wartamaya |
- Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad
- Adakah siasatan polis bermula dengan keyakinan PM?
- Buaya dah tak makan bangkai
- Pergh ... dahsyat
- Kes belasah: 4 polis di dakwa
- Terdesak sungguh ... wakakak !!!
- Ciak !!!
- Menteri minyak masak
- Kalau tak tipu ... bukan Umngok la ..wakakak !!!
- Anwar ajak Najib berdebat ... ada berani ke?
- Postpaid pun naik harga
- Melayu sopan santun? ... Piraaahhhh !
| Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad Posted: 11 Jan 2011 07:08 AM PST "Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri. "Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya. Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar. Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.[ lagi ] |
| Adakah siasatan polis bermula dengan keyakinan PM? Posted: 11 Jan 2011 07:04 AM PST ![]() Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan. Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun. Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.[ lagi ] |
| Posted: 11 Jan 2011 06:53 AM PST ![]() Binatang sudah berubah perangai ... Kucing dah tak makan ikan, musang dah tak makan ayam, gajah dah tak makan tebu, buaya dah tak makan bangkai .. Dunia nak kiamat? Wakakaka !!! --------------------------------- Jangan Tuduh UMNO, kata Abdul Shukor kepada MP Shah AlamShah Alam, 11 Jan (Bernama) - UMNO Selangor hari ini mengingatkan Anggota Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Abdul Samad agat tidak membuat tuduhan melulu kononnya UMNO yang menjadi dalang kepada pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di bandar raya ini pagi ini.[ lagi ] |
| Posted: 11 Jan 2011 06:29 AM PST Jemaah khurafat tarik emas KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an dikatakan ligat memancing pemuda tampan berusia 20-an untuk dijadikan pengikutnya bagi dilatih menjadi ejen perbuatan khurafat menarik emas dari alam ghaib. Wanita berkenaan yang dipanggil Kak Emi atau Ibu oleh pengikutnya dikatakan menjalankan kegiatan penipuan itu sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan setakat ini, jumlah pemuda tampan yang menjadi pengikutnya mencecah 20 orang. Mendedahkan kegiatan wanita terbabit, pemuda mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia menjadi pengikut jemaah tarik emas itu selama lebih enam bulan sebelum melarikan diri. Ramli, 24, berkata, selepas termasuk dalam perangkap Ibu, amat sukar melepaskan diri kerana dia bukan saja mengumpan pengikutnya dengan wang ringgit serta seks, tapi turut bersikap agresif kepada sesiapa yang cuba berpaling tadah. "Sesiapa bersetuju menjadi pengikutnya, disyaratkan mentaati dan menyayanginya dengan cara bersalam dan mencium kedua-dua pipinya setiap kali berjumpa. "Lebih menjelekkan, selepas menjadi pengikut, kami dikehendaki tinggal di rumah ibu dan setiap malam kami tidur beramai-ramai di ruang tamu bersama-sama dengannya," katanya ketika ditemui Harian Metro. Menceritakan pengalamannya pada beberapa malam pertama tidur di rumah Ibu, Ramli berkata, dia terperanjat apabila melihat bomoh wanita itu dengan selamba memeluk rakannya secara bergilir-gilir sepanjang malam.[ lagi ] ---------------------------------- Nasib baik aku tak tampan .. wakakak !!! Sayfool ... tak masuk senarai ke? ... wakakak !!! |
| Posted: 11 Jan 2011 12:27 AM PST Four cops charged with causing hurt to businessman PETALING JAYA: Four police constables claimed trial at a Magistrate's court here Tuesday to charges of causing hurt to businessman Chia Buang Hing. The four constables charged were Mohd Azwan Hassan, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman and Alizulhafiz Abdul Ghafar. Another policeman, Lans Kpl Mahadi Adam, also claimed trial in the same court to a charge of disobeying an order under the Police Act 1967, relating to the same incident. No bail was imposed on all five men. Chia, 34, had alleged that he was beaten up by policemen who also took RM13,000 of his money, after they stopped him at a roadblock, at 11pm on Dec 18 last year. He was travelling from his home in Tropicana to Kota Damansara.[ lagi ] |
| Terdesak sungguh ... wakakak !!! Posted: 11 Jan 2011 12:23 AM PST Pengerusi Baru Ugut Pecat Kakitangan FELDA Jika Sokong Pakatan Rakyat SHAH ALAM 11 JAN : Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan FELDA, Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dilaporkan harakahdaily telah mengugut memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat. Ugutan itu kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) Herman Samsudeen disampaikan dalam pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan FELDA di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi. Dalam pertemuan pagi tadi, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan Generasi ketiga FELDA yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.[ lagi ] ------------------------------------------- Itu pasal la tokey kebun bela anjing ... Tujuannya untuk menjaga kebun ... wakakakak !!! |
| Posted: 10 Jan 2011 10:38 PM PST ![]() Dua anggota polis (bergari) diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keluar dari Hospital Pulau Pinang selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan semasa pergelutan dengan pegawai SPRM di George Town, Selasa. Dua anggota polis itu disyaki menerima suapan RM800 dan tahan oleh dua pegawai SPRM yang menyamar sebagai orang awam, di Persiaran Gurney. - Foto BERNAM -------------------------------- Ala bucuk bucukk ...... ummmm ciakkkk ... ! |
| Posted: 10 Jan 2011 10:34 PM PST ![]() Peruncit: Bekalan minyak masak tak mencukupi Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran. Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.[ lagi ] ----------------------------------------- Kalau masalah cam ni tak boleh selesai .. nampaknya kita kena ada seorang menteri yang kerjanya khas pantau minyak masak ... wakakakak !!! |
| Kalau tak tipu ... bukan Umngok la ..wakakak !!! Posted: 10 Jan 2011 10:32 PM PST ![]() Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.[ lagi ] ------------------------- Tak dapat menang cari betul ... Kena menipu ... Kita bukan tak biasa ... Ni semua mainan si songkok tinggi ... Wakakakak !!! |
| Anwar ajak Najib berdebat ... ada berani ke? Posted: 10 Jan 2011 10:29 PM PST ![]() Anwar cabar Najib debat, kos Program 100 Hari cuma RM19b PETALING JAYA, 11 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat secara terbuka berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menurut Putrajaya akan memufliskan negara. Ketua pembangkang itu berkata, program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang 'dirampas' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya. "Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.[ lagi ] ---------------------------- Betting mau ? Najib tak kan berani nye ...... Wakakakak .... Kalau berani .. wa bagi keta wa free pada kawan kawan ... Wakakak !!! |
| Posted: 10 Jan 2011 08:19 PM PST Mengikut Bajet M'sia 2011, pelanggan Postpaid akan dikenakan cukai perkhidmatan 6% mulai 1/2/11. Sila rujuk bil bulan Feb anda. - ni sms yang aku dapat dari syarikat mobile phone pada hari ni. Wakakaka!!! Padan muka ! Undi lah BN...wakaka!!! |
| Melayu sopan santun? ... Piraaahhhh ! Posted: 10 Jan 2011 04:33 PM PST Pagi ni semua orang pun sibuk gi kerja .. Aku biasa la .. jalan dah la sesak ... Manusia sibuk dengan bunyi kan hon, Pantang ada pemandu yang buat silap, sibuk lah bunyi hon .. Aku tak kisah la semua tu .. Tapi yang penting, aku tak menyusahkan orang lain. Dalam kesesakan, tiba-tiba kereta depan, menekan brek cara mengejut. Aku yang asyik memerhatikan lampu brek keta depan, terus saja tekan brek. Sempat .. Alhamdulillah ! Alahai ... Motor dari belakang keta aku plak tak sempat dan hentam keta aku. Kuat gak bunyi nye .. Kereta aku masih dalam keadaan berhenti dan motor yang melanggar aku tu, lalu di tepi. Aku pun buka cermin dengan harapan, dengar lah sebarang kata-kata dari dia. Hancuss ... !!! Minta maaf pun tidak .. pandang aku dengan gaya macam sial. Yang pasti kereta aku kena gesel oleh tayar motor dia dan tinggalkan bekas calar yang panjang serta cat nya terkopek. Yang langgar aku tu, orang Melayu. Tu pasal bila orang berkata Melayu tu sopan-santun .. Aku jawab "Lanchow" Jangan cerita bangsa tu baik, bangsa ni teruk atau bangsa tu teruk, bangsa ni baik. Semua pun sama jerk .... Ada yang baik dan ada yang macam sial. Tak der bezanya ... Pemandu Malaysia kena rajin-rajinkan diri berkunjung ke Thailand, Indonesia mahupun India. Negara yang kita ingat teruk sangat tu ... 100 kali ganda lebih baik perangai pemandunya. Tak caya .. gi berkunjung ke sana. Jangan jadi katak bawah tempurung. Jangan sombong dengan perangai bangkai ! |
| You are subscribed to email updates from wartamaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan