Selasa, 4 Januari 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


"Once A Malaya Tiger, Always A Malaya Tiger" Harimau Menaip. (part2)

Posted: 03 Jan 2011 10:48 PM PST

Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3
"Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya 'Harimau Malaya' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
 
 Aku baru nak kenal siapa Dolah Don aka Toh Ah Ton. Kenali beliau di http://soccerstarharimaumalaya.blogspot.com/

Jangan nak memandai pakai nama "Harimau Malaysia" atau paling puaka "Harimau 1Malaysia". Kalau nak kena sepak keluar dari barisan kabinet Malaysia, TRYLAH!

"Once A Malaya Tiger, Always A Malaya Tiger" Harimau Menaip.

Posted: 03 Jan 2011 09:55 PM PST

gambar dari sini.

Aku mengulangi perkataan itu hingga orang menyangka aku sedang meratib dan berzikir. Aku yakin bahawa Harimau Malaya akan mati juga sebagai Harimau Malaya.Mulutku mengomel dan bergerak-gerak. Ramai hairan kerana aku bukan ahli sufi ataupun wali sepuluh (selepas Wali Songo). Arrggghh! Yang penting, orang tak dengar aku menyumpah dan memaki menteri penakut yang mempolitikkan nama Harimau Malaya.

Punca perkara ini adalah Najib Razak. Beliau menulis nama "Harimau Malaysia" didalam laman blog beliau. Bila terbaca dek kaki ampu Barisan Nasional, sekor-sekor nak jadi jaguh. Kalau mereka di depan aku, baru mereka akan tahu betapa pahitnya ludahan seorang Harimau spesis Menaip.

Jangan biar Indon, Temasik, Siam dan Vietnam mentertawakan kita. Usah matikan pesta kemenangan Piala Suzuki dengan isu politik.

Jangan Main Gila Pak Menteri Oiiiii!!!!!!

Tiada ulasan: