shalehudin |
| Langkah bijak walaupun tau dia penakut Posted: 11 Jan 2011 07:18 AM PST Aku membaca cabaran Anwar terhadap Piem berbangsa Umno, Najib Razak untuk berdebat tentang dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara dengan penuh suka dan bangga. Suka kerana dah tau dah, Najib takkan berani punya... bangga kerana taktik untuk merebahkan musuh politik kita dengan cara bijak dan penuh dengan taktikal. Najib tidak boleh untuk tidak menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat. Tapi persoalan disini ialah, beranikah Najib... kena tanya Anwar jugak, kalau Rosmah macamana? Beranikah Anwar... wakaka... Haha... hendak berdepan dengan Anwar dengan bala tentera dalam Parlimen pun takut lalu digantungnya Anwar dari sidang Parlimen... inikan pula berserorangan dipentas dengan disaksikan jutaan mata... Amat malu sekali, sebagai pemimpin kerajaan dan Piem sanjungan Umno, beliau menikus bagai tiada telur... |
| Posted: 11 Jan 2011 01:14 AM PST Terbabas: Pesawat Ak5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terbabas keluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus mendarat dalam keadaan cuaca buruk pada jam 10.02 malam tadi masih belum dialihkan daripada landasan. Sehubungan dengan insiden itu, LTAK ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak. - Foto BERNAMA |
| Posted: 11 Jan 2011 01:09 AM PST Runtuh lagi, layaklah namanya Terengganu 'darul runtuh' KUALA TERENGGANU - Sebuah laman blog mendedahkan kejadian runtuh terbaru yang menjadikan negeri Terengganu dibawah pemerintahan Umno.BN mencatatkan rekod terkini sebagai 'binaan paling cepat runtuh' dinegeri Terengganu. Sederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari lalu, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan (Gambar dari warkahdaily.blogspot.com). Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu. Projek berkenaan adalah termasuk dalam ' projek-projek sakit' Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana ia telah tertanggh selama setahun sejak mula dibina Disember, 2009 Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008. Keseluruhan bumbung 'grand-stand' stadium tersebut runtuh sebaik ia menjangkau tempoh setahun disiapkan. Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008; 1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh : 12 April 2008 Harga : RM 2 juta 2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Tarikh : 2 Jun 2008 Harga : RM292 juta Punca : "Semua buat silap" – Ahmad Said 3. Kolam Renang batu Burok Bocor Tarikh : 5 Jun 2008 Harga : RM 18 juta 4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal Tarikh : 29 Jun, 2008 Harga : (Terminal ) RM123 juta 5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh : 15 Mac 2009 6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – Tumbang. Tarikh : 6 Ogos 2009. Harga : RM15 juta 7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh : 3 Oktober 2009 Harga : RM 2.1 Juta 8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd Punca : Tiada pemantauan semasa 9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh : 29 Mac 2010. Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor ______________________________ 1. Bazaar Warisan 2. Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008 3. Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta 4. Masjid An Naim Dungun 5. Binjai Souq Sumber: PASPB |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan