Selasa, 4 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Tahniah Noh Omar

Posted: 04 Jan 2011 06:37 AM PST


Hahaha... tahniah pada Noh Omar Timb Pengerusi Umno Selangor yang menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat dibawah MB Khalid Ibrahim yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Padan ngan muka Khalid Ibrahim pasai usahanya untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan gagal mendapat kerjasama dari BN Selangor. Kerana tanpa kerjasama BN Selangor, Pakatan akan gagal mendapat majoriti 2/3 sebanyak 38 kerusi. Kerusi selamat ditangan Pakatan hanya lah 35 kerusi... kahkahkah...

Tahniah pada BN kerana berjaya mempertahankan apa yang telah dianjurkan oleh Mahathir sejak 1993 yang lalu, menumpulkan kuasa Sultan secara yang amat melampau.

BN berpeluh Anwar punya pasai... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2011 06:23 AM PST

BN 'peluh dingin' bila Anwar di pentas ceramah


Kuek Ser Keng Kuang

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

"Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.

Melayu, bangsa yang separuh masak

Posted: 04 Jan 2011 02:10 AM PST

Kita Yang Senantiasa Dalam Krisis Perlembagaan



Oleh Mohd Sayuti Omar

SUKA atau tidak Mohd Khusrin Munawi sudah masuk pejabat dan bersandar di kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru. Kemasukannya tidak dihalang oleh sesiapa. Dengan membawa surat perlantikan ditanda tangani KSN, Sidik Hassan beliau masuk ke SUK dengan tenang dan bergaya tanpa sedikit keraguan.

Beliau tidak merasai ragu-ragu dengan kuasa surat berkenaan. Apa lagi beliau melangkah masuk dengan keyakinan Sultan Selangor telah memberi perkenan kepadanya.

Dia tidak kisah apakah perkenan Sultan itu menurut perlembagan atau tidak. Yang penting Sultan telah merestuinya. Siapa lagi yang lebih besar dari Sultan di Selangor kalau bukan Sultan?

Kusrin juga tidak kisah sama ada Kahlid Ibrahim sedia menerima kedatangannya dan mendengar lapaz memegang jawatan. Khusrin boleh saja lafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan. Kalau pun seribu kali perbuatan itu bercanggah dan luar biasa, siapa yang berani nak 'murkah'kan kepada Sultan?

Khalid nak marahkan Sulatan? Apakah kata kalau di masa akan datang Sultan enggan menerima Khalid untuk jadi MB atau mana-mana calon dari PKR atau Pas untuk jadi menteri besar kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang. Bukankah kalut namanya. Kekuataan Sultan terletak di sini maka baginda boleh melakukan apa saja yang dia suka, kecuali pinda perlembagaan tubuh kerajaan Selangor.

Wal hasil balik asal apa yang dilaungkan sia-sia saja. Katalah apa pun orang tidak akan peduli. Ahli undang-undang bercakap menggunakan logik dan kuasa undang-undang. Malangnya undang-undang negara ini tidak siapa hormati lagi. Ada setengah undang-undang dan perkara dalam perlembagaan hanya untuk dibaca bukan untuk dipraktikkan.

Ahli perlembagaan bercakap berdasarkan laras perlembagaan. Cakaplah sampai berbueh mulut sampai air liur meleleh ke dagu. Siapa hendak hormat undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan berperlembangaan hanya berlaku ke atas rakyat yang lemah saja tetapi perlembagaan boleh dibongkar dan dirogol kemudian dibunuh begitu saja oleh orang atas.

Sebaiknya rakyat yang lemah seperti menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak usah cakap apa. Ikut saja apa yang berlaku. Kadang-kadang kita lebih baik jadi bodoh daripada jadi cerdik kalau dengan kecerdikan itu menimbulkan masalah.

Jadi macam Kusrin Munawi. Kalau dia ada maruah dia tidak akan masuk ke SUK hari ini sebab dia tahu kemasukannya itu tidak diterima oleh MB. Tetapi kerana dia boleh jadikan dirinya seperti lembu kenyang dimasuk juga. Itulah kadang-kala lebih baik jadi macam lembu kenyang dripada jadi macam harimau yang lapar.

Khusrin berada di dua persimpangan yang sukar untuk beliau pilihkan. Apakah dia harus hormati perlembagaan dan prosuder biasa ataupun hormati kepada Sultan?

Sebenarnya apa yang berlaku di negara kita mengenai hal ini - antara undang-undang, perlembagaan dan kuasa yang lahir secara lisan dan budaya berada dalam dilema. Kita bermasalah di dalam hal ini. Kita tidak tahu ke mana satu yang hendak kita pegangi. Kita hilang pendirian dan prinsip.

Situasi inilah menyebabkan kita senantiasa berada dalam krisis undang-undang. Keadaan ini sebenarnya sungguh merbahaya. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak konssiten dalam berpegang kepada undang-undang dan adat. Orang juga bingung mana lebih berkuasa atau besar antara adat dan undang-undang dan perlembagaan.

Lebih bingung lagi dan orang akan anggap kita bahalul apabila membuat sesuatu keputusan dan ketetapan kemudian kita langgar begitu saja. Ciri-ciri dan sikap ini menyebabkan kita jadi bangsa yang merangkak ke belakang dalam menuju ketamdunan manusia.

Bertolak dari hakikat ini sesetengah ahli perlembagaan menyarankan agar berperlengaan kita dilemparkan saja kerana ia tidak ada guna dijunjung sebab ia tidak dipatuhi. Kita boleh melanggar perlembagaan seperti lembu kerbau melanggar pagar begitu saja untuk makan padi.

Apakah kita rakyat yang seperti lembu? Sebab itu saya bilang lama dulu bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak dan separuh tamadun. Bangsa yang seperti ini akan bermasalah sepanjang zaman dalam apa juga keadaan.

Takut di"Altantuya"kan...

Posted: 03 Jan 2011 08:05 PM PST

Heboh sungguh kes dakwaan merogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dewasa ini. Blog ini bagaimanapun masih mengambil sikap berdiam diri bagi mengelak dari terbabit dengan penyebaran fitnah.

Bagaimanapun aku berpendapat baik pak menteri yang dituduh dan juga si mangsa terbabit dalam dakwaan tadi perlu diberi ruang keadilan mempertahankan diri memasing walaupun si amah tu nampak macam teraniaya... haha...

Terbaru laporan Malaysiakini memetik si mangsa warga Indonesia melahirkan kebimbangan impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia."

"Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana "bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka."

Katanya, "beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup," petik laporan Anis.

Tiada ulasan: