPPM merasa sangsi bagaimana pengundi proksi mampu mengundi secara jujur bagi pihak pengundi sebenar. Mereka tidak merasakan sentimen bahawa hak mereka sebagai pengundi perlu ditunaikan dengan penuh amanah kerana mereka hanyalah wakil bagi pihak pengundi sebenar. Justeru mereka boleh mengundi calon lawan secara sesuka hati ataupun merosakkan undi pemilih sebenar yang tidak hadir.

Selain itu, sistem ini boleh mewujudkan rasuah pilihanraya di mana pengundi sebenar boleh diugut atau dipujuk agar memberikan hak mereka kepada proksi. Tidak ada siapa yang boleh memberikan jaminan bahawa pengundi sebenar menyerahkan hak mereka kepada proksi tanpa apa-apa pujukan, tawaran, mahupun ugutan. Jika undi proksi benar-benar diadakan, DPPM berpendapat tidak ada faedahnya diadakan kempen pilihanraya apabila pemilih sebenar tidak turun mengundi, sebaliknya diserahkan kepada pengundi proksi yang tidak tahu latar belakang parti politik mereka.

DPPM mengingatkan kepada SPR agar menjayakan proses pilihanraya yang sedia ada dengan secara lebih telus dan adil. Mencadangkan sistem yang baru dengan tidak memperbaiki sistem yang sedia ada tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di Malaysia.

Pakatan Rakyat telah lama mendesak agar sistem celup jari digunapakai bagi mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali, membersihkan daftar pemilih, serta menghapuskan undi pos. Seharusnya SPR melihat dahulu kepada pelaksanaan sistem undi pos yang sangat dicurigai kerana berlaku ketempangan yang jelas dalam mana-mana pilihanraya.

DPPM juga menegaskan agar SPR tidak masuk campur dalam pertempuran politik antara Pakatan Rakyat dengan BN. Biarlah pilihanraya ke 13 akan datang berlangsung dengan suasana paling tenang dan aman. Janganlah kerana keadaan BN yang sedang nazak, SPR cuba untuk menyambung talian hayat mereka. Rakyat tidak akan sesekali boleh ditipu buat kesekian kalinya.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pelik Bila Nazri Aziz Beria Pertahan Ummi Hafilda Anak Derhaka

Posted: 17 Jan 2011 06:01 AM PST

Masaalahnya disini, nampak sangat benarnya bahawa Ummi Hafilda ni memang ayam denak ciptaan Umno menjelang PRU ke 13 nanti. Bagai benar apa yang dimomokkan selama ini, Ummi Hafilda adalah umpan ciptaan Umno untuk menggoyahkan pakatan pembangkang dalam menawan Putra Jaya.

Apa yang dihairankan ialah bagaiman parti sebesar dan kononnya segagah Umno boleh mempercayai Ummi Hafilda untuk memporak perandakan pakatan pembangkang? Apa kah sudah ketandusan idea kah mereka sehingga sanggup mempergunakan umpan yang sudah lupus hayat dimakan zaman sebagai senjata sulit menekan pembangkang? Haha... Umno pasti akan kalah lebih teruk lagi sekiranya Ummi Hafilda diangkat sebagai pembantu BN dalam menghalang perjalanan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.


Dalam laporan Bernama disini, Nazri telah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dengan menempelak Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebagai "bukan hakim" untuk memutuskan samaada saman Ummi Hafilda terhadap Karpal, Anwar dan lain lain boleh diteruskan atau tidak.

"Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafida Ali termasuk terhadap Karpal Singh.

Nazri berkata, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah Pengerusi Kebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.

"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.

Shalehudin

Ini Peguam MCA / BN Yang Hina Laungan Azan

Posted: 17 Jan 2011 05:57 AM PST


Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.

Malaysiakini

Tengku Razaleigh Hamzah Disiasat Polis

Posted: 17 Jan 2011 05:37 AM PST


Satu berita panas baru sampai ke pengetahuan saya sebentar tadi.

Difahamkan pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataannya yang dikatakan mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.

Kenyataannya itu dikatakan disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa cina.

Difahamkan juga pihak polis akan ke rumahnya di Jalan Langgak Golf KL pada 19.01.2011 (rabu) untuk merakam keterangannya.

Sumber di sini

PRK Tenang - Markom Cibai Larang Suami Normala Berkempen

Posted: 17 Jan 2011 05:10 AM PST

Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada suami Normala Sudirman, yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada Makrof Abdul Mutalib supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai "Cikgu Mala".

"Tidak ada sebarang arahan pertukaran 24 jam. Ini hanya propaganda dibuat parti politik," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Khabar angin menerusi Twitter mengatakan Makrof telah diarah berpindah sekolah disebar malam tadi, sejurus selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Normala sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.


Normala, 38, merupakan bekas guru sekolah menengah di Tenang. Beliau telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Normala juga merupakan pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS pusat dan naib ketua Muslimat Johor.

Difahamkan Makrof yang turut mengajar di sekolah berdekatan dengan sekolah isterinya dilaporkan telah berpindah ke Johor Baru, namun arahan itu ditarik balik selepas dibantah pasangan suami isteri itu.

Markom juga menafikan dakwaan bahawa ada arahan pertukaran dikeluarkan terhadap Makrof.

"Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen.

"Apa yang saya katakan tidak melanggar perintah tetap," kata beliau merujuk kepada arahan sebagai kakitangan awam.

Sementara itu, Makrof ketika dihubungi berkata perkara tersebut sudah selesai dan enggan mengulas lanjut.

"Ia sudah selesai, tiada apa-apa lagi. Saya masih mengajar di sekolah yang sama," katanya.

Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon akan diadakan 22 Januari manakala pengundian pada 30 Januari.

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya Rabu ini. MI

Tiada ulasan: