Selasa, 4 Januari 2011

wartamaya

wartamaya


Gobala sudah mula meracau ...

Posted: 04 Jan 2011 06:00 AM PST


Gobala yang menerima surat tunjuk sebab pada hari ini dari Saifuddin Nasution mengkritik Anwar dan parti, menyatakan bahawa Penasihat Pakatan itu tidak layak untuk menjadi ketua ..
Wakakak !!!
Dah mula meraban ... wakakak !!!
----------------------------
PKR's Gobala gets show cause letter; wants Anwar out

LUNAS: Padang Serai MP N. Gobalakrishnan has reiterated his calls for the Pakatan Rakyat top leadership to review Datuk Seri Anwar Ibrahim's position as its adviser and leader.

Gobalakrishnan, who received a 45-page show-cause letter on Tuesday from PKR secretary-general Saifuddin Nasution for his criticisms against Anwar and the party, claimed that the Pakatan adviser was unfit to lead the coalition.[ lagi ]

Berkocak air di darat ...

Posted: 04 Jan 2011 05:40 AM PST


Isteri kedua pengerusi Syabas perlu fail fasakh jika mahu cerai
KUALA LUMPUR - Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Rozali dan Justynn Cassandra, 25,mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.[ lagi ]
-----------------------------------------
Wakakakka !!!

1Malaysia: Harga didahulukan, Nilai diperlekehkan

Posted: 04 Jan 2011 05:30 AM PST


[...] Peristiwa yang menjijikkan ini tidak berhenti begitu sahaja. Apabila Perdana Menteri Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi Rasa dengan janji peruntukan RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Rasa sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor, dan menyerahkan cek selepas itu walaupun hilang sokongan Cina - ia dilaporkan dari perspektif "PM tunai janji". Dengan kata lain, RM3 juta yang gagal untuk membeli hati pengundi, cukup pula untuk menggadaikan nilai kejujuran![ lagi ]

Rogol Amah: AMK akan hantar delegasi ke Indonesia

Posted: 04 Jan 2011 05:27 AM PST


[...]Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.[ lagi ]
--------------------------
Hantar 2 rombongan
1 untuk dapatkan bukti, 1 lagi untuk rombongan meminang
Wakakak !!!

Chegu Bard mengganggu tidur yang lena ...

Posted: 04 Jan 2011 05:21 AM PST

Rogol Amah: SAMM Buat Laporan Polis Esok
SHAH ALAM 4 JAN: Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .

Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.

Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai bukti yang mengaitkan menteri terbabit dan mendesak agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan.. - tvselangor
-----------------------------
Haiya ... !
Kacau la chegubard ni ...
Aku tengah nak tidur lena ni ..... Wakakaka !!!

Prof Dr Abdul Aziz Bari Sangkal laporan Utusan

Posted: 04 Jan 2011 05:19 AM PST


SHAH ALAM 4 DIS: Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK).

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani samada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam prlembagaan.

"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.

Beliau berkata kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baru.

"Kalau dah peruntukkan itu dipinda maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.

Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.

Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.

Aziz mendakwa upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

'Anehnya pula terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?

"Dalam perlembagaan negeripun ketetapan yang dibuat disitu adalah bahawa setiausaha kerajaan perlu mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar," tegas beliau. - tvselangor

Bukan minyak masak yang naik ... !

Posted: 04 Jan 2011 05:08 AM PST


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.[ lagi ]
----------------------------
Wakakakak ... !!!
Tahniah ... tahniah ... tahniah .....
Aku berbangga ada kerajaan cam ni ....
Wakakakak !!!
Cuba la masuk UMNO ..
Mungkin dengan tunjuk kad UMNO boleh dapat diskaun .. wakakakak !!!

Bunuh pengkritik sultan, satu cadangan yang hina — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Posted: 04 Jan 2011 05:05 AM PST

4 JAN — Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya — tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain.

Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.[ lagi ]

Tiada ulasan: